30 August 2010

Happy Birthday Khairieena - 5 years old



Hmmm...dah lama tak hapdet, sebabnya pc mengong dah 2 minggu. Kena la jugak ngan aku pun, buta IT gak tambah pulak dengan malaih...memang berhabuk laa

Birthday Khairieena 26 Ogos 2010 hari tu, sehari sebelum Nuzul Qur'an. Pepagi lagi sonok bukan main lagi dia...asyik menjaja la hari tu besday dia. Siap pesan kat aku soh belikan kek pink lagik...eleh sonok tengok kaler je lah, bukannya dia makan pong. Aku belikan la kek 'flaky chocolate' dari Baker's Cottage...simpan dulu dalam peti ais kat ofis, tup2 time balik keja, dah sampai USJ baru teringat kek tu. Harus lah dah terkunci dalam ofis selama 3 hari cuti ni....haiiii pelupa sangat la pulak mama hang ni Khairieena oooiii....

On the way balik jenuh jugak perah otak aku mana nak cari kek ganti ni, kang kalau balik tangan kosong, mau meraung anak dara tu. Cari yang murah sudah, sedap belakang kira...ye lah...yang aku beli tadi tu dah mahal sangat dah tu, sedap pulak tu, tapi dah terlupa. Last2 terbayang Pasaraya Hero dekat ngan umah tu, tuju ke situ lah. Kena pulak dia tunjuk yang kecik comey je...RM3.50...hahahaha...senyum lebaq aku. Cepat2 amik bayaq...muahahaha...bagi dia yang penting kaler pink. Tapi time bukak posa tu, dia makan kek tu je dah separuh, macamkan sedap sangat....hentam je lah kakak ooiii...asalkan bahagia.

Jumaat cuti Nuzul Qur'an...shopping kat Jusco ngan kakak aku. Aku beli baju tidur Khairieena je. Tapi bestnya laaaa tengok baju2 budak kat Jusco...memang banyak pilihan..kena pulak tengah sale, aku tengok sorang2 angkut penuh bakul tu masa q kat cashier...hehehe

Sabtu, balik Keratong...pasai pa balik Sabtu, sebabnya Jumaat wak keja la, dia kan belah KL...yang cuti Selangor je...alhamdulillah...sengih2 gak nih... Tetiba je wak teringin nak makan masak lemak cili api telur itik, teruih soh mak dia masakkan. Kalau aku baik buat sambal tumis telur itik tu....lagi mengancam. Tak pa, balik nanti aku buat sendiri lah. Balik Keratong ni sebabnya raya balik Penang dulu, lagi satu nak ambik kuih sepit tu. Sori la ye, aku tak bukak order, aku ambik sikit je pun, kawan2 dekat je...modal tak dak la...hahahaha

Ahad, (semalam) dah balik sini, kami balik tengahari. Aku la tak mo balik petang2, bukan apa, aku takut aku yang lembik nanti, tak pasai Isnin kang tak keja pulak. Balik awal skit, at least rehat lebih skit. Menu berbuka adalah masak sendiri, eh eh larat pulak ya...hehehe...ceritanya macam ni. Singgah Giant Senawang, niat nak beli susu aku, dah seminggu kehabisan stok. Tah cemana tetiba tekak teringin nak makan ikan haruan goreng...nyum nyummmm. Time tu macam dah terasa2 je kat tekak ni...teruk betoi. Wak pun ngikut je, lagipun dia pun suka makan gak, siap soh tumiskan sayur kobis, wat sambal belacan...hahaha...tengok dia yang lebih2 pulak kan. Itu yang sampai umah, bersilat jugak kat dapur....eh tak dak la bersilat sakan, benda senang je pun. Basuh ikan tu dah tentu la keja wak kannnn...aku gorengkan je, masak sayur, tumbuk sambal...tu je.... Huuiihhh....jarang2 makan nasik masa bukak posa, semalam puaih hati sungguh! Menu sahur pun sama gak...wak yang tak penah tambah nasik time sahur, tadi bertambah!! Gambar tak dak la, tak teringat langsung nak snap pun, lagipun apa la sangat ikan goreng je pun.

Okey laa....tu la dia hapdet maraton aku sepangjang minggu lepas. Memang ada niat gak nak entry khas besday Khairieena tu, tapi pc buat hal pulak. Mintak2 la hari ni aku ingat nak bawak balik kek tu, aku pun teringin jugak sebenaqnya....ihikss

20 August 2010

Fourth Pregnancy Check-Up

Pegi check up hari Selasa lepas...besa la abih dekat kul 2 petang gak la, lotih menunggu...dah la posa kan, tak buleh nak kunyah2...hehehe

Keseluruhannya...baby ok, tumbesaran dia semua mengikut jadual...cewahhh. Sangat aktif sekarang ni. Bila dia diam je, pastu aku ke wak ke Khairieena ke cakap2 dengan dia, teruih mula menendang sana sini...takpun dia mengeras, senak aku menahan! Cumanya Isnin petang sebelum tu, tetiba je bleeding..fresh! Hari check up tu dah kecoklatan dah. Bila scan, doktor cakap sebab bleeding tu, plasenta (uri) tak naik abih, ada kat bawah lagi sikit2. Tu sebab la bleeding...memang dia akan naik, tapi ambik masa la, selagi dia kat bawah tu, kalau buat keja berat ke, berdiri lama ke, drive keta ganas2 ke (hehehe)...akan bleeding lah. So, doktor soh rehat banyak...ish ish dah kalu nak soh aku rehat, bagi la mc barang sebulan dua kannnn...ini sehari je, apa barang!! muahahaha

Yang bestnya, dah tau dah baby ni Muhammad ke atau Nurin jugak....hehehe...tapi dia cakap ini juz 60% je...alah besanya betol la tu... Aku memang nak tau jantina, senang nak buat persiapan, dah aku pulak jenis tak suka tertanya2, sedangkan benda tu kita buleh tau, pasai pa dok tahan perasaan sendiri kannnn...hahaha. Balik cakap kat wak n Khairieena. Susah jugak nak tuned otak anak dara tu, sebab selama ni dia dah set dah adik dia boy/girl. Tapi last2 tu dia terima jugak la kenyataan...

Prof soh aku check up jugak kat klinik kesihatan berdekatan, kalau ada masalah baru refer balik ke HUKM. Maknanya bermula dari bulan ni, aku kena check up 2 tempat lah....letihnyaaaa. Kalau dapat mc takpa, tapi kalau kena korbankan cuti...mana nak cekau?? Lagi satu, kerap la pulak aku hilang dari ofis nanti...adooiiii...

So esoknya, Rabu, aku ke Klinik Kesihatan Puchong, dekat je ngan umah aku. Huiihhh...lagi dasat kat sini, orang bersusun!! Dah tu banyak pulak test2nya...adooiii. Bagi aku yang tak biasa ni, memang mengeluh la, sebab time Khairieena dulu, senang ja, takat urin test, scan, ambik darah sekali sekala je pastu jumpak doktor, itu buat kat hospital la. Rupanya prosedur kat klinik kesihatan memang camtu, terkejar2 ke sana sini, walaupun bilik2nya tak la jauh mana, tapi memang exercise abih la. Dekat kul 2 petang gak la baru abih, itupun tak dapat mc pun, time slip pun tak. Ke sebab aku berat mulut nak mintak kot...hehehe. Tapi tak buleh ka doktor tu offer dulu, nampak skit dia prihatin kannnn....cewahhh...ingat hang sapa?

Pastu hari tu jugak Khairieena demam panas....merengek je kejanya. Hilang suara riuh rendah dia bertanya itu ini, baca buku sorang2, berlakon jadi mak2, jadi cikgu...rumah jadi senyap sunyi la pulak. Jadinya tak keja jugak la aku, balik dari klinik dok rumah je lah layan dia. Time pagi wak yang jaga, wak pun tak keja la jugak. Dalam kepala dok terpikiaq jugak, dah 2 hari tak keja ni...tah apa la depa kata nanti. Tapi jenuh jugak kalau pikiaq apa orang nak kata kan...firaun buleh la tak penah sakit, lagipun sakit bukan kita mintak, kalau sakit tu maknanya Allah sayang la tu..pedulikan je lah...taktik pujuk diri sendiri ...

10 August 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Semoga dengan kedatangan Ramadhan ni memberi peluang untuk kita menambahkan pahala dan merebut keberkatan yang hanya setahun sekali menjelma.

Okey lah itu bab nak tambah pahala, ada jugak bab yang kurang pahala ya puan-puan...iaitu MAKAN. Masa ni la macam2 menu keluaq dari kepala otak tau...macam2 makanan yang sebelum ni macam la tak penah makan sangat, tetiba teringin sangat la pulak...nafsu makan melonjak2 sungguh nooo... Aku tak kata orang len, aku dok describe diri aku ni ha....muahahaha...

Padahal makan bukan banyak mana pun, makan sikit, dah mula sengkak dah, tapi nafsu makan ni yang teringin macam2!! Menu wak bulan posa tak susah pun, sesekali je dia nak lauk yang berkuah. Lainnya dia tak kisah pun, telur masak kicap pun jalannn....

Untuk sahur pertama malam ni, aku dah siap teringin dah ni...hehehehe...malam ni nak masak Ayam Masak Ros, resepi arwah mak aku...syedaappp!! Kakak aku yang Sg. Petani tu masak mesti jadi sejibik macam arwah mak masak. Kalau aku masak, ada ja kurangnya...hmmm...takpa la, rasa sipi2 pun takpa lah...lepas rindu gak. Dalam kepala dok planning dah ni, bulan posa ni kalau boleh tak mau la beli lauk untuk sahur tu, selagi terdaya aku nak masak sendiri ja. Selagi terdaya la kan...bila mai part malaih tu, tak bleh buat apa gak. Dengan badan camni lagi, kalau mai tak larat tu, aku nak baring ja sepanjang masa, nak pi toilet pun sanggup ku tahan...hahahaha!

Teruk kan aku....blom posa dah pikiaq pasai makan ja lebih....Insya Allah....ibadat pun tetap datang seiring jugak. Lagipun bulan ni la kalau ada rezeki, arwah mak mai menziarah aku ka kannn....Alhamdullillah....miss her so much...Al-Fatihah

Okeh...Selamat Berpuasa semua...

04 August 2010

Last week balik kampung lagi

Last Friday aku balik kampung lagi...emergency gak. Pepagi buto kakak aku yang kat Sungai Petani sms kata pak ngah meninggal dunia semalam. Pak ngah adalah suami kepada mak ngah yang mana adik kepada ayah aku. So, Pak ngah adalah adik ipaq ayah aku.

So, kakak aku memutuskan yang kami balik jugak hari Jumaat tu, sebabnya macam tak patut pulak kalau tak balik....lagipun dia kan saudara terdekat sangat pulak tu. Memang genap sebulan arwah mak pegi, pak ngah pulak menyusul. Pak ngah memang ada penyakit jantung, dan dia pegi membawa penyakitnya tu...nak jadi sebab kan. Sebenarnya Allah SWT dah tulis dah bila, bagaimana, di mana kita nak bertemu ajal tu...subhanallah...

Wak tak balik, sebab susah nak cuti. So kami balik bertiga beranak lagi, teruih pi ambik kakak aku kat Sungai Petani, sebab abang ipaq kursus kat Langkawi. Malam tu baru pegi menziarah mak ngah dan family. Memang sangat suram je suasana kat rumah dia. Tahlil buat kat surau yang berdekatan. Takziah buat mak ngah dan family.

Hari Sabtu jadi la satu kejadian yang lawak dan bagi pengajaran kat aku...muahahaha! Pagi keluaq pi Kepala Batas, beli barang sikit, balik dah kul 12 t/hari. Hari tu memang panas terik, bila dah mati enjin, baru teringat nak bukak tingkap keta sikit, so cucuk balik kunci, bukak tingkap sikit. Pastu tutup pintu teruih masuk rumah. Makan....tidoq...bangun pas Asar, nak keluaq pulak nak pi pasar malam. Dah siap semua, nak ambik kunci keta, tak dak kat tempat biasa tu. Abih semua orang tolong cari, tak jumpak jugak. Tah cemana aku try la pi bukak pintu keta...aik buleh bukak, aku tak kunci ka tadi? Dah bukak, teruih ternampak kunci tu dok elok ja tercucuk kat tempat dia, dan terpusing kat tanda 'on'....muahahaha...! Try start enjin, dah tak idup, terkedu sat aku tang tu. Bateri kong teruih, takat buleh tutup tingkap, wiper. Cemana ni?? Wak tak dak, workshop jauh, mana nak cari bateri ni?

Ayah aku soh pakai keta dia dulu, pi workshop kat Kepala Batas tu, soh mekanik datang umah pasang bateri. Kalau beli bateri bawak balik pun, tak dak orang yang pandai nak pasang pulak. Bawak keta ayah aku, manual....adooii...tiap kali nak pusing stereng tu, rasa cam nak tercabut tangan! Hehehehe...konon...padahal dulu2 keta tu la aku dok drive pun! Pegi tanya mekanik tu, dia kata petang tak buleh, tak cukup orang, kalau malam dia try datang umah aku. Tak palah malam pun, janji dia mai pasang bateri tu. Dah la esok nak balik dah, Ahad pulak tu, workshop tak bukak. Pi jugak pasar malam, beli murtabak, laksa, bihun sup, cucur badak, fish ball cucuk...hehehe...semua tu yang terpilih je tau, terbaik punya. Memang kat sini pun berlambak benda2 tu, tapi rasa tak sama wooo...

Dalam kul 8.30 malam mekanik tu datang jugak....lega sangat. Baik betoi mekanik tu, sanggup masuk kampung cari rumah tu. Dia check, bateri memang kong abih, memang kena ganti baru. Aku tak kisah la, janji buleh jalan...esok nak balik tu. Kakak aku yang bayarkan....hehehehe....nanti2 lah aku bayar balik nooo...hehehe.
So, memang bagi pengajaran la kat aku. Tah cemana tah, buleh jadi pelupa sangat pulak. Tak penah lagi aku lupa sampai tahap tu. Ni kalau wak tau...mau kena berletiaq 18 muka surat ni. Eleh...tu aku punya salah, kalau dia punya salah, sengap seropa tu la jugak.

* ajak ayah n abang datang sini, sementelah kakak aku nak balik kg awai posa nanti, buleh dia balik sekali kan. Ayah tak mo, dia cakap camni, 'nanti laa...orang yang pi pun dok balik mai lagi...nanti umah kosong pulak!' .....semua terdiam....