21 August 2012

Salam Aidilfitri

Salam Aidilfitri diucapkan kepada semua kawan-kawan, sahabat handai...

Sekarang aku bersiaran dari rumah mentua kat Keratong 7, Bdr. Muadzam Shah, Pahang. Baru sampai petang tadi. Tahun ni giliran raya kat kampung aku kat Penang...muahahaaa... Balik hari Khamis 16/8...awai dak? muahahaa...aku tak ajak pun balik awai naa..wak yang nak balik awai, dia tak mo sangkut dalam jem. Aku sebagai isteri mithali haruslah mengikut kata dia kannnn...kehkehekehkeh..dalam hati tak berenti ucap syukur tau!

Hari raya cam besa je...apa la sangat nak seronoknya bila dah tua2 gini kannn..seronok bagi pihak anak2 je lah. Syukur sangat dapat lagi sambut hari raya bersama ayah dan adik bradik yang lain. Raya ke-2 dah balik ke Klang....berehat 1 malam. So hari ni, pagi tadi, yakni raya ke-3 baru bertolak balik kampung wak pulak. Bukanlah tak nak balik terus dari Penang tu kan, tapi family mentua aku beraya kat kampung depa kat Tg. Karang nun, raya ke-2 baru depa balik ke Keratong. So, sama sehari dengan kami yang balik dari Penang, baik lah tak yah nak rushing2. At least dapat gak aku basuh baju, kemas baju semula. Sekarang ni baru kul 9 malam, depa semua (Fil, Mil n adik2 ipar n anak2 buah) semua keluar beraya. Tinggal aku, wak n Khaleela je kat umah. Khaleela tidoq...letih sangat, dari sampai tadi tak tidoq2, Khairieena ikut nenek dia beraya. Ok la tu...lega skit, dapat la aku pun berehat gak. Jap lagi nak iron baju untuk esok plak....adooiii

So, sampai sini dulu hapdet aku, gambar yilek lagi...malas nak upload lagi. Alah berapa keping je punnn...asai ada ja.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin....sayang hangpa semua...moga semuanya selamat dan hari raya disambut dengan penuh makna dan kesyukuran...aminnn