30 April 2010

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia...tak kiralah bekerja makan gaji ke, bekerja sendiri ke, surirumah pun pekerja tau....laaagi teruk kejanya. So esok boleh mintak cuti ngan hubby n anak2 tau....soh depa pulak buat keja n layan kita....muahahahaa

Wak pun cuti esok....yeay yeayyy...besanya hari sabtu aku nganga gak dua beranak sebab wak keja. So untuk aktiviti esok, aku dah plan dari hari senin lagi....hehehe. Kononnya nak pi mandi air terjun....kat mana, aku tak tau. Yang aku tau, bawak ja aku n Khairieena pi mandi air terjun....full stop! hehehe...macam kejam pulok yo...tak dak lah, mintak persetujuan dia gak la, kang tak kena ngan mood dia, tak syok gak. Malam minggu dah ada program dah...tengok wayang, Iron Man 2. Haaa yang tu memang wak punya idea, dia yang nak tengok sangat. So, siang tu dia kena ikut kepala aku la kan...muahahahahaaaa

Tapi kan....hari ni aku tak sedap badan la. Tekak perit, hidung sumbat, asyik bersin dari pagi tadi, badan tak larat ....cemana ni? Ikut hati memang la berkobar-kobar ja nak pi mandi air terjun tu, tapi hati yang sekerat lagi dok bayang balik dari situ nanti, mesti aku terkelepek macam kain buruk pulak kan...tetambah nak selsema camni pulak...hadoooiiiii...

Kalau tak jadi mandi air terjun esok, aku nak keluaq jugak, tak mo dok umah ja...hehehe. Pi beli susu Khairieena pun jadilah, pastu jalan-jalan la sat kan...mesti tak penat sangat.....hahahaha kepala otak keja pikiaq nak jaaaalaannn ja.... Ye lah...apa guna ada somi yang penyabar macam ni kannnn....tapi kena masa gak la, kalu tidak berkubang la aku kat depan tv ja.

Apapun....selamat bercuti kepada semua esok dan selamat menyambut hari pekerja...sambut sungguh-sungguh tau...sekali setahun je pun, raya buleh pulak kita sambut meriah....hahahaha

29 April 2010

First Check Up

Semalam first check up after 5 weeks IUI procedure. Hehehe....kalu doktor klinik biasa mesti dia kira due date dari tarikh last piyed kan...tapi yang ni dia akan kira dari tarikh buat IUI lah.

Sampai-sampai je hospital, terus diarahkan tunggu depan bilik scan...dia nak tengok n nak buat kiraan minggu yang betul. Elok je letak benda scan tu kat perut aku, terjerit 2-3 orang nurse yang dok keliling katil aku tu...terkejut aku. Ingatkan apa bendanya, rupanya terus nampak baby tu dengan heart beat dia skali...berdenyut dengan laju...hehehehe. Wak pun tengok gak, cuma aku je yang tak nampak time tu, sebab monitor tu dia tak alih kat aku lagi. Bila dia alih bagi aku tengok, aku tak nampak pun heart beat tu...cuma nampak bayang hitam kecik je...nurse kata tu la baby nya....hmmmm...tak tau nak kata apa la...sengih manjangggg

Dah sudah scan semua, pi brekfes dulu, jumpak prof mesti lambat punya...tau dah rutin prof tu, kalau tak atas dari kul 11 pagi, tak nampak la muka dia kat situ. Abih makan lebih kurang kul 10.30 pagi. Duduk tunggu lagi....baca paper, baca majalah, main game henpon....lenguh sana sini dah. Wak pun dah tak senang duduk, last2 dia pi duduk kat lobi...tau la tu, tu mesti nak cuci mata kannnn...haiii

Prof. sampai dalam kul 12.30 t/hari....sampai je terus panggil patient pertama masuk. Aku nombor 4. Tak lama pun tunggu, sampai giliran aku. Terus Prof. tu ucap tahniah bagai, kami pun ucap tahniah gak kat dia, sebab dia yang buat prosedur ni...hehehe. Then dia tengok rekod n gambar scan tadi, dia kata kena jaga-jaga time ni, masih awal lagi ni. Jaga makan, jaga pergerakan, pastu kena teruskan amik ubat yang selepas IUI tu untuk kuatkan rahim dan baby. Pastu assistant dia belek-belek fail tu, bagitau dia yang kalau boleh kami nakkan baby boy, so dia dah tandakan kat fail tu yang sperm yang bawak gen Y yang akan swim up... hehehe...cam lawak pun ada gak. Prof kata, tak pa, kita doa banyak2, kalau muka u naik jerawat pasni, boy la tu....pastu dia gelak...hahahaha. Ye la tu...

Kejap je pun jumpak Prof. tu, pastu dia soh check bp pulak, sebab aku kan ada rekod high bp masa last pregnancy and delivered at 32 weeks...hehehe (Khairieena la tu). So check bp...still ok, cuma dia suruh jaga emosi n jaga makan. Pastu amik ubat, bayar....balik...itu pun dah kul 1 lebih dah. Masa ambik ubat tu, nurse tadi pesan la, kena jaga lebih skang ni, kalau boleh aktiviti tuuuttt kena pospon dulu....aku sengih je, dalam ati aku kata la, 'tapi Prof. tak cakap apapun pasal ni tadi' hahahaha nak menang jugak tu....hehehe. Singgah ofis sat, ada benda nak kena settle pulak, bos aku la, baru bagitau pagi tadi, nak benda tu settle hari ni jugak. Dah tau dah aku pi spital hari ni...saja sungguh la.

Pastu balik umah...dua-dua orang terbongkang tidoq sampai kul 5.30 ptg. Letih wooo....walau tak pakai tenaga macam orang menebas, tapi tenaga yang abih tu bukan macam orang menebas lagi dah, macam gali lubang nak buat telaga je lagaknya...muahahaha

So, itu lah saja update on first check up visit...tunggu lagi 3 minggu pulak. Malam kami bagitau Khairieena yang kami tengok baby hari ni, dia macam terdiam kejap. Pastu teruih dia mintak nak tengok jugak nanti, macam ni la pesanan dia...'nanti mama pegi check baby lagi, bawak saya tau, saya nak tengok baby kecik dalam perut mama, buleh nampak kat komputer kan...' Hehehe... cemana tu, tiap kali time check up mesti la weekdays, dia kena pi tadika kan...takkan nak tuang pulak. Takpe la kakak, nanti mama usahakan ye. Gambar kakak dengan Prof. tu pun belum dapat nak ambik lagi.

26 April 2010

Beza Cinta & Suka

Ini aku cnp dari salah satu blog yang aku jengah tadi. Menarik dan tertarik...tu sebab aku tempek kat sini pulak....


Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum..

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata...
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu...
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta...
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis...
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia
gembira...


Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita
membuang telinga kita...

Tapi jika kita cuba menutup mata, cinta berbuah menjadi airmata

setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, cuma fikirkanlah
bersama-sama siapa yang anda cinta.
Tetapi, hakikatnya Cinta kepada Allah swt adalah lebih hakiki dan abadi

CINTA ibarat sebuah rumah tak perlu cantik, tak perlu mewah yg penting
kita bahagia didlmnya..
cintakan bunga, bunga akan layu
cintakan manusia, manusia akan mati
cintakan Allah ,akan kekal selamanya..


p/s : i feel sooooo in love lately.....


19 April 2010

Aku adalah sangat lembik sebenarnya...

Hehehe...nampak je macam brutal, kasar, ganaz dan sewaktu dengannya...tapi sebenarnya aku adalah sangat lembikkkk!! Nak-nak pulak time skang ni kan....bertambah2 la aku buat2 lembik...muahahahaa

Nak masuk 2 bulan ni, aku tak mabuk pun, tekak aku elok je, berselera je pun...sama macam mengandungkan Khairieena dulu. Time Khairieena dulu, ada la pening skit-skit time pagi n petang, muntah pun tak sampai 10 kali rasanya sepanjang bawak dia dulu. Kali ni pulak, pun lebih kurang sama je. Takat ni, tak dak muntah2 lagi (Insya Allah), pening lite-lite, sat je pastu ilang, tapiiiii yang tak tahan tu....aku sangat cepat penat dan letih tau. Jalan skit pun letih, duduk lama letih, baring lama letih, makan banyak letih, makan skit lagi la letih kan..tak cukup tenaga....hahahaha! Cuti 2 hari kemarin, pi Pikom PC Fair la, pi pasar tani Stadium Shah Alam la, semangat nih...jalan sana sini, balik umah terkelepek macam kain buruk. Sampai aku sound wak, 'hari ni uruskanlah rumah dan Khairieena ye..mama tak berupaya dah ni'... nasib la kan, sama-sama la tanggung susah kannn...

Pagi tadi aku ke Klang dengan wak, settlekan dokumen rumah, sign itu ini...lenguh n hitam jari aku nih. Sampai ofis balik kul 10 pagi lebih skit.....fuyooooo letih dia macam aku nak terjelepuk depan pintu ofis tu gak, pastu merangkak je masuk bilik! Padahal bukan aku drive pun, duduk bersila lagi kat sebelah wak tadi sambil ngap 2 biji karipap...sedap...ada lebih lagi 4 biji aku bagi ofismet, aku muak. Hehehe...bagi makanan lain pulak tak pa. Nasib aku baik sebab dalam 1 jam pastu bos aku pun keluaq sampai esok petang pulak baru jumpak kot.....fhuh lega!!

Ni pun dok rasa macam nak pi baring dalam surau tu sampai kul 2...buleh dak? Memang aku rasa badan aku lembik sungguh2 ati...walaupun makan lalu...hahahaha

14 April 2010

Alhamdulillah...yang ditunggu menjelma jua...

Hmmm....hmmm....senyum meleret-leret dah nih....tersimpul-simpul, terbelit-belit...hahahaha... gatai...hehehe. Sebenaqnya dapat tau seminggu lebih dah, ingat nak biaq dulu, tapi tak boleh la...aku nak kongsi jugak dengan kawan-kawan aku. Lagipun benda baik, buat apa nak sorok2 kannnn....

Syukur Alhamdullilah.....
Usaha aku...eh kami, berhasil juga akhirnya. Memang usaha keras ni...bukan main-main punya! Hahahahaha...lawak la pulak aih. Tapi betoi la, memang aku usaha sungguh-sungguh tau. Ya lah, rezeki aku tak la semudah orang lain kan, Allah sayang aku lebih kot...hehehe. Tu sebab Dia bagi jalan yang susah sikit nak dapatkan nikmat Dia kan. Betoi kan, sebab Allah sayang kita la Dia bagi kita ujian, dugaan dan jalan yang sukar...jangan la merungut, tapi banyakkan bersyukur. Kita ni manusia, memang ada masanya macam putus harapan je kan, tapi cepat2 la istighfar...ada hikmah yang hanya Allah SWT je tau. Sama-samalah kita saling mengingatkan.

So sekarang, kawan-kawan tolong doakan aku ya...moga-moga selamat semuanya hingga ke hujung perjalanan baru aku ni. Aku teruja sangat-sangat.....macam dapat yang pertama pulak kekdahnya. Tapi disebabkan aku tunggu lama, memang rasa macam pertama kali lah...hahaha. Semuanya baru bagi aku, wak dan Khairieena....

Doakan ye....aminnnn


p/s : nak mintak tlg bagi suggestion produk apa yang elok mengikut pengalaman hangpa untuk diambil sepanjang 9 bln ni...Insya Allah... Dalam list aku ada la beberapa produk tu, cuma tak tau nak pilih je, kot2 hangpa ada lagi baeeekkk punya...plis plis plissssss


07 April 2010

Aksi Menonggeng


Gambar ni aku amik masa nak pi keja beh kurang kul 6.45 pagi. Lokasi kat ruang tamu, tu dia memang tidoq nyenyak tu. Wak kata dalam kul 7 lebih baru dia tukar posisi dan teruih terjaga lah. Rasa lenguh la kot...hmmm....

Renungan Terakhir....arrggghhhh

Renungan Terakhir

Artist: Nora

Sebelumnya kau pergi
Renunglah ku di sini
Kerna mungkin terjadi
Kita takkan bersua lagi
Anggaplah pertemuan ini
Mungkin yang terakhir
Dan tak usah
Kita kesali
Atas apa yang terjadi

Banyaknya pengorbanan
Telah ku pertaruhkan
Mungkin tiada bermakna
Telah banyak mengguris rasa
Untuk itu maafkanku
Kiranya menggangu ketenagan
Dalam hidup mu yang tak perlu kehadiranku

Dugaan...
Inikah dugaan untukku
Hujungnya yang tak seindah mimpi
Hanyalah igauan ngeri
Kau yang pernah ku rindu
Mudahnya berlaku
Mengapa begitu
Berubah layu
Aku menerima
Salam perpisahan
Segalanya sebagai ingatan
Biarlah impian kan berlalu dengan mu

* aku ingat lagi first time aku dengar dan menghayati lagu ni bila kak shaz dan kak sherry nyanyi masa orientasi, nak mintak signature senior...bengong punya tradisi! Lagu ni sangat menusuk kalbu...isk isk