22 January 2010

Hmmmm...

It's good to have it back!


Such a pleasure n comfortable feeling deep inside. I feel guuuudd!!!


Tapi....diselitkan pulak dengan jiwa kacau bila terpaksa digging in my purse for fuel money...waaaaaaaaa


"tu laaa...hari tu berlagak sgt tak mo kongsi, skang ni tanggung la sendiri!!"

"eh eh...memang selama ni aku tanggung sendiri la noks!! Juz a little bit hard to start again after almost two months."


p/s : air-cond pulak problem, suma tu mintak duit la tu...hadooiiiiiiii

20 January 2010

Esokkah??

Kalau tak betoi lagi esok...tak tau la langit mana nak runtuh. Cewahh...gempaq mau lebih, tidak kalu tak meriah la kan...waarggakhakahkahkah

Tapi apapun, sungguh...kalau bukan esok, ditunda-tunda lagi, memang cari nahas la ngan aku. Aku bukan apa, aku paham depa punya problem (walaupun sebenaqnya paham skit2 ja), cuma saja buat-buat tak paham disebabkan aku nak cepat kereta aku dan secara langsungnya aku tak yah dah kongsi kereta. Kalau la ni yang aku dok pakai sebulan lebih dah ni second car aku, apa aku kesah kan kalau waja tu lambat pun (tp kalau lambat sgt pun nak kena ketuk gak). Tapi ini kereta orang...paham-paham la kalau kita pakai barang orang kan, sampai bila-bila pun takkan senang ati punya. Cemana la agaknya orang yang amik suami orang kan...betoi la, barang orang gak, bukan dia punya pun in the first place. Agak-agak dia senang ati ka dok pakai suami orang jadikan suami dia gak. Tak sikit banyak mesti ada rasa tak senang ati....kerat kuku lah kalo tak caya.

Ishh...melalut dah.. Haa...dah la sejak minggu lepas membawak ke minggu ni kakak aku tu asyik tanya bila kereta aku nak siap, bila buleh amik. Dia dah tak sabaq-sabaq nak hantaq ke Perodua dah. Tau dak....on the dot kereta aku check out dari Proton, kereta dia pun akan check in di Perodua esok!! Kering tak keringnya ati dia!!

Sedih pun ada gak aku ni...tak tau lah nak cakap cemana. Kalau ikut logik dan munasabahnya buat apa nak sedih pulak, patutnya lepaih dah satu beban perasaan kan. Tapi tetap aku sedih, campuq ngan terkilan jugak...aku rasa hangpa paham kot, tak tau nak explain cemana laa...

So akan bermulalah episod dia tumpang aku pulak selama seminggu sampai kereta dia pulak siap. Seminggu yo pun...aku tak pa, aku memang jenis tak kisah. Dia tetap akan buat macam biasa...call je aku, habaq la nak pi mana pun, 5-10 minit sampailah aku kat depan umah dia. Dan memang aku tak kisah selagi aku termampu. Cuma tu lah, kalau buleh aku nak mohon kat dia supaya siap cepat sikit pepagi nak pi keja tu....punch card aku asyik piyed je tak kering-kering...penyakit ka apa..?

13 January 2010

WHAT???

Aaarrrgggghhhhhhhhh...!!!!




Rasa nak makan orang pun ada dah niiii!!!!


Aku tak mau tau apa masalah hang sampai keta aku tak buleh siap on time!! Lantak hang la masalah apapun yang timbul, barang sampai lambat ka, mekanik cuti ka, customer ramai ka...pedulik apa aku!! Mana ada company yang customer dia sorang ja! Tak payah nak terangkan semua tu kat aku, bukan aku buleh tolong pun. Takat buleh dengaq ja, tu pun aku tak mau dengaq lah...naik sebu telinga tau dak!

Berjanji taik kucing betoi la. Wak pun sama gak...mentang2 la tu kawan dia, defend la sangat. Len kali jangan berjanji. Tapi bukankah setiap kerja tu ada target kan, ada dateline...abih tu depa dok nganga apa lagik???!!!


Heeeiiiii geramnyaaaaaaaaa....!!!

dah aku terpaksa berkongsi lagiiii....memang pantang sungguh la dengan perkataan 'kongsi' la ni. termasuk lah kongsi gelap, rumah kongsi, kongsikong, kongsi suami...uppsss

12 January 2010

I told you already...!!

Kan aku dah kata dalam entry sebelum ni...

Petang semalam, dia masuk keta dengan muka yang masam ketat. Tak tau la pasai pa, tapi kebanyakan hari camtulah dia (patut la cepat beruban).Pastu ternampak pulak benda yang tak sepatutnya kat keta dia, alaa macam cover bawah dashboard tu nampak macam terkeluaq sket. Aku dok agak maybe kesan accident yang dulu kot takpun accident yang baru ni. Selama ni tak pulak dia perasan, aku dah perasan lama dah, ingatkan dia tau n juz let it be je...rupanya tak.

Haaa....selama sebulan lepas aku berkongsi keta dengan dia, 2 minggu yang lepas dia accident lagi. Time tu dia drive sorang-sorang, tapi tak teruk la. Ada keta Myvi nak keluaq simpang, tak tengok kiri kanan dah, kakak aku pulak tengah laju la kot, jalan clear, tak sempat brek, tercium jugak tepi bumper belakang Myvi tu. Keta kakak aku pulak bumper depan calar, holder lampu depan patah, klip bumper apa tah la terkeluaq dan wiper tank pecah. Semua benda kecik2 je...tapi bila Perodua check cecah 1k jugak kos repair. Heheheh...sib baik bukan aku yang drive time tu...

Okey...sambung petang semalam punya cerita. Dah dia check terbongkok-bongkok masa aku tengah drive tu, aku buat dek je, walaupun sakitnya ati tak tau nak habaq dah ni! Pastu dia pun kata dengan nada yang ala-ala fed up...

Dia : Jumaat ni nak hantaq teruihlah Perodua, check semua benda, aku tak jadilah pi kursus.

(sepatutnya dia pi kursus hujung minggu ni sampai Selasa depan, dan dah planned hantar keta dia ke Perodua hujung minggu ni jugak sebab keta aku dah ada time tu...so tak la patah kaki sangat dua2 keta tak dak kan)

Aku : (diam)

Kalau hangpa agak2 time tu nak rasa dan respon apa? Riang gumbirakah? Sengih cam kerang busukkah? atau buat-buat tanya pasai pa nak hantaq Perodua cepat dari planning?

Aku bukanlah nak buruk-burukkan kakak sendiri wei...sapa yang suka sangat nak buruk2 kakak sendiri kat public, selalunya yang tak elok jenuh pulun kita cover kan...sebabnya depa tu adik beradik kita, darah daging kita. Tapi tangki otak dan hati aku dah penuh tau, dah melimpah ruah dah...tak buleh nak menampung lagi dah...aku tension sangat2 dengan perangai dia. Aku tau dia jaga elok harta benda dia, dia seorang yang rajin, pembersih, cermat...kalau boleh benda sekeliling dia tu kena stay still, biaq sedap mata dia. Tapi....ada tapinya...over sangat la pulak, ditambah pulak dengan mulut lasernya yang langsung tak pikiaq perasaan orang lain, yang penting perasaan dia puas! Dan....perangai dia ni, bukanlah aku sorang ja yang tak tahan, dah ramai dah termasuklah kat ofis dia. Bila dah melibatkan orang luaq dari family, aku tumpang malu la bila orang dok sebut pasai dia kan....kakak sapa, aku jugakk! Kalau aku sorang saja yang rasa camtu, nampak sangat la aku yang tak ngam ngan dia, aku mereka cerita ja.

Tapi kan...so far aku rasa akulah yang paling tahan dengan perangai dia tu....sebab aku yang paling dekat dengan dia. Tak yah lah nak suruh aku nasihat ka, slow talk ka...tak guna. She's the eldest and i'm the youngest, so wtf aku pulak nak nasihat dia...bukan aku kata naa, itulah kata-kata yang akan keluar dari mulut dia(maybe words lain, maksudnya sama je). Aku kenai sangat dah!

11 January 2010

Sapa kata berkongsi kereta senang??


Senang dalam erti kata jimat duit minyak je lah...hmmmm...takpa lah...aku lagi sanggup keluaq duit minyak dari berkongsi kereta setahun. Setahun je tau...tak makan puluh tahun lagi. Setahun pun aku takkan sanggup, nak suruh puluh tahun..nehiiii kabi nehiii !!! Ni baru sebulan... hadooiiii... (hehehe...sib baik kakak aku tak baca blog aku ni..)


Perkara-perkara yang paling aku susah hati bila berkongsi kereta :

1. Kena bawak kereta dia dengan 180 kali lebih berhemah (walaupun dia sendiripun tak berhemah n lembab)

2. Kena perati sebijik-sebijik batu atas jalan tu supaya tak terlanggar (walaupun batu besaq biji sawi)Justify Full
3. Kena perati betoi-betoi jugak setiap lubang kecik besaq atas jalan tu (kalau terlanggar jugak siap la telinga...walaupun bunyi skit je pun 'weh')

4. Kena tutup pintu kereta dia dengan abih perlahan, kalau buleh tak dak bunyi langsung (walaupun selama ni dia naik kereta aku main hempas je pintu kereta aku sampai dah longgaq, lampu dalam kereta asyik nyala2 ja)

5. Of course la kebersihan kereta dia kena dijaga tak buleh ada sebutir pasir or secebis sampah pun (ye la kereta sendiri pun nak bersih gak, tapi tak la mulut aku berbunyi bila kereta ada sampah)

6. Tetiba kereta dia ada mengeluarkan bunyi something selain dari deruan enjin, dan time tu aku tengah drive, otomatik dia akan bising bertanya dan kalau boleh nak soh berenti n siasat time tu jugak (macam la aku yang buat bagi bunyi semua tu, kalau dah kereta tu penah hentam dan dihentam kereta lain, toksah dok heran la sangat kat bunyi2 tu semua! Tukaq kereta baru ja abih cerita!!)

7. Punch card aku akan merah tetiap hari disebabkan menunggu dia bersiap pagi2 yang mengalahkan bini PM nak pi majlis potong reben rasmi kedai kek (tolong laa....nak pi ofis ja lah, orang collect tol tu pun tak toleh masa amik duit tol)

8. Of course kena utamakan urusan dia dulu memandangkan aku hanyalah driver dan menumpang menggunakan kereta dia untuk urusan aku.

Takat ni je lah kot yang aku ingat, tapi kan aku rasa macam banyak lagi ja. Sangat dilema tau berkongsi kereta dengan kakak sendiri yang SANGAT CEREWET.

Memang aku sangat bersyukur sebab dia bagi aku kongsi kereta dengan dia, memandangkan tempat keja kami berdekatan, dia banyak tolong aku bila susah (aku pun tolong dia what bila dia susah), dia layan anak aku macam tuan puteri....hehehe

Tapi yang buat aku tak tahan dan tak boleh tahan dan tak tau la sampai bila aku nak tahan adalah sikap dia yang sangaaaaaaaaaaaaatttt CEREWET. Cacing kerawit betoi la. Tak tau nak habaq lah tahap cerewet dia tu. Bos-bos aku dulu pun cerewet tapi under control, buleh hadap lagi la. Tapi kakak aku ya, bukan kakak orang lain, kakak sulung aku kecerewetan dia tu aku tak penah jumpak sapa yang boleh tanding lagi la.

Maybe ada baiknya la, aku rasa untuk dia banyak la baiknya. Rumah kemas teratur tersusun ja, kereta bersih berkilat ja...kira banyak yang baik untuk dia ja lah. Sebab tu la aku dok rumah dia sat-sat ja...takut woooo...satgi Khairieena main-main, ada pulak reta benda dia yang bercalaq ka, tersenget ka, pecah kaaa...uwaaaaa...ganti satu hal, tak tahan dengaq dia melaser la pulak...!

Anyway...she's my sister. My elder sister which my parents love most! Hehehe...ada kedengkian disitu... mmm tak heran sangat la tu, dah tua-tua dah pun. Aku bukanlah bukak pekung di dada, tapi sekadar meluahkan apa yang aku rasa. Simpan lama niiii...

Thank you very much for everything yesterday, today and tomorrow (masa depan sapa tau kan nak mintak tolong dia lagi). Maybe this Friday i'll get my car back...rasa selesa sangat...hmmm

07 January 2010

Petangnya...

Gambar-gambar ni sebelah petangnya (semalam) masa aku sampai kat tadika tu. Bukan main riang gumbiranya dapat main playground kat luar. Memang patut gumbira la kot dah sehari suntuk berkurung dalam rumah tadika tu kann...

kat playground dengan cikgunya

cari stoking...cikgu jadi mangsa tolong cari, dia tu dah nak mengamuk la tu

Cikgu punya la baguihnya cari bersungguh tau...aku tengokkan je, tak kuasa aku nak ngikut kehendak budak tu. Dah hilang dah la, esok pakai je la yang lain, takkan aku nak masuk dalam tadika selongkar semua barang kot kan... Aku gelakkan je tengok dia dah mula nak menyebek nangeh...nangeh la...kang aku tinggal tidoq kat tadika tu baru tau kot!

Aku tengok setiap parents yang datang cikgu akan sambut, angkat beg dan siap masukkan dalam kereta lagi tau. Pagi pun camtu, depa sambut dengan ramah tamahnya, buat kita rasa anak kita selamat la dengan depa. Sib baik dia tak tolong bukakkan pintu kereta kat aku sekali kan...waarggakhakahakah (nak gak berangan jadi mem 'besar')

06 January 2010

Hari Pertama Ke Tadika

Semua orang ada hari pertama kan...tak kiralah hari pertama apapun. Semua orang kena tempuh jugak. Khairieena menempuh hari pertama ke tadika pada 4/1/2010. Hehehehe...bangun awal pagi, memang semangat abih lah, suruh breakfast pun sikit sangat dia makan. Dia dok kalut soh aku pulak cepat siap, hantar dia ke tadika. Bawak dua beg, satu beg buku, satu lagi beg baju n keperluan lain untuk day care petang nanti.
Memula sampai, riang gumbira

Sampai je tadika tu, tak ramai lagi, tapi dah ada budak yang menangeh tak ingat punya. Ada jugak yang menangeh style senyap tapi berpanjangan. Khairieena siap cakap kat aku, tak elok kan nangeh, tak good girl kan. Aku pun iyakan je lah, cakap kat dia jangan menangeh camtu jugak, malu je. Then, papa dia nak pi keja, siap salam cium semualah...ok lagi. Then aku pulak kononnya nak mintak diri, nak pi keja la jugak. Memula dia ok, tapi masa salam cium tu, dia dah menyebek dah. Aku jadi cam tak sampai atinyaaaa.... tunggu lagi. Lagipun kelas tak start lagi, makin ramai budak yang menangeh dan makin bising dibuatnya.

Then bila kelas dah nak start, aku pun keluar la, apa lagi... Khairieena pun mula bukak volume dia.

"Caye nak balik umah....caye tak nak belajar..."
"Mama tak yah keje...mama duduk ngan caye..."

Bila cikgu dia nak angkat dia masuk dalam beratur sama ngan orang lain, dia siap jerit guling2 lagi.

"Caye boleh bangun ciyi (sendiri)...!!!"
"tak nak....tak nak...."

start nangeh...umpan ngan susu


Amboiiii...tadi bukan main lagi mengata orang nooo....la ni dia yang menangeh bagai nak rak! 2 kali dia kejar aku sampai keluar pagar tu. Macam drama swasta dah pulak. Last2 aku masuk bawak dia naik kelas dia kat tingkat atas, suruh dia duduk elok2 sambil kena ugut jugak dengan aku. "Duduk elok2, dengar cakap cikgu. Kalau nangeh lagi, nanti petang mama tak nak ambik kakak balik. Jangan nangeh lagi!" Diam la jugak, sambil dok sedu sedan lagi. Hehehehe...memang la aku pun sedih, tapi kalau ikut peel dia, nanti hari2 jadi camtu gak. Jenuh la aku...pastu sian jugak la kat dia sebab tak buleh nak concentrate belajar tambah letih menangeh lagi.

kat depan pintu...baru abih guling2...

Aku pun balik, keraskan hati jugak la. Tengahari aku tepon cikgu tanya keadaan dia. Cikgu kata, pas aku balik tu, dia dah berenti nangeh, tapi asyik merayap pi kelas orang. Tak boleh duduk diam tempat dia. Cikgu kata, tak pa la, bagi dia sesuaikan diri dulu. Makan pun ok, minum pagi aku bekalkan cekodok pisang, memang peberet dia, so makan abih la. Tadika tak sediakan kuih untuk minum pagi, cuma air je, dan cikgu memang dah pesan bawak bekal hari2 untuk minum pagi.

So sekarang rutin aku dah tukar sikit, bangun awal dari biasa, prepare bekal dia. Alang2 kadang2 tu aku masak banyak, jadi bekal aku, wak n kakak aku sekali...hehehe. Satu la problem timbul bila aku terpaksa pikiaq nak masak apa pulak, Khairieena ni bukannya banyak sangat menu yang dia makan...adooiii...balik-balik ulang menu yang sama je lah...


Hari kedua 5/1/2010, wak hantar. Walaupun aku cuti lagi, tapi aku kena hantar kakak aku pi keja, kan berkongsi kereta. Wak kata hari ni dia nangeh gak, tapi sikit je lah, tak teruk macam hari pertama dah. Time nak salam ngan papa dia n papa dia melangkah keluaq tu, dia sedih kot, tu yang nangeh tu. Petang aku ambik, cikgu kata dia lagi ok hari ni, makan pun selera je, tetambah minum petang ada cekodok pisang, siap mintak tambah lagik... malunyaaaa anak aku niiii...


Hari ni pulak wak kata dia juz hantaq kat pagar luar je, pastu Khairieena masuk sendiri. Tak dak nangeh2 dah....lega dengaq camtu. Dah ok la tu, cuma aku rasa jenuh jugak cikgu nak bagi arahan nanti, sebab dia ikut kepala dia je....nak merayap, dia bangun selamba je, tak tau laaa cikgu tu luruh rambut 13-14 helai sehari la nak disiplinkan dia....
Hmmm...so abihlah episod hari pertama di tadika. Dah masuk tadika anak aku tu...sat ja. Lagi 2 tahun dah darjah 1 pulak...tah apa pulak cerita pun tak tau la.

p/s : adakah aku akan ditukarkan setelah naik gred ni? tatutttnyaaa....