20 July 2011

Penempatan Tahun 1 2012

Tahun depan Khairieena dah masuk darjah 1 dah....besaq dah anak dara aku tu. Dari lahir yang tak cukup bulan, berat pun 1.62 kg je tuh....FIL aku kata macam tak bertahan lama je budak nih...hehehehe. Haaa...la ni tengok dia.....alhamdulillah...






Bulan 3 hari tu dah daftar dia untuk Tahun 1 2012 kat sekolah rendah kat Puchong tu, dekat ngan umah la. Tadi baru teringat nak bukak email, tengok2 dah dapat pengesahan penempatan dia kat sekolah yang sama...alhamdulillah. Tapi tu pengesahan online jek, bulan 8 nih nak kena pi sekolah buat pengesahan lagi. Okey lah bab tu....tapi yang tak okey ni...adalah aku memikirkan untuk buat pertukaran sekolah la pulak.



Mau Jabatan Pelajaran Selangor marah aku sat lagi....blom sekolah lagi pun, nak buat pertukaran sekolah pulak dah. Baru je nak pi mengesahkan, dah isi borang pertukaran pulak ye...hehehe. Apa boleh buat....sebab utamanya adalah nak pindah umah. Bajet nak pindah tu dalam lepas raya la....itupun tak tau bila, tapi konpom sebelum bukak sekolah tahun 2012 la kan. Sebab tu la nak tukar siap2 ke sekolah yang dekat ngan umah baru tu.




Satgi ada pulak yang kata awat yang masa daftar hari tu tak daftar sekolah dekat umah baru siap2? Ni nak habaq bagi...time tu umah tu blom siap lagi....kami bajet pindah pertengahan tahun depan...tu sebab la daftar sekolah kat Puchong je. Lagi satu nak daftar tu pun ada dateline tau....kang asyik dok tunggu umah siap, sekolah tak daftar, kang tak sekolah anak aku tu. Jadinya, daftar je dulu...at least ada nama n rekod dia dah. Mana nak tau tup2 sampai surat pemaju kata umah dah siap, dah buleh amik kunci segala. Tu la yang bajet nak pindah sebelum bukak sekolah tahun 2012 tu...sempat la nak ketuk2 dulu umah tu....Insya Allah...doa2 la ye...mana aku nak korek pitih niiii nak ketuk umah tuu...huhuuuu....




Itu la ceritanya....jadi ujung tahun ni dan awal tahun depan ada 2 benda baru la dalam idup kami....pindah umah (Insya Allah) dan jugak Khairieena masuk Darjah 1....best2....



Satu je Khairieena nih...dia sangat manja ngan aku, garang cemana pun, aku gak yang dicari. Dgn Khaleela pun dia bleh dengki/jaki tau!

Makin malap jee

Mood untuk menghapdet blog adalah semakin malap. Dah la memang sedia malap dah blog aku nih...tambah pulak mai malaih tu, sket hari lagi padam teruih kot...hahahaa


Memang selama ni aku hapdet blog tak sekencang mana....sesekali ja. Konon je nak wat cam diari sendiri kan....hampeh je. Bukan semua benda aku cerita punnn.....


Takpa lah....pelan-pelan kayuh nooo....ada cerita best yang buleh cerita aku hapdet la noo...


Tima kasih kepada followers blog ni...mintak maap banyak2 tau, blog aku ni tak la menarik mana pun, hapdet sekali sekala ja, cerita pun tak best sangat (maybe best bagi aku, tapi bagi orang len biasa2 ja)...apapun tima kasih sekali lagi sudi follow blog nih....


Okeh...mood nak hapdet sudah mari tiba-tiba...alhamdulillah...

14 July 2011

Hanya airmata berbicara







Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused*Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat.



Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.


Norma and Talib on their wedding day

Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal. Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya.


ini adalah Rafiq..permata hati Norma & Talib

Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan*





Norma at hospital. Jauh beza dengan waktu dia sihat :(


I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan.



Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...



Rafiq with his mother...ohh~ (T__T)

Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.



cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif



Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)



a very strong husband...to a strong wife





Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang. Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon. Sila lah panjang-panjang kan diFB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.




* tak tau nak kata apa...mungkin ini dapat membantu meringankan sedikit tanggungan mereka...sedih sangat...


12 July 2011

Separuh jalan je...



Dia nak pi kat papa ngan kakak kat meja makan....tapi separuh jalan je sebab licin bila sampai kat lantai tu...itu yang dia marah tu...hahahaa



Rumah aku memang berselerak tahap gaban okey....rumah orang len aku tak tau, tapi inilah keadaan dalam rumah...takat buleh lalu macam laluan pejalan kaki tu je, ruang lain tu penuh dengan barang...malaih nak describe barang apa...muahahaha...tu sebab aku malu nak ajak orang datang umah tau....nanti laaa...aku pindah rumah baru yang proper sket, aku jemput okeh! Tapi tetap bersyukur....ada gak tempat berlindung kannn...insap insap...


08 July 2011

Khaleela 7 bulan



Daaahhhh 7 bulan....sat ja kan. Actually last week dia masuk 7 bulan....dan dah 7 bulan la jugak rumah aku makin ceria dengan kehadiran baby...hehehe...ye la Khairieena tu dah masuk kategori kanak-kanak kan.....lain caranya nak melayan dia.....sket hari lagi masuk kategori remaja pulak kannn.....huhuuu...agak menakutkan laa...(soh sedar diri yang umur makin tua...)






Okeh...ni perkembangan dia masuk umur 7 bulan...



Berat : maybe 9 kg lebih dah kot




Perangainya:



1. Dah buleh merangkak dah....tak berapa laju lagi, tapi buleh la aku pi dapoq sat, mai jenguk tengok dia dah dekat meja makan dah...padahal tadi kat ruang tamu nun...


2. Jalan ngan walker pun dah laju....cumanya kesian sket sebab umah aku sempit, so ruang untuk dia beracing amat la terhad....sabar dulu ye sayang....sket je lagi


3. Makan bubur nasik sehari sekali, tapi petang aku bagi nestum pulak....macam anak burung je nganga nya...sonok tengok. Tapi kalau biskut jari tu dia makan, pastu mesti akan muntah balik...sian pulak


4. Memang sangat kenai orang dah....orang yang tak besa ngan dia, memang akan menyebek dan nangeh....tapi tak dak la hover sangat, lite2 je lah



5. Sebutan 'mama' dah cukup jelas...tapi aku rasa mana2 baby pun memang akan pandai sebut 'mama' dulu kan.....cumanya aku la terlebih vangga ngan wak kan, sebab dia pandai panggil aku je, bukannya 'papa'...muahahahaa. Wak kata, ' ooo...len kali nak susu memalam, panggil la mama tu..jangan kaco papa dah...!' hahahaa...ekceli memalam wak yang buatkan susu ye...



Kakak memang baik sangat dgn adik dia....marah2 sayang gitu


So far so good...hehehe...itu je kot.....makin riuh la umah aku sejak dia dah pandai bergerak ni...riuh ngan sora aku sora Khairieena. Sora Khaleela tu sesekali je...pendiam gamaknya budak ni ye...


Puteri-puteri 'bulat' tersayang