28 February 2011

Banyak Cerita Tapi Malaih Nak Cerita

Aku tak tau nak hapdet apa dah...banyak cerita tapi malaih nak cerita!! Paling banyak cerita pasal anak2 la kan, tapi nanti orang cemuih pulak baca, asyik cerita pasai anak dia jaaa...peduli apa aku, tak mo baca pi main jauh2 lah...muahahaha
Kot manapun aku nak cerita jugak...suka hati aku la kan...ishh emo plak
Ini gambar rumah yang blom siap...maybe hampir siap kot. Tak kesabaran pulak rasanya hehehe. Wak snap ni masa aku dalam pantang hari tu.

Yang ni si kecik baru lepaih minum susu, tengah nak sendawakan dia, si kakak pulak sibuk nak ambik gambaq. Tapi bila tengok balik...cutenyaaaa la gambaq ni...
Kalau boleh nak masuk sepenumbuk tu dalam mulut dia....hobi baru, suka isap jari. Kalau pakai sarung tangan, dengan sarung tu la dia isap sampai basah lencun. Patut la dok diam ja tak bunyi, bile jenguk tengok dalam katil dia rupanya kawan dok feeling isap jari. Kadang2 ada bunyi gak sambil2 isap jari tu...bunyi dia camni....haa haa haa (lanjut2 dan lambat2)

Tidoq siang sat2 ja la ni, masak pun berebut tau, nak lelap pun payah dah hehehe...sejak dok umah pengasuh minggu lepas tu la. Haa...aku dah hantar ke rumah pengasuh minggu lepas, kononnya nak bagi dia biasa kan, kalau ada apa2 pun senang, aku kat umah ja instead of kat ofis, payah nak kluaq2 plak. Mak Nab (pengasuh) kata senang jaga dia, menangeh bila nak susu, nak tidoq ja...alhamdulillah.

So hari Rabu ni aku dah start keja....owwhhh...tahap malaih tu tak tau la nak bayangkan tinggi mana. Dengaq pulak bos tak dak sebulan pi kursus....isshhhh....lagi la tebal malaih tu. Terbayang dok dalam bilik tu, sorang2, surf internet sampai muntah, dengaq radio, cakap sorang2....hadooiiii....beku otak camni....lagi la teringat kat anak kannn...uhuk uhuk


12 February 2011

First Time Khaleela Balik Kg Penang





Dalam kereta, otw balik Penang
CNY baru ni balik Penang....memang teruja abih lah, ye lah sejak bersalin ni tak balik Penang lagi. Keratong dah 2 kali dah, siap dok sana dekat 3 minggu lagi. Haishhh...berkira la pulak...hahaha...bukan apa, rindu sangat dah nak jumpak ayah, abang, n kak teh anak beranak. Lagi satu nak soh kak teh masak....sluurrpp...dia masak ada iras2 arwah mak aku masak tau!

Bertolak hari Khamis, hari raya....jalan memang jem, tapi bergerak la. Cuma dah terlebih target time la. Bertolak kul 10 pagi, sampai umah kul 3.30 petang...itu tak berenti lama2 tau, berenti pi toilet je pun. Khaleela sangat la behave sepanjang perjalanan tu...merengek time lapar ja, pastu main2, sembang2 sat, teruih tidoq balik. Khairieena plak kat belakang ngan kakak aku, besa ja la dia tu...kaco kakak aku lah.

Kak Teh n Khaleela


Kak Teh sangat2 excited jumpak Khaleela.....kejap2 amik dukung..abih la budak tu dah biasa didukung nanti aku yang teruk...huhuuu. Ayah plak nampak ceria sangat sebab anak2 balik berkumpul camni, kalau tidak sunyi ja dia ngan abang. Aktiviti dia banyak abih pi masjid, pi mengaji, dengaq tok guru baca kitab. Kalau kata nak lepak sembang ngan kawan2 macam dulu2 masa aku sekolah tu, tak dak dah la. Sejak dari arwah mak sakit lagi, dia banyak dok umah jaga arwah. Isshhh...melalut ke lain plak aku ni.


Kak Teh dah ajar Khaleela duduk, asal baringkan je bunyi...ishhh
Okeh...3 hari kat kampung, memang sangat2 best, masa nak balik sini, rasa malaih yg teramat sangat. Walaupun aku masih cuti dan boleh ja kalau nak dok lama sikit kan, tapi nanti memboring la pulak aku kat sana. Lagipun Khairieena kan kena pi tadika. Sepanjang dok kampung tu aku tak keluaq ke mana pun....hehehe...sejarah tu. Kalau tidak, hari2 aku pi merata walaupun dekat tet ja. Kena la jaga gak kan, ayah aku mesti berletiaq tak berenti punya kalau aku keluaq jugak bawak anak kecik tu. Dah la baru ja abih pantang....baik dok dendiam ja menikmati ketenangan di kampung.


Khairieena n Husna

Balik sini hari Ahad, uuiii...jem gila!! Bertolak kul 10 pagi gak, sampai umah kul 5.30 petang!! Naik kematu bontot aku dah. Si Khaleela pulak buat time, 2 jam sekali dia nak susu...haiii...panas rimas kot keta dok bergerak slow sangat. Sampai umah semua terkelepet...sib baik buat masa skang aku surirumah sepenuh masa....esoknya aku bantai tidoq sama naik ngan Khaleela gak...muahahaha

* First time tengok Khaleela, Kak Teh kata memang iras arwah mak. Selama hari ni yang aku noticed juz tang mulut je, masa kat spital lagi tang mulut tu memang copy arwah mak. Tapi bila tengok dia didudukkan camtu, memang saling tak tumpah la....Al-Fatihah.