20 May 2010

Keajaiban Itu Ada Hikmahnya...

Semalam aku cuti pegi check-up. Besa la aku kan under treatment, so ada orang pelik awat awal-awal ni check-up kerap sangat kan, selalunya pas 3 bulan or 5 bulan baru sekali check up. Aku memang dijadualkan check-up setiap 3 minggu....ok what.... aku akan lebih tau perkembangan baby kat dalam nuuu...

Kali ni aku pi sorang ja, wak keja. Alah bukan ada apa dah pun...sorang pun boleh! hehehe! Biasa la...pegi tu kena scan dulu...tup-tup tukang scan tu ternampak keajaiban la pulak...!! Aku pun berkerut-kerut kening tengok muka dia...apa pasai??

Tukang scan : ehh...macam ada lagi ni...

Aku : ada apa puan?

Tukang scan : ni haa....(pastu dia diam sat sambil dok perati skrin tu, tunjuk kat aku bukannya aku paham pun tengok benda tu)

Aku : kenapa puan?? (dalam kepala otak dah macam-macam soklan, tak terkeluaq ja)

Tukang scan : nii....ada satu lagi janin, tapi tak bergerak macam yang satu ni, heart beat pun tak nampak. Rasanya yang ni tak jadi kot...

Aku : hah?? ada satu lagi? ye ke?? (dia pun tunjuk kat aku, memang ada la bayang hitam tu dalam karung dia sendiri, cuma memang tak nampak bergerak apa pun lah)

Tukang scan : hmmm....memang yang ni tak jadi ni....sayangnyaaaa.... tapi tak pelah, jaga diri elok-elok, yang penting yang ada ni haa....sihat elok nampaknya...

Aku : hmmm....alaa sayangnyaaa...ok Insya Allah...

Hmmmm....itulah keajaibannya!! First scan dulu tak pulak nampak, kali ni pulak timbuinya. Time jumpak doktor pulak (Prof tak dak, ada seminar apa tah), dia pun cakap camtu gak, itu adalah janin yang tak menjadi, tak sempat ada heart beat pun. Aku ni saja la pulak tanya kot-kot yang tu cyst ka kan. Tapi doktor tu kata bukan, sebab dia dalam womb jugak. Aku tanya lagi kot-kot kewujudan janin tak jadi tu akan mendatangkan apa-apa masalah pada baby, dia kata tak, janin tu sama ada dia akan kecut dan hilang sendiri ataupun dia akan luruh dan akan menyebabkan bleeding skit. Haaa....takut jugak bila dengaq bleeding nih...tapi so far ok lagi la. So continue ubat, datang check lagi 3 minggu.

Memang la ada rasa ralat skit kan, tapi ada hikmahnya Allah tak bagi twin kat aku. Aku redha, syukur sangat2 dah baby yang ada ni....memang kedatangan yang ditunggu2 kami bertiga. Rasa ralat tu bukan apa, sebab dah tau, cuba kalau tak tau, mesti la tak rasa apa kan...hehehe. Takpa, apapun yang penting jantung yang sedang berdegup dalam rahim aku ni harus dijaga sebaik mungkin. Kakak dia dah siap boh nama dah....aku tukaq, dia marah, dia kata tu baby orang lain! Hahahaha

13 May 2010

Nak sumbangkan apa ya...??

Hmmm...ni aku dok pikiaq ni...serabut jugak nih, walaupun perut dah kenyang, mata dah layu tapi alhamdulillah hari ni aku sihat walafiat....syukur sangat2. Sampai ke saat dok menaip entry ni, aku tak rasa pening atau loya atau sakit belakang sejak bangun tidoq pagi tadi.....alhamdulillah...

Yang nak ceritanya bukanlah pasai aku....hangpa pun tah-tah muak kot dok cerita pasai aku ja kan, macam la orang lain tak penah rasa....huhuuu...tak pa la, tak mo baca pun tak pa, selain daripada nak berkongsi dengan kawan-kawan, aku jadikan blog ni sebagai diari tak rasmi aku...sangat indah tau bila baca balik cerita-cerita lama tetambah yang dah makan tahun punya kan....tak caya try la... Tapi kalo hangpa muak, aku bukan buleh buat apa pun....hahahaha...

Isshh....tak masuk lagi cerita sebenaq kan...hehehe...sori sori. Yang aku dok serabut ni, esok tadika Khairieena tu nak buat sambutan Hari Guru, depa sambut awai la sebab hari yang betoinya jatuh on weekend kan. Jadinya, ibu bapa digalakkan memberi sumbangan dalam bentuk makanan untuk sambutan tu...tak kira la apa jenis makanan pun. Ni yang buat aku pikiaq banyak ni, dah la aku ni 'pakar' sangat dalam masak memasak ni, bukan senang tau nak keluaq satu-satu menu dari kepala otak aku nih....haaiiiii....mana tak serabutnya.

Ada jugak la 2-3 idea keluaq dari pala otak aku nih....macam pagi esok bangun awai masak bihun goreng ka, ataupun malas sikit goreng ja nugget ka chicken fingers tu ka, ataupun beli ja kek kan....hahaha...gila pemalaih! Tapi memang sungguh pemalaih pun, la ni tak brapa rajin la nak bangun kul 5 pagi tu...sayang sangat kat bantai! Kalau hangpa ada idea lain yang lagi senang tau, bukan lagi merenyahkan aku pulak, kongsi la naa.... Kalau dak, aku rasa macam nak pakai idea beli kek je lah....muahahahahaaaa

p/s: awat la tadika/sekolah la ni macam2 request sangat tah....sat-sat soh beli buku latihan baru, sat-sat mintak duit nak beli vitamin la, sat-sat pulak mintak duit nak pi lawatan sana sini sinun...ni nak kena bayaq gak untuk sports day ujung bulan ni, pun mintak sumbangan lain gak. Tu baru tadika, kalau dah sekolah sok, mesti lagi macam-macam kan...

Daripada Khairieena....Kepada Mama

Ni dah kira lambat sangat dah nak cerita pasal Hari Ibu kan...nak buat cemana, aku la ni asyik lupa dan sakit ja...huhuuuu

Ini kad Mother's Day daripada Khairieena untuk aku...mamanya... Aku la asyik lupa je nak snap gambaq, dah snap asyik lupa je nak upload kat sini.

Kad ni pun teacher dia yang buatkan, dia cuma kalerkan je. Itupun dia berbangga sungguh, dok ulang-ulang cerita kat aku yang dia kalerkan 'love' tu.

Pastu masa nak bagi kad tu kan, siap soh aku pejamkan mata, tangan kat belakang...hahaha...apa kehalnya tangan aku kat belakang, patutnya tangan dia la kat belakang. Pastu dia soh aku bukak mata, dia pun bagi la kad ni dengan termalu-malu kucingnya, sambil wish "Selamat Hari Mama!". Pastu sendiri yang malu...pi sembam muka kat sofa....waarggkahkahkahakah

Bangga gak la aku...at least walaupun dia tak tau apa tu Hari Ibu, bila dah pi tadika nih, dia dapat kenal dan ingat hari-hari penting camtu kan. Kad tu dia lekatkan kat peti sejuk, hari-hari balik tadika pi jenguk tengok, pastu dok puji diri sendiri... ' cantik kan saya buat kad ni, mama...'

Ini pulak masa hari Ahad lepas, Hari Ibu tu lah....bawak dia mandi kolam kat Precint 9, dekat Klinik Kesihatan Putrajaya tu. Alah...dia bukan gheti berenang pun, asyik la berjalan dalam kolam tu. Bukan apa, dia penah try menyelam, tapi tak buleh bangun, tu yang fobia dah tu....hehehe

12 May 2010

Cuti lagi...??

Ha la...aku cuti lagi kemarin! Memang cuti aku makin surut gila-gila dah ni, walaupun dah bertambah 5 hari, macam tak dak beza je pun.

Kemarin aku EL sebabnya dari petang Isnin lagi badan dah tak sedap, sakit belakang yang maha teruk sekali ditambah pulak dengan sakit kepala berdenyut-denyut. Rasanya sambil drive balik tu, rasa macam nak pejam mata kat situ gak. Petang Isnin tu, Khairieena buat homework sendiri je, aku baring kat sofa, sambil dok bercakap kot jauh je. Sib baik homework yang senang-senang je macam mewarna ikut garisan titik2 tu, menulis pun ikut garisan titik2 gak, lagipun banyak gak dah abih buat kat tadika, senang keja aku. Dia pun tau kot mama dia sakit, so tak banyak kerenah sangat la. Malam wak balik, mandi sembahyang, keluaq balik pi beli ubat sapu yang panas tu, apa ke nama tah. Tinggal aku sorang, aku bantai tidoq sebab kepala dah weng sangat dah, telan ubat pening pun macam tak dak kesan ja. Badan dah start panas, bernafas pun panas.

Bangun pagi Selasa pun sama gak, sakit belakang tak hilang2, aku berjalan dah macam nenek2 si bongkok tiga. Tambah pulak kepala pening, duduk salah, baring salah, celik salah, pejam salah....abih tu nak aku buat apa??? Rasa nak menangeh pun ada tau....tidoq dalam bilik pun sakit, ubah pi tidoq kat sofa pulak, pun sakit seropa tu la jugak. Bantal dah berlapis2 dah, lapik kepala, lapik belakang, lapik kaki....semuanya serba tak kena! Takkan nak kena hadap ni semua selama beh kurang 7 bulan lagi tuuuu??? Adooiii....bila camtu, orang cakap merungut pulak kan, padahal sebelum ni gedik2 nak sangat...hehehe...bukanlah merungut sangat, tapi hanya orang yang tanggung ja lah yang paham cemana sakitnya tu. Bersyukur pun ya jugak, sebab bukan senang tau orang nak dapat sakit2 ni semua, sepanjang masa pulak tu....okey okey...alhamdulillah...

Tapi aku heran gak, time Khairieena dulu, sakit belakang tu dia mai time dah 6-7 bulan gitu, tak la seawal macam ni. Pening pun tak teruk camni la aku rasa...yang ni pening tu sentiasa berlegar-legar ja dalam kepala ni tau, lagi teruk kalau batuk atau bersin atau muntah....hadooiii... dah la kat ofis tak dak port yang sedap nak landing, terpaksa la tercongok gak kat kerusi nih...

Apapun terima kasih banyak kat wak...sayang gak dia kat aku noo...walaupun tak seromantik mana dia tu, at least tengahari semalam dia balik gak jenguk aku, rasa panas kat dahi aku, tolong sapu ubat kat belakang aku....hehehehe (aku saja je call buat sora lemah2 skit...teruih dia kata satgi dia balik...muahahaha)

07 May 2010

Teacher tak bising cam Mama punn...




Dia memang jarang pakai baju kl kat umah...tengok badan la...muahahaha... panaih rimaih kot

Balik umah petang2, pas minum ayaq, makan ringan2, teruih aku soh dia siapkan homework dia. Kadang-kadang aku tunggu depan dia, tunjuk ajar skit2, marah skit2, sambil aku tengok Adamaya. Kadang-kadang aku tinggalkan je, sebab nak masak, jenguk sat-sat je. Haaa....kalau aku tak dok depan dia, maknanya sampai ke malam la homework tu siap sikit-sikit....lambat sungguh! Nak kena ketuk, baru jalan...geram betoi aku! Bila dah dia bosan aku asyik marah, tekan2 dia tu...mula la buat perangai. Selalunya dia akan kata camni... ' isshhh banyak sangat la mama' ... takpun camni... 'Teacher tak bising cam mama pun' ... takpun... 'yang ni tak senang la mama...' hahahaha...ayat ni aku kena tahan gelak. Apa la salahnya kalau dia kata camni, 'yang ni susah la mama' .... haaaa kan lagi mudah nak paham hehehe. Pastu aku pun jawab balik, 'hah kalau tak senang, tak nak mama bising2, esok tak yah lah pegi tadika lagi, duduk je umah acik tu, maaaiiinnnn je hari-hari, mau??' Tau pulak jawab tak mau....

Haaiii...bukan senang tau nak berlawan cakap dengan budak yang dah pandai bercakap nih. Dah la cakap-cakap kita ni kadang-kadang dia tak pakai dah...asyik pakai cakap-cakap teacher dia je lah...sikit-sikit teacher ajar camni...sikit-sikit teacher tak ajar pun buat camtu....geram haku!!


06 May 2010

Hati aku sangat tak senang....

Sebelum apa-apa nak hapdet cerita weken lepas kan, yang kononnya nak pi ayaq terjun la tu. Memang tak jadi punnn....malam sabtu tu, pi makan di Restoran D'Lala kat Kampung Baru, KL nunnn...tak kalah cari tempat makan pun, mana mau dekat2. Walaupun kepala aku ting tong, tapi aku tak tunjuk, nak keluaq punya pasai. Esoknya (sabtu) tak jadi pun pi ayaq terjun apa bala tu, cuma yang jadi pi beli susu Khairieena je pun. Memang aku selsema teruk, kepala ting tong, tapi dakkk....bukan nak duduk rumah sengap2, nak keluaqqq jugak!! Nak pi klinik, semua tutup...kan public holiday. So juz bertahan dengan dok langgah ayaq masak ja lah. Konon nak tengok wayang malam tu pun tak jadi jugak, sebab aku dah tak larat sangat dah, deria bau hilang teruih dah, dengan asyik bersin ja, cemana nak tengok wayang. So, dok baring depan tv jugak yang heaven.

Hari Ahad pulak, pepagi lagi wak bagitau dia nak pi kedai tayar kat Klang ngan kawan dia, nak tunjuk tempat. Cepat je aku sambut kata nak ikut. Abih tu...takkan aku nak nganga melongok ja kat umah dua beranak kot. Peliknya dia tak bantah pun...teruih ja suruh aku bersiap. Kami siap pi tengok tapak rumah, ronda-ronda tepi pantai kat Tanjung Harapan tu. Sampai dah tengahari, aku pun tanya, kenapa kita tak pi pun kedai tayar tu? mana kawannya? Baaaru la dia habaq kata tak jadi, sebab dah aku nak ikut. Aik???!! Sebab aku nak ikut, terus cancel plan dengan kawan ka? Ka ada planning lain kot? Aku sangat musykil di situ....sampai ke hari ni. Dan wak pun tak membangkang apa-apa pun spekulasi yang macam-macam aku bagi time tu. Betoi ka dia ni? Aku tak tau pasai pa, adakah sebab dia bosan dengan spekulasi aku yang bukan-bukan tu, ataupun dia tak dak perkataan nak balas cakap2 aku tu, ataupun....tak tau lah. Hmmmm.....aku malas nak mengungkit banyak kali....tapi hati aku saaaaangat tak senang....