31 January 2011

Khaleela 2 bulan

Hari ni Khaleela cukup 2 bulan....hmmm sat ja kan. Cuti pun tak terasa tup2 dah sampai 2 bulan. Tadi pi klinik untuk cucuk 2 bulan....aku tak mandikan Khaleela pun, hehehe...sejuk la, kan ujan sepanjang hari kemarin kan, pagi tadi pun hujan gak. Tapi aku mandi laa...
Time cucuk tu, dia dah nak mengamuk dah sebab mengantuk, kena cucuk je teruih dia bukak volume la. Tapi sat ja....pastu teruih tertidoq, lawak la minah ni. Ini perkembangan dia dah berusia 2 bulan :
Berat : 5.25 kg
Panjang : 56 cm
Ukur Lilit Kepala : 37 cm
Perangai / perkembangan :
1. Dah pandai tengok orang, mata dia bergerak ikut pergerakan orang yang lalu lalang depan dia. Kadang2 sampai terlangut2 punya la nak tengok jugak...hehehe
2. Dah pandai mengamuk kalau orang tak layan dia. Mesti nak orang sentiasa depan mata...huuhh
3. Dah pandai senyum dan gelak tanpa suara bila sembang dengan dia. Kadang2 dia respon gak, buat bunyi2....cute sangat!
4. Dah pandai fokus bila dengaq suara orang...mata dia mencari2, terpusing2 kepala kiri kanan cari suara tu...hahaha
5. Tetap suka berjaga sampai 1 pagi kadang2...tapi tak menangeh, cuma macam susah nak tidoq ja, tapi bila dah tidoq, sampai pagi baru ingat nak susu.
Hmmm...so far itu je kot yang aku ingat. Haaa...lagi satu, suara dia sangat kuat bila menangeh, kelam kabut aku jadinya...ye la sorang2 kan, semua nak buat. Ada masa tu, aku tinggai la dia sat, tu yang mengamuk tu.
Tadi dah bagi ubat demam, cucuk 2 bulan tu kan buleh buat demam kan, seriau gak. Last week aku demam 3-4 hari gak la. Demam seram sejuk, peluh pun sejuk tau. Malam lagi teruk rasa dia...heeii tak tahan rasanya.
Haaa...lagi satu berita baik....muahahaha....aku dapat sambung cuti lagi sebulan!!! Yahooo!! Kesian jugak bos kat aku kan....tapi dia sebut gak, dia berat nak luluskan sebenaqnya. Tak pa lah...berat pun berat lah, asalkan dia sign jugak! Lega rasanyaaaa....hilang serabut kepala otak aku.

19 January 2011

Adik Kakak, Kakak Adik


Khairieena tengah menenangkan Khaleela.


Khairieena : Alaaa bucuk-bucuk akak nii....

Aku : Alaaa wangi-wangi mama nii....(saja nyampuk time tu)

Khairieena : Takkk....bucuk laaa....wangi tu saya jee...

waaarrgghhhkahkahkah....aku ngan wak bantai gelak besaq punya...hahahaa

18 January 2011

Khaleela Cukur Jambul

Last weekend balik kampung Keratong untuk kenduri doa selamat dan cukur jambul Khaleela. Jumaat petang bertolak, Ahad petang dah balik Puchong. Khaleela ok2 je...si kakak Khairieena pulak sangat seronok balik kampung.....tapi dia dok sebut pasai pa tak balik kampung Penang. Haa..mesti dia heran kan, asyik balik Keratong, Penang dah lama tak balik pun. Sabaq ya kakak, kita balik Penang raya cina ni tau.


Aku tak buleh nak berlama2 ngadap blog ni, aku nak lelap barang seminit dua (read: sejam dua) sebab memalam tak cukup tidoq....well besa la kannnn...orang anak kecik ni... Ni gambaq2 masa kenduri tu...eh masa kenduri tak dak gambaq la. Sapa yang nak amik gambaqnya, adik2 ipaq semua tak balik, dok jauh2. Wak pulak pegang Khaleela, takkan aku nak sibuk sama tang tu dok snap sana sini kan. Dalam umah orang lelaki semua tau, orang pompuan dok berkumpul kat beranda dapur siapkan makanan ja. Satgi orang kampung dok bisik2 pulak menantu Cik Tipah ni over la pulak. Lagipun ni majlis kecik je....MIL aku kata majlis besaq2 skit sekali ngan aqiqah n marhaban apa semua tu nak buat sekali ngan cukur jambul anak adik ipaq aku yang akan bersalin awal bulan 3 ni. Maybe majlis tu bulan 5 kot...tah la, tengok keadaan.


Wak tengah siap

Bahan dan alat yang diperlukan untuk upacara cukur jambul...
korang camni gak ke?

Khaleela sebelum dicukur sepenuhnya


Khaleela semasa dicukur sepenuhnya oleh mbahnya (FIL aku)
Time upacara cukur jambul tu juz sikit2 je kan, ambik syarat je...gunting sikit then masukkan dalam kelapa tu...pastu baca doa, pastu makan. Petang dah abih kenduri tu, aku diurut dan dimandikan penutup oleh bidan kampung, pastu bidan tu jugak yang sunatkan Khaleela. Hehehe....seriau betoi time tengok tu...sian pun ada kat si kecik tu. Tapi memang terer la bidan2 ni kan.....sekali je dia gunting, dah selesai...kena pulak tu...fuyooo! Time sunatkan Khairieena dulu pun aku tengok gak. MIL aku pulak tak berani tengok, dia pegang kaki tangan budak tu, tapi dia pusing ke lain...seriau katanya. Khaleela dicukur sepenuhnya oleh FIL aku keesokannya. Dah botak dah si kecik tu....Khairieena asyik dok gelakkan adik dia je. Bila aku gertak dia, nak sunatkan dia pulak....tau takut, pastu apa aku suruh, semua dia buat je walaupun muka kelat je...muahahaha

Khaleela sesudah dicukur sepenuhnya...kalo hangpa perasan ada sikit jambul didepan kepala dia, FIL aku saja tinggalkan...dia kata tanda 'keturunan'. Aku pun tak paham, sengih je lah. Sebenaqnya tak mo bagi masuk angin kot...baby kan...ubun2 dia lembut lagi.

07 January 2011

Apakan Daya, Hajat Tak Sampai

Hari ni hari ke-37 aku berpantang, ada lagi 7 hari lagi la kan...muahahahaaa...tak kesabaran betol la!
Eleh...macam la aku pantang betoi sangat kan, selama dok umah mak mentua 2 minggu awal tu je aku pantang betoi, bila dah balik umah sendiri, aku hantam jugak makan goreng2...siap pizza hut, spagetti pun aku telan dah...hahahaha. Cuma seafood je tak brani lagi.
Dah sebulan lebih ni, perangai Khaleela berubah skit dah. Kalo tidak banyak tidoq ja, ini dah pandai berjaga la pulak. Tapi sib baik tiap kali dia berjaga jarang la lebih dari 2 pagi. Besanya dia start berjaga tu pas maghrib la. Tak macam kakak dia dulu, lagi teruk berjaganya...start kul 11 malam sampai la ke subuh....untuk selama beh kurang 4-5 bulan gak la. Tu yang punch card aku penuh merah dan lubang2 je.......tak tahan weiii.....
Kira Khaleela ni ok skit la....tapi tak mo puji lebih2 lagi. Perangai baby ni berubah2 kan...kang puji skit, esok je teruih dia tukaq pulak. Dah la tak lama lagi nak keja dah. Haaa....aku memang cuba pujuk bos untuk benarkan aku cuti bersalin 90 hari kan....tapi betapa laaa dia sayang kat aku ni....tak daknya dia nak bagi cuti selama tu!!! Opismet aku, Ja tu yang sama2 tengah cuti bersalin la ni kan...dia bagi pulak!!! Dengki gila dah aku ni!! Syok la hang Ja, tu tandanya dia lagi sayang hang kan...hehehe. Alasan dia tak bagi kat aku, sebab tak dak orang boleh ganti duduk tempat aku tu. Selama 2 bulan cuti ni pun, sorang kerani tu cuma paksa rela je ganti tempat aku tu, tanpa elaun tanggung kerja, sebab dia tak dak sijil2 yang berkaitan. Bukan dia ja yang tak dak sijil2 tu, orang len pun tak dak gak, kalo tidak buleh gak pakai nama kan. Sian kat dia....bagi dia ok je ganti tu, cumanya dia tak mo la sokmo dok tercongok kat bilik aku tu, sebab dia pun ada keja dia yang tak boleh nak bawak ke sana sini.
Tu la masalahnya yang bos tak bagi aku cuti bersalin 90 hari. Nampaknya tak merasa la aku cuti bergaji selama 3 bulan....sebab mungkin ni yang terakhir aku cuti bersalin kot...huhuuuu uwaaaaaaa... Redho je laa...pas raya cina ni aku start keja....sian Khaleela, dah nak kena dok ngan orang dah....dah dapat bayang time nak tinggalkan dia nanti.....sayunyaaaaa hati ini.....huhuuu