25 February 2010

Cuti-cuti Malaysia!!

Esok cuti kannnnn...

Tapi aku je cuti, wak keja jugak sebab dia tukar cuti tu kepada hari Sabtu. Tapi rasanya esok pun wak keja separuh hari je kot, then kami akan ke satu tempat niii....Cuti-cuti Malaysia!!

Jadilah dapat kejap je pun....lama sangat dah tak pi bercuti-cuti, berlibur-libur macam orang lain kan sayanggg....sian Khairieena tu...(eleh mak dia yang lebih sebenaqnya).

Anyway...doakan perjalanan kami selamat pergi dan kembali ok.

p/s : aku berharap sangat semoga niat aku untuk bercuti ni hanyalah 'bercuti' semata-mata, bukanlah menyopping....Insya Allah....(ni dah kira termasuk dlm niat rasanya....uwaaaaaaa)

18 February 2010

Kuih Sepit Peanut Butter - Update 3

Salam Sejahtera,

Berkenaan jualan Kuih Sepit Peanut Butter ni, aku terpaksa hentikan buat sementara waktu sebab supplier tak dapat nak mensupply lagi atas sebab-sebab tertentu.

Tapi jangan bimbang atau gusar sebab rasanya hanya sementara je ni...kalau dah on balik nanti aku announce lagi ok.

Mintak maaf banyak-banyak la kepada pelanggan aku yang memang dok tunggu nak place order dari Disember lagi kan. Memula sebab kereta aku rosak, pastu sekarang dah camni pulak. Aku mintak maaf sangat-sangat...benda ni diluar kawalan aku la.

Apapun, di kesempatan ini, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan kalian semua terhadap produk jualan aku ni...cewahh..hehehe. Ada rezeki kita sambung lagi ok...

Terima kasih sekali lagi. Babai tata titi tutuuu...huhuuu

12 February 2010

Happy Chinese New Year and Happy Balik Kampung

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Happy Chinese New Year especially kepada bos aku...of course maa...inikan raya dia...angpau ada tak bos? muahahahaha...ada hati tuuu

Ucapan ini jugak ditujukan kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Buddha dan yang bukan, sebab semua sambut kan...tak yah nak geleng-geleng pala la...kalau tak sambut, jangan bercuti dan balik kampung, ada bran?? hahahaha

Okeh, yang balik kampung jauh-jauh tu, pandu berhati-hati, ingatlah orang tersayang (ayat standard maa). Aku pun balik kampung, tapi pagi esok, agak-agak hari ni ke jammed gila-gila, esok kurang atau sebaliknya? Tapi jammed ke tak ke, balik tetap balik kannn...tak yah la nak rushing sangat, tak kemana kampung tu, mak ayah pun memang dok tunggu je pun...betoi dak?

So...selamat balik kampung bertemu sanak saudara, dan selamat balik bekerja pada minggu depan ok. Kalau cuti banyak sambung la seminggu teruih, kalau rasa cuti ciput dan jauh lagi perjalanan nak ke bulan 12, jimat2 lah ya...macam jimat belanja gak, beringatlah untuk masa depan k.

Bye-bye Selangor, I'm coming Penangggg!!!

09 February 2010

Wak Belanja....waaaaa


Ni entry express tau...sbb skit jam lagi aku nak balik dah. Esok maybe cuti or mc...hahahaha
(buleh tau dah tu...magik wooo)

Gambar-gambar ni masa shopping kat Jusco, IOI Mall Puchong malam minggu lepas. Wak belanjaaaa.....tu yang aku kagum tu..hehehe. Bukanlah dia tak penah belanja...selalu je, tapi kali ni dia belanja besar-besaran...nak raya jugak ke yang?? Lagi satu jarang-jarang sekalilah dia yang ajak shopping kan, tu yang buat aku terkujat sebentar...hehehe

Tapi yang besar-besaran tu bukannya untuk aku...huhuuuu...tapi untuk diri dia dan jugak anak dia!! Uwaaaaa...!!! Kenapa aku dipinggirkan?? Siapalah aku di hati mu...uhuk uhuk

Ececeehh...tak daklah...hehehe...dia soh jugak aku amik selai dua baju ka apa ka, tapi dah aku tak berkenan, ada gak berkenan ngan henbag, tapi payah benor la nak pilihnya, sebabnya aku dok ligan anak dara tu. Sat-sat hilang, panggil-panggil, rupanya dok celah baju. Sat-sat pulak hilang lagi, rupanya dok kacau baby orang. Pastu hilang lagi, panggil-panggil, dia nyahut, rupanya dok kat escalator...kusss semangat! Last-last aku heret dia pi kat luaq Jusco tu, mengadap lobi bawah, haa hang dok situ tengok orang shopping kat bawah tu, sambil tunggu wak shopping baju keja dia. Happy hour pun tak dan nak terjah tau...takat tengok jelah orang punya dok kerumun...huhuuu. Hasilnya wak dapat 3 pasang kemeja dan seluar slack, Khairieena dapat 3 pasang baju termasuk gaun princess idaman dia (tak termasuk benda kecik2 lagi tu) tak pa, asalkan purse aku simpan diam2 sudah...muahahahaha

Budak happy

Wak tengah renew kad Jusco, ada pulak mamat ni dok promote soh amik credit card, dan2 tu aku tolong jawab 'tak mau' bagi pihak wak...hehehe


05 February 2010

Produk Smart Herbs


Sebenaqnya dah lama aku start jual kecil-kecilan produk ni, tak brapa nak aktif sangat. Cuma aku ja yang aktif minum produk ni....setakat ni aku dah minum 3 kotak kacip fatimah, wak dah minum 3 kotak tongkat ali, dan 3 kotak barley - kami kongsi...hehehe

Hasil yang aku dapat rasa la takat ni...
  • Kopi Pra Campur Untuk Semua (Lelaki dan Wanita) - BARLEY 5 in 1


kopi barli – membersih dan menjaga buah pinggang, sejukkan badan, hindar dari kencing kotor, lancarkan proses pencernaan, sesuai untuk DIET, anti-kanser dan kuatkan minda…

Aku - barli ni...sedap, tak rasa kopi sangat pun, bau wangi, kencing lawas (org pompuan kan senang kena), dan sebenaqnya elok tuk diet...hehehe, kempiskan perut buncit, tapi apapun kena konsisten la kan.

  • Kopi Pra Campur Untuk Wanita - Kacip Fatimah 7 in 1


kacip fatimah – kesihatan dalaman WANITA, kekalkan keremajaan wanita, hindari daripada penyakit jantung, membantu pelancaran peredaran darah, anti-kanser dan melicinkan kulit.

Aku - Kacip fatimah ni pun sedap, bau wangi tapi tak sekuat Pearl Power Root tu, kencing pun tak la berbau kopi...hehehe. Kesannya period dah makin teratur, senggugut makin hilang, untuk yang ada keputihan pun elok diamalkan kopi ni. Badan jadi ringan, segar dan bertenaga... eyyeaahh. Tapi tang kulit tu...hmmm...aku memang sedia licin apa...hahahaha
  • Kopi Pra Campur Untuk lelaki - Tongkat Ali 9 in 1


kurangkan hypertension, hindar kolestrol berlebihan, amalan kesihatan dalam pemakanan yang seimbang, membantu pelancaran peredaran darah, untuk kesihatan LELAKI….

Komen dari wak pulak pasal kopi Tongkat Ali ni, sedap, wangi yang tak keterlaluan, badan jadi ringan, segar dan bertenaga. Kencing tak berbau kopi...tang tension tu tak tau la pulak..kalu tension pasai aku, tak dak kopi buleh ubat laaa...


Sebenaqnya produk ni bukanlah berasaskan kopi berkafein, dia berasaskan kopi arabica yang terbukti kurang kafeinnya. Jadi tak yahlah risau kafein berlebihan dalam badan kan. Apa-apapun kalau nak hasil yang cepat dan baik, eloklah diamalkan beserta dengan disiplin, jangan la seminggu sekali je minum kannnn...setahun pun tak ketahuan kesannya. Pastu bagi aku la, tak yah la dok minum segala macam kopi yang dok ada di pasaran ni termasuk la yang ni bercampur-campur....pening perut tau dak nak bahagi zat-zat yang ada. Dah kita pun tak tau yang mana bagi kesan baik, yang mana yang bagi kesan buruk pulak. Konsisten pada satu-satu produk dulu, bila tak ceraci baru la benti dan tukaq kepada yang lebih ceraci...gitu. Nak lebih keterangan profesional silalah lawat di sini http://www.smartherbs4u.com

Harga sekotak RM30, harga selepas jadi ahli RM22.

Yuran ahli tu seumur hidup tau, RM60 je dan free sekotak.

Bila jadi ahli, automatik diberi ID, isi borang dan maklumat bank, pandai pulak cari ahli, macam sistem piramid tu, setiap ahli di bawah, korang akan dapat share lah…sapa pandai cari ahli kat bawah dia lagi banyak la dia dapat, sumanya computerized, bukak web, masuk ID, tengok duit dalam akaun…waaaaaaaaa.... Duit akan di bank in setiap 15hb…senang kan. Tapi kena pandai promote la ...kena rajin sama kannnn

p/s : kalau ada yg berminat boleh contact aku di email haieimanstories@gmail.com

03 February 2010

Bulat-bulat jugak...

Haaa haaa...toksah la dok pikiaq ke lain bila aku boh title bulat-bulat tu, macam-macam benda kat donia ni yang bulat-bulat tau dak...

Nampak dak? Jadi jugakkan cucuq kodok aku bulat-bulat...hehehe. Bukan senang wooo....prektis dari dulu tak jadi-jadi....asal angkat ja dari belanga, teruih dia jadi leper. Makan pun jadi tak feel cucuq kodok tau, sebab leper (org utara sebut lepiaq...kehkehkeh). La ni aku bancuh tepung + pisang + bikarbonat skit = dapat la cucuq kodok bulat-bulat! Kira halal la aku kelentong skit kan..hehehe. Nak lagi sedap lagi feel cucuq kodok pisang, tepung skit tapi pisang masak ranum tu banyak-banyak, ramas dengan tangan dengan penuh kasih sayang....hmmmm (chait...org len lama dah expert, aku je baru naik tarap skit)

Hari ni kan aku bawak bekal cucuq kodok ni, nawaitu di hati 'sahaja aku bawak bekal cucuq kodok ni untuk brekfes dengan lunch tunai untuk hari ni' . Bukan main berkobar-kobar nih... tapi hampeh! Tengahari pi k4 beli barang pantry ofis, terbabas masuk Station Kopitiam...ciss tak pasai-pasai ja aku order nasi goreng ikan masin!

Ni tekak pulak macam nak soh buat kopi kacip fatimah pulak ni...isshhhh...tak leh dok diam langsung ka hang perut?

p/s : cucuq kodok tadi aku makan separuh, separuh lagi sedekah kat adik-adik ofis nih. Yang dalam gambaq tu pun dah hilang 5-6 bijik dah.

Khairieena Demam

Semalam aku cuti eh EL...kalo cuti kena apply awai kan.

Khairieena memang dah tunjuk tanda-tanda nak demam, selsema dan batuk sejak hari sabtu lepas lagi. Dan dah pegi klinik dah pun sabtu lepas, cumanya demam dia tak betoi-betoi...on off. Balik keja petang Isnin, ambik dia, badan dah panas sangat dah dengan batuk selsema lagi...macam nak teruk je lakunya.

Malam tu tiap 4-6 jam sekali aku bagi ubat la...bangun pagi kul 5, aku pegang badan dia, panas lagi. Sepanjang malam dia tak tidoq sangat sebab diganggu dengan batuk tu. Tak tidoq tu termasuk la aku dan wak sekali...huhuuu

Teruih buat keputusan tak yah lah masak bekal, aku EL je lah. Macam tak best pulak hantaq jugak anak ke tadika sedangkan budak tu lemah je nak belajaq pun. So sms bos dan cc cakap aku EL, anak demam...separuh hati gak tu, sebab aku baru je cuti Jumaat lepas settlekan hal rumah. Lantaklah...yang penting puas hati anak aku depan mata, tapi jauh di sudut hati tetap teringat jugak ofis tuh...bukan kat keja tapi .....

Sepanjang hari kemarin, Khairieena tak aktif macam biasa, aku nak berletiaq pun macam kesian pulak kan...hehehe. Time makan ubat memang tak tinggal punyalah dengan harapan cepat la baik, dan tak yah lah aku cuti lama2. Time maghrib je badan dia start panas balik....adooiiii...sebijik macam aku demam tau. Memang time maghrib membawak ke malam badan akan rasa tak sedap balik dan start panas balik. Wak balik, aku cakap kalau esok tak baik lagi, wak la pulak yang cuti kan....dia diam je...hehehe. Argghhh...tak kira, aku pun ada bos gak yang perlu dijaga.

Hari ni datang ofis, tapi kepala otak kat anak. Tadi call wak, dia cakap Khairieena dah ok, cuma batuk je. Hmmm...mintak-mintak la sepanjang hari ni tak demam dah. Aku dah bekalkan ubat, cucuq kodok dan nasik goreng tuk dia dan papa dia. Aku bawak cucuq kodok je. Macam tak sabaq pulak nak balik....baru pukul 8.10 pagi daaa....