28 June 2010

Gambar sajork!

Cerita dah tulih, sekarang layan gambar saja ok...

sebelum tengok wayang 'how to train your dragon' kat IOI Mall, New Wing


Kat PD...dalam bilik je, lain2 tempat aku tak snap pun...

Kat HUKM...ikut aku pegi check up

Kat R&R Bkt. Gantang...otw balik Penang


Kat Pantai Merdeka...haa tu la rabbit kecik yang dia dapat...hahaha


25 June 2010

Update Marathon lah ye...

Adooiiyaaiii...sejak sakit mata sat hari tu, memang malaih sungguh nak hapdet blog. Haa...sakit mata tu sat ja pun, hari sabtu dah elok la pulak...main-main dia noo...

Pastu minggu lepas, aktiviti cam biasa ja...pi balik ofis. Tah cemana aku terpikiaq nak balik kampung la pulak hujung minggu tu. Kebetulan memang kakak aku nak balik, dan dia tak mo drive sebab minggu depan dia ada keja kat B'worth tu, so balik sini dengan ofismet dia la. Dah memang hati aku kuat sangat rasa nak balik kampung tu, maka dengan relanya aku jadi driverlah pegi dan balik. Wak tak ikut balik, sebab dia kan keja hari Sabtu. So wak ditinggalkanlah seorang diri di sini....

Balik hari Jumaat pagi. Best sesangat balik kali ni....aku pulak memang teringin nak makan masak lemak ketam lama dah. Nak buat sendiri takut tak jadi, rugi ketam ja kan. Kalau beli, rasa dia tak sama macam resepi mak aku masak, hilang feel nanti. Jadinya aku suarakanlah kat kakak aku sorang lagi kat Sg. Petani tu....dan dia pun dengan rela hati nak masakkan untuk aku. Hehehehe...masa ni la kita patut suarakan hasrat hati kan, baru la orang layan, tapi berpada la jugak...silap2 sekali tu ja lah orang layan...huhuuu... So, hari Sabtu lepas kat umah mak aku, kami gotong royong masak makan tengahari tu. Kakak aku tu siap masakkan burung puyuh kicap lagi, sup sayur yang dia masak pun aku rasa sedap sesangatlah, tak penah aku rasa sedap camtu tau. Apatah lagi masak lemak ketam tu kan....isshhhh....lepas satu, satu aku angkat masuk pinggan aku, kuah pulak sampai hirup2 lah...sorgaaaa...!! Khairieena memang ligat lah....maaaiinnnn ja kejanya. Mana ada tidoq siang dah...mata dah kuyu pun, gagah jugak lagi berlari sana sini dengan sepupu dia tu. Makan tengahari hari tu memang aku puas sangat...bukanlah selama ni makan tak puas, tapi bila dapat makan makanan yang memang teringin sangat, pastu adik badik sendiri pulak tu yang masak...huuiii...tak terkatalah puasnya (nak rasa mak aku masak, tak dapat dah la, mak aku dah tak larat sangat dah, dok bawak diri dia ja la ni, makan pun tak berapa selera, badan dah surut banyak sangat). Abang ipaq aku la yang usaha sungguh2 cari ketam, kena pulak bukan musim, memang payah la nak dapat. Dapat pun kecik2 ja....tapi ok la isi padat gak. Pastu dia macam dok tak puas hati pulak sebab tak dapat carikan aku ketam yang lagi best. Hehehe...tak pa la abg teh...yang dapat ni pun makan tak abih dah, lapang dada, kenyang perut sungguhlah hari tu.

Pas zohor, kami bergerak ke Pantai Merdeka, Kedah pulak, aku drive gak. Seumur hidup aku yang memang orang utara nih, ni la first time pi Pantai Merdeka...hangpa nak gelak pun gelak lah! Aku ingatkan jauh sangat la dari umah mak aku tu, rupanya dekat dah rupanya, setengah jam ja pun. Pi sana sebab hari sabtu tu hari last dah expo apa tah, banyak la gerai-gerai jualan kat sana, lebih kurang macam kat PD gak la. Khairieena pekena kakak aku, dapat kat dia anak patung rabbit, itupun setelah dipujuk untuk ambik yang kecik ja, kalau tidak dia dok tunjuk yang besaq dari aku tu!! Memula dia kata, kalau kecik, cemana nak saya nak peluk nanti?! Haa...kami tiga beradik terkedu sat tang tu... Pastu pekena ABC dengan mee udang...buleh tahan la rasa dia, lagipun perut kenyang lagi dengan ketam tadi....hehehe

Ahad pagi, aku bertolak balik Puchong berdua dengan Khairieena ja. Kakak aku soh balik Isnin, sebab buleh hantaq dia ke hotel kat Prai tu sekali untuk dia check in dan buat keja dia hari Selasa. Tak mo aih....aku tinggai laki aku 2 hari dah, tah hapa yang dia buat tak tau la. Memang la kesian jugak kat kakak aku tu, tapi hati aku kuat suruh balik Ahad jugak. Singgah pekan Ahad kat Penaga, beli putu mayam bawak balik kat wak. Dalam kul 10 pagi camtu, bertolak lah kami dua beranak sampai Puchong. Khairieena tidoq sejam ja, selebihnya tu dia buat hal dia kat tempat belakang, dah kat Ulu Bernam kot, dia mula datang ke depan pulak, kacau aku drive, nak sembang la, nak tunjuk itu ini la...layan la jugak. Dia boring la tu. Sampai umah kul 2 petang, makan apa patut, kemas skit2, bantai tidoq sampai kul 6 petang. Memang letih gila, tetambah drive sorang diri, dalam keadaan aku sekarang ni, sakit belakang toksah kata la, tapi boleh tahan lagi la.

Isnin, aku memang cuti untuk rehat. Khairieena pun pi tadika pagi je, tengahari aku dah amik dia, pas makan, aku suruh dia tidoq, cover letih semalam tu. Haaa...malam Selasa tu lah sakit belakang aku menyerang gila2 punya. Merata aku ubah tempat tidoq...berdenyut2 sakan. Akibatnya Selasa dan Rabu aku MC....muahahaha. Memang seksa sakit belakang, paling berdenyut sakan kat tulang pinggul tu lah, hadooiii nak kembang cemana lagi tah, sedia ada dah cukup kembang dah aihhh!!

Khamis masuk keja, gagah drive jugak la. Dah kaki pulak buat hal.....lenguh semacam. Sapu macam2 krim panas, minyak panas, lega la sat, abih panas tu, lenguh balik. Hari ni kurang skit dah la, tapi timbul problem lain pulak dah la.....bleeding la pulak. Lagi banyak dari yang first bleeding hari tu. Sampai tengahari ni, dah kurang skit....kaler coklat dah. Memula malam tadi merah cair tu...menitik-nitik...panik gak aku. Tapi bangun pagi tadi, dah kurang. Harap-harap makin kurang, dan hilanglah. Malas betoi la nak pi check ka apa ka, sebabnya appointment check up aku Rabu depan ja pun....tunggu ja lah kan...Insya Allah tak dak apa tu...gempaq ja tu...

11 June 2010

Sakit Mata

Arrrgghhhh....mata ku memerah menyala la pulakkkk!!!!

Patut la 2-3 hari ni asyik gatai mata ja, aku dok tenyeh la mata tu, tau-tau petang semalam dah merah, tu pun aku tak sedaq lagi sampai la kakak aku teguq. Balik umah malam tadi, belek la kat cermin...haaa sungguh la merah! Bangun pagi ni dah payah pulak nak bukak mata belah kanan ni dan taik mata pun melimpah luar biasa dari yang biasa...muahahaha! Sah la sakit mata ni...huhuuu

Malas pulak 2 hari ni nak cerita pasal aku pi check-up Rabu lepas. Pi bertiga beranak...wak mc, hehehe. Check-up macam besa la, scan dulu. Masa scan tu, Khairieena macam malu-malu nak tengok, tapi pas tu dia yang riuh tetambah time baby bergerak aktif sungguh...terkejut2 Khairieena tengok. Lain-lain tak dak masalah apa, janin yang tak jadi tu pun dah kecut dan hilang camtu je...ntah...itu yang doktor bagitau aku. Tapi doktor tak lepas lagi untuk check-up biasa kat O&G tu, dia nak pantau untuk lagi 3 minggu dan ubat pun kena teruskan jugak.

Balik check-up, terus ke Klang, ada urusan pasal rumah. Hujan lebat, alik Puchong...tetiba keta termati tengah jalan....cuak jugak dah hujan lebat. Mesti fius tu buat hal lagi...sib baik wak ada, kalau aku sorang, aku tahan teksi la jawabnya. Dah 2 kali dah jadi camni. So wak godek2, buleh la jalan sampai umah. Semalam keta tu masuk Proton lagi, check apa yang tak kena, bukan apa takut aih kalau jadi time aku yang drive. Hari ni siap la kot...huhuu...duit lagi tu...

Isshhh...tak sedap sungguh la mata ni, dah start pedih2 berair tau. Last kena sakit mata time sekolah menengah dulu ja....tak suka laaa!! Lagi satu awat la jadi hari Jumaat...kot ya pun tunggu la sampai Ahad Isnin depan ka...muahahahaa

08 June 2010

Mode : Kenyang, Malas dan Mengantuk

Ekelehhh....macam la selama ni tak malas mengantuk suma tu kannn....memang hari-hari lagu tu puunnn...!!! Aku la...tak kata orang len aihhh...hehehe

Minggu ni sangat la lemaunyaaaa....sebab bos cuti seminggu. Isshh...susah kan, time bos ada rimaih, bos tak dak patutnya suka senang hati la, ni boring la pulak. Dok tercongok sorang2 dalam bilik nii...nak landing pun port tak best. Lagipun ada cctv, mesti bos dok tengok ja 24 jam kan....potong betoi laa.

Pastu cuti sekolah dah start...jeles ja tengok sana sini orang bercuti bersuka ria balik kampung, sian pulak kat anak dara aku tu, cuti sekolah terpaksa dok kat taska sebab tadika tutup. Nak cuti tak buleh dah, kena jimat cuti tu, banyak nak pakai nanti. Ingat esok aku check-up, nak bawak anak dara tu sekali lah, buleh teman aku. Wak maybe tak buleh cuti gak.

Jalan pun tak jammed....15 minit dah sampai ofis. Isshhh...tak biasa la! Aku dah cuba keluaq rumah lewat dari biasa, pun sampai awai gak...drive slow je tu. Siap buleh terpikiaq nak singgah merata beli brekfes dulu ka....hehehe

Cuaca kat luar sangat la mendung, dah makin gelap ja. Awai pulak pokok hujan ni mai hari ni kan...ingat satgi nak pi mydin sat, beli mineral water untuk kursus Khamis ni. Kalu ujan, lagi lama la aku dok mydin satgi...hehehe...alasan

Hmmm...itu je lah kot hapdet dari aku. Tak dak cerita sangat la, mata ni dah mula tinggai suku ja nih, sebab perut dah kenyang...sofa dok panggil2 ja tuh....ishhhhhh

02 June 2010

Sikit dan sekejap je kot

Dah 3 hari pas balik dari PD tu, ada discharge skit, macam memula nak piyed tu... kecoklatan. Tapi kalau tidoq malam, bangun pagi bersih je lah. Siang je keluar sebab banyak pergerakan kot kan...

Memula aku dok ingat betol la doktor tu cakap hari tu, janin yang tak jadi tu nak jatuh kot. Tapi ada jugak orang kata, itu tandanya uri kat bawah. Besanya kalau dari mula lagi dah start ada discharge sikit-sikit tu, akan berlarutan sampai ke bersalin nanti. Ofismet aku cerita pengalaman dia mengandungkan anak ke-3 nya....macam aku sekarang lah. Memula keluar sikit-sikit, pegi check, doktor kata uri kat bawah, doktor juz soh tunggu kot-kot uri tu pusing naik atas, tapi sampai dah 7 bulan, bleeding makin banyak, uri masih kat bawah, teruih dia kena tahan wad dekat 2 bulan. At last kena c-sect jugak.

Alahaiii....aku berdoa sangat jangan la sampai jadi camtu. Aku nak gak merasa bersalin normal, lagipun bersalin c-sect ni payah nak jaga la. Hmm...sampai sekarang aku tak pi check lagi, malas pulak sebab tarikh check-up aku rabu minggu depan je pun. Tengok lah, maybe esok aku pi kot, itupun sebab nak beli ubat, nak abih dah ni. Tahlah...doakan je lah ye....

01 June 2010

Lepas ke PD la pulak...

Aku sangat tak sihat sekarang ni. Pening kepala sampai ke bijik mata wooo!!! Pejam celik tu pun rasa tau...adooiii laaa...

Tapiiiii.....dalam pada dok pening2 tu pun....gagah jugak pi sampai PD nuunnnn....hahahaha!! Cuti Wesak lepas, wak keja, tapi sabtu dia cuti. Bangun pagi sabtu, aku ajak pi mandi laut atau ayaq terjun, dia kata ok, siaplah. Tau-tau pas brekfes, keta menghala ke selatan...hahaha...kami 3 beranak lepas ke PD....sengih tak kira dah aku ni...syok syok! Konon memula juz nak mandi laut ja, pastu aku la dok wirid kat telinga wak soh try tanya hotel ada bilik kosong lagi dak...hehehe!! Dannn....wirid tu sangat mujarab tau....tiap kali jumpak hotel yang macam meriah sikit tu, aku soh dia kona masuk, tak pa aku pi tanya sendiri, dia cuma tunggu dalam keta ja. Dia ngiiiikutt ja...baiknya dia! Waarggakahkahkahkah

Ada la dalam 3 buah hotel ja kot aku tanya, yang ke-3 tu, Bayu Beach Resort, PD, banyak lagi kosong, bedal ja lah, banyak songeh satgi, wak kona balik Puchong pulak. Dengan tak bawak apa-apa persalinan lain pun, semata-mata sorang sepersalinan ja untuk pakai lepas mandi laut kononnya. Aku kata tak pa...bukannya kita nak dok lama pun, takat beli sorang selai t-shirt, berus n ubat gigi, cleanser dan susu Khairieena, dah la. Susu tu kena beli gak, kang tak tidoq malam budak tu. Wak angguk ja macam burung belatuk tu...heran gak aku, tapi best! Last2 aku dapat selai t-shirt, selai baju tidoq (takkan tidoq tak pakai baju kot kan, lain la kalau tak dak kanak-kanak dalam ini cerita), wak dapat selai ja t-shirt (cukup la tu, tidoq tak yah pakai baju lah) Khairieena dapat sepasang baju untuk balik esok, baju tidoq, panties, bikini, pelampung n susu. Hah...banyak jugak tu, kata sorang selai ja....besa la bila dah masuk shopping complex kan, takkan nak tengok saja pulak.

Dalam kul 3 petang tu, masa Khairieena nak tidoq, wak kata...'sib baik mama pregnant, kalu tidak, tak daknya kita dok hotel hari ni, petang ni kita balik Puchong punya!' Aik...rupanya yang dok angguk macam burung belatuk tu, ngikut ja tu ada makna rupanya....mana aci! Tak ikhlas kerana aku la kalu camtu! Huh...teruih aku peluk Khairieena ja time tidoq tu...hahaha...tu tak kira durhaka kan, sebab dia yang cari pasai! Eleh....berlakon ja lebih tu, sejuk2 dia jugak aku cari...ahaks

Petang bangun tidoq, baru la turun pi pantai, itupun Khairieena dah terjerit-jerit bila masuk dalam air laut tu. Dia takut time ombak tu datang rupanya...ceehhh....tak dan aku nak berendam lama skit. Teruih tukaq port berendam dalam kolam ja lah...teman dia je pun. Aku sangaaatt fobia dengan kolam renang, dok kot tepi tak pa, jangan suruh aku masuk dalam tu, kecuali kolam kanak-kanak. Pastu tukaq pi kat kolam dewasa, wak ja lah yang melayan Khairieena, aku dah tentu la cecah kaki ja.

Makan malam besa ja pun, tapi sakit ati gak la, orang sangat ramai. Dua kali kami duduk dalam 10 minit, sorang pelayan pun tak mai amik order tau, teruih wak ajak blah cari tempat lain. Restoran ke-3 tu, cepat gila layanan dia, pas order dalam 10 minit camtu dah sampai segala lauk pauk tu, padahal orang ramai boleh tahan gak...baguih betoi la, sangat efisyen. Aktiviti seterusnya balik hotel tidoq ja, perut aku dah sengkak, kembung semua ada, padahal makan skit ja tu. Wak beli sate konon nak makan dalam bilik, pun aku tak sentuh dah. Sekarang memang cepat lapaq, bila makan cepat pulak kenyang...tak dan nak menikmati tau...! Pastu mudah pulak kembung perut, angin banyak sungguh, kalau start aku sendawa tu, siap la sejam dua pastu pun belum tentu berenti lagi.

Eh...melalut pulak cerita pasai aku. Kami balik hari Ahad, cukup la tu satu malam ja, bukan best sangat pun, cuma beralih angin sesekali kan ke bagusss!! Minggu ni nak pi mana pulak yang? Sabtu cuti kan kan kannnn....hehehehe...

wak : hah...siap, kita balik keratong minggu ni!
huhuuuuuu....