30 September 2010

Ada satu kisah...Part 2

Tijah...

Tijah memang tak tahu menahu tentang apa yang terjalin di antara suaminya, Abu dengan Minah, kawan lamanya. Sehinggalah suatu hari Abu terpaksa membawa Minah singgah di rumahnya sekejap setelah pulang dari urusan kerjanya di kawasan kampung Abu. Tijah memang berasa pelik, macamana Minah boleh ada sangkut paut dengan urusan kerja Abu pulak? Tapi Tijah tetap melayan Minah sebagai tetamunya, walaupun tak sepenuh hati. Terpancar jugak di wajahnya riak curiga yang ketara sebagai seorang isteri. Perkara itu tidak habis di situ saja....

Abu terpaksa pulang ke kampung halamannya dengan membawa Minah bersama untuk urusan kerja dan sebahagiannya adalah memenuhi permintaan Minah untuk menolongnya menyelesaikan satu masalah keluarga Minah. Terlanjur sudah sampai ke kampungnya, Abu membawa Minah ke rumah keluarganya dan bertemulah ibu Abu dengan Minah. Dan semasa dalam perjalanan pulang untuk menghantar Minah, Abu perlu singgah ke rumahnya untuk mengambil barang dan dengan niat yang baik untuk mempertemukan Tijah dengan Minah setelah sekian lama tidak bertemu. Tidak disangka lah pula, Tijah banyak bertanya tentang Minah; bagaimana Minah boleh bersamanya hingga ke kampung; atas urusan apa Minah mengikutnya sedangkan tiada kaitan langsung dengan kerjanya; arrrgghhhhh....pening Abu dibuatnya. Malam itu mereka bergaduh besar.

Minah tak sangka la pulak yang Abu nak bawa dia menyinggah ke rumahnya pada hari itu. Niatnya cuma nak minta tolong Abu cari jalan untuk selesaikan satu masalah keluarganya, sebab itulah dia mengikut Abu pulang ke kawasan kampung Abu untuk meninjau kawasan tersebut. Sementelah dah sampai ke situ, dia dibawa bertemu dengan ibu Abu. Baik orang tua itu...melayannya dengan mesra sekali. Tapi apabila dia menjejakkan kaki ke rumah Abu, Tijah menyambutnya dengan dingin sekali. Ingatkan setelah lama tidak bertemu, Tijah akan menyambutnya dengan senyuman girang dan pelukan seorang kawan lama. Tapi dia gagahkan diri untuk beramah mesra dengan Tijah dan anak2nya. Dia tahu apa yang bermain di minda Tijah...minda seorang isteri. Dia juga berasa bersalah yang amat sangat, tapi.....hatinya tidak sanggup untuk berpatah balik. Untuk itu, dia hanya bersikap selamba seperti tidak ada apa2 yang berlaku antara mereka bertiga.

Tijah sangat2 kecewa dengan sikap suaminya dan Minah. Walaupun berkali2 suaminya menafikan bahawa mereka ada hubungan, tapi hati Tijah tidak senang dengan kebetulan2 yang berlaku di depan matanya. Kekecewaannya bertambah perit apabila suaminya mengaku yang dia memang ada perasaan terhadap Minah, begitu juga sebaliknya. Abu tidak menyalahkannya atas apa yang berlaku, tetapi mengatakan ianya adalah takdir. Tijah terkilan dengan alasan Abu...apa yang dia tidak korbankan untuk kebahagian rumahtangga ini? Apa yang dia tidak buat untuk kebajikan suami dan anak2nya? Sehingga sanggup mengenepikan orang tua ketika perkahwinan mereka di luar negara dahulu walaupun mendapat restu, tetapi dia sanggup berkahwin juga di perantauan. Demi cintanya terhadap Abu!! Tapi...inikah yang dia dapat setelah apa mereka lalui bersama selama ini? Tijah hilang pertimbangan seketika...dia tak boleh menerima kenyataan ini. Apatah lagi ianya melibatkan kawan lamanya yang dihormati suatu ketika dulu. Tapi sekarang cuba untuk meruntuhkan rumahtangganya pula. Tanpa memikirkan apa perasaannya sebagai seorang isteri, seorang kawan dan lebih penting perasaan sesama wanita!! Tijah tidak akan mengalah begitu sahaja....dia tahu Abu takkan sanggup untuk melepaskannya, kalau bukan demi dirinya, demi anak2 mereka.

bersambung....

27 September 2010

Fifth Pregnancy Check Up

Aku pi check up ni Rabu minggu lepas lagi....kat klinik kesihatan je. Appointment kat HUKM bulan 10 nanti. Besa la rutin check up kan....tapi kali ni cepat sikit dah, maybe sebab aku dah paham nak buat apa, nak pegi mana kot....hehehe...macam orang mengandung anak sulung pulak aih....!

Kandungan masuk ke minggu yang ke-28, kedudukan baby semua ok...kepala dah kat bawah. Tak dak scan pun, cuma dia scan heart beat baby je...ok jugak. Nurse tu bagi carta pergerakan bayi, soh aku kira tetiap hari selama 12 jam sehari. Uik...benda baru bagi aku nih. Time Khairieena dulu, tak dak pun kena kira pergerakan ni...hehehe. Tak pa lah, sebelum ni pun penah dengaq orang cerita dah...so tak la jakun sangat sebenaqnya...hehehehe

Kali ni tak kena jumpak doktor, tapi kena check dental la pulak. Ni yang buat aku seriau nih....uwaaaa... Tapi bila dah check suma, ok ja pun....gimik ja lebih...hihihi. Tapi ada satu yang nurse tu tulis dengan pen merah.... iaitu hb aku rendah 10.3 ...normal mesti 11 ke atas. Aku tak tau hb tu apa...hemoglobin ka? So dapat la iron tablets pulak di samping obimin tu. Memandangkan 2 minggu sekali aku kena check darah (BSP) untuk diabetes tu kan, so nurse tu kata lebih baik samakan tarikh check up dengan tarikh jumpak doktor pas BSP tu kan. Aku setuju sangat la...so minggu depan buat BSP hari Selasa, jumpak doktor hari Rabu, bolehlah buat check up perut sekali. Jadinya tak la tiap2 minggu aku kena menapak ke klinik tu semedeng kan...oh BSP aku tu sekarang normal je bacaan dia....lega sangat...

Itu sajalah check up kali ni.... Cuma aku ja lah, terasa makin berat je bila berjalan tu, pastu dah start dah la sakit celah kangkang bila berjalan kan (ooppss!) hehehe. Kadang-kadang terkena jugak kekejangan kat kaki aku ni, tetambah bila time mengeliat tak ingat tu...hehehe. Memang aku selalu beringat time nak mengeliat tu, tapi kadang2 terlebih jugak. Baby pun dah makin kerap buat ombak kat perut aku nih, tendangan dia pun makin kuat dah ...terkejut2 aku dibuatnya. Khairieena cukup seronok bila aku panggil dia tengok time baby bergerak buat ombak perut dan tendang tu. Dia pun terkejut2 bila tengok perut aku bergerak camtu....hahaha...muka dia kagum betoi time tu. Selalu la asyik tanya bila baby nak keluar....lambat betoi la baby ni nak keluar...hahaha

Barang2 baby serba sikit aku dah beli weekend lepas. Tak banyak sangat la, barang n baju2 kecik Khairieena banyak yang elok lagi. Aku ni kena beringat siapkan barang baby awal2....kan berpengalaman terbersalin awal kannnn.... Lagipun tak la kelam kabut wak nanti. Dulu tu sib baik siapkan awal gak...semua benda dah ada dalam but keta, wak angkut je pegi hospital. Kalau tidak rasanya wak pun tak tau nak bawak apa kot....dia bawak diri dia ja lah....muahahaha

24 September 2010

Ada satu kisah...Part 1

Kisah antara Minah, Abu dan Tijah....

Minah ni dah lama berkawan baik dengan Abu dan Tijah, sejak sama2 belajar di universiti lagi. Nasib Abu dan Tijah lebih baik, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara bersama2 pulak tu. Pastu kat sana mereka ni bercinta dan telah berkahwin di perantauan. Tapi mereka tak lupa pada kawan2 yang ditinggalkan di sini...tetap jugak bertanya khabar. Rezeki Abu dan Tijah, mereka dikurniakan 3 orang anak yang comel2 belaka.

Hidup mereka bertambah bahagia setelah kembali ke tanahair tercinta. Nasib Tijah agak lebih baik dari Abu dengan mendapat pekerjaan profesional sebagai pensyarah di salah sebuah universiti terkemuka di negara ini. Abu pulak, banyak melakukan kerja2 amal tapi masih mempunyai pendapatan yang baik.

Nak jadi cerita, antara Abu dan Tijah, Abu lah yang lebih kerap menghubungi Minah untuk bertanya khabar dan bertukar2 cerita. Sementelah pulak si Minah ni masih bujang dan bergetah....Abu ada jugak la mencuba nasib memancing si Minah. Abu sedar dia telahpun berumahtangga dan bahagia, tapi apa salahnya mencuba nasib, lagipun bukan orang lain, kawan sendiri, dah bertahun kenal baik... Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, tak cuba tak tahu kan...itulah motto yang Abu pegang semasa cuba memancing Minah.

Bagi Minah pula, kalau boleh memang dia nak mengelak dari terlibat dengan orang yang sudah berumahtangga. Dia masih waras untuk menghancurkan rumahtangga orang lain apatah lagi kawan sendiri. Tapi sikap Abu yang prihatin, banyak mengambil berat dan selalu bercakap lembut amat membuatkan hati Minah tak keruan. Bukanlah dia tak cuba untuk mengelak dari Abu, tapi mengenangkan Abu adalah kawannya, dia layan jugak. Tapi lama kelamaan, hati Minah sudah tak tertanggung lagi...dia terpikat dengan Abu. Hati Minah merelakan saja perasaan cinta dan sayang pada Abu, tak mampu melawan lagi. Mungkin ini adalah takdir hidupnya untuk berkongsi kasih....Minah redha.

Kemenangan bagi Abu apabila Minah menyuarakan rasa hatinya. Tidak sia-sialah usahanya selama ini....menabur budi dan janji manis untuk Minah. Tapi dalam diam, Abu juga serba salah mengenangkan isterinya. Tak sangka pula niatnya pada mula2 hanya untuk main2 dan cuba2 saja, tiba-tiba menjadi serius. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memakan diri....itulah Abu sekarang. Dia bukanlah lelaki tidak bermoral untuk tidak bertanggungjawab atas semua perbuatan dan kata2nya semasa memikat Minah. Sebolehnya dia ingin mengotakan janji2 yang dibuatnya. Tapi dia tak boleh melepaskan isterinya begitu saja. Isterinya tidak bersalah apapun...malah banyak berkorban untuk keluarga dan anak2nya. Dia yang bersalah, sengaja mencari pasal, tapi niatnya baik. Dia kesiankan Minah....terlalu lama membujang, lagipun Minah adalah kenalan lama, dah kenal sangat hati budi masing2. Bagi Abu, sekiranya ada jodohnya dengan Minah, dia takkan menolak. Dia akan berusaha ke arah itu, tapi sekiranya Allah SWT tidak mengizinkan, dia juga redha. Begitulah yang disuarakan kepada Minah. Minah juga redha sekiranya jodohnya ditakdirkan dengan Abu dan berkongsi dengan Tijah, tetapi jika sebaliknya juga, Minah redha...ada hikmah pada setiap percaturan yang Allah tentukan.

Tijah....hmmm....sian Tijah....

bersambung....

Pegi Ofis dan Raya di Kg Mertua

Khairieena ikut aku pi ofis start 13-15 Sept 2010. Tadika n Taska tutup sempena raya. Kalau tidak memang berniat nak hantar kat pengasuh dia dulu tu, tapi dia tak mau. Sian pulak kalau dok menangeh ja kat umah orang tu nanti, hati tak seronok. Bawak la jugak mai ofis...sib baik bos bagi green light, lagipun ada 3 orang staf ja pun.

Gambar dia tidoq je ada, lain2 scene tak dan nak snap pong....

Kena pulak hari Isnin, 13/9 tu, bos datang kejap je, pastu dia pi klinik sebab selsema dan dapat mc 2 hari....leeegaa aku! Hehehehe...bukan apa, tak la dia pening kepala tengok kekecohan anak aku nanti. Lapang la skit 2 hari tu. Selasa pulak aku kena pi klinik buat BSP tu kan, kejap je. Pastu dok ofis sampai petang gak. Rabu pulak pi klinik lagi sebab kena jumpak doktor la pas buat BSP tu. Pastu dok ofis gak. Bos ada kejap2 je, balik pun awai, so lapang sangat la. Mai keja amik syarat ja pun...hehehe.

Itu selimut merangkap tilam, 2 in 1...hehehe

Tak la susah sangat nak control Khairieena nih, sebab aku ada bilik, dia nak sepah ka apa ka, dalam bilik tu ja lah. Siap bawak tilam bantal lagi tau...hahaha. Cukup time aku soh dia tidoq, dengan2 aku sekali la kan...muahahaha. Paling dia suka bila aku bagi dia main komputer lah....berlagak nih...ketuk keyboard macam aku dok amik test typing dulu2 tuuu....pastu puji diri sendiri kata teror....hahahaha perasan


Pastu hari Jumaat 17/9 tu, aku cuti, tapi wak keja. Ingatkan dia buleh amik half day, dapat la balik kampung dia awai skit kan. Tapi dia balik keja dah malam....huhh malas dan tak larat la nak drive jauh pulak kan. Jadinya balik kampung dia, hari Sabtu pagi jugak. Adik dia no. 3, dah nak balik Kelantan dah, tapi sempat la jumpak t/hari Sabtu tu. Petang kami pi beraya umah ipar adik wak no. 2, pastu jalan sekitar Bdr. Muadzam je. Esoknya, Ahad pagi, adik wak no. 2 tu pulak nak balik Kelantan jugak. Pastu tengahari kami pulak nak balik. Mak dia masak makan tengahari awai la hari tu...hehehe. Dah tentu la ayam masak merah feberet anak jantan sorang tu! Pastu ada sup kaki ayam jugak, sebab dia tau Khairieena suka makan sup. Dia tak tau menantu dia pulak hantu sup kaki ayam....muahahaha!! Siap boh bekal lagi, dia kata nanti sampai umah tak yah masak apa dah... hehehe...memang memahami la mak mertua aku ni.
Gambar tak dok....aku malaih sungguh nak snap sana sini, dok bawak diri ja seksa dah. Jadinya cerita saja lah....

21 September 2010

Nak tepek jugak gambar raya yang tak seberapa tu

Bos dah keluaq meeting, aku tengah kunyah kerepek bawang ni sambil minum ayaq masak ja. Milo ais tadi dah abih semug besaq tu...hehehe. Perut tak la lapaq, tapi mulut tu nak mengunyah ja kejanya. Tak sabaq pulak nak makan tengahari, aku bawak bekal nasik dengan sambal tumis udang....nyum nyummm..terliuq la pulak aihh!! Masaknya malam tadi, pagi ni panaskan ja, wak pun bawak bekal gak. Malam tadi masak sambal tumis tu dengan goreng ikan haruan ja, makan bertambah wooo!! Wak kata sedap sambal tumis udang tu...dia kata lagi, aku kalau masak sambal tumis apa pun sedap.... muahahaha...puji ada makna ka?? Hehehehe....aku suka kalau dia puji, tapi kalau orang lain puji, aku tak mau amik pot la...aku takut bila buat kali ke seterusnya, teruih tak jadi...haaa padan muka aku... Balik umah mak mentua pun aku tak masak, sebab takut tak jadi la tu....hahaha (pecah rahsia aku)

Okeh...ni la gambar raya yang hanya beberapa keping tu, yang tak semenggah tu...


Bergambar dengan Husna, anak Kak Teh di pagi raya.
Bersedia nak pi beraya la tu.





Ini la 3 orang anak buah aku...ni termasuk anak abang aku yang kat Kelantan tu





Dengan papa...gambar blur, banyak bergerak nak posing la konon...


Lepak pas balik dari kubur





Hari raya ke-2, kat umah mak ngah. Tengah tengok kartun, tu yang ghalit ja tu...

Itu je la gambar yang ada pun...macam tak beraya pun kan...takpe lah, janji budak2 seronok beraya....kita yang tua ni ala kadar dah la...

20 September 2010

Rentetan Aidilfitri 2010

Selasa, 7 Sept 2010, 28 Ramadhan 1431H

Start cuti, balik kampung seawal jam 8 pagi...hehehe awal la sangat, padahal buleh lagi awal, tapi besa la...sorang yang nak siap semua benda... Aku drive, kakak aku kat sebelah, Khairieena kat belakang. Dia tak kaco sangat, banyak tidoq ja, maybe sebab kena bangun awal kot, tapi bangun pagi tu sangat senang sebab excited nak balik kampung. Wak keja sampai Khamis ni dan dia drive keta kakak aku balik kampung. Sampai rumah dah dekat kul 3 petang, jalan tak jammed pun, keta pun tak banyak, tapi kami yang banyak menyinggah merata. Beli barang itu ini persiapan nak masak, nak raya 3-4 hari akan datang. Siap singgah Tesco Extra kat Seberang Jaya tu lagi...kakak aku la nak cari tudung. Petang pas Asar tu, keluaq lagi ke Pasar Ramadhan Kepala Batas. Ayah soh bawak keta dia....adooii...nak tolak takut kecik ati pulak, drive la jugak. Keta manual ok lagi, tapi tak larat tang stereng tu...sakit lengan dada aku tau punya dok pulun pusing stereng tu...hahaha! Time bukak posa kira meriah la jugak, kalau tidak ayah berdua dgn abang ja. Hari ni yang jadi riuh sebab Khairieena tu je...kaco!

Rabu, 8 Sept 2010, 29 Ramadhan 1431H

Aku keluaq gak pi pasar, cari bahan lagi nak masak petang ni. Berdua je dengan Khairieena, mana mau kena tinggai budak tu. Sebelum tu ayah dah beli ikan dan daging. Daging aku simpan je dulu dalam peti ais, tunggu kakak Sg. Petani (Kak Teh) balik tengahari, dia siangkan. Aku juz siang ikan je untuk masak berbuka nanti. Kak Teh sampai pun dah lepas zohor....lepak sat, teruih masuk dapur start masak. Aku tolong2 je pun...temankan sambil gosip2. Khairieena dah jumpak sepupu dia, Husna, tak pa dah...tak ingat dah tidoq siang pun. Time berbukak hari ni lagi meriah la, sebab abang Kelantan pun sampai. Pas maghrib, bebudak ni memang tak sabaq2 sangat dah nak main bunga api n mercun. Abang aku pun ada beli gak, abang ipaq pun ada beli gak. Khairieena memula takut2, last2 dia yang lebih2 pulak. Heret wan dia soh tengok jugak2 dia main bunga api...hahaha. Terasa jugak kekurangan di tengah kemeriahan tu....tapi tak elok sebut selalu kan...

Khamis, 9 Sept 2010, 30 Ramadhan 1431H

Pagi, depa semua keluaq shopping last minit...sempat lagi tu...haiyaaa...tinggai aku sorang kat umah. Saja la temankan ayah, lagipun ayah keluaq pi pasar awai pagi lagi, beli ayam...kang dia balik tengok tak dak sapa kat umah pulak. Khairieena ikut kakak aku gak. Dia kalau ada kakak aku, aku tak dak tak pa dah...tapi kalau dengan mak sedara lain, aku kena ada la, dia tak besa sangat. So sementara depa keluaq semua tu, buleh la aku buat keja dengan aman. Aku basuh ayam, tak yah siang, sebab dah siap siang kecik2 dah...senang keja. Pastu aku sediakan bahan2 nak buat masak merah untuk wak je cecah ngan ketupat nasi nanti (macam mak dia buat tiap kali raya tu...alahaaii). Tengah dok sediakan tu, Kak Teh pun balik, teruih join masuk dapuq sediakan bahan2 nak masak lain2 lagi untuk berbuka petang dan jugak untuk raya. Sambil2 buat masak merah tu, aku cuma tolong potong2 bawang je untuk Kak Teh masak, sebab dia yang chef utamanya...hehehee. Depa yang lain balik umah dah tengahari...dah riuh umah! Kakak dengan kak ipaq pun juz tolong2 je pun. Dah petang tu aku dah tak larat sangat2 dah...try gak nak lelap barang seminit dua, tapi...huhh tak bulehnya laaa...Bebudak tu riuh sangat, tak ingat langsung nak tidoq siang...adooiii. Last2 bangun pi duduk kat meja makan tu tengok Kak Teh dok masak sambil isi kuih dalam balang diselang seli dengan gosip gak...hehehe

Malam pas bukak posa, sembahyang maghrib berjemaah diteruskan dengan tahlil untuk arwah mak. Buat sesama kami adik beradik je, diketuai oleh ayah aku. Airmata memang menitik jugak, tapi tak keterlaluan. Budak2 pun tau pulak behave time tu. Saat2 camtu sangat terasa ketiadaan arwah....

Pastu budak2 main bunga api, kami yang pompuan ni bersiap kat dapur sebab pasni akan ada orang datang untuk bayar zakat. Ayah kan jadi amil, pengutip zakat fitrah. Tapi tak la ramai mana macam dulu2 dah. Aku call wak tanya kat mana dah, dia cakap dah kat Tapah, time tu kul 8.30 malam. Ok la, dia kata keta banyak tapi buleh lagi bergerak laju. Tup2 dalam kul 11 malam, dia call soh aku buat teh panas, setengah jam lagi dia sampai! Aik....dia ni drive keta ka kapal terbang? Haiii...dah drive sorang2 memang tak pikiaq panjang dah...tau tekan ja minyak tu! Memang betoi pun, 11.30 malam dia sampai, tengah hujan lebat lak tu. Teruih masuk umah, makan...hahaha, tadi bukak posa dia makan sate dalam keta je pun...banyak mana sangat buleh makan kan...

Jumaat, 10 Sept 2010, 1 Syawal 1431H

Pagi raya, Kak Teh masak bihun goreng...sama gak aku cuma tolong skit2 ja. Lepas sarapan semua orang lelaki ke masjid. Yang pompuan cuma aku dengan kakak aku je yang on, tapi tak sempat la. Sebelum ke masjid untuk sembahyang raya tu, kami beratur nak salam dengan ayah....sayu sangat time tu. Besanya ayah dengan mak akan duduk sekali tunggu anak cucu bersalam, kali ni ayah sorang ja. Ayah pun nampak nak cepat2 je ke masjid, mungkin dia pun sayu kot. Aku ni tak sempat nak bersalam dengan wak, bila nak salam dia kata dah amik air sembahyang. Tunggu balik dari masjidlah. Dah la banyak dosa nih...hehehehe. Dalam kul 9.30 pagi depa balik dari masjid, pakat2 bersiap nak ke kubur pulak, semua pegi kecuali Kak Teh dengan kak ipaq je lah. Ayah masih di masjid, jadi abang la jadi ketua baca doa tahlil. Menitik airmata aku tetambah doa dibaca dalam Bahasa Melayu. Sedih sangat masa nak tinggalkan kawasan perkuburan tu...tak tau la...sayu...tak penah rasa perasaan camni...

Balik umah...tak kemana dah. Cuma melayan orang yang datang je lah. Kak Teh dah pegi ke rumah mentua dia, sebelah kampung je pun. Bila orang dah reda, baru la berkesempatan bersalam dengan wak...itupun siap dengan gelak2 je, tak serius langsung. Khairieena pun malu tengok makpak dia bersalam kejap bercakap, kejap gelak2. Gambar memang tak banyak, tak dak perasaan nak bergambar sakan pun, cuma amik gambar bebudak je. Gambar kami bertiga pun tak dak. Gambar aku lagi la tak dak, sebab besanya aku je yang rajin amik gambar pun. Lagipun kali ni kan aku tak dak baju raya yang proper...huhuuu...

Petang sepupu belah ayah, anak mak ngah datang 2 family. Pastu disusuli dengan pak lang dan anak cucu menantunya. Kelam kabut la jugak...tapi seronok. Khairieena pulak tidoq, letih sangat kot, riuh rendah pun dia tak heran dah...hehehe. Malam tak dak orang datang, buleh la rehat. Pas depa main bunga api tu, semua pun pakat tidoq awai...letih.

Sabtu, 11 Sept 2010, 2 Syawal 1431H

Aku plan nak balik Puchong raya ke-3, Ahad, tapi wak keja pagi Ahad tu, jadinya kami balik hari Sabtu lah. Tapi pagi raya ke-2 ni, kami pi beraya jugak ke rumah mak ngah dan sepupu kat Penaga je pun. Itupun dah tengahari kena la balik umah, nak masak makan tengahari. Ayah posa hari ni. Kami bertiga beranak bertolak balik Puchong dah kul 5.30 petang dah. Kakak aku balik raya ke-3, drive sendiri. Khairieena pulak masuk je keta 15 minit, teruih lelap sampai la R&R Bukit Gantang tu baru bangun, itupun sat je pun, keta jalan dia sambung tidoq balik. Memang letih gila kalau camtu tu...selalunya sekali je dia tidoq, ini buleh pulak bersambung2. Sampai umah beh kurang kul 11 malam...alhamdullilah.

Ahad, 12 Sept 2010, 3 Syawal 1431H

Hari ni tak dak plan yang khusus pun. Wak keja start kul 6 pagi sampai kul 9 pagi je. Pastu lepak la. Pegi Alamanda, jalan2 makan2...balik umah tidoq. Esok nak kena keja dah...huhuuu. Dah la tu terpaksa bawak Khairieena sekali pulak tu, dia tak nak nak hantar kat pengasuh dia dulu. Tadika n Taska tutup sampai 17/9 ni. Dia kata, dia dah tadika mana boleh duduk umah acik lagi. Haii...budak dah pandai cakap memang susah berlawan cakap dengan dia.

Tak pa lah, lagipun kat ofis tu tak orang pun. Besanya bos bukan nak duduk ofis satu hari suntuk kan...hehehe. Bos pun dah bagi green light bila aku kata terpaksa bawak anak. Staf cuma aku, W17 sorang, EO sorang. Lagipun aku ada bilik, Khairieena nak buat kecoh pun dalam bilik tu je lah, lega skit.

Okey...itu saja cerita raya tahun ni, tak la sehebat mana. Cuba nak memeriahkan suasana je. Nanti aku cerita raya belah family wak pulak ye dan jugak cerita Khairieena pegi keja kat ofis mama....hahaha


06 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan2, sahabat2 dan pembaca blog ni yang adakalanya tersinggah ...(ada ke?) hehehe... dan jugak memohon ampun maaf sekiranya tulisan aku ada yang membuatkan sesiapa terguris, tercalar, boring atau apa2 lah. Bukanlah maksud aku ok....cuma maybe time tu time meringankan beban perasaan melalui tulisan...bukanlah dengan niat menyinggung perasaan sesiapa...ribuan maaf dipinta.

Hmm...aku buat ucapan ni awal sebabnya esok dah nak bertolak Penang dah. Hari ni hari terakhir bekerja (keja lah konon...hehehe..bos dah cuti, aku amik syarat je ni datang ofis..muahaha!) Dan hari ni jugak aku terpaksa bawak Khairieena datang ofis sekali sebabnya tadika tentulah dah tutup sebab cuti sekolah kan, besanya dia akan duduk di taska. Tapi disebabkan nak raya ni, taska pun tutup awal jugak wooo sampai 17/09/2010 pulak tu. Dah la aku start keja 13/9, terpaksa la bawak lagi 13-15 hb tu. Time tu bos dah ada....mampuyuh aku. Budak ni bukan tau duduk diam, semua benda dia nak pegang, nak buat, jenuh bercakap aku. Kalau keja aku bukan jaga bos takpa la jugak.... Nak kena pikiaq alternatif lain ni...

Apapun...balik raya dululah. Tahun ni tak la beria sangat raya...ala kadar je. Alah tahun2 sebelum pun ala kadar jugak, cumanya tahun ni laaagi ala kadar. Aku tak dapat nak bayang lagi ni suasana pagi/hari raya nanti...macam tak mau pikiaq pun. Aku sangat kesian kat ayah....antara kami dalam keluarga, dialah yang paling merana sejak kehilangan arwah mak....

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Batin. Berhati-hati di jalan raya, bergembira biarlah berpada dan akhir sekali semoga kembali bertugas dengan selamat dan ketenangan menggunung di hati.

Jom balik kampungggg.........!!!

01 September 2010

Minum Air Gula

Hehehe..aku kena minum air gula ni minggu lepas. Nurse tu tengok history yang arwah mak ada kencing manis, tu sebab la dia nak test aku pulak kan.

Resultnya aku baru tau Isnin lepas, huuiiii...tinggi rupanya gula dalam darah aku...hahaha...10.7 bacaan dia! Maunya tak, minum air gula semata2, orang normal pun buleh pekat gula dalam darah dia. Teruih hari ni kena buat BSP iaitu ambik darah 4 kali sehari nak monitor kadar gula dalam darah. Pagi tadi kul 8 pagi, pastu kul 10 pagi, aku wat sendiri pulak.

Bacaan :
8 pagi : 5.6 (normal maybe sbb dah posa dari tengah malam kan)
10 pagi : 5.2 (normal...ye lah mana ada makan apa lagi...hehehe)
2 ptg : 5.4 (tak tau la, sebab aku dah makan tadi) (elok jugak kan...hehehe)
8 mlm : 5.8 (naik kot, maklum la bukak posa sama2 ngan orang posa...huhuu) (haaa...sib baik elok jugak, lega...pastu aku baru aku makan puaih2...muahaha)

Ambik darah tu juz cucuk ujung jari je pun, kalau takut nak wat sendiri, buleh je pi klinik mintak nurse watkan. Tapi tak larat la nak ulang alik sepanjang hari, bukannya ofis dengan klinik tu berdepan pintu. Jadinya aku sewa je alat2 amik darah dan test darah tu. Takpa, deposit akan dipulangkan bila dah bersalin nanti. Kul 10 pagi tadi aku wat sendiri la....huhuuuu...seriau woo...tipu la kalau kata macam nyamuk gigit kan, jarum tuuuu...sakit jugak, tapi yang lebihnya seriau laa!

Pastu esok baru jumpak dengan doktor....nak kena dengaq pulak apa doktor tu nak berletiaq kat aku...hehehe. Lagi 2 minggu kena ulang lagi proses yang sama. Dah la lepas raya kan....dah tentu2 gula pekat gila dalam darah time tu...hahahaha

Apapun harapnya, semuanya normal elok lah sampai la bersalin nanti. Tak larat la nak ulang alik ke klinik/hospital ja. Okeh...jap lagi nak balik dah, nak amik darah kali-3 plak, pastu buleh la ngap apa yang ada kannnnn....ooppsss.... kira halal la nooo, aku posa lagi lama dari hangpa tau, start 10 mlm tadi lagi....bergendang sakan dah nii...