28 July 2010

Hari Sukan Tadika Idealis



Memula sampai...fresh lagi

Hari Sukan kat tadika tu 26/6/10, Sabtu...Khairieena memang berkobar-kobar sejak sebulan sebelum lagi. Tapi tu lah...aku dapat pengajaran yang sangat berguna pada hari tu....ditambah dengan geram yang teramat sangat...heeiiiii

Ada ka Khairieena buat perangai tak mo main apa satu benda acara pun, walaupun nama dia memang dah ada untuk acara kepit bola kot, tapi belompun acara untuk murid 5 tahun bermula, dia yang mula buat perangai dulu.

Khairieena Rumah Biru, Neptune. Yang bertanding cuma 3 cawangan saja, Biru, Merah dan Kuning. Dia dah start buat perangai tu dari time cikgucikgi dok susun2 depa untuk perbarisan lagi. Pantang aku hilang di mata, dia mula menyebek. Mau tak mau aku pun dok keliling situ la jugak, tak leh nak masuk dewan dulu. Aku dah start geram dah, kawan2 dia semua ok je pun, ada la gak budak 4 tahun dok nangeh...tak kata la, dia kecik lagi. Dah masuk dewan, abih perbarisan, dia ok lagi, sebab dok nampak aku kat tepi2 tu.



Lepas perbarisan...muka manis lagi

Maskot Rumah Biru...Angkasawan

Pastu acara untuk murid 4 tahun mula dulu, yang lain2 ditempatkan kat bilik belakang pentas, ada la brekfes dan briefing kot. Ibubapa pun diberi brekfes time tu gak, tapi tak sekali ngan anak2 lah. Aku ni pi toilet, terserempak ngan Khairieena, so aku tarik la dia sat nak bagi brekfes, sebab aku tak tau depa ada brekfes ka dak. Dah bagi makan suma, pi la hantaq balik bilik belakang tu...haaa...time nilah dia buat perangai. Menangis sungguh2 ati!! Aku tinggai ja, aku masuk dewan balik. Dalam 10 minit camtu, cikgu dia mai bawak dia kat aku, cikgu dia kata, 'tak pa la puan, dia dah tak mau sangat dah ni, mengamuk dah tadi.' Laaaa....aku pandang ja muka dia, dia buat muka toya mintak kesian....heeiiii....geramnyaaaaaaaaa....sib baik orang ramai ja.

Tengah makan brekfes

Aku pujuk2 soh pi main jugak pun tak jalan dah. Wak pulak dok belakang ngan kawan dia...tak tau la dia buat hal ni. Dekat kul 10.30 pagi, aku rasa tak guna la tunggu, dia bukan nak join pun, umpan ngan hadiah pun tak heran gak. Last2 aku call wak ajak balik lah, senang cerita. Wak pun bengang gak, sebab dia amik cuti semata-mata nak tengok anak dia main sukan, tup2 tengok anak dia buat perangai...hahahaha. Balik umah singgah Domino Pizza, beli tuk makan tengahari, makan pastu tidoq sampai petang. (aku yang protes sebenaqnya...hehehe)

Bila aku dok kenen2 kat dia kata kawan2 dia semua dapat hadiah, dia ja tak dapat apa. Dia buleh kata, ' biar la...' Sakit ati betoi haku!

So, tahun depan aku tau dah nak buat cemana. Pi hantaq, pastu buat2 nak balik, tinggai ja. Tapi pastu aku masuk terus ke dewan tu, dok sengap, amik gambaq pun curi2 ja, bagi dia tak perasan, baru tau! Tak kira apa event pun aku nak buat camtu lah...senang ati aku! Gembeng sangat la pulak...ni la akibatnya dapat adik lambat...aik?

22 July 2010

Third Prenatal Check-Up

Hari ni baru ada kesempatan nak hapdet...itupun tak dak cerita sangat. Aku selsema n batuk dekat 2 minggu dah..start balik kampung hari tu. Sekarang ni selsema makin teruk sampai sebelah telinga aku dah start berdengung/bengang...sora aku sendiri pun dengaq bergema ja...haishh...susah betoi tau...bila la nak baik niiiiii...

Check-up hari Selasa lepas...dah ditransfer ke Unit O&G, sebelum ni kat Unit Fertility. Patutnya 30/6 yang lepas, tapi sebab kecemasan tu, tunda ke 20/7. Tunggu prof tu masuk dari kul 8 pagi sampai kul 1.30 petang tau!! Dah la aku yang pertama, nak pi makan pun tak senang, sebab takut tetiba dia sampai, teruih panggil ja. Perut tak kira dah dok bergendang sakan, mana dok tahan air-cond lagi...teruk la selsema aku ni. Scan...kononnya nak tengok jantina, tapi baby tak dok diam la...sangat aktif, tak daknya dia nak dok statik ja. So, prof kata tunggu bulan depan tengok, dia besaq skit, so kurang skit ruang dia nak bergerak. BP agak tinggi...hehehe...maybe sebab tak makan kot time tu (alasan). Jadi prof kata tak buleh nak lepas bagi klinik kesihatan biasa buat check-up lagi, sebulan lagi kena pi jumpak dia jugak, nak tengok BP elok ka dak. Adooiii....ni la yang aku tak suka, macam dapat bayang ja nak jadi macam Khairieena niii....ishhhh mintak simpang la. Aku nak try normal pulak.

Bukannya aku makan tak tentu pun....biasa jalah, macam orang lain. Tapi prof pun cakap, kalau dah first pregnancy BP tinggi, kemungkinan besar pregnancy seterusnya dia akan hinggap jugak, tapi time pregnant je lah...buleh pulak camtu kan. Tahlah...mintak2 lah semuanya normal nanti. Sekarang ni aku amalkan (ya ka?) makan oat...walaupun tekak tak brapa buleh terima oat tu, gagah la jugak. Tak sedap langsung kan...!! Tak tau la orang yang suka...cemana la dia tuned rasa oat tu... eeuww...tawaq ja rasa dia, dah campuq ngan susu anmum pun, tetap tak sedap....

Adooii...bila la selsema ni nak baik ni? Dah la jadi OKU pulak ni, telinga pekak sebelah...hehehe. Ada petua dak? Ada orang soh try ubat homeopathi pulak....buleh jugak. Selsema tak pa lagi, tapi telinga yang pekak/berdengung/bengang ni yang buat aku hazab sungguh laaaa...

16 July 2010

Kembalinya Ibuku Ke Rahmatullah - 3

Malam tu lepas kebumi arwah mak...semua orang pun memang letih nak mengemas rumah, pakat masuk tidoq lah. Tapi bangun esok pagi semua kata tak boleh tidoq...ye lah benda baru kan....dok terbayang di mata je. Aku dah start sakit belakang dah, baring pulak atas toto je, sat-sat aku bangun pi baring kat katil arwah mak tu, lagi la tak boleh tidoq...huhuuu

Ayah buat tahlil 7 malam berturut-turut...so kami semua cuti sampai hari ke-8 lah, selesaikan kenduri tahlil tu dulu. Hari-hari yang berlalu memang tak sama dah macam sebelum ni....budak-budak tu pun rasa lain, cumanya depa tak gheti nak luahkan je. Ajak ayah n abang no. 2 tu dok dengan kami, tak pa la tukaq2 rumah pun, tapi ayah aku kata, 'nantilah dulu....bila ayah rasa nak pi, ayah habaq kat hangpa.' Jadi, kami pun tak paksa lah. Memang la tak mau bagi dia sunyi....tapi biarlah dulu, dia lebih tahu hati dia. Lagipun kakak no. 3 dok dekat je, kat Sg. Petani je pun, seminggu sekali dia jenguklah.

Sebenarnya banyak dah bayangan yang arwah bagi sebelum dia pi tu. Memula aku bagitau yang aku pregnant tu, dia dah siap sebut dah, ' mak tak tau la adik, tah ka mak tak dan nak tengok hang beranak ujung tahun ni...' Banyak kali tau dia sebut, tiap kali telefon tanya khabar aku, mesti ayat tu lah yang dia dok sebut. Satu lagi ayat, 'sian kat hang....mak tak buleh la nak jaga hang macam mak orang lain. Kalau buleh gagah mak memang nak jaga hang...' pastu dia nangeh...

Ayah aku cerita, 3-4 hari sebelum hari arwah pi tu, ayah ada mimpi yang sama 2 malam berturut-turut. Mimpi tu dia nampak orang dok usung keranda. Bangun pagi dia cerita la kat arwah mak, ' aku rasa aku yang nak pi dulu dah ni...' Pastu arwah mak kata, ' dak aih....chek yang pi dulu ni....' Dua kali cerita, depa dua orang dok berbalah gitu la jugak, pakat dok n ak pi dulu. Aku rasa la masing-masing tak sanggup kena tinggal kan.....huhuuuu. Hari meninggal tu, pagi-pagi lagi arwah mak bagitau ayah dia nak makan sup daging hari tu. Ayah dah siap beli dah, tapi arwah tak sempat makan tengahari tu...

Kakak aku no. 3 pulak cerita, seminggu sebelum arwah meninggal, dia sentiasa rasa tak sedap hati. Apa satu keja rumah pun dia malaih nak buat..masak pun simple2 ja. Bila abang ipaq ajak keluaq jalan pun, dia malaih dah...asyik la nak berkurung ja. Sampaikan seminggu tu sapu sampah dalam rumah pun dia tak buat. Hujung minggu terakhir sebelum hari meninggal tu, dia balik umah mak, dia rasa cukup seronok tengok mak dah selera makan. Dia masak lauk-lauk yang mak memang suka makan bawak pi sana. Tapi tu la rupanya perubahan singkat tu bawak makna yang besar...

Mak sedara ayah aku, kami panggil Tok Chik....memang selalu datang umah jenguk mak, sembang2 petang. Umah dia depan jalan umah mak ja. 3-4 hari sebelum tu, dia datang umah, macam besa lah sembang2 ngan arwah mak. Masa sembang tu, arwah mak ada bagitau dia... ' aku dah kemas abih dah baju2 aku, kain batik, telekung dalam beg, aku nak pakai nanti...' Tok chik tanya la... ' kemas nak pi mana? kena masuk wad lagi ka?' Arwah mak kata, ' dak lah...saja la, aku nak pakai nanti.' Dan perbualan tu abih kat situ je. Hari arwah meninggal tu, Tok Chik teringat kata-kata arwah tu....rupanya baju2, kain batik, telekung tu memang dia nak pakai untuk perjalanan terakhir dia. Tok chik suruh kakak no. 3 cari beg tu...cari punya cari, tak jumpak2....tak tau mana dia letak. Ataupun dia dah keluarkan balik, wallahualam... Tapi memang geledah satu rumah, tak jumpak, ayah pun tak tau pasal tu. Jadi, tak dapat la arwah mak pakai apa dia hajatkan tu...nak buat cemana, kalau la jumpak...

Sekarang ni kat umah tu juz ada ayah dan abang no. 2....memang sunyi sangat la. Tetambah ayah....sebelum aku balik hari tu, dia dok sebut la yang tiap pagi pas balik dari masjid sembahyang subuh, dia mesti dah terpikiaq nak beli brekfes apa pulak hari ni untuk mak. Pastu ayah kata lagi...' mak hang cukup seronok kalau aku balik dari mana2, beli lauk ka, beli barang ka....aku bukak pintu ja, dia dah bangun duduk dah, dok senyum2 kat aku.' Aku sayu sangat masa ayah cerita tu...ye lah tinggal depa 3 beranak ja time tu, nak bergurau ka, nak bergaduh ka...itu la orang2 yang ada pun.

Hujung bulan ni maybe kakak aku balik kot. Pastu balik sekali lagi dengan aku awai posa nanti. Kakak no. 3 tu memang balik tiap minggu pun. Awai posa maybe abang no. 4 kat Kelantan pun balik. Memang niat di hati nak teman ayah...sementara dia tak mau ikut duduk umah anak2 lagi ni. Bukanlah sebelum ni kami semua jarang2 balik kampung....tapi pasni akan jadi semakin keraplah...Insya Allah. Ayah tak bagi aku balik kerap sangat, dia risau aku ni kalau jalan jauh kot jadi apa2....Insya Allah, takat ni elok lagi, takat sakit belakang, lenguh2 tu....kecik sangat lah.

Okeh...rasanya takat ni ja kot rentetan peristiwa kehilangan yang aku alami. Bukanlah tujuan aku nak menunjuk atau nak tarik simpati orang atau nak glamer atau apa2 ja lah...aku tak tau apa lagi yang orang nak kata kan. Tapi secara peribadi, tulisan ni semata-mata untuk tatapan aku dan anak2 aku di kemudian hari ja, dan secara tak langsung kawan2 pun boleh baca dan selami apa yang aku rasa dan alami. Bila dah tua2, tak semua benda kita boleh saved dalam memori otak kita kan...

14 July 2010

Kembalinya Ibuku Ke Rahmatullah - 2

Sepanjang perjalanan balik kampung tu, sat-sat aku kesat mata, kesat hidung. Sat-sat aku tengok ke luaq lama sangat, pastu amik tisu. Aku tak tau la....sentiasa dok terngiang2 kata-kata ayah aku tadi. Sentiasa dok terbayang-bayang arwah tiap kali balik kampung....muka dia ceria sangat bila kami sampai ja kat umah. Jejak je kaki kat tanah depan umah tu, teruih dia tanya...'mana niii...cucu tok...haa..cucu tok dah balik umah tok dah...' Adoooiiii....sayu sangat....sekarang ni pun aku tengah dok lap airmata ni...

Wak kat sebelah diam ja...dia nampak kadang2 aku tersedu tu, tapi dia tak teguq apa pun. Baik jangan teguq...satgi aku meraung teruih kot. Kakak aku dengan Khairieena kat belakang, pun tak berapa banyak bercakap. Maybe yang buleh kurang skit sedih tu, sebab ada Khairieena dok buat kecoh dalam keta time tu. Time tu la jugak aku amik kesempatan nak inform kat kawan2...yang mana sempat la. Yang tak sempat tu, mintak sampaikan je lah. Memula tu pikiaq jugak, nak bagitau ke tak....tapi tak salah rasanya bagitau kan, sebab hangpa semua kawan aku.

Kami sampai lebih kurang kul 8.45 malam. Orang dah ramai dalam dan luaq rumah. Depa dok bersiap nak angkat jenazah untuk dimandikan. Memang ngam-ngam sangat time tu kami sampai. Kakak aku masuk dulu untuk tengok dan cium arwah mak. Aku still kat luaq, tukaq baju Khairieena, sebab dia baru je muntah 10 minit sebelum tu.

Dan....sebenaqnya jauh di sudut hati aku, kalau buleh aku tak mau masuk tengok pun. Yang tu bukan mak aku, mak aku elok ja duduk kat katil dia depan tv tu, dok tunggu cucu dia balik. Mak aku sihat je pun, nampak je aku, mesti dia tanya...'adik...hg cemana? sihat ka? sakit tang mana2 dak? Sian kat hang...mak tak larat nak jaga hang pun, tak pa la, camtu la orang mengandung.' Itu la mak aku...dia yang sakit, dia dok risau kat aku yang sihat ni. Cemana aku nak masuk tengok, sedangkan dalam minda aku terbayang-bayang mak aku yang masih bercakap dengan aku???

Kakak aku mai tarik aku masuk jugak. Semua orang yang ada dalam rumah tengok aku. Pelik kot...sampai kena tarik nak tengok mak sendiri. Ada sebujur tubuh yang kaku atas katil mak, bertutup dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku kuatkan hati bukak penutup muka ............tengok...............peluk..............cium...............lama sekali............. kat tepi-tepi aku terdengar orang berbisik, 'dah la..tak baik menangeh atas jenazah.' Baru la aku angkat kepala, tutup balik penutup muka tu dan jalan keluaq dari rumah. Pastu aku pi tarik Khairieena pulak masuk, tengok dan cium tok dia. Khairieena diam je....memula dia buat keras badan jugak, tapi aku pujuk, mau la jugak. Dia macam heran...ye lah, ni first time bagi dia berada dalam situasi camni. Airmata toksah kata.....aku pun tak tau nak bayangkan cemana lagi airmata aku time tu. Dalam hati aku...'betoi la tu mak, mak dah pi dah....mak dah tak dak dgn aku pasni....mak la tu...mak dah tak dak!!' Aku macam dok bercakap dengan sorang lagi 'aku'...lagi membuatkan airmata aku makin laju.

Pastu depa dah start angkat jenazah mak untuk dimandikan. Alhamdullillah...semua anak perempuan dia ada dan dapat tolong memandikan jenazah mak untuk kali terakhir. Kami tiga-tiga beradik perempuan, diam je masa mandikan, ikut je arahan makcik tu. Bila dah hampir selesai mandikan tu, abang aku no. 4, dari Kelantan baru sampai. Dia pun sempat menjirus air mandian untuk kali terakhir. Masa dah siap pakaikan telekung...depa panggil tiap sorang anak arwah untuk cium arwah. Kakak aku memulakan, pastu abang no. 2, pastu kakak no. 3, pastu abang no. 4 tadi. Time abang no. 4 tu, dia cium lama sekali....sambil tersedu-sedu. Aku yang menunggu giliran lepas tu...apa lagi, bukan tersedu lagi dah, dah tahap teresak-esak. Kakak aku no. 3 cepat2 peluk aku, tenangkan aku. Ye lah, tak elok cium jenazah dengan menjatuhkan airmata atas jenazah kan. Terpaksa la aku kesat 7-8 kali airmata...susah betoi sebab airmata macam tak mo berenti tau. Masa aku cium tu, sesak dada aku dok menahan tangis....sangat terseksa rasanya...

Masa mengkafankan pun depa panggil lagi sekali semua kami adik beradik...cium arwah dan taburkan apa benda tah kat sekeliling kain kafan untuk setiap lapis. Time ni tangis aku dah kurang....tahan... Panggil jugak ayah aku untuk tengok kali terakhir sebelum ditutup muka sepenuhnya, tapi ayah aku kata, 'tak pa la, teruihkan ja lah....saya tak pa...' Ya Allah...meruntun hati aku rasa bila dengaq tu...ayah tak sanggup ka...tak tau apa yang ada dalam hati dia masa tu... Jiwa lagi seksa rasanya dari kami adik beradik ni. Abang-abang aku, abang ipar dan wak yang angkat jenazah ke dalam keranda untuk dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. Kami yang perempuan ni pun bersiap gak, sebab nak teruih ke kubur. Kami pi jalan kaki je...ada la dalam 10 minit kot, jalan pelan2. Kat kampung tu pulak perempuan tak boleh masuk tengok sampai ke liang lahad tu, so terpaksa kami dok kat luaq pagar ja. Sib baik liang tu dekat je dengan pagar, dapat la saksikan jenazah diturunkan, dengaq ayah aku bacakan talqin.

Satu keajaiban....bagi aku la...sebelum2 ni memang aku tak dapat nak rasa baby dalam perut aku ni menendang ka apa ka, maybe ada tapi aku tak penah perasan. Tapi masa ayah tengah bacakan talqin tu, tetiba ja baby menendang 2 kali! Aku sampai tersentak....dan spontan airmata aku mengalir....aku cuba sedaya upaya jangan sampai teresak. Kakak aku dah siku tangan aku time tu. Mak...baby ucapkan selamat jalan kat mak...walaupun tak sempat bersua, tapi doa baby sentiasa bersama mak...

Kembalinya Ibuku Ke Rahmatullah - 1

Aku kan baru balik kampung masa cuti sekolah bulan 6 hari tu kan. Tu pun sebab tiap kali telefon, mak aku asyik dok sebut dah lama tak tengok cucu dia. Kebetulan pulak kakak aku nak balik tapi malaih nak drive. Sementelah dia sanggup menanggung perbelanjaan, aku balik gak, sanggup tu tinggalkan wak...hehehe. Tak pa lah, at least aku balik gak jenguk mak ayah aku, lepas rindu dan lepas nafsu makan aku hari tu...muahahaha...

Okey...ni nak cerita kejadian sebenarnya lah, yang aku bercuti hampir 2 minggu tu. Mak aku tersayannnnngggggggggg dah pun pegi mengadap Yang Maha Esa pada 29 Jun 2010, jam 1.30 petang bersamaan 16 Rejab 1431H.

29 Jun 2010, Selasa
Dalam kul 10 pagi tu aku dok terasa la nak telefon mak aku, saja la nak tanya khabar. Tapi terpikiaq pulak kot dia dok baring2 ka , tidoq ka sementara tunggu ayah aku keluaq beli lauk. Mak aku memang tak buleh buat keja rumah dah, takat uruskan diri dia sendiri ja. Yang lainnya semua ayah aku yang buat. So, tak jadi la nak call, tunggu tengahari la pulak. Tah cemana tengahari tu, aku dok ghalit menjelajah blog orang, baca novel la....terlupa pulak nak call.

Dekat kul 2 ptg, terima call dari ayah aku. Dalam hati aku kata, ish macam tau2 pulak aku nak call dari pagi tadi. Tapi yang peliknya, besanya bila depa call, ayah akan bagi pada mak yang cakap dulu. Tapi ni suara ayah aku dulu pulak. Ayah aku pulak style kalau dia nak tanya or bagitau satu2 benda, dia kona jauuh dulu. Dialognya lebih kurang camni lah...

Ayah : Adik....keja ka hari ni?
Aku : Haa...keja la, kat opis la ni.
Ayah : Anak hang pi sekolah ka?
Aku : Hmm...dia pi tadika hari ni, macam besa la.
Ayah : Izam keja ka hari ni?
Aku : Dia pun keja hari ni, macam besa la ayah. Pasai pa yah?
Ayah : Nii...tadi ayah bagi ubat batuk dengan ubat tahan muntah kat dia, sebab dia dok muntah sangat. Makan muntah, makan muntah. Dah bagi ubat batuk tu, dia lega skit, pastu dia lena.

(Ayah tak sebut pun dia cakap pasai sapa, so aku assumed mesti la mak kan. So, aku dengaq ja dulu sambil dok iya iya apa yang dia cakap tu)

Ayah : Pastu ayah pi makan sat kat dapuq, tinggai la dia kat katil tu, sebab nampak dia pejam mata dah, tidoq. Tengah ayah dok makan tu, dengaq dia batuk, bangun la pi tengok. Pi tengok ja, dia dok sesak nafas, dok urut dada ja. Ayah ambik minyak ubat sapu dada dia. Tinggai la nasik tu, ayah ambik Yassin baca...dua kali ulang. Habih kali ke-2 tu, ayah tengok dia tak buleh nak bercakap dah. Ayah bisik la suruh mengucap. Elok habih ayah suruh mengucap tu, dia pun pejam lah mata...ayah rasa dada, tangan, dah senyap dah.

Aku : Mak ka ni? (Suara aku dah mula lain dah. Macam lawak pulak, sebab aku pi tanya camtu)
Ayah : Ha la...mak hang la. Baru ja tadi, dalam pukul 1.30 ptg camtu. Tak pa la, dia pi pun senang. Hang toksah la dok teriak. Hang tolong habaq kat kak hang sat, ayah telefon dia tak dapat2 dari tadi.
Aku : (memang dah tak buleh nak bercakap, dok lap airmata ja nih...cuma buleh angguk ja)
Ayah : Ok naa...ayah letak ni. Hang tolong habaq kat kak hang.
Aku : (angguk lagi...sepatah pun tak keluaq dah)

Pastu aku terduduk sat kat sofa kat kaunter tu. Airmata toksah kata, laju ja turun, tak benti-benti. Aku macam tak tau nak buat apa pastu, jadi bodo sat. Dok terkejut satu, tak sangka satu, pastu jadi macam mimpi tau. Selama ni hanya dalam mimpi, tapi hari ni jadi betoi2...mak aku dah pi betoi!! Airmata tak tertahan2 sungguh...melimpah-limpah!!

Aku masuk bilik aku, try call kakak aku. Ringing, tapi tak berjawab. Baru teringat dia pi kursus apa tah hari ni, mesti dia silentkan tepon dia. So aku call ofis dia, mintak tolong kat kerani dia suruh telefon sapa2 lagi yang kursus sama dengan dia. Bercakap dengan kerani tu pun, dah tersekat2...sib baik memang kenai baik dengan dia, so tak la malu sangat menangeh pun. Pastu aku call wak pulak, sib baik angkat. Dari pagi aku call dia, tak berangkat langsung. Cakap lebih kurang, soh dia ambik Khairieena kat tadika, siap2 apa yang patut kat umah. Aku pun kemas cepat2, pi bagitau kat cc pun 2-3 patah ja, tak buleh sungguh la nak bercakap panjang skit. Berselisih dengan bos aku pun, aku jalan laju ja.

Hujan pun start turun....lagi la airmata aku laju ja, sambil dok drive tu. Pastu baru teringat nak call bos aku, cakap lebih kurang, bagitau aku cuti seminggu. Dia pun ok ja, tak komen banyak, paham la kot. Sepanjang jalan balik Puchong tu, hujan selebat-lebatnya. Aku ni punya la dok tahan tak mo nangeh, sebabnya dah la tak brapa nampak jalan, mata pulak dok menakung airmata...haru sungguh! Asal teringat ja kata-kata ayah aku tadi, dah merambu balik airmata. Tak sampai 5 minit, reda, teringat balik. Macam tu lah, sampai la ke umah. Wak dah siapkan 3 beg, aku tak tau la apa yang dia sumbat, Khairieena pun ada dah, dok seronok nak balik kampung. Masa aku dok packing barang aku, aku panggil la dia masuk bilik, nak bagitau la yang tok dia tak dak dah.

Aku : Kakak...nanti sampai umah tok, kakak cium tok ye. Tok dah takde (airmata merambu lagi). Tok dah mati (kalau sebut meninggal, dia tak paham). Mati tu kita sebut meninggal tau.
Khairieena : Tok dah mati ke mama? Eh...meninggal. Kenapa tok meninggal?
Aku : Tok sakit. Kan hari tu kita balik kampung, tok memang dah lama sakit kan.
Khairieena : (angguk) Kenapa tok sakit?
Aku : Sebab tok dah tua...mama pun boleh sakit jugak. Tapi pasni tok dah tak ada kat umah tu tau. Kita nak balik ni, kita nak tengok tok last tau...
Khairieena : Hmmm...

Banyak pulak kenapa dia..! Tapi pastu, dia asyik la dok tanya soklan yang sama....lagi la aku sedih tau. Last2 aku cakap kat dia, 'kan mama dah bagitau tadi kan, lepas ni kakak jangan tanya lagi tau, '. Baru la dia kurang skit, tapi kat wak, dia bantai dok tanya jugak. Hujan still tak benti lagi, kakak aku belum sampai umah dia lagi. Aku kena pi umah dia, amik dia untuk balik sekali. Lebih kurang kul 3.30 baru pi umah dia, isi minyak, beli bekalan skit2, sebab kami semua tak makan tengahari tadi, kecuali Khairieena ja lah kan. Then bertolak, wak nak pecut betoi2, aku la dok tahan dia, dah la jalan licin. Kakak aku bagitau, dia call ayah tadi, ayah cakap nak kebumi malam tu jugak lebih kurang pukul 10 malam. Sebab tu la wak nak pecut tu. Insya Allah....sempatlah hendaknya.

12 July 2010

Kembali

Aku baru start keja hari ni setelah hampir 2 minggu bercuti. Cewaahh...macam cuti makan angin ja kan. Tak dak lah...seminggu lebih kat kampung, yang selebihnya kat umah sini ja...sendiri yang tak sihat.

Nantilah aku cerita sepenuhnya ya...internet kat tempat aku kong pulak, ni pun aku tumpang pc orang. Sekadar melepas gian nak tulih blog ja, sambil hapdet kat kawan-kawan gak kan. Macam la ada orang dok tunggu cerita aku...perasan!

Anyway, aku ucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan yang prihatin dan ambik berat pasal aku dan family...terima kasih banyak2 sangat. Aku nak mintak maaf jugak sebabnya maybe ada yang call tapi aku cakap lebih kurang ja kan....sorry sangat2! Memang aku tak buleh nak cakap...hangpa paham kan. Yang sms tu memang aku balas lah takat mana termampu...terima kasih banyak2! Ada jugak yang aku siap pesan lagi, tak yah call aku...hehehe...bukan apa aku takut satgi bukan aku yang bercakap, airmata yang lebih pulak. Tapi kat kawan2 baik ja lah aku berani pesan gitu...hehehe...sorry naaa...

Okeh...sambung esok ya...dekat nak balik dah ni. Hari ni tak berapa ada mood nak keja, maklum la cuti lama...hehehe