28 September 2011

Raya dah abih, tapi gambar raya tak keluar-keluar lagi...huhuuu


Ni je la gambar yang ada time raya hari tu...itupun gambar aku laki bini tak dak, gambar bebudak je...jadi la kannn

Petang hari last posa...main tak hengat bebudak tu...

Cucu2 MIL paling kecik(takat ni la)...berebut lapik vontot...hahahaha

Ni la baju raya aku anak beranak...baju melayu wak kaler purple yg kat kain tu

Complete set cucu MIL n FIL aku...yg belakang tu mood tak elok...hehehe


*Ani...bila nak bagi gambar raya??? huhuuuu...macam la dia baca blog aku kehkehkeh...



15 September 2011

Khaleela 9 bulan





Macam2 yang jadi...lupa dah nak hapdet umur Khaleela dah masuk 9 bulan time raya hari tu. Perkembangan paling baru adalah...jatuh sampai retak tengkorak!!! hahahaa...orang len mana ada kan Khaleela kannnn.....chek sorang ja jadi lagu tu....haaiiiii.....




Berat : 11.7 kg (timbang masa nak check in wad hari tu)


Perangainya :


1. Bila dengar orang nyanyi, ataupun sebarang lagu kat tv or radio, terus dia akan goyang2 macam orang beratib tu...kiri kanan kiri kanan....kadang2 laju, kadang2 slow. Kalau time tu dia tengah merangkak, tetap goyang gak, tapi paling lawak bila dia goyang bontot saja....comey sangat!


2. Suka berbalas/berlawan bunyi...hehehe...nak kata lawan cakap, blom pandai kan, so lawan bunyi lah. Kalau dia mula buat bunyi atau jerit, then kita ikut gak atau juz menyahut apa yang dia bunyi tu....haaaa pastu memang lagi kuat dia buat dan susah nak berenti la pulak...memang saja tau..


3. Dah mula memanjat merata dah...merangkak memang dah laju. Asal letak ja, kita pusing sat, pastu tengok dia dah tak dak kat tempat letak tadi dah. Sofa, kerusi, walker, meja study kakak...apa saja lah yang dia buleh berpegang dan berdiri. Bila dah berdiri, teruih toleh ke belakang, sengih2....nak habaq kata dia dah berjaya berdiri la tu....ceehhhh



4. Gigi bawah dah tumbuh sebatang, lagi sebatang tengah nak timbul sebelahnya. Belah atas pun tengah nak timbul, tapi aku tengok macam gigi siung kiri kanan lagi menonjol ja dari gigi depan...huhuuu...


5. Dah tukar susu dari Frisolac ke Lactogen. So far tak dak masalah.....tapi aku la rasa macam tak best ja Lactogen tu.....tengok la 2-3 bulan lagi nak tukar pi Dutch Lady la pulak, senang sama ngan kakak dia.


6. Tidoq sat-sat ja la ni.....paling lama pun 1/2 jam...waktu bermain lagi lama dari tidoq. Tidoq malam tak dak masalah, cumanya dia tak suka tidoq kat tilam dia, mesti dia mengesot skit2 sampai kat tilam aku. Bila dah tau kat tilam aku....huuiiiii teruih mendepa tangan mengangkang kaki...selesa sangat la tu...

7. Sangat suka main dengan budak2 sebaya kakak Khairieena.....kalau dengan baby sebaya dia atau lagi kecik dari dia, nampak macam dia nak picit2 je baby tu, ingat anak patung kot...seriau aku. Mentang2 la dia baby 'besar' yeee...


8. Haaa.....suka menyondol!! Muahahaaa....menyondol ni macam bila dia merangkak dah sampai kat riba aku, teruih menyembam menyondol riba aku tu. Pastu buat2 lentok la, manja la konon. Kalau bukan kat riba pun, kat bantal pun jadik....hehehee peel dia lain benor dengan kakak dia dulu...


9. Resah gelisah bila tengok aku dah siap pakai tudung, selagi tak ambik dukung dia, selagi tu lah dia mengekor aku sambil merangkak, keliling kaki, aku takut terpijak je, aku kan mak monster hahahaa. Dia tau la kalau aku pakai tudung, mesti nak keluaq rumah kan. Kalau papa atau kakak keluaq rumah pun, dia keriau gak sebab tak bawak dia. Tapi takat ni bila aku tinggai masa hantaq kat pengasuh tu, ok lagi la, tak nangeh pun. Dia tengok je la sampai tak nampak kereta dah....akan datang tak tau la kan...


10. Apa yang orang makan semua nak makan, tapi bila suap, dia tak gheti nak telan, dah keluaq balik. Selalunya aku bagi yang aku dah kunyah hancur la, macam kek, roti, kuih2 ke...alaa takat merasa je lah. Banyak2 kang mesti muntah balik. Makanan harian dia, bubur nasik dan nestum lah. Buah-buahan pun kena kunyah or lenyek dulu.



Tu je lah perkembangan dia umur 9 bulan ni yang aku ingat.....yang pastinya dia memang budak yang aktif, lasak....alhamdulillah walaupun badan bambam gitu, tapi perkembangan dia memang ikut umur lah. Orang kata budak lasak memang selalu dapat sakit.....ye lah dah lasak sangat, memang la jatuh ke, terhantuk ke apa ke....tapi biar lah lasak gitu, biarlah dapat sakit dari kelasakannya tu, at least dia merasa dan belajar, dari dok diam, pasif, asyik nak nangeh je kan....tapi dapat sakit tu mintak simpang la pulak sakit2 yang teruk2 yee....orang tua2 kata sakit nak belajar...

13 September 2011

Gelak Sakan b4 admitted





video



Video yang sempat aku ambik malam sebelum admitted...waktu ni hati aku jadi sebak tau bila tengok Khaleela bergelak ketawa sakan camtu, padahal baru je jatuh tu...huhuuu



12 September 2011

Berkampung di Hosp. Putrajaya

Ini je gambar2 yang sempat aku snap...itupun bila otak dah tenang. Bila serabut balik, apapun aku tak gheti buat dah....muahahahaa



Malam setelah jatuh petangnya...galak bermain ngan kakak


Kat emergency Hosp. Putrajaya...tunggu nak pi ct-scan



Malam pertama di wad kanak-kanak Hosp. Putrajaya





Hari ke-2...

Practical student...memula sorang, pastu datang bawak geng..hahaha




Gambar dengan nurse2 kat situ tak sempat nak snap pun, dalam camera phone depa ada la. Apapun jutaan terima kasih diucapkan kepada semua nurse dan doktor yang bertugas merawat dan menjaga Khaleela selama 3 hari tu....tugas dorang memang sangat mulia tau, Allah SWT saja yang dapat membalasnya.


3 hari 2 malam

Haiiii....cerita raya blom kluar ye...ni aku nak cerita pasai lain dulu. Cerita raya tu sebenaqnya dok tunggu gambaq dari adik ipaq, tak dapat lagi.


Ni cerita lepaih raya.....berlaku pada hari wak berlepas ke Jepun...huhuuu..kuharungi semuanya seorang diri tau. Sedih, hiba, sunyi semua bercampur-campur....uwaaaaaa... Ok aku cerita ringkas2 je lah ye...jiwa kacau lagi nih, tah lah hati tak tenang sangat...


6/9/2011, Selasa - Pagi Wak berlepas ke Jepun, t/hari aku masuk ofis. Tapi pengasuh Khaleela dok call bagitau Khaleela muntah2. Tiap kali minum susu muntah...sampai lembik dah budak tu. Aku pun tak senang duduk la camtu...cabut balik gak. Tengok Khaleela memang lembik betoi dah, tambah ngan mengantuk lagi. So aku bawak balik umah dulu. Kebetulan sehari sebelum tu memang aku dah tukaq susu dia, maybe tak sesuai, so balik umah aku bagi susu asal balik. Pun tetap muntah gak. Dalam kul 2 ptg camtu aku bawak pi emergency Hospital Putrajaya. Sebelum tu amik Khairieena dulu kat tadika. Kul 4 ptg baru dapat masuk bilik doktor. Doktor nak check tekak dia, tapi asal doktor letak je kayu kecik tu, muntah lagi. Time memang dia tengah berbaring kat katil pun.


Tah cemana, dalam sekelip mata tu, doktor pusing ke meja dia, aku pulak pusing tunduk ke bawah ambik tisu nak lap lantai, tak dan lap aihhh....dengaq bunyi bedebuk!! Doktor pun pusing....terjerit dia dan aku, Khaleela dah terlentang kat lantai!! Bayangkan...jatuh dari katil pesakit tu, tinggi kan.....adooiiiiii...kecut perut tak tau nak habaq laa!! Aku angkat dia, baru nangeh. Tapi sat ja, doktor kata balik umah dulu, tunggu 6-7 jam, kalau ada muntah2, berdarah dari rongga mana2 atau dia macam tak aktif atau pengsan, bawak balik ke hospital. Huhuuuu....menangeh dalam ati je lah aku ni....jadi tak ketahuan masa tu tau. Menyesal sangat rasanya bawak mai hospital....kenapa la aku tak pi klinik biasa ja tadi?? Ya Allah....menyesal tak terhingga....Khairieena tengok airmata aku masa dok drive balik, dia pun keriau gak...adoii..lagi serabut pala aku...


Kat umah, aku bagi makan, minum susu, pastu tidoq. Pastu bangun main elok je ngan kakak dia. Dalam ati tak benti2 aku dok doa moga2 tak jadi apa2 la kat dia...bila tengok dia aktif camtu rasa lega pun ada, dapat la pujuk ati gak. Tepon n sms wak gak, bagitau....kalau buat senyap ja nanti jadi apa2, lagi menyesai. Wak pun tak senang ati la....dia tak sampai Jepun pun lagi dah jadi macam2. Tapi aku kata tengok esok cemana dulu. Bangun subuh esoknya, Khaleela muntah dengan banyaknya!! Susu sahaja!! Apa yang aku harapkan tak jadi, jadi jugak. Siap2 kan Khairieena, hantar dia ke tadika, then teruih pecut ke emergency Hospital Putrajaya lagi.


7/9/2011, Rabu - Dapat masuk jumpa doktor cepat la sebab aku bagitau dia muntah sebab jatuh semalam tu. Check punya check...doktor nak buat x-ray. Sebelum buat x-ray kena bagi ubat tidoq dulu, kalau tidak dia bergerak. Hasil x-ray....tengkorak tepi ada retak skit, macam satu garis, tapi otak dalam tak dak apa2. Dalam 2 jam pastu doktor datang lagi kata nak buat ct-scan pulak, untuk nak make sure otak dalam tu tak dak darah beku. Sib baik kali ni dia tidoq sendiri ja, senang skit, tak yah bagi ubat tidoq dah. Petang baru dapat result ct-scan, memang betoi ada satu garis retak kat tengkorak tepi kiri, tapi otak dalam seems to be ok. Tapi doktor soh dok wad jugak, nak observe untuk 24 jam lagi. Redha je lah aku...dalam pada tu dok terpikiaq cemana nak balik amik barang nih, susu tinggal lagi 1 petak je(bekas susu 3 petak tu). So, kat wad, aku tidokan dulu Khaleela, then mintak tolong nurse kat situ tengok2kan, aku nak cabut balik sat amik barang. MIL n FIL dah sampai pun umah aku sejak tengahari lagi, wak yang call depa. Tapi dah aku kat spital, so depa tak leh nak masuk umah la. Waktu tu depa tumpang dok umah pengasuh Khaleela jap...aku sampai je situ, teruih menangeh kat MIL aku. Airmata yang aku dok tahan sehari dah....akhirnya tumpah jugak, tersedu sedan aku...huhuuuu.


Balik umah packing apa2 yang patut...mai capai je. MIL n FIL ikut sekali, sebab FIL tak tau jalan ke spital. Nanti balik, tumpang pengasuh, depa pi lewat sket. Sampai kat wad, Khaleela dah bangun, nurse2 kat situ dok passing dia.....depa geram dengan ketembaman dia la. Khaleela plak ok je muka dia, tapi nampak je aku teruih merengek...hehehe. Malam tu tidoq pun ok...dia bangun susu cam biasa je.


8/9/2011, Khamis - Doktor nak buat x-ray whole body plak....bagi ubat tido pagi tu, tapi tak jadi buat sebab dalam bilik x-ray tu tetiba Khaleela terjaga la pulak, teruih menangeh. Tunggu petang, baru dapat buat, itupun tengah x-ray, dia jaga jugak, tapi dorang teruskan je...akhirnya selesai la. So resultnya dah ada petang tu, ikutkan pastu dah buleh balik dah, tapi doktor pakar yang ditunggu2 tak sampai2.....extend lagi satu malam.


9/9/2011, Jumaat - Tunggu lagi.....patutnya tengahari dah buleh balik dah, aku pun check out dah kat kaunter bawah. Dekat kul 3 ptg, datang doktor bertugas bagitau doktor pakar memang tak dapat nak datang la, maybe bz kat bawah....so buleh balik dulu. Nanti doktor akan call bagitau result x-ray whole body tu. Hmmm...apa2 je lah, yang penting Khaleela nampak sihat dan aktif, doktor tu pun cakap selagi dia aktif, tak muntah atau apa2 bleeding...means she's fine! Yang retak tu, jangan risau, sebab baby cepat recover, ianya tak bahaya. Lega dengaq! So, siap2 nak balik umah....sian Khairieena kena tinggai, aku ni asyik berjanji je ngan dia nak balik tengahari la, petang la...nangeh2 dah budak tu tiap kali tepon.


Home sweet home...walaupun kecik, bersepah, semak...tetap selesa dok umah sendiri kan. Ada satu lagi masalah baru Khaleela, asal lepaih minum susu je, dia akan berak, kadang2 elok, kadang2 cair.....risau gak. Maybe sebab susu ni, walaupun dah bagi susu asal dia, rasanya perut dah tak buleh terima nih. So malam semalam aku tukaq lagi susu....tadi call pengasuh, dia cakap Khaleela ok, tak muntah dah, berak pun blom...susu dah berbotol2 dah. Hahahaa...ok la tu kot ye. Aktif tetap!! Pantang letak teruih bergerak merangkak ke sana sini...panjat sofa la, kerusi makan la....seriau sungguh! Kat umah buleh la aku boh dalam walker tu, kurang la sket risiko nak jatuh tu, tapi kat umah pengasuh, mana ada walker. Ya Allah...lindungilah anak ku itu...aminnn


* flight wak diawalkan ke hari ni, malam nanti sampai lah...alhamdulillah