27 October 2010

Sorang dah lepas, tinggal lagi dua...

hmmm...macam seram sejuk, gerun pun ada dah ni...huhuuu

Sebenaqnya kat ofis aku ni ada 3 orang mom to be...termasuklah aku yang already a mommy ni kan. Yang lagi 2 tu memang betoi2 mom to be la....anak sulung. Sabtu lepas sorang dah delivered dah...ceaser plak tu. Tapi Isnin dia datang jalan elok je, tunduk2 sampai bawah meja dia cari barang apa tah...haaiii...seriau sungguh kami yang tengok ni. Hubby dia tunggu kat parking, tak naik pun. Tak sempat nak interview banyak, sebab dia pun nak cepat gamaknya.

Pastu ada sorang lagi, adik ofismet aku ni, anak sulung gak...due date dekat2 raya haji nanti. Haaa...tinggal 2 minggu lebih je kan....huhuuuu...dia pun dok seriau la tu. Takpa, caiyok2 Ja ye....tak yah pikiaq sangat. Sampai masa nanti, banyak bertenang dan berdoa ok.

Hehehehe...eleehhh aku ni....dok bagi nasihat kat orang kononnya...tah2 sendiri pun tak ketahuan gak nanti. Orang ke-3 tu aku la...due date pertengahan bulan 12 mengikut kiraan dokter la kan. Mesti lagi saspen kan, ye lah orang len yang sama2 dok bawak perut suma dah lepas, tinggai la aku sorang2 dok kira hari nanti....lagi seriauuu....uwaaaaa....

Apapun semuanya tak sempat merasa cuti bersalin 90 hari...hampeh! Tak kira walau cemanapun aku nak gak rasa cuti 90 hari....rugi woooo....dah dibagi camtu takkan nak tengok orang je merasa kannn.... lagi sorang pun jadi la kan wak kannn....muahahaha

25 October 2010

Tak mau buat apa pun hari ni....buleh dak??

Muahahahaaa....

Kalau buleh la, memang tak mau buat apa satu pun hari ni, walaupun tetap mai keja macam besa. Lantaklah orang nak kata makan gaji buta pun....memang mood keja tak dak langsung hari ni....mana pi tah...

Dah gaji kan hari ni...hehehehe....ceehhh yang tu dan2 bersemangat kannn...muahahahahaa. Sebab tu la kot tak dak rasa langsung nak buat keja kan, nuu dok pikiaq nak pi lambak duit kat shopping complex mana hari ni...hahahaha. Apa2 hal pun settle utang dulu nooo, pastu baru pikiaq untuk liburkan diri, kenyangkan perut, manjakan nafsu....

Bos dah keluaq, tapi pi shah alam ja pun, sat lagi balik la tu. So, sebelum dia balik, baik aku chow dulu kan...nak pi bank2 bayaq utang, pastu buleh teruih pi shoppingggg....at least dah terisi masa aku hari ni....

Lor ishh....jahat pulak nooo buat camtu. Pedulik lah....dok melangut sini pun menambah bengap ja rasa, baik keluaq luaskan pemandangan kempiskan purse kesayangan.....

peringatan : baik2 shopping noo...gaji bulan 11 lagi seminggu lebih ja, pastu melangut smp ujung bulan 12 tau (tuk diri sendiri dan kawan2 seangkatan)

20 October 2010

Update Pregnancy Check Up

Semalam check up di HUKM setelah last check up 2 bulan yang lalu. Dalam masa tu kan aku dok check up kat klinik kesihatan je kan.

Prof tak dak semalam, jaga exam. So diganti dengan doktor biasa, pompuan...sweet, baik sangat. Cakap lembut je...macam tu la doktor, bukannya jumpa patient buat muka kelat ja. Tau la keja banyak pun, tapi dah keja hang kena mengadap orang sakit, terima la...ibadah tu, dari dapat pahala, dapat dosa pulak kang. Eh...apa yang aku berletiaq ni...hehehe

Untuk usia kandungan 32 minggu ni, scan baby...semuanya ok, under schedule. Ukuran dia, berat dia semuanya normal. Aku punya diabetes tu tak effect apa2 pada baby la.....alhamdulillah. Doktor dah siap tanya aku nak delivery cemana...nak operate jugak ke, nak try normal. Kenapa ya dia tanya camtu? Ke memang orang yang dah penah operate tak mo try normal...dokter tu la cakap. Bila aku cakap nak try normal, teruih dia kata good! Cuma jangan separuh jalan je nanti, apapun kita tengok condition time tu dulu, kita akan bantu awak. Hehehe...kannnn...nice kan. Lagi dokter tu kata, kemungkinan untuk terkoyak balik (hah?) tu sangat kurang la, sebab dah 5 tahun dah, memang elok la try normal pun. Seriau pulak dengaq camtu...huhuuu. Pastu dia kata sekarang memang kena jaga2 lebih skit memandangkan first baby dulu delivered at 32 weeks, sekarang kan dah 32 weeks jugak kan...cuma condition lebih baik dari dulu. BP ok, baby ok, diabetes masih under control, hopefully will deliver on the right time.

Lega dengaq camtu kan...aku pun harap2 sempat la sampai due date tu dan harap sangat la dapat bersalin normal. Rasa macam rugi kalau tak rasa macamana bersalin normal sebagai seorang wanita kan...hehehe...teori aku sendiri la ni, bukan sesapa kata naa.

So, appmt. seterusnya sebulan dari sekarang, yang kat klinik kesihatan pulak next week. Kat klinik tu 2 minggu sekali. Sekarang memang terasa makin berat, tendangan2 baby pun makin kuat terasa, maybe ruang makin sempit untuk dia kot, dan boleh dikatakan sangat aktif bergerak. Hari tu je kurang skit...dia rehat kot...hehehe

15 October 2010

Jadi tak??

Ini antara perbualan telefon di antara aku dengan wak baru je sat tadi....

Aku : hello...salam...
Wak : wslm...
Aku : kat mana ni?
Wak : kat ofis
Aku : makan dah?
Wak : blom lagi...tak makan apa lagi ni....
Aku : apsal tak makan2 lagi?
Wak : kejap2 lagi lah
Aku : jadi tak? (byk tanya betoi aku ni kan...)
Wak : hah...jadi apa?
Aku : laa...kan dah cakap esok nak pi bla bla bla....
Wak : ooo....ingatkan main tadi...hahahaha (aku tak terlintas lgsg ayat dia yg ni...hampeh)
Aku : hah?? hahahaha....ceehhh ingat tu je ke jadi tak jadi....
Wak : mana la tau...
Aku : alah...papa tu....yang tu selalu main-main je....nyampah (cubaan memanjakan
diri)

Wak : muahahaha....ye lah ye lah, tengok la esok cemana
Aku : hmmm....esok cuti kan....(cubaan pancing balik..)
Wak : yeee cuti....esoklah...eh malam ni laahhh....(sib baik paham!)


beribu kali pikior nak publish ke tak, nak publish ke tak.....tah hapa2 wak ni, hahaha aku pun sama gak muahahahahaaa...... besa la...kena ada rempah ratus kan, kalo tidak tak sedap...

Ada satu kisah...Part 5

Boleh dikatakan Minah agak terkesima sewaktu mendapat persetujuan daripada ibu bapanya tempoh hari. Minah mengagak dah tentu hasratnya itu akan dipersoalkan sekali lagi, tapi....mungkin berkat doa, harapan dalam solat2 sunatnya diperkenankan Allah SWT, lembut akhirnya hati ibu bapanya. Lalu dengan gembiranya dia menyampaikan berita itu kepada Abu dan disampaikan juga pesanan2 ayahnya agar Abu mengikut adat2 yang sepatutnya untuk menyunting dirinya. Kepada adik beradiknya yang lain pun dimaklumkan juga, dan dia menerima sambutan yang dingin. Itu tidaklah mengejutkan Minah, memandangkan sebelum inipun mereka memberi reaksi yang sama...menentang pilihan Minah kerana menurut mereka Minah sengaja mencari bala. Tetapi kali ini, sementelah ibu bapanya telah menyatakan persetujuan mereka, maka adik beradiknya yang lain tidak lagi membantah secara terang-terangan. Walaupun Minah tahu mereka menyokong hanya kerana menurut kata ibu bapa, Minah tak kisah. Yang penting, dia tidak membelakangkan keluarga dan hasratnya bakal direalisasikan.

Abu juga agak terkejut menerima berita persetujuan ibu bapa Minah. Ini membuatkan perasaannya tidak keruan. Ada gembira kerana mungkin impiannya untuk menyunting Minah bakal menjadi kenyataan. Ada juga rasa serba salah dan takut apabila membayangkan kemungkinan2 negatif yang bakal dia lalui nanti. Terutamanya daripada isterinya Tijah, bagaimana harus disampaikan hasratnya itu kepada Tijah atau tidak perlu disuarakan langsung?? Fikiran Abu agak berserabut ketika ini. Ada kalanya dia terfikir kenapa mesti dia menyumbat dirinya ke dalam kemelut yang tidak hanya menyusahkan dirinya, tetapi semua orang yang terlibat, termasuklah orang tua Minah. Dia bukanlah seorang yang kejam untuk sewenang-wenangnya memungkiri janji. Ini semua adalah terlajak kata semata2 dan telah menghasilkan rasa sayang yang terlarang dan menghumban dirinya ke dalam gaung berduri yang begitu tajam sedang menghiris sedikit demi sedikit setiap urat tubuhnya. Arrgghhhhh....seksanyaaa....hati Abu begitu resah sekali....

Minah agak hairan melihat penerimaan Abu....disebalik gembira, terselit juga riak bimbang di wajahnya. Minah faham dengan masalah yang bakal mereka hadapi, tetapi bukankah itu semua ujian dalam meniti kebahagiaan kelak. Minah mahu Abu menerima dan melalui dengan tenang dan bijak, bukanlah mengusutkan lagi keadaan ini. Abu semakin sibuk dengan kerjanya atau Abu sengaja menyibukkan diri bagi meringankan beban perasaannya kini. Minah membiarkan sahaja...dia tahu Abu takkan memungkiri janji yang dibuat apatah lagi setelah perkara ini telah sampai ke pengetahuan orang tuanya. Sesekali Minah mengingatkan Abu tentang perkara tersebut. Abu hanya mendiamkan diri atau memberi alasan sibuk dengan kerja dan memintanya bersabar.

Akhirnya Abu pergi juga ke rumah orang tua Minah bertemankan seorang kawannya. Tujuannya untuk menghantar tanda bagi menyunting Minah sebagaimana yang disarankan oleh ibu bapa Minah. Abu membawa sebentuk cincin dan menyerahkan kepada ibu Minah. Abu cuba sedaya upaya untuk memaniskan muka dan menunjukkan keramahan berbual dengan ibu bapa Minah. Dia sedar dia bukanlah lelaki pilihan untuk anak mereka. Ibu bapa Minah melayannya dengan baik, tetapi ayah Minah sekali lagi mengingatkan agar melakukan adat2 peminangan dan perkahwinan dengan cara yang betul. Kedatangan Abu membawa cincin tanda tersebut hanyalah sebagai permulaan, ayah Minah mahukan Abu membawa orang2 tua yang selayaknya untuk berbincang mengenai perkara tersebut sepertimana biasa orang meminang. Ayah Minah tetap dengan pendirian tersebut kerana Minah adalah anaknya dan tidak boleh diberi dengan cara yang seremeh itu, dia juga bermaruah. Abu terdiam dan berjanji akan datang sekali lagi dengan rombongan yang sepatutnya, cuma Abu tidak boleh berjanji waktunya.

Begitulah akhirnya pertemuan Abu dengan ibu bapa Minah yang membuatkan Abu semakin berserabut. Seingatnya kedatangannya itu boleh menyelesaikan segera hasratnya untuk menyunting Minah, tapi ayah Minah sangat tegas orangnya dan mahukan dia melakukan dengan cara dan adat biasa orang meminang. Inilah yang menyukarkannya....sebolehnya dia tidak mahu sesiapa pun dipihaknya tahu mengenai rancangannya untuk berkahwin kali kedua. Perkara ini betul2 menyesakkan Abu....

bersambung...

13 October 2010

BSP lagi...

hmmm...cam boring lak 2 minggu sekali kena buat BSP nih...alaa check gula dalam darah tu.

Time blom makan memang la elok je bacaan dia....cuba kalau sejam sebelum check dah makan nasik....uuiiii....bacaan dia mesti lebih dari 7 tau...muahahaha. Roti tak pa lagi, tapi kalau pekena nasik, tak daknya bawah dari 7. So sekarang aku dah tau flow dia cemana...hehehe...kenkadang aku tipu pun ada gak, alaa tipu sunat ja, tak mau kena berletiaq ngan dokter nanti. Abih tu, dah lapaq sangat, dan nasik je yang ada time tu...belasah la. Lagipun bukan tiap kali time makan aku makan nasik, sehari sekali ja pun, itupun nak berkira lah....huhh

Memang boring betoi la buat BSP nih....pepagi kena beratur amik nombor, pastu dia cucuk sekali untuk bacaan pertama kul 8 pagi. Pastu kena tunggu nurse2 tu b/fast dulu, baru la dipanggil untuk sewa alat check darah tu, bayar RM10, baru boleh balik/ke ofis. Check seterusnya buat sendirilah...baik la jugak tak yah berulang ke klinik lagi. Cuma seriau tetap ada time nak cucuk tu...hehehe. Dan memang makan ikut timelah untuk sehari tu, ye lah nak jaga bacaan dia...muahahahaaaa

Pastu esoknya kena ke klinik lagi untuk jumpak dokter pulak, di samping kena pulangkan alat tu. Sib baik sekarang ni dia dah samakan dengan tarikh check up baby jugak, tak la asyik berulang ke klinik ja, bos pun cemuih! Itupun 2 minggu sekali, cemuih gak aihhh! Ni esok kena jumpak dokter la ni....boringnya nak menungguuu!! Kalau dapat mc, tak pa jugak, balik buleh mengadap bantal terus..kehkehkeh..

Haaaa....semalam baby tak banyak gerak la, pasai tah. Memang siang kemarin aku asyik sakit perut dan asyik ulang ke toilet je...sebab tu ke? Hari ni pun kurang gak....ishh tak best la camni, buat risau ja lah....

07 October 2010

Ada satu kisah...Part 4

Setelah berkali-kali Minah mengutarakan soal hubungan mereka, kadang2 sedikit mendesak agar dipercepatkan perkahwinan mereka...Abu masih dengan sikap acuh tak acuh. Alasan yang diberikan terlalu sibuk dengan kerja, tiada masa untuk menguruskan soal perkahwinan, lagipun prosesnya tentu akan rumit memandangkan tiada keizinan daripada isteri pertama. Itulah alasan Abu yang menyebabkan perkara ini terheret hampir 2 tahun lamanya. Walaupun Minah geram dengan sikap Abu, tapi dia tetap bersabar...tiada lain hanya sayangnya pada Abu sahaja yang membuatkan dia tetap bertahan.

Abu sungguh serba salah. Hatinya juga sayangkan Minah, mahu Minah menjadi isterinya yang sah, tetapi halangan yang terbayang di depan matanya terlalu banyak dan penuh duri rasanya. Apatah lagi dengan sikap isterinya yang berpatah arang tidak akan membenarkan perkahwinan keduanya ini. Dan Abu juga tidak akan menceraikan Tijah hanya untuk mendirikan perkahwinan kedua. Tijah juga amat disayangi Abu, tambahan anak2nya sedang membesar dan boleh memahami situasi ibubapa serba sedikit. Abu tidak pernah bersuara lagi mengenai kahwin lain kepada Tijah sejak peristiwa itu, tapi Tijah sudah tak boleh mempercayainya lagi. Abu tahu Tijah tahu hubungannya dengan Minah masih berjalan, tetapi Tijah mengambil sikap berdiam diri dan menunggu. Inilah yang membuatkan Abu melengah-lengahkan keputusannya untuk berkahwin dengan Minah. Dia menjadi tidak pasti sebenarnya apa kesudahan yang dia mahu dalam hidupnya kini....

Tijah ternanti-nanti juga permohonan Abu untuk berkahwin dengan Minah setelah peristiwa itu. Tapi hingga kini, Abu hanya bersikap seperti biasa. Tijah tahu lambat laun mereka pasti akan berkahwin, cuma Tijah tidak tahu bila. Tijah sudah bersedia sepenuhnya sekiranya perkara itu terjadi. Dia tidak akan melepaskan mereka begitu sahaja. Dia wanita bermaruah dan berpelajaran. Dia pasti mereka akan menghadapi kesukaran untuk berkahwin tanpa keizinan isteri pertama. Dan di waktu itulah dia akan bertindak...tidak kira dia mendapat tahu sebelum atau selepas mereka berkahwin.

Minah sangat sakit hati dengan sikap Abu yang tidak bersungguh-sungguh untuk berkahwin dengannya. Dimana janji2 dulu semasa memikatnya dulu?? Dia dapat merasakan Abu serba salah untuk meneruskan niat mereka memandangkan isterinya tidak akan memberi keizinan. Ini akan menyukarkan proses perkahwinan tersebut. Tapi sekiranya Abu memang berniat dan serius ingin berkahwin dengannya, tentulah dia akan berusaha dengan apa cara sekalipun. Minah berusaha memujuk Abu secara halus dengan memberikan beberapa cadangan untuk Abu berfikir. Minah tidak mahu nampak terlalu mendesak Abu, walaupun sebenarnya dia geram dengan sikap Abu itu.

Hasil pujukan, cadangan dan ruang masa yang diberikan Minah, akhirnya Abu membuat keputusan supaya Minah memaklumkan kepada ibubapa Minah berkenaan niat suci mereka. Minah agak melonjak kegirangan dengan keputusan Abu. Sebetulnya niat suci itu telahpun di maklumkan kepada ibubapanya sejak setahun yang lalu, tetapi mendapat tentangan dari seluruh ahli keluarganya. Sebabnya hanya satu....Abu suami orang, mereka tidak mahu Minah merana menjadi isteri kedua dan dicop sebagai perampas dan peruntuh rumahtangga orang. Sejak itu, Minah hanya berdiam diri dengan harapan dilembutkan hati ahli keluarganya. Dia tidak mahu membuat keputusan terburu-buru dengan membelakangkan keluarganya. Tambahan pula ketika itu Abu juga seperti tidak pasti dan yakin dengan keputusan mereka untuk berkahwin.

Oleh itu, sekali lagi Minah menyuarakan hasratnya itu kepada ibubapanya dengan harapan dan doa yang menggunung agar dilembutkan hati mereka. Niatnya baik untuk mendirikan masjid, tetapi bukanlah dengan meruntuhkan masjid yang sedia ada. Dia hanya ingin menumpang kasih dan bertekad tidak akan sekali-kali mengganggu rumahtangga Abu dan Tijah, sekadar memenuhi keinginan rasa berkeluarga seperti insan lain. Moga ibubapa dan adik beradiknya akan memahami suara hatinya kali ini.

bersambung....

05 October 2010

Agak Membizi la...

Aku agak membizi la 3-4 hari ni...tak dan nak mengarang lagi. Hahahaha macam la orang dok tunggu sangat cerita aku tu kan...bluekkk

Khairieena demam sejak Rabu minggu lepas lagi...Khamis Jumaat belah petang aku bawak mai ofis. Cikgu dia kata kat tadika, dia asyik merengek ja...nak mamaaa...nak mamaaa...cikgu pun pening pala. Tu yang cikgu dia tepon aku bagitau, tapi tak la soh datang amik dia kan, cuma aku la tak sedap hati pulak kalau dah sampai cikgu tepon tu. Dok ofis pun dia tak kaco sangat la, tidoq ja banyak...lega skit aku.

Hari Sabtu pagi bawak pi emergengy Hospital Putrajaya, sebab batuk dia kronik sangat la aku dengaq. Pastu teruih kena amik nab (betoi ka eja ni) sedut gas tu. Suka pulak dia, maybe sebab tak sakit kot. Time amik darah menangeh tak ingat...siap panggil papa lagi. Ooo time tu ingat pulak kat papa dia nooo....aku yang dok pegang ni tak panggil pun...huhuuu. So, dapat ubat selsema, batuk, antibiotik, cair kahak...banyak tu, jenuh jugak nak bagi. Pi open house pun dia tak makan apa satu pun, duduk tengok ja....tak melasak macam biasa pun...hehehe. Sian jugak...tapi mak pak yang gedik nak pi open house jugak...hahahaha

Hari Ahad pagi...Khairieena dah start cirit birit la pulakkkk....jenuh membasuh seluar dia hari tu. Last2 aku dapat idea bagi dia pakai panty liners aku....muahahaha! Dia pun suka ja, rasa macam orang besaq dah la tu. Ye lah...dia bukan sedaq pun tutt terkeluaq, tetambah time dia batuk...harusss! Tengahari bawak pi klinik pulak, dapat ubat cirit birit pulak. Haiii....perut penuh dengan ubat je lah, makannya tak jugak. Bagi bubur nasi ka nasi ka, sikit sangat makan.

Hari Isnin dengan aku sekali la terpaksa cuti. Takkan nak hantar dia ke tadika jugak dengan keadaan cirit tu. Dah tengahari tu, ok sikit dah, tak dak lagi tutt yang terkeluar tanpa sedar. Makan pun selera dah. Sampai malam tadi...dah ok banyak, dah mula melasak la balik.

Hari ni dah pesan kat dia kalau sakit perut cepat2 pegi toilet. Tapi aku bagi gak pakai panty liners tu...hahaha. Dia suka! So far, cikgu tak dak tepon apa pun...so kesimpulannya ok dah la tu.....lega sangat. Kalau tidak buat keja pun asyik ingat keadaan dia je lah.

Arrgghhh...cuti dah tinggai 3 hari je niiii.....lambat lagi nak deliver pun....huhuuu

01 October 2010

Ada satu kisah...Part 3

Minah dan Abu betul2 di alam percintaan...walaupun mereka tidaklah dikategorikan sebagai golongan veteren, tapi untuk bercinta seperti orang muda berumur 20an adalah sedikit janggal dipandang orang. Tapi itulah orang kata....cinta itu telah membutakan orang yang bercinta. Cuma Minah dan Abu terpaksa bertemu dalam keadaan berwaspada, sorok2 dan jarang2 sekali dapat bergurau senda seperti pasangan bercinta lain. Ye lah...Abu terlalu banyak tanggungjawab yang menantinya. Perihal anak2 seharian, dia yang uruskan memandangkan isterinya terikat dengan waktu kerja yang padat. Abu pula tiada waktu kerja yang tetap, kecuali apabila dia terpaksa ke luar negara. Oleh itu, jika ada kesempatan masa terluang, waktu itulah digunakan untuk bertemu Minah. Abu kenalah bijak mengatur masa...maklum la mungkin ini juga yang akan dilalui sekiranya nyata Minah menjadi isteri keduanya nanti....Abu tersengih panjang...

Minah tak kisah langsung siang atau malam sekiranya Abu ingin bertemu. Baginya itulah saja kesempatan yang ada, Abu kan banyak tanggungjawab lain. Jadi Minah kena belajar menerima dengan rela waktu yang sedikit itu diperuntukkan untuknya. Cuma kadang2 Minah memberontak juga...maklum la jiwa perempuan, ingin dimanja dan dibelai. Tetapi Minah sedar, tak seharusnya dia meminta lebih dari Abu. Minah pun jadi hairan dengan dirinya kini....dulu dia berkeras sangat tidak akan menerima Abu dalam hidupnya, apatah lagi untuk hidup bersama dan berkongsi kasih. Tapi kini, Minah seperti tak sanggup lagi untuk berpisah dengan Abu. Abu seperti kuasa magnet yang semakin hari semakin menarik dirinya untuk selalu dekat dengan Abu. Mindanya tak dapat melupakan Abu walau sesaat pun. Apa saja kata2 Abu seperti petunjuk arah dalam hidupnya kini...semuanya bernas belaka. Ada lah juga sikap Abu yang membuatkan Minah tak senang, tapi sayangnya pada Abu mengatasi segalanya.

Setelah beberapa bulan selepas insiden di rumah Abu itu, Tijah berusaha untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai Minah. Nombor telefon Minah memang dia ada, tapi dia bukanlah jenis orang tak bermoral untuk memaki2, menengking dan mengamuk dalam telefon. Sudah beberapa kali dia bercakap dengan Minah melalui telefon, perbualan mereka dingin dan hambar walaupun dalam hati Tijah begitu mendidih sekali. Memang Minah mengakui hubungannya dengan Abu, tapi tidak memberi kepastian mengenai akan berkahwin atau tidak. Tijah menegaskan tidak akan sekali-kali memberi kebenaran untuk mereka berkahwin dan tidak akan sekali-kali pula meminta cerai dari Abu. Niat Tijah biarlah Minah dapat berfikir dengan lebih mendalam tentang kenyataannya itu, dan dengan harapan semoga Minah faham bahawa dia amat sayangkan perkahwinannya itu dan tidak akan menyerah begitu sahaja. Dia tidak mahu anak2 menderita akibat perbuatan ibu bapanya.

Minah amat faham kenyataan Tijah itu, tapi dia juga pelik dengan sikap Tijah beria-ia mempertahankan rumahtangganya yang memang dia sedia mengetahui bahawa tidaklah sebahagia mana. Minah tau perkara inipun daripada cerita Abulah....Abu selalu bercerita isterinya terlalu dominan dalam rumahtangga mereka. Boleh dikatakan semua keputusan Tijahlah yang buat, Abu tiada peluang untuk menyuarakan pendapat. Inilah yang membuatkan Abu sedikit terkilan dengan sikap Tijah, dia merasakan dia hanya suami pada nama sahaja.

Tijah mendapat peluang baik apabila dia mencuri-curi meneliti notebook suaminya. Akhirnya Tijah mendapat alamat email Minah. Melalui email itu, Tijah sekali lagi menyuarakan ketegasannya dan mahukan kedua-dua mereka menghentikan sandiwara terlarang itu. Dia tidak akan sesekali mengalah, walaupun masa akan datang mungkin akan terjadi kemungkinan yang lebih perit. Dia harap Minah faham hati sesama wanita.

Minah agak terkejut menerima email daripada Tijah, apatah lagi diulang dengan ketegasan Tijah. Minah tidak gentar sedikit pun, hatinya sudah bulat cintakan Abu, tidak dapat berpatah balik lagi. Cuma buat masa sekarang mungkin dia dan Abu akan berpura-pura seperti sudah putus hubungan untuk meredakan keadaan. Ini juga atas permintaan Abu sendiri. Abu tidak mahu keadaan panas di rumahnya sentiasa berbahang sehingga tempias kepada anak2nya. Minah hanya menurut, walau jauh disudut hati sedikit terguris. Di mana ketegasan Abu sebenarnya?? Apa sudahnya hubungan mereka ini?

Keadaan itu berlarutan sehingga setahun lebih. Minah dan Abu tetap bertemu seperti biasa walaupun tidaklah sekerap mana. Tetapi pertemuan itu diluar pengetahuan Tijah. Abu menegaskan kepada Tijah bahawa dia telahpun memutuskan hubungan dengan Minah. Tijah agak ragu2 tapi, dia lega sebenarnya. Untuk dia kembali mempercayai Abu seperti dulu, tidak mungkin. Hatinya amat tercalar dengan perbuatan Abu. Baginya selagi Abu tahu tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa kepada anak2nya, dia cukup bersyukur.

Sepanjang pertemuan curi2 mereka, Minah bahagia. Tapi disebalik bahagianya itu, dia sering membangkitkan kesudahan hubungan mereka kepada Abu. Abu selalu mengelak untuk memberi kepastian. Memang Abu ada bersuara untuk menyuntingnya, tapi seperti tidak bersungguh2. Abu seperti tidak tahu masa yang sesuai untuk bertindak supaya impian mereka menjadi kenyataan. Abu seperti masih ragu2 untuk mengambil langkah seterusnya. Abu seperti tidak yakin dengan dirinya sendiri untuk mengambil keputusan muktamad bagi menamatkan permainan cinta mereka. Inilah yang membuatkan Minah marah dan terkilan dengan sikap Abu. Sikap Abu membuatkan dia merasa dirinya seperti kain buruk...diambil bila perlu, dibuang bila jemu. Minah perlu bertegas dengan Abu. Setelah sekian lama dia menjeruk rasa mengikut telunjuk Abu, kini tiba masanya untuk dia memujuk Abu menyelesaikan kemelut ini. Umurnya bukanlah semakin berkurang, ibubapanya tidaklah mendesaknya untuk berkahwin, tetapi mereka risau dengan keadaan dirinya yang keseorangan tanpa teman bila usia tua nanti.

bersambung....