30 March 2011

Zzzz



Tak payah nak pok pok ke, nak nyanyi2 ke, nak dodoi2 ke...dia uk ek sket, tangan depa, kaki kangkang...terus zzzzz....


tapi kejadian ni hanya berlaku lepas mandi je tau....kalo time lain ada la kena dodoi2 gak sket...hehehe

29 March 2011

2 hari cuti tanpa wak


Hehehehe....wak pegi Kangar, Perlis sebab race Cup Prix tu la. 3 hari penuh....tapi cuti 2 hari aku sunyi la jugak...bukan sunyi apa la sangat, cuma tak dapat la keluaq pi jalan2 macam selalu kan...heehehe


Bebudak 2 orang tu boring dok berkurung dalam umah ja....Khairieena pandai dah la cakap rindu kat papa dia, tapi yang Khaleela tu bila dengaq sora wak dalam tepon...teruih tercari2 terpusing2 ...hehehe


Cuti 2 hari tu pun walaupun tak pi mana, tak sempat gak nak hapdet....bz la ngan 2 bradik tu. Khaleela pun bukan tidoq lama sangat dah....dia banyak nak bersembang n main2, so kita kena ada la kat dia kann...tak pa layan je laa.


Wak balik kul 4 pagi Isnin...so semalam aku memang plan cuti bersama2 ngan dia....muahahahaa...tapi cuti pun bukan dok umah pun. Kami pi sekolah, nak daftar Khairieena tu darjah 1 tahun depan...pastu teruih ke Glenmarie, Shah Alam....ada benda nak ushar hehehe, konon nak ushar je...tup2 terbekenan la pulakkk...parahhh... tak pa bukan aku sorang, wak pun terlibat gak...ngeh ngeh ngeh...


Hari ni nak bangun punya la liat......rasa macam nak sambung cuti je, tapi kalau dok nganga sorang2 kat umah, baik nganga kat ofis kann....abih2 sangat satgi aku buleh buat projek apa2...muahahahaaa

25 March 2011

Wak Dah Pegi Dah....

Sedih ni...tak leh cakap dah ni...sedih sangat2 niii....uhuk uhuk huu huuuuu
Baru je dia berlalu....ingatkan last jumpak salam2 bagai pagi tadi je masa nak datang keja, tup2 dia datang kat ofis plak....dan lagi tu brekfes sama2...hahahaaa....tapi kejap je lah....uwaaaaa
Cemana pasni nak lalui tanpa dia niii.....sian bebudak tu, malam ni tak dengaq la sora papa bagi salam bila balik keja....tak dapat la tengok si kakak teruih melompat atas sofa sembunyikan muka...malu la kononnn! Tak dapat la tengok si adik buat muka excited, kaki tangan tergapai2 nak soh papa dukung....huhuuhuuuuu...sedihnyaaaa
Paling sedih aku la kannn.....suma benda kena buat sorang....uwaaaaa(ngeh ngeh ngeh...)
Salam Untuk Kekasih
Nadia (Nadia / Nadia)


Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku
hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang
kira kau jatuh cinta

Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang
harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri

* sangat memori tau lagu ni...sob sob sobs

24 March 2011

First Time Keluar 3 Beranak

Ahahahaa...kalu orang len tak heran pun kan, tapi bagi aku cukup mencabar wooo!! Dulu2 masa Khairieena kecik2 pun buleh kira ngan jari ja aku keluaq berdua beranak, tanpa wak. Bukannya tak buleh, tapi jadi macam kelam kelibut la sket kann...pastu macam susah ja nak usha2 barang, dah tentu la tak bleh beli barang banyak2...takkan sebelah tangan tolak stroller, sebelah lagi tolak troli....mau aku langgaq semua orang kot! Kena pulak si kecik nak susu ka...lagi haru. Si kakak tu bukan tau takut ngan orang, apa dia suka, menonong ja dia pi. Jenuh pulak aku berpusing dok cari dia sambil dok kendong sorang lagi...dah macam apa lagi dah....

Pastu kannnn....aku ni tak berapa gheti sangat nak bukak tutup stroller tu...ngeh ngeh ngeh... Bukak memang la senang, tapi satgi nak tutup tu macam susah sket, walaupun berpuluh kali aku perati wak buat pun, tak penah lagi aku berjaya buat tanpa peluh dingin aku ni...hehehe.


So Sabtu lepas, wak kan keja. Aku nak kena tolong kakak aku pi amik keta dia kat Perodua. Memula kena amik kakak aku dulu, pastu baru pi Perodua. Dia pulak, dah dapat keta dia, teruih pi ofis ja, banyak keja nak settle. So, aku ber3 beranak ni terpaksa berdikari sket....aku nak beli lauk ja pun, nasi dah masak kat umah tadi. Nak makan kat kedai terus?? Nehi nehi....tak terjangkau lagi kat kepala otak aku cemana nak makan dengan 2 orang budak yang tak tau dok diam tu.

Memula terpikiaq jugak nak tinggai depa dalam keta sat, nak soh si kakak kunci keta dari dalam, aku keluaq sat beli lauk. Tapi dok terbayang macam2 pulak....ishhh tak sanggup nak amik risiko la. Angkut jugak la. Dan selamat jugak sampai ke rumah...kena pulak time tu ujan renyai dah, satu lagi pulak cabaran. Mana nak dukung si adik, mana nak pegang payung, mana nak pegang barang lagi kan...soh kakak tolong pegang barang, dia kata tak mo, berat....adooooiiiii...

Masuk je umah....teruih aku terpikiaq....itu baru 2 orang budak, jarak umuq pun agak jauh, cemana la gamaknya kalau 1-2 tahun sorang, ada pulak 3-4 orang.....tabik tegak la aku kat ibu2 tu, sedangkan aku baru 2 orang anak pun dah kelam kabut.



Macam penuh je dah car seat tu...hehehe. Tak dan la nak snap byk2, tgh dok fokus cemana nak handle 2 beradik tu

Last2...kesimpulannya aku memang perlukan wak bila keluaq jenjalan, especially time bawak anak. Besanya kalau shopping barang dapuq n barang umah, aku lebih suka shopping sorang2...hari keja....ehhh

21 March 2011

Bila saya nak besar ni??

Ahad...tengah tengok Nona...ada segmen yang orang kawin2 tu, tengah dok buat persiapan kawin dalam dewan yang besaq, penuh bunga2 segar dan lampu berwarna-warni....
Khairieena : Mama...bila saya nak besar nii...?
Aku : Kenapanya..?
Khairieena : Saya nak besar cepat2....saya nak kawin...
Aku : gulp....haaa...nak kawin???
Khairieena : Yea laa....tengok tu....cantik je dia kawin...pastu saya nak ada baby macam mama....saya nak kawin mamaaa....
Pitam sat aku. Baru tengok kat tv ja tu...dah berangan jauh dah. Dia ingat kawin tu apa la gamaknya. Ingat lepas pakai cantik2, jalan pelan2 bawak bunga tu, potong kek suma tu buleh best sampai mati ka?? Dia tak tau...kawin ni umpama jalan kena jengket2 tau, tak buleh nak berlari teruih sebab kaca berterabuq merata-rata...dia yang kecik tet ni dok berangan nak kawin ja kejanya....nak kawin pakai ayaq liuq ja buleh laa...
Teruih aku pusing tengok Khaleela yang tengah tidoq tu.....esok lusa adakah aku akan hadap benda yang sama jugak?? huhuu...menakutkan laaa bebudak nih...
p/s : sib baik wak tak dengaq, kalu tidak nak je aku soh wak yang jawab bagi pihak aku...kan pasal kawin kannnn....

18 March 2011

Andainya Wak Tahu...

ANDAINYA LELAKI TAHU...
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.

Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat.

Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri.

Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Dia suruh aku tolong pinangkan....uwaaaaaa

Huhuuuu huuuhuuuu....uwaaaaaaaa
Dia suruh aku tolong pi pinangkan??? Biaq betoi dia ni!! Aku rasa macam nak baling dah tepon tu tadi.....tapi teragak-agak jugak, dia ni bergurau ka, serius ka, ataupun memang ada niat betoi??
uuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...........
Betoi ka niiii?? Mungkin dia juz bagi hint2 kat aku kot tadi, tu sebab dia cakap camtu.....mungkin dia buat macam dia buat kelakaq (tak kelakaq ok!)....tapi sebenaqnya dia serius. Cuma dia nak tengok reaksi aku kot.... isshhhh
Arrggghhhhhhh...pedulik!! Ingat aku takut ka? (uwaaaaa..) Tak heran lah....buat la apa hang nak buat pun (uhuk uhuk...). Ingat aku nak meraung sangat la ya......sorry!
uuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa lagiiii....

16 March 2011

Ada Satu Kesah - Part 7

Apa yang dirancang oleh Minah dan Abu tidak menjadi sepertimana yang mereka impikan. Iya...Minah dan Abu harus akur dengan perancangan Yang Maha Esa. Keluarga Minah membantah sekeras-kerasnya rancangan mereka untuk berkahwin di luar daerah yang kononnya untuk menyempurnakan yang wajib dahulu. Tetapi keluarga Minah tetap memberi cadangan2 lain bagi membantu Minah dan Abu berkahwin tetapi tidak akan membenarkan Minah membuat apa-apa yang melanggar undang-undang. Keluarga sangat berharap Minah menyedari bahawa tindakannya yang terburu-buru akan memakan diri suatu hari nanti. Keluarganya juga mahu Minah tahu bahawa mereka sayangkan Minah dan akan menyokong apa juga tindakannya selagi ianya di jalan yang betul.
Abu seperti putus asa terhadap segala usaha yang dicurahkan untuk memperisterikan Minah. Dia seperti mahu membiarkan sahaja perkara ini dengan harapan ianya akan lenyap suatu hari nanti. Biarlah orang akan mengata dia tidak bertanggungjawab, tidak memegang janji...sebetulnya dia sudah keletihan dengan kancah yang diciptanya sendiri. Abu semakin tidak keruan....dia tidak akan boleh meninggalkan keluarganya yang telah dibina bertahun-tahun lamanya semata-mata untuk membina keluarga baru.
Oleh yang demikian, Abu mengambil keputusan berdiam diri. Apa yang ditanya dan dibincangkan oleh Minah sedikitpun tidak melekat di fikirannya. Dia sudah tidak mahu menabur janji lagi, sedangkan janji-janjinya sebelum ini satupun tidak dapat ditunaikannya. Abu memang bersimpati dengan Minah, rasa bersalah yang amat sangat dengan sikapnya sekarang terhadap Minah, tapi Abu sangat berharap Minah faham kedudukannya sekarang. Abu tidak sampai hati untuk menyuarakan apa-apa yang bermain di benaknya, hanya dengan harapan agar Minah memahaminya.
Minah terlalu kecewa dengan sikap Abu terhadapnya kebelakangan ini...Minah menangis sendirian. Sepatutnya dia lebih bersedia untuk menghadapi kenyataan ini yang bila-bila saja boleh bertukar. Sepatutnya dia lebih bersedia semasa hatinya mula terpaut dengan kebaikan Abu dulu untuk menghadapi saat-saat pedih ini. Apa yang membuatkan Minah bertambah kecewa, sudah 3 bulan dia dan Abu tidak berhubung satu sama lain. Walaupun ada usahanya untuk bercakap dengan Abu, acapkali itu juga Abu sentiasa sibuk. Minah tahu Abu sengaja mengelakkannya. Oleh itu Minah faham sangat kehendak Abu sekarang apatah lagi kad kredit Abu yang dipakai di bawah nama Minah telah melebihi hadnya dan sekarang telahpun disekat oleh pihak bank. Abu hanya berdiam diri. Minah kekalutan sendiri...


bersambung....

Khairieena

Semalam aku cuti, bawak Khairieena ke Klinik Pakar Kulit dan Alahan An-Nur kat Bangi sana. Dah macam2 klinik dah pi, tetap tak elok jugak. So nak try sini pulak. Mahal memang la mahal, tapi kesian sangat dah tengok keadaan si Khairieena nih. Tangan n kaki dia jadi macam kudis buta tau...memula naik bintik2 merah, pastu bengkak n bernanah. Dah tentu la sakit berdenyut2....merengek je lah kejanya. Memang dia tak buleh buat apalah dengan tangan yang macam tu. Adooiiii.....risau betoi la hati aku niii....
Khairieena ni memang ada eczema sejak kecik lagi. Kulit dia memang tak tahan panas, peluh dan sentiasa gatal2. Dia pulak memang sentiasa dok garu2 la kan...tetambah la kalau salah makan. Budak2 kalau kita larang cemana pun jangan garu, dia benti la sat, tapi pastu garu jugak. Dan bila menggaru tu dia macam sedaaapp ja...macam separa sedar tau. Dan kulit dia sangat kering, dan sebab tu la jugak yang sebabkan gatal kan.
Dah macam2 ubat dah aku usahakan...ubat sapu la, ubat makan la, dengaq orang bagitau sana sini elok, try jugak, beli ubat kat internet la, baik sat-sat ja...pastu mesti jadi balik tau. Dulu masa dia kena demam campak, dah baik tu memang kulit dia elok sangat, licin dan bersih je....ingatkan dah abih la kot bab gatal n kering tu. Rupanya tak daknya laa....ntah la. Orang tua2 cakap penyakit kulit ni mungkin akan hilang bila dah kawen...hahaha...tapi buleh caya gak kan....
Pagi ni aku datang jugak ofis, wak masuk keja lambat, so dia tunggu sat Khairieena pagi ni.
Maybe aku balik t/hari nanti kot....serba salah sangat ngan bos tau. Dah la baru je masuk keja...dah jadi macam ni pulak. Walaupun bos tak cakap, walaupun dia kata utamakan keluarga, tapi buleh tau la, dia tak berapa suka tempat PA ni ditinggalkan kosong. Ofismet yang mengganti ni pun kesian jugak....haaiii.
Pagi tadi tengok tangan n kaki Khairieena tu, dah kering la jugak, dia tidoq malam pun tak merengek dah, maknanya tak berdenyut dah la tu. Mintak2 la baik cepat. Sekarang ni pakai sabun Taharah tu...nampak ada jugak kesannya. Kulit dia rasa licin dah, cuma part2 tertentu ja ambik masa skit kot. Aku baca n dengar kat mana2 pun, orang yang ada eczema nih, memang tak dak ubat, hanya masa je yang memungkinkan dia baik terus atau akan dibawa sampai tua...huhuuu

12 March 2011

Demam

Lepas si kakak demam Selasa lepas, hari ni si adik pulak demam. Patut la malam tadi dia tak nyenyak tidoq....asyik bangun pastu merengek...tapi baguihnya Khaleela ni, merengek pun antara dengaq tak dengaq ja. Slow sangat bunyinya...macam dia mengerang pun ada, tapi mata pejam...sian sangat, sayu plak hati ni.


Bangun pagi ni lagi panas badan dia, tapi tetap nak senyum sengeh ngan orang. Lepas mandi tadi, teruih nak tidoq, tak mo dah bersembang macam biasa. La ni tak bangun lagi ni...dekat 2 jam dah ni.....jarang sangat dia tidoq siang lama camni....ciaannnnn dia...cepat baik ye sayang...

11 March 2011

Makan-makan


Tengahari tadi ada makan-makan kat ofis....sesaja buat, tak dak meeting apa pun. Wak n aku berniat dari sebelum bersalin lagi, pastu dah sampai besday aku, kira sekali la. Tapi ramai la pulak ofismet yang dah start cuti....tak best arr sangat...hehehe...tak dak la, terima kasih sangat2 semua yang hadir tadi tu ok. Terima lah seadanya ya, menu hanyalah sate je dan aku hargai sangat2 doa kalian untuk segala kebaikan dalam kehidupan aku selepas ni.

Sebelum makan...menu simple je

Mangga...ada manis, ada tak manis

dan...puding comey2

Get set, ready...go!!

dah kenyang la tu...

sembang2 gelak2 kasi isi perut turun dulu sementara tunggu round 2...

aku punya.....10 je tau (percaya dak? ngeh ngeh ngeh)

Henpon aku buat hal

Baru beli 2 bulan lebih....betoi2 aku pakai baru sebulan lebih....tup2 malam tadi screen dia tak mo bergerak.....aku sentuh cemana pun tak bergerak gak. Then aku pun off kan la...seminit dua, nak on balik.....dah tak ter on on la pulak......gelaaapppp ja. Nak kata tak dak bateri, banyak lagi. Tak pa, aku pun pi la cucuk kat charger pulak. Tinggai dalam sejam camtu, try pi on balik....huh serupa jugak....huhuuu


Pagi ni tekan nak on lagi...dah berkelip2 merah plak kat lampu bateri tu. Besanya merah tu tandanya nak mampus la tu...takkan kot, padahal dah charged, pastu mana ada on pun kan. Haru la henpon ni aihhh!! Rasa macam nak ketuk2 pun ada dah ni. Sib baik henpon lama ada elok lagi. So aku tukaq sim card masuk dalam henpon lama tu. Tu laa....yang lama jugak yang dicari sebagai penyelamat, tempat mengadu...(eh eh...lain macam bunyinya..). Satgi nak bawak pi kat cina repair henpon kat k4 tu soh dia tengokkan. Tah2 screen yang problem kot....tahlah
Ni la dia....aku pun bukannya gheti sangat pun pakai henpon ni...wak la nak sangat. Tapi aku tak bagi dia pakai....dia tu tak buleh pakai barang mahei2...cepat je rosaknya. Lagi satu tangan laki kan ke lebaq, tak sesuwei laa...hehehe. Ehhh...abih la ni dok ngan aku pun dia rosak gak....muahahahaa
Update:
Dah ok dah...cina repair tu kata software problem...apa lg tah, aku tak paham sgt. So dia install balik, huluq kat dia RM50. Haiii...lambat lagi 24/3 kannn....

10 March 2011

Setelah 10 Tahun...

Sedar tak sedar dah nak masuk 10 tahun aku kerja sebagai kakitangan kerajaan dan berada di pejabat yang sama!!

Hahahaa....bosan kan? Memang la bosan...10 tahun tuuu, pejabat sama pulak tuuu.....orang len dah brapa kali keluaq masuk pejabat, dah macam2 pejabat orang rasa dah kan. Aku still jugak kat sini....yang bertukaq cuma bos ja...hehehe. Ok la tu...ada gak tukaqnya, lain bos lain peelnya...ye dak?

Yang aku nak cerita ni bukanlah service aku 10 tahun tu....blom lagi, betoi2 10 tahun bulan 10 nanti. Ini nak cerita pasai pc yang aku pakai ni.....sejak lapor diri sampai la minggu lepas, pc tu la yang aku dok ketuk hari2, printer tu la yang aku dok print selalu. Tapi minggu lepas, hari ke-2 mula keja setelah cuti bersalin 3 bulan...tamatlah riwayat dia. Gelaapp je screennya....pastu dok tulih soh restart window...tapi berpuluh ribu kali restart....tak jugak masuk2. Rupanya window dah corrupt, dah sampai ajalnya....hehehe. Ye laa bayangkan sejak aku lapor diri dulu lagi, tu dah 10 tahun, pastu dah tentu la pc tu dah ada sebelum tu lagi kan...beh kurang 15 tahun ada kot umur pc tu.....haaaa! Betapa kedekutnya pejabat aku ni....dapat pc baru je, bagi kat orang baru, pegawai baru. Aku pun satu....malas nak back up2 bila tukaq pc, jadinya pakai je lah apa yang ada selagi buleh.



Akibatnya...minggu lepas tu, abih la segala mak nenek harta pusaka dalam hard drive tu burn gitu je. Bila depa check lagi, rupanya hard drive tu pun dah corrupt, dah tak buleh nak copy cemana lagi dah. Sib baik semua gambaq aku tak delete dalam henpon, dan dulu dah penah copy masuk cd...hehe. Tapi yang lain2.....nak kena buat balik semuanya...dengan fail meja aku n bos dalam tu......uwaaaaaaa......nak tukaq ofis laaa...


Tapi baguih jugak la...akhirnya merasa la jugak aku pakai pc baru, walau tak secanggih mana, at least baru dari orang baru...muahahahaa! Itu la.....10 tahun service baru dapat pakai pc baru...PA pulak tu. Bukanlah nak soh orang respect tara mana sangat....tapi kan ka tak cantik mata memandang bila guests datang, masuk bilik ja nampak pc PA yang cabok dan dah kuning tu...bos gak dapat tempiasnya nanti....kehkehkeh


So sekarang laju la aku buat keja kan....tambah laju kalau kat screen tu timbul blog dan fb hahaha. Tapi printer lama tu tak buleh la pulak nak connect ngan pc baru nih...bila print nak kena berjalan jauh pulak pi amik...haii. Dalam pada tu dok serabut jugak nih....nak kena buat balik apa yang dah ilang tu...uwaaaaa


Tu pc yang dah lebih 10 tahun...mana org pakai lg dah pc gabak camtu...

Haaa...ni yang baru, adik ofis dok tolong pasangkan

09 March 2011

Khaleela 3 bulan


Lupa pulak nak cerita pasai check up Khaleela 3 bulan hari tu 3/3/11.


Pagi bawak pi klinik kesihatan...nombor aku depan gak sebab awai pagi lagi wak dah datang ambik nombor dulu, pastu balik umah baru ambik aku dengan Khaleela. So, Khaleela dah siap mandi wangi2 dah, lagipun pasni nak hantar ke umah Mak Nab kan.


Kena cucuk gak, tapi menjerit sat ja lah. Dia mengantuk sangat, letak dalam stroller, tak sampai 5 minit dah lelap. Tapi tu la, terkejut2 sebab kat klinik kan ke bising bangat. Kat umah pun bising gak, tapi tak la sampai tahap terkejut2 kan.
Ok, ni perkembangan dia 3 bulan:

Berat : 6.3 kg
Panjang n ukur lilit kepala : tak ingat...hehehe
Perangai :
1. Makin suka bersembang dan menyengeh...kadang2 je keluar suara, tapi sekali keluar suara, nyaring bukan main

2. Dah kenal mama, papa n kakaknya.....tak yah pulun2 agah dia, dengaq sora je, dia dah sengih lebar
3. Tidur dah senang.....tetambah kalau masukkan dalam buaian. Tapi malam buleh pulak tidoq kat katil dia tanpa di buai2 terlebih dahulu
4. Sekarang kepala, kaki n tangan semua nak angkat sendiri dah, tetambah kalau kita agah dia. Kalau dah terkepak2 camtu, tu tandanya nak soh orang angkat n dudukkan dia. Dapat duduk, teruih sengih....lawak la

5. Masa rilex dia, jari la jadi mangsa. Dia suka isap jari tu sampai berdecit2 bunyi tau. Kalau ada sarung tangan, memang lencun la. Haa time tu...memang dia behave sangat.
6. Suka tengok tv....tengok macam la dia paham. Kadang2 dia bercakap dengan tv tu...bahasa dia la....sonok dengaq tau.


Itu je kot....Mak Nab pun kata senang sangat jaga Khaleela ni....alhamdulillah. Tetambah hari Isnin, memang keja dia tidoq ja, bangun susu pun 2 kali je sepanjang hari tau! Muahahahaa...penangan hari Ahad bawak jenjalan....cian dia...hehehe. Lagi satu aku suka nyakat dia masa dia tengah yak....hahahaha....kan buleh tau riak muka masa tengah yak tu kan, dan2 tu aku pun mengagah dia. Teruih confuse dia....sat senyum, sat ketaattt ja...hahaha...dalam ati maybe dia kata camni, mana satu aku nak layan niii....


Sedap je duduk atas tilam empuk yee...

Saman di hari bahagia...huhuhuuu

Gggrrrrr...
Ceritanya camni...
Lebih kurang kul 11 pagi semalam, wak call soh aku balik umah sat sebab dia tertinggal kunci rumah dalam rumah. Sekarang dia kat klinik dengan Khairieena. So aku pun teruih la berdesup keluar dari ofis...bos kan tak dak...hehehe. Sampai kat Taipan USJ tu tetiba teringat nak beli roti lah kat Baker's Cottage tu...untung2 ada kek yg best buleh sapu sekali. (tengok...kek pun beli sendiri tau..huhuu).
Sampai kat taipan tu, besa la parking memang hazab nak cari. Jadinya aku dabel parking je lah...alah selalu pi situ pun memang tak penahnya dapat parking pun. Aku pun keluaq pi masuk beli roti...kek tak dak yang kecik, besaq kang tak abih, nak makan 3 beranak je pun. 5 minit je kot aku rasa beli roti tu, bila patah balik ke kereta dah nampak kertas kat wiper, pengautkuasa MPSJ tu baru je letak. Dia sengih je tengok aku. Takpa la...aku amik kertas tu, masa nak bukak pintu belah driver tu ternampak satu benda kuning kat side mirror...siap gelang pulak tu. Memula aku ingat bila kita dah amik kertas saman tu, dia akan ambik balik la notis n gelang kat side mirror tu. Rupanya takkk.....dia kata, kak kena pegi bayar dulu, baru buleh bukak gelang tu.
Lorr...kalau tak bayar selagi tu lah gelang tu jadi perhiasan kat side mirror tu...macam subang pulak rupanya. Tak ke malu kan, bila tengah drive benda tu dok goyang2 kat situ...keta2 sebelah menyebelah pun asyik menjeling je lah, nak try baca apa tulis kat situ...malu siot! Mampuyuh aku kena berletiaq ngan wak pasni...adoooiii
Sampai Puchong....Khairieena pulak merengek kata papa marah dia....macam2, aku dah serabut nih. Bagitau wak...memula dia macam layan tak layan je, sedih tau. Pastu dia pulak siap nak potong lagi gelang tu...hishh mana buleh, kang lagi banyak pulak kena bayaq kang. Dah bagi kunci semua, aku ingat nak teruih pi MPSJ la bayaq saman n release gelang tu, tapi time tu dah dekat kul 1 dah...malaih la pulak, orang mesti ramai. Balik ofis dulu, kul 2.30 keluaq balik, alang2 kalau lama kat situ, buleh la aku balik umah teruih kan....hehehe.
Huh...memang lama punnn....manusia bersesak! Sib baik dia bukak kaunter khas untuk orang yang nak bayar saman n release gelang tu, so laju la jugak nombor giliran tu. Haiii....tak pasal2 kena saman, selalunya aku buat camtu ok je. Timing tak kena kot...ye lah, pagi lagi. Selalunya t/hari ke petang dah tak dak pengautkuasa tu berkeliaran kat situ. Masa aku dok tunggu depa bukak gelang tu, budak pengautkuasa yang letak saman kat keta aku tu baru balik. Siap tanya lagi kat aku, dah bayar ke kak? sambil sengih2...sekeh kang baru tau!
Semua wak punya pasai, kalau dia tak tertinggal kunci dalam rumah, tak dak la aku menerpa kena balik kan, tak dak la terdetik nak beli roti apa bala kan, dan tak dak la nak dapat surat cinta kat wiper keta pulak kan. (hahaha....aku tak salah jugaaakkk...) Ni la hadiah besday aku paling special tahun ni....hangpa ada? Haaa...tak semua orang dapat kebetulan yang sangat indah ni tau....muahahahaa

08 March 2011

Hari ni ke?


Ececeehh...konon!! Lagi mau tanya...padahal dah seminggu kot aku hint2 kat wak. Tara seminggu dok hint2 tu pun, dia tak sebut pun nak bagi apa ka, buat apa ka untuk aku nih...huhuuu. Aku tau tu....bila tiba harinya mesti dia buat2 lupa tau....mencik mencik...uwaaaa

Sungguh bagai disangka......pagi tadi memang dia lupa atau saja buat2 lupa...huhuuu. Dah la malam tadi tidoq awai dari aku huh!

Oklah...tak mo lah salah sangka kan. Malam tadi Khairieena demam, muntah2, bangun pagi tadi pun badan panas lagi. So decide tak yah la pi tadika. Aku mintak wak cuti ja hari ni, sebab aku segan la nak cuti, baru je seminggu start keja. Wak cakap ok. Maybe dok kalut2 tukaq diaper Khaleela, pastu bawak beg turun ke kereta, tu yang buat dia lupa tuuuu.....positive thinking nih. Tapi masa aku salam peluk cium tadi....tak dak jugak.....sodihnyaaaaaa dennnn

Dah lah...tak yah lah dok pikiaq sangat aih. Dah tua2 ni dok harap macam budak2 pulak aku ni. Tu haaa hadiah yang tak dak nilai, tak dak galang ganti.... sapa nak bagi free kan



So...untuk ulangtahun hari lahir aku yang ke 32 ni kan...eh 32 dah ye...hehehe... aku amat bersyukur dengan segala kurniaan dan anugerah Allah SWT kepada kehidupan aku selama ni. Masih bernafas dan berpeluang untuk memohon keampunanNya dan jugak memperbanyakkan ibadah yang terlalu kurang bagi diri aku ni.

Apapun aku berharap aku akan menjadi wanita yang lebih gagah, tabah dan sabar selepas ni....sebelum ni rasanya gagah jugak, wanita besi gak...cuma nak lebih dari tu demi keluarga tersayang. Dan bersempena hari ni jugak, aku nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA kepada semua wanita khasnya di Malaysia....ingat...kita bertuah dilahirkan sebagai wanita.


02 March 2011

Aik??

Aku dimaklumkan bahawa bos akan ke bengkel tersebut seawal jam 8.30 pagi (awal?) setiap hari dan pulang ke pejabat lebih kurang pukul 4.30 - 5.00 petang.

Tapi, hari ini bos bertolak pergi pukul 9.00 pagi tadi dan pulang semula ke pejabat seawal jam 1.30 petang tadi!! Satu kejutan!!

Bagi semua ofismet aku laa....bagi aku tak la terkejut sangat sebab ini kan first day aku. Mana la tau dia rindu nak beramah mesra dengan aku ka kan. Pagi tadi tak dan nak bersembang sangat pun...sebab aku buat2 sibuk...muahahaha... Memula aku turun naik dari ofis ke basement amik barang (wak kata aku macam nak pindah umah - barang banyak sangat, mana ada!) pastu nak brekfes plak, geng dah tunggu kat pantry...dok situ pun dah 1/2 jam lebih dah...balik bilik tengok dah kosong...hehehe

Ka aku ja yang perasan kooottt!!! kahkahkahkah.....dia tak heran nak sembang ngan aku punnnn....hahaha

Tadi masa pi ngadap dia nak sign borang keluaq untuk esok sebab nak bawak Khaleela check up 3 bulan kan....cuak gak aku, ye la baru masuk hari ni, esok dah nak mai lambat pulak. Sib baik dia ok...siap pesan pasni tak yah la isi borang tu, juz bagitau ngan cc pun ok dah. Aik?? camno tuh? Hishh....tak buleh la camtu, orang len kena isi borang keluaq, takkan aku nak jadi halimunan pulak kot. Baru hari ke2 bekerja untuk tahun 2011 dah wat hal....huhuuu

* rupanya dia balik ofis awal tu sebab nak pi potong rambut daa...mmg aku perasan!!

Malam Pertama...ehhh...Hari Pertama daa

Muahahaa....aku bangun awal woo pagi tadi...kul 6 pagi!! Azan subuh pun blom tau. Wakahkahkah....memang la blom, kan skang ni azan subuh 6.08 kot...hahaha. Kul 6 pagi kira awal la bagi aku yang dah cuti 3 bulan nih...selalunya sikit2 lagi ja nak cecah ke pukul 7 baru nak bergerak. Yang bestnya dua2 orang anak aku tu pun bangun time yang sama gak. Yang kakak bangun tolong kejut aku...hehehe...yang adik plak bangun nak susu la. Sib baik lagi kalu tidak nak kena kejut dia, sian plak tengah sedap tidoq tu.

Siap2 semua baru 6.30 pagi...awal la pulak aih...teruih aku buat lambat2, sempat lagi menyembang ngan Khaleela, sebab tak mo bagi dia tidoq balik. Turun bawah kul 6.45 pagi, Khairieena kat atas dok lambai kot tingkap. Sian pulak kat dia...masa salam ngan aku tadi tu dah menyebek2 dah. Ye la...sepanjang tahun lepas boleh katakan tiap2 pagi aku yang siapkan dia ke tadika sehinggalah semalam. Hari ni papa dia take over plak...sedih la dia. Aku dah pesan soh buat sendiri macam selalu, tak yah mengada sangat, nanti papa marah. Lagi satu yang dia sedih tu, sebab aku bawak Khaleela je dulu, dia tinggal kemudian, papa hantar. Sepanjang minggu lepas, hantar serentak.

Okeh...abih bab kat umah. Awal la pulak aku sampai ofis, so aku kona pi beli brekfes dulu. Sampai depan pintu ofis, alamak...lupa paswed la pulak. Tu laa ada pass card tak penahnya nak pakai, buat hiasan atas lemari dalam bilik tu. Mau tak mau tekan loceng la...hehehe. Sib baik ada orang mai bukak, kalu tidak dah keluarkan henpon dah nak call sesapa yang ada.

Agak meriah la suasana ofis...terasa macam orang baru plak...hehehe..perasan! Bos plak mai kat aku tanya dia nampak kurus dak? Ingatkan dia nak kata aku yang nampak kurus...hampeh!! Pastu dia pun keluaq pi bengkel apa tah selama 6 minggu ...lega. Dah la hari pertama kan, bos tak dak senang skit, sebab aku macam dok tergagau2 lagi nak buat apa tak tau...hehehe.

Ishhh...lapaq la pulak aih...padahal pagi tadi makan nasi lemak tuu. Selalunya kat umah makan pagi je, buleh pulak tahan sampai ke malam...tak pulak rasa lapaq. Masalah besaq ni...nak wat cemana ni kalu hari2 camni....lari target aku...uwaaaaa!!