29 February 2012

Video Berebut Mainan

Ini video malam minggu lps....berebut laptop. Aku biarkan je...hehehee






Penghujungnya aku yang kena marah ngan wak...huhuuu


Budak tecik yang dah besar



apa mau??


waaarggghhkahkahakah...lawak laaa..

huhuuuuu....atiiiiitt...

02 February 2012

Aku sengal ka depa yang bengap???

Memang la kursus yang aku attend tahun lepas iaitu 2011 tak cukup 7 hari pun...dan pi 5 hari je. Tapi tiap kali abih kursus, dah dapat sijil memang la kena copy sijil tu bagi kat kerani service untuk rekod dalam buku perkhidmatan kan. Itu la yang dipraktikkan selama 10 tahun aku keja ni. 10 tahun beb!! Bukan baru setahun ok!!


Tup-tup audit yang datang bulan lepas check....tengok2 kat buku perkhidmatan aku, kosong....satu kursus hapa pun tak dak sepanjang 2011!!! Aku pun ternganga la sat....aik pi mana abih sijil2 yang aku copy tu.....kena makan anai2 ka? Haishhhh....nak salahkan kerani service pun tak buleh gak, mana la tau dia terlepas pandang ka kan...ya laaa kerani service keja dia bukan dok rekod buku service ja, berlambak2 lagi keja dia tau. Aku tengok pun pening. Mana la tau sijil2 tu tertindih2, pastu jadi draft paper...pastu buang la kan...mana la tau...positif nih...


Tapi aku confident sangat2 la aku ada copy bagi untuk rekod.......macam la aku tak tau prosedur kan. Tak pa la...nak buat cemana dah pun, benda dah ada dalam repot audit pun. Tapi yang kecik ati skit tu....cara sound kat aku bagitau kata buku service aku kosong tu, macamkan aku ni baru keja sebulan yang tak tau prosedur kena copy sijil, bagi kerani service untuk direkod dalam buku service. Salah aku ka kalau buku service aku kosong tang kursus/latihan padahal aku dah bagi sijil copy dah pun??? Tang tak cukup kuota 7 hari tu, berlambak orang len yang tak cukup pun, dah ianya bukanlah menjadi kesalahan asalkan setiap staf tu ada pegi kursus untuk tahun dinilai tu. Aku ni memang payah nak pi kursus mana pun, bos seboleh-boleh tak mo lepas tau, nak soh dok ofis mengadap muka dia ja...tensen tul lah! Yang jadi huruf besaq dan kaler merah adalah buku service KOSONG, tiada kursus/latihan untuk tahun tu...gila laahhh...


Dahlah....malaih nak bertekak banyak. Aku cari balik, copy lagi sekali. Kalau bertekak jugak pun, sesapa pun tak dapat apa, buku service tetap kosong. Kalau bagi, at least depa buleh la rekod. Mau ada orang kata kat aku....tang diri sendiri tak salah gak, dok nak salahkan orang ja lah...hmmm...abih tu aku salahkan hang, mau?? Hahahaa....tak dak sapa salah aih...tu keja setan la tu, jadinya kita tak yah la ikut perangai setan nooo...dok melaga-laga orang tu orang ni pulak, dah pi amik ayaq semayang, buat semayang sunat 2 rakaat, bagi bertenang sket.


Yang si INTAN ni pun, (INTAN pulak kena...hehehe)tiap2 tahun mintak kursus berkoyan-koyan, satu pun tak sangkut. Menyampah!! Nak harap kementerian sendiri, sapa pandai bodek, merengek-rengek soh boh nama untuk pi kursus, dapat la pi...jauh-jauh pulak tu. Nak harap aku buat gitu...kim salam laaa!! Tak dak keja nak merengek-rengek kat orang, baik aku merengek kat telinga wak ja...dapat gak apa2 pastu....muahahahaaa