25 March 2010

Haaa....ajar...ajar!!

Petang semalam balik dari tadika, Khairieena nak mandi, tapi takut sorang kat bilik air tu, sebabnya kami dua2 orang dok depan tengok tv. Dia jerit2 panggil aku temankan dia, aku bangun amik rotan bulu ayam tu, pastu aku duduk balik. Dia tengok, diam sat. Pastu jerit2 panggil papa dia pulak...hehehe...tak berani dah la panggil aku kan....berkesan disitu...

Khairieena : Papa...papa....temankan saye..!

Papa dia buat tak tau je sambil tengok tv.

Khairieena : Papa...papa....cepat la temankan sayeeeee...(lagi kuat volume dia)

Wak : (toleh kat aku dengan muka blur...maknanya dia tanya aku la apa benda yang anak dia jerit2 tu...haiii..orang lelaki memang lambat pikap kan... )

Aku : Pegi la papa....dia soh temankan dia. Bawak cockroach skali. (dengan suara yang kuat jugak nak bagi dia dengaq)

Khairieena : Haaa....ajar...ajar...!!!

Aku n Wak gelak tak hingat la, dengaq jugak rupanya. Pastu siap dia copy ayat yang selalu aku cakap kat wak pulak tu. Hmmm...bahaya kan budak2 zaman sekarang ni, bukan takat copy paste ja, siap save sekali.

17 March 2010

Bos Cuti Tapi Aku Bz Bangaattt!!!

Hahahaha....bz la sangat...

Bos aku cuti seminggu sempena cuti sekolah ni, dia balik kampung. Sepatutnya aku bergumbira di ofis sebab dapat dok dalam bilik sorang2 tanpa gangguan dan keja pun adalah sangat kurang... hehehe

Tapi minggu ni aku sangat bz dengan urusan peribadi hinggakan punch card aku merah setiap hari setiap pagi. Untuk esok dan lusa pun akan merah lagi....itu aku gerenti! EO...saya dah bagitau awal2 kan, dengan 2nd n 3rd bos pun dah bagitau....so kalau boleh jangan la buat2 tanya lagi yeee.....nanti aku sentap kot..!

Okeh, nak bagitau tu je... Oh ye...cuti sekolah, tadika pun tutup, so Khairieena kena duduk kat taska la, buleh dak dia menangeh pagi isnin lepas sebab tak mo masuk taska tu, buleh2 nak pi tadika jugak...jenuh cikgu2 pujuk dia...hahaha. Bagi dia taska tu untuk baby-baby je...(betoi la kan?) hmmm anak dara sorang tu...

12 March 2010

Sup Ikan Merah

Ini menu masak hari minggu lepas, minggu ni baru teringat nak tempek kannn....hahaha..abih dah masak pun seminggu sekali yooo...

Sup Kepala Ikan Merah...memula wak soh buat gulai je, aku la tak nak....kata nak diet...hehehe. Pastu aku buatkan sambal kicap, baru terangkat lawan dengan sup ni...


Ikan Masak Kicap...ini Khairieena punya...bertambah-tambah dia makan kalau lauk kicap


Bendi Goreng Cili....ini pun permintaan wak...tapi aku rasa tak berapa nak jadi la. Tak pa, kita belajar dari pengalaman, takkan teruih pandai kot kannn...


Okehlah...itu saja, minggu ni tak tau lagi nak masak, tekak tak hint2 lagi...

09 March 2010

Menyesal Kahwin!!

Baca tajuk entry ni dengan nada yang marah, fed-up dan penyesalan tak sudah! Haaa...sapa dengaq hot chat pagi tadi kat HotFm?? Ni la tajuk yang depa bincangkan...macam2 jenis manusia dalam dunia ni rupanya....

Ni antara yang aku ingat la ya...

Kes 1

"Saya menyesal kawin dengan suami saya ni sebab dia tak penah bagi sokongan pada saya yang tak pandai masak ni. Kami kawin dah 3-5 tahun, saya memang tak pandai masak, tapi saya cuba jugak masak. Tapi setiap kali makan suami saya tak penah bagi sokongan untuk improve skill masak saya, dikutuknya lagi ada la, jauh sekali pujian. Saya sangat tertekan dan membuatkan saya jadi malas masak! Saya menyesal kawin tau, kalau tidak senang hidup saya, tak payah pikir nak senangkan hati orang je!

- bagi aku la takat tak pandai masak ni bukanlah masalah besar pun, benda boleh diperbaiki, boleh belajar pun. Tak yah nak menyesal-nyesal bagai....sebelum kawin tak nak asah bakat memasak tu betoi2 dah hang tau bakal suami tu cerewet pasal masak. Yang si suami tu pun, amboooiii....ego tinggi sungguh nooo....takkan la semuanya tak sedap kot. Takat goreng teloq mata tu pun buleh jadi tak sedap ka? Bagi la kata-kata semangat skit, sokongan dan dorongan untuk si isteri tu tajamkan lagi skill masak tu. Untuk sapa....untuk perut kita tu jugak...! Tak pandai masak pun dah 5 tahun kawin kannnnnn....

Kes 2

"Saya menyesal kawin dengan suami saya ni, sebab selepas kawin baru saya tahu rupanya dia tak boleh membaca! (haaa...aku dah menganga luas dah...dan aku tak tau cerita selanjutnya sebab sibuk mengomen sendiri...hahaha)

- pendapat aku pulak, lebih kurang cam tak pandai masak tu la, kan boleh belajaq lagi pastu. Tak yah malulah kan...bukan dengan orang lain pun, isteri sendiri jugak, cuma ego tu kena rendahkan sikit la. Ishhh....ni zaman millenium dah aih....awat yang dok biaq diri berkepuk berkulat dalam perigi buta tuu? Yang si isteri tu pulak....jangan la menyesal, tak baik, mungkin ada sebab kenapa dia tak belajaq/sekolah dulu. Sekarang ni jadi kewajipan isteri la pulak memajukan suami tu, dapat pahala wooo! Jangan la terus kondem dia macam kena gelek stemrol tu, dah la kemek, penyek pulak lagi, sian dia...sama-sama la perbaiki diri kan. Dulu2 masa bercinta memang tak nampak semua tu....rabun bukan buta. Tah2 family yang arrangekan jodoh depa kot....hehehe

Kes 3

"Saya menyesal kawin dengan suami saya ni, sebab selama 5 tahun kawin dia tak penah bagi duit belanja untuk saya, anak-anak dan jugak isi rumah! Semuanya saya tanggung sendiri. Suami tak penah hulur sesen pun dari gaji dia, padahal gaji dia besar! Mungkin sebab saya pun bekerja dan saya mampu buat sendiri. Saya tak tau dia buat apa dengan gaji dia. Saya tak la mintak sebab nak jaga hati dia, tapi tu lah...saya lah yang uruskan perbelanjaan seisi rumah. Saya menyesal sangat kawin, kalau tidak saya dah kaya raya dah! (ayat ni tak tahan ni..hahaha)

-haaaa....yang ni payah sikit aku nak tolak ansuq! Baik tak yah jadi laki kalau gitu, nak hidup senang lenang sorang2, macam orang bujang tak dak anak bini. Tapi bila balik rumah, melantak makan tak hingat, patah katil abih, anak keluaq berderet! Tu puunnnn....tak segan silu noo bini dok keluaq semua belanja rumah, yang dia balik goyang t*l**! Heiii...aku geram sungguh laki lagu ni, orang berbini, dia pun nak berbini, tapi pentingkan diri sendiri! Kerat buanglah! Yang bini dia pun bangang gak....ada ka tak mintak duit sebab nak jaga hati suami!! Konpem syurga la hang kannnn! Kan ka isteri disuruh curi duit suami sekiranya tidak diberi untuk perbelanjaan rumah! Sampai camtu sekali tau, isteri tak salah langsung kalau dia ambik duit suami tanpa kebenaran untuk kegunaan belanja rumah. Tapi si isteri ni tadi, tak sampai hati, dia lagi sanggup keluaq duit sendiri, maklum la orang bekerja la katakan, gaji besaq jugak kot... takpun bila dia hint2 nak duit, laki dia bantai dia anak beranak, mana nak tau kan, dia tak cerita la pulak tadi. Tu puunnnn buleh bertahan sampai 5 tahun lebih gak tuuuu....

Aku bukanlah nak jadi batu api hasut sana sini pasal ni kan...tapi kalau pikiaq secara logiknya pun....takkan la atas sebab-sebab yang kecik (kecuali kes 3) camni pun depa nak menyesal kot kan. Tak baik ooo menyesal kawin....kita dah sah akadnya. Kecuali kes-kes berat kan, macam kes 3 tu, kes curang....haaa susah la skit nak tolerate. Tapi pun, sungguh jugak, mana la kita nak tau perangai sebenaq pasangan kita melainkan selepas kawin baru la semuanya terkeluaq seketoi-seketoi. Mungkin perlu jugak kot rasa penyesalan tu, sebab tak siasat abih2 sebelum kawin....dah cinta nih, apa pun tak nampak dah. 'Kalau bukan dengan dia, saya tak nak kawin dah sampai bila2!' Hahahaha..time tu la, sekarang ni kalau busuk hapak pun, hg peluk cium la jugak kannnn.... dah yang tu ja yang ada pun....waarggkahakahkahkah


08 March 2010

Erk??

Aku ni tengah senyum simpul ni...tak tau dah nak simpul kot mana, tau-tau satgi jadi simpul mati, jenuh aku nak pebetui mulut pulak kan... Tapi tak tahan nih....nak gelak satgi kena halau keluaq bilik pulak....adooiiiiiiyaaaiiiiiii...tolonggggggggg

Tadi bos aku buat seprais!! Waargggkahakahkahakah....malu gila weiiii!!!! Ofismet pun sama naik rupanya...tak guna sungguh! Bos aku soh depa belikan kek senyap2....ok la, boleh diterima lagi. Yang depa pandai2 pi tambah belikan bunga sejambak tu buat kebendanya??? Pastu soh bos aku pulak bagi kat aku! Arrrggghhhhhhhhhhh....!!!!!

Apapun, tima kasih kat bos sebab sponsor semua ni. Tima kasih jugak kat EO dan konco-konconya.....jaga hangpa! Selama ni aku yang plan benda2 camni kan, tunggu la masanya akan tiba jugak......let the expert do ok! Muahahahahaha....

8hb Mac 2010





Laa...dah 8hb dah hari ni...sat ja kan. Pejam celik pejam celik dah bulan 3 tahun 2010 ni, bangkit duduk bangkit duduk dah 8hb hari ni....ish ish ish...masa cepat sungguh nooo.... Kita ni tak dan aih nak ligan masa, baru dok tok tek tok tek tang ni...tau-tau dah 8 haribulan 3 kannn...

hmmmm....






05 March 2010

Kaki dia lebam kena rotan - 4

Waargggkahakakahakhakah...

Sebelum apa2 biaq aku gelak dulu puaih2...hahaha...geli hati sungguh la

Ramalan ct benar belaka...belum sempat aku brek keta, cikgu dia dah meluru mai kat aku. Besanya dengan Khairieena bawak beg segala teruih masuk keta ja. Tapi petang kemarin, dia bukak pintu keta teruih bagitau nak bincang sikit ngan aku...nak mintak penerangan aku. Dalam hati aku, aik pasai pa aku pulak nak kena bagi penerangan nih?? Pelik pelik...

Masuk je dalam tadika tu, duduk bertentang mata la ni...lawak pun ada kihkihkih...
Teruih la cikgu dia bagi mukadimah punya la panjang berjela, aku dengaq ja, tak dan langsung nak sampuk sepatah dua kata pun! Dia kata, dia pun terkejut jugak pagi tadi tu, ayah Khairieena teruih tanya ada rotan ke tak. Cikgu tu jawab memang la ada, tapi tak sempat nak explain abih2, ayah Khairieena punya la bercakap tak jumpak2 fullstop, so dia dengaq je lah dulu.(sama la mcm dia tak bagi aku ckp kan). Lagipun dia rasa tak elok sangat la time tu sebab kat depan tadika, pagi pulak tu, parents tengah datang hantaq anak kan. Nasib baik time bercakap tu, tak dak parents lain kat situ. Cikgu tu kata lagi, dia biaq je lah ayah Khairieena bercakap, lagipun maybe dia nak cepat nak pi keja kot, lagi satu dia kata dia paham sangat orang lelaki kalau tersentuh bab anak dia memang cepat melenting. Dia dah penah handle banyak kes, lagi teruk pun ada.

Okeh, aku dengaq lagi, dia langsung tak bagi peluang aku bercakap tau. Nak sampuk tang mana pun tak tau aku ni, sebab dia dok cerita pengalaman keja dia la handle budak2. Lama gak la dalam 10 minit camtu, baru la dia bagi aku bercakap. Aku pun cerita la benda sebenaqnya macamana aku dapat tau kaki Khairieena lebam tu, bukan Khairieena yang mengadu. Dan cikgu tu pun bukak la cerita sebenaqnya.

Cikgu : Sebenarnya puan, saya tak rotan langsung kat kaki tu, saya cuma rotan kat tapak tangan je. Sebab dia tulis macam comot sikit time tu, ada la lagi 3-4 orang budak lagi, cumanya time tu dia sorang je pompuan, dan ini la first time saya merotan, Khairieena pulak ini la first time kena rotan pun puan. Tapi kat kaki memang tak de langsung puan. Saya terkejut sangat bila ayah Khairieena tunjuk kaki dia lebam pagi tadi tu, padahal rotan kat tapak tangan.

Aku : (sengih) Ye ke? Apsal bila saya tanya Khairieena tunjuk kat kaki?

Cikgu : Saya pun tak tau la kenapa puan, maybe dia takut kot, tak pun dia terkejut sebab first time kena rotan tu. Tapi memang saya tak tau menahu pasal lebam kat kaki tu. Memang la dia ada main, lari-lari, jatuh, tapi bila kami semua tanya sakit ke apa ke, dia kata tak pastu terus main lagi. Lagipun lebam kan timbul beberapa jam pastu. Saya ada jugak tanya dia, cemana boleh lebam tu, dia cakap jatuh kat tangga. Saya tak nak la tanya lebih2, itu akan bagi tekanan pada budak.

Aku : Oooo...camtu rupanya. Ye la kot, maybe Khairieena silap la tu, dia takut or something la tu. Lagipun, cakap budak2 kadang-kadang ikut dorang je la kan, apa yang kita kata dorang iyakan je. Tapi saya ngaku memang saya terkejut la bila tengok lebam tu, sebab sebelum ni tak penah lagi lebam camtu, dah tu saya tak tau pulak tu. Makbapak mana yang tak terkejut bila tau anak dia kena rotan selain dari dorang sendiri kan. Tapi perlu ke kita push budak 5 tahun soh tulis cantik2? Ye la kan, dorang kan baru belajar tulis, takkan baru nak masuk 3 bln ni dah nak tulisan cantik2 kot? Hari-hari saya check buku dia, tulisan dia rasanya masih boleh diterima la ikut umur dia tu.

Cikgu : Hmm...saya pun ngaku la jugak, maybe silap saya jugak kot. Betol la jugak puan cakap tu, tapi dari awal memang kami nak train biar semua budak2 dapat tulis dengan cantik dan kemas. Tapi tak pelah puan, saya mintak maaf banyak2 puan ye. Dan saya nak bagitau puan jugak, kalau puan nak tau pencapaian Khairieena ni kira antara yang di depan la dalam kelas dia sekarang...dia senang ditunjuk ajar, cuma tak boleh tekan dia je, kita kena buat dia macam kawan, relax2 sambil ajar dia. Kat rumah camtu jugak ke puan?

Aku : Ye lah....selalunya saya ajar dia macam relax2, tak boleh push dia sangat. Tapi kan, kadang2 saya marahkan jugak....hehehehe

Hahahaha....macam tulah ceritanya. Aku pun rasa Khairieena silap bawak cerita, dan kami sebagai ibubapa pulak terus mengelabah bila tengok kaki anak lebam camtu. Dan dia pulak bila mama ngan papa tanya bertalu-talu, iyakan je, senang cerita. Dia mana tau implikasi dari cerita dia tu akan createkan cerita lain pulak. Aku pun dah mintak maaf kat cikgu tu bagi pihak wak...hahaha.

Balik umah, cerita kat wak....dia kata...haaa kan dah tak pasai2 aku nak kena mintak maaf pulak pagi esok...hahahaha. Khairieena pulak berkali2 dah aku pesan, kalau jatuh ke apa ke, cakap, bagitau, jangan nak diam camtu je. Memang dia ni jenis tahan sakit, diam je, kecuali demam kita buleh la tau kan, tapi inilah yang jadi, lawak je.

Abihlah cerita kena rotan ni...apapun pasni hari-hari aku nak kena check satu badan la pulak. Kakak aku memang dok soh check satu badan sejak mula masuk tadika lagi, tapi aku rasa cam lawak la pulak...tapi zaman sekarang ni kan banyak benda camni berlaku kan. Itu nasib baik, kalau nasib tak baik.....

04 March 2010

Kaki dia lebam kena rotan - 3

Ok...ni cerita terbaru naa, sebenaqnya kul 10 pagi tadi lagi, tapi ada keja pulak, tangguh sat.

Update dari wak...

Dia sampai je kat pagar tadika tadi, memang cikgu yang rotan tu yang sambut. So dia teruih tanya je lah... (ayat lebih kurang je ye)

Wak : Semalam ada rotan Khairieena ke?

Cikgu : Ye, ada la, tapi tak kuat.

Wak : Tak kuat apanya, kalau tak kuat cemana buleh lebam camni ni ha? (sambil tunjuk kaki budak tu)

Cikgu : (tunduk belek kaki budak tu) Saya mintak maaf la, tapi memang rotan tak kuat pun.

Wak : Amboi...senang je kan mintak maaf. Tapi dah sampai lebam camni, nak buat cemana ni? Saya sendiri pun ada rotan dia jugak, hari-hari saya rotan dia, tapi tak la sampai berbekas lebam! Memang la budak-budak ni lasak, ye lah baru 5 tahun, apa la dorang tau, main je lebih. Tapi camtu ke cara nak ajar budak kecik? Takkan nak suruh dia behave macam budak 10 tahun kot? Tak pikir ke? Saya tak larang kalau cikgu nak rotan sebab nak ajar dia jadi baik, tapi berpada-pada la...itu budak, bukan dah besaq macam cikgu ni. Cikgu tak terpikir ke benda ni saya boleh bawak jadi panjang, saya dapatkan repot doktor, buat repot polis segala...nak ke jadi camtu? Kalau rasa nak keja jaga dan ajar budak-budak, buat dengan cara elok la, bukan makan gaji semata-mata, tanggungjawab tah kemana. Baik cikgu berenti je cari keja lain.

Cikgu : (diam)

Wak : Saya tak nak la panjangkan cerita ni, tak elok untuk saya, anak saya dan cikgu jugak. Saya hantar ke sini sebagai amanah, jadi cikgu wajib jaga amanah saya ni. Budak-budak bukan barang yang boleh ditangankakikan (aku tambah yg ni).

Cikgu : Saya mintak maaf la, lain kali saya janji tak buat lagi.

Wak : Ye la, saya maafkan. Ini kali pertama, kalau masuk kali kedua, tak kira la cikgu atau cikgu2 lain, sendiri pikir la ye. Pasni jangan la diskriminasikan anak saya pulak sebab kejadian ni, tapi kalau buat jugak pun takpe...tau la nasib nanti. (hahaha...wak siap ugut lagi...erk salah dak?)

Haaa....lebih kurang camtu la ayat2 dialog wak dengan cikgu tu. Ada la yang aku sedapkan sikit ayat tu kan. Aku pun takut gak kot-kot pasni cikgu2 kat situ main pilih kasih pulak. Ye la, kita tinggal budak kat situ hampir 12 jam tau, apa2 buleh jadi.

Hangpa rasa aku patut tanya lagi ka dak petang nanti? Besanya belah petang cikgu lain yang selalu sambut aku, manalah tau dapat cerita lain pulak kan. Hmm...patut ka dak ha?

Kaki dia lebam kena rotan - 2

Itulah rupa lebam betoi-betoi atas betis kering tu.

Kaki dia lebam kena rotan

Haaa...tajuk je pun dah terang lagi bersuluh kannnn...

Geram pun ada, sedih pun ada, nak gelak pun ada....ceritanya bermula begini....Malam tadi...

Khairieena nak duduk kat kerusi meja makan tu, dia naik dengan lutut dulu, besa la sebab tak cukup ketinggian lagi kan. Pastu dia mengaduh, berkerut muka macam tahan sakit.

Aku : pasai pa kakak?

Khairieena : tak de pape pun...(menyengih)

Aku : pasai pa...sakit kaki ke? Luka ke?

Khairieena : tak lah...kena rotan kat tadika tadi.

Aku : (dah berkerut muka ni) kenapa kena rotan? mana..mama tengok

Khairieena : (tunjuk kaki dia...ada kesan lebam kat betis kering tu, aku nak pegang dia tak bagi..sakit la tu)

Aku : sakit ke? (aku pun bangang gak...lagi mau tanya...hahahaha)

Khairieena : (angguk)

Aku : kakak bising ke? tak dengar cakap teacher ke?

Khairieena : a'ah...saya tak dengar cakap teacher, sebab tu kena rotan...

Aku : teacher mana rotan kakak? kawan-kawan kena rotan jugak ke?

Khairieena : teacher *******. kawan2 pun kena rotan... ***, ****, *****, suma kena.

Aku : rotan yang macam mama punya ke? (rotan bulu ayam tu)

Khairieena : takkkk....mama punya kecik je, teacher punya lagi besaaarr...panjanggg...

Haaa...aku bayangkan rotan pembaris panjang yang besar tu la macam zaman sekolah dulu.

Aku : Kakak jatuh kot, bukan kena rotan ni...

Khairieena : takkk...mana ada jatuh...kena rotan la...mama nii...(tangan capai gelas susu aku dan teruih minum....hish...tak mintak izin pulak tu)

Ishhh...kalau ya pun nak rotan takkan la sampai berbekas kot, lebam tu. Dah lebam dah tentu la budak tu sakit kan....apa kehalnya sampai rotan penuh perasaaan camtu?? Aku pun selalu rotan dia gak, tapi tak penah la aku aim kat tulang-tulang camtu, selalunya kat tempat berdaging la, dan tak la sepenuh perasaan kannn...cukup bagi dia sakit time tu je, tapi jangan sampai berbekas pulak.


Time dok tanya2 tu...wak balik keja. So dia dengaq la perbualan kami tu, dia kata takpa la, esok dia hantaq pagi, dia try tanya cikgu situ. Dalam hati aku, elok la tu, balik petang pun aku nak tanya lagi. Mak bapak rotan sendiri takpa, sebab tau limit takat mana kekuatan hayunan rotan tu....tapi kalau orang lain, memang ikut perasaan la kan. Kalau time tengah marah, tengah geram....merasa la budak tu. Budak pulak tak pandai tipu, apa kita tanya, direct je dia jawab, tak dak kona-kona dah. Sempat lagi aku tanya dia, kakak tipu ke tak ni? Dia kata, tak tipu pun, tipu tak baik, Tuhan marah. Dan kalau dia pandai tipu, mesti cerita tu jadi tak logik kan. Aku ni bukanlah nak percaya 100% cakap budak 5 tahun, kena dengaq cerita belah cikgu pulak. Tapi kan cikgu tu orang dewasa, dan orang dewasa memang pandai belit cerita sampai cerita rekaan jadi logik gila. So...cemana ni....

Issshhh....aku tak puaih ati nih, biaq aku pukui sendiri anak aku nak pecah kedarah pun, tu anak aku. Kalau orang lain yang buat, rasa cemana tah. Sedangkan kalau kakak aku marah Khairieena pun, kadang2 aku terasa, apatah lagi kena rotan, pukul!

* tengah tunggu call dari wak...tak kesabaran sangat dah nih!!

Cameron Highlands - Part 3

Ini last part dah kot...

Lepas turun dari Sungai Palas Tea Plantation tu, kami menuju ke Green Cow n Kea Farm (pasar tani tu) untuk membeli belah...haa part ni memang syok abih sampai tak sempat aku keluaqkan henpon snap gambaq...hahahaha
. Tapi yang tak syoknya ramalanku memang benar belaka...wak tak singgah pun Multicrop Central Market tu, aku dah berangan nak beli mendalah2 yang aku amik gambaq tu....terkilan sungguh aku! Tapi tak berani pulak nak protes lebih2, satgi tang manapun dia tak mo singgah kot...lagi masuk angin keluaq asap!

Kami beli fresh strawberry, ubi madu, jagung madu, gula-gula strawberry, mainan untuk Khairieena dan jugak bekalan nak balik pastu...itu wajib, kalu tidak aku tidoq satgi. Tapi jalan kat situ mana buleh tidoq aih... pusing 's' ada, zic zac ada, jalan ular kena bedal ada...memang berombak ja isi perut tau, tapi kutahan jugak. Khairieena teruih muntah, sib baik sempat bagi plastik kat dia. Time datang hari tu, tak muntah pun.


Pastu singgah air terjun Lata Iskandar...memang dari awal perjalanan lagi
Khairieena dok sebut-sebut nak pi air terjun, singgah la jugak. Kalau tidak satgi dia asyik tanya dan mengungkit, tak larat dengaq. Sebelum check out tadi, wak dah buatkan kolam dalam bath tab tu bagi dia berendam, tu yang dia tak puas kot. Gambaq ada, tapi aku tak publish lah...sensored wooo...anak dara aku tu dah besaq...hehehe. Kami tak naik atas pun, dok kot bawah ja. Orang memang ramai, cuti kot kan.



Dah start masuk dalam air, susah la pulak nak ajak naik. Berkali-kali dia dok kata, kejap la, sikit lagi je....haiii. Lebih dari setengah jam gak la lepak situ bagi dia mandi. Seronok sangat sampai air yang sejuk tu pun dia kata tak sejuk...dah suka memang la!

Balik singgah makan kat R&R Ulu Bernam...pekena mee kari yang sedap bangat tu! Hentian wajib tu tiap kali balik kampung. Tapi aku tukaq amik bihun kari...pun care jugak! Sampai umah dekat 4.30 petang dah....letih gila! Start rebus jagung madu dan ubi madu tu nak bagi kakak aku rasa. Letih sangatlah....sampaikan aku sambung lagi cuti senin tu...hahahaha

Last but not least...mesti la gambaq aku kan...tuan punya blog ni. Dah tembam balik daa...abih tu, makan tak ingat, yang penting sedap...hahahaha

03 March 2010

Cameron Highlands - Part 2

sambung lagi ya...

Ini scene dari balkoni bilik, pagi, lepas brekfes, siap2 nak check out dan nak naik Sungai Palas Tea Plantations sekali lagi.

Ini scene kat Sungai Palas Tea Plantations...sangat indah, hijau je, sejuk mata memandang. Time naik ikut trek celah2 pokok teh, time nak turun ikut jalan tar lah, tak kose aku nak terkemut-kemut turun ikut jalan bukit tu...hehehe

Pucatkan muka aku, mana pi tah make up yang aku calit masa nak keluaq tadi.

Wak kalau bergambaq, ikut suka kepala dia la...haiyaa

Terrace kat belakang tu tea stop...dah penat2 panjat bukit, buleh lah bersantai minum teh dulu...mahei siot. Ada la makanan ringan lain. Kami tengok jelah...tak yah la mengabihkan pitih sebab nak minum teh panas di tempat yang sejuk kan...tp pemandangan tu yang penting kannnn, mana nak dapat camtu kat umah?



Sekianlah lawatan ke Sungai Palas Tea Plantations. Wak yang beli teh kat situ, harga memang murah dari dekat pasaraya. Aku membontot dari belakang je, ada gak booth yang bagi rasa teh free, situ la aku tuju ngan Khairieena...hehehe


* ada lagi part 3...last la kot...

Cameron Highlands - Part 1

Hujung minggu lepas yang cuti Maulidur Rasul tu, aku, wak n Khairieena pi bercuti ke Cameron Highlands!! Hahahaha...orang sambut Maulidur Rasul, buat sujud syukur, berselawat kan....tapi takpa, masa lalu kat lereng-lereng bukit on the way nak kesana tu pun aku dok berselawat berbakul-bakul dah...takut woooo!!

Sebenaqnya ni la first time aku pi Cameron Highlands...hangpa nak gelak pun gelak la. Orang yang dok jauh mana hala nun dah 14 kali sampai dah, aku baru hegeh-hegeh nak pi...huhuuu... Takpa la, sekali sekala rezeki lebih, afdhal kiranya kita berlibur anak beranak. Dan memang dah lama sangat dah aku tak bercuti macam ni....rasa keterujaan tu dah macam budak-budak pun ada gak! Ahaks...

Tak larat la nak cerita panjang, aku buat penerangan ringkas je ye berdasarkan gambaq-gambaq ni. Ini pun snap pakai kamera henpon aku je, kamera digital dah kong, susah nak set bagai. Bertolak petang 26/2 (Jumaat) sehingga 28/2 (Ahad). Petang bertolak tu hujan lebat gila kat Tapah sampai la ke Cameron H'lands. Sangat mencabar driving dalam hujan, jalan sempit di lereng bukit...huyoooo

Makan malam pertama kat Cameron Highlands....hahaha...teruja nih. Sib baik tomyam campur dia sedap, yang failed sotong goreng tepung. Gambaq makanan tak snap sebab dah ngap dulu.

Malam pertama menginap di Hillview Inn, Tanah Rata,...mahal nak mampos! Ingatkan mahal, bilik cantik, tp hampeh. Wak masuk-masuk ja bilik, teruih komplen bagai, last-last aku decided ajak cari hotel lain untuk malam esok. Malam pertama ni redha je lah dok sini sebab dah bayar deposit pung. Aku malas nak snap gambaq bilik, sbb memang betoi-betoi hampeh bilik dia, cuma ada katil, satu kerusi, satu pangkin kayu, satu meja kecik, bilik air ok gak. Ruang nak solat pun sempit, lagi satu tak dak TV!! Haa...nganga kami 3 beranak malam tu, teruih tidoq awai. Tapi kan, bila pikiaq balik, nak selesa kena la berkorban bayaq lebih lagi kan....hehehe

Di depan dan tepi Hillview Inn...hari kedua, 27/2, Sabtu. Pepagi dah check out, brekfes teruih berjalan-jalan serata pelusuk CH ni.


Di Kasimanis Strawberry Farm...banyak betoi pokok2 tau...kalau la rumah sendiri ada laman, memang akan kupenuhkan dengan pokok2 ni tau...geram tengok! Banyak lagi tempat strawberry farm, semua dekat2 je.


Di Multicrop Central Market...macam-macam adaaa! Rambang mata weii! Tapi wak asyik ingatkan aku tak yah beli apa-apa lagi, kita balik esok, so esok la beli. Isshhh...bantut sungguh la. Tapi betoi jugak kan...buat berat bonet keta je. (tp aku takut jugak tup2 esok lalu ja tang tu, tak benti beli teruih belah je...huhuu)

Dekat Butterfly Farms...banyak lagi haiwan/serangga kecil yang ada situ, tapi tak buleh snap sebab bateri dah kong, padam teruih. Masuk dewasa RM5, kanak-kanak RM2. Pi Bee Farms pun melenggak ja, tak dak gambaq. Wak nak try pi rumah lebah tu, aku tak bagi...takut aih, satgi balik rupa lain pulak...hahaha
Pastu pi Green Cow n Kea Farms (lebih kepada pasar tani, sini laagi macam2 ada!). Aku punya dok tahan nafsu membeli macam tak cukup nafas tau dak! Rose and Cactus Gardens tak masuk pun, sebab nak naik ke Sungai Palas Tea Plantation, kilang teh Boh, lagipun dah tengahari, takut orang ramai. Memang best, tapi tak dak gambaq...huhuu. Bersungguh aku pujuk wak naik lagi pagi esok sebab nak amik gambaq semata2, lagipun pagi orang tak ramai, sejuk lagi.


Ini hotel kedua, check in tengahari 27/2, Sabtu, Century Pines Resort, Tanah Rata, mahal skit dari Hillview Inn, aku pakai rate gomen..hehehe, tapi sangaaaat puas hati! Amik pulak king size bed...Khairieena punya melompat atas katil tu, melantun teruih terjelepuk ke lantai...hahahaha...aku gelakkan ja...
Dah check in, kami bantai tidoq sampai Asar...hahaha. Orang mai tempat camni, berebut peluang nak berjalan2, kami bantai tidoq! Huuiii...bukan senang ooo nak dapat bilik best camni, jadi jakun la pulak...wakakaka. Sebenaqnya letih la wei...sekerat hari dah berjalan. Walaupun udara kat sini sejuk, tapi matahari tetap menyinar gagah tau, panas dia tetap menyengat. Petang bangun, bersiap teruih ke pasar malam kat Brinchang. Pun rambang mata gak...4 kali pusing, bukan apa dok banding2 harga ja pun...hehehe. Sempat gak la sambaq serba sikit yang menipiskan purse aku kannnn....


* kita sambung part 2 pulak yaaa...