27 December 2010

Kelahiran Khaleela

Okey...aku nak cerita serba sikit yang mana aku ingat pasal detik2 kelahiran Khaleela ni ye.
30 Nov 2010....aku check in di PPUKM lebih kurang kul 3.30 petang. Hati ada rasa tak seronok dah...ye lah dah lama aku tak tinggalkan 2 orang kesayangan tu. Teringat sangat kat Khairieena kat taska, dia tak tau pun mama dia akan tinggalkan dia 3-4 hari ni. Bila wak pulak nak balik lepas dah selesai check in tu, lagi la aku sayu tau....rasa macam nak menitik ja airmata ni, tapi kutahan jugak...hehehe. Malu la orang tengok kan. Kali ni aku dok wad biasa je, yang macam dorm tu. Time Khairieena dulu dok wad khas, bilik sorang, dah macam kat hotel pun ada dah. Lagi sunyi kan macam tu. So, malam tu aku tidoq wad dengan menyaksikan pelbagai ragam orang. Ada yang tengah sakit2 nak bersalin, ada yang baru dok rasa sakit lite2, ada yang baru check in, sejam dua pastu teruih ditolak ke bilik bersalin. Senangnyaaa kan...hmm rezeki masing2... Aku yang sihat walafiat ni, dok guling kiri kanan serba tak kena ja, rasanya terlelap kul 3 pagi kot.
01 Dis 2010....pagi2 lagi nurse datang check bp, sambil dia pesan soh siapkan diri cepat2 sebab doktor wat lawatan seawal jam 6.30 pagi - 7.30 pagi. Betoi kata dia...dalam kul 6.50 pagi doktor dah datang dengan di kelilingi oleh student2 UKM. Dan pastu aku diinduced pada jam 7.20 pagi..sakit wooo!! Dalam kul 9 pagi aku dah start rasa cam senggugut...lite2 la. Dok dengaq petua semua orang termasuklah doktor, soh berjalan2 untuk cepatkan bukaan...aku pun berjalan2 la sepanjang hari tu. Wak datang kul 11 pagi lebih, pastu dia keluaq sat, kul 4.30 petang dia datang balik. Bajet buleh bersalin ptg tu kan, tapi bila check bukaan kul 1 ptg tu, baru 2cm ja. Adooiiii laaa...nampak gayanya cam lambat lagi nih. Malam tu sakit makin sakit...kul 1 pagi check lagi, baru 3cm!! Haaiiii....aku dah tak tahan nih...ada gak la aku hint2 kat doktor tu soh operate je. Doktor tu sengih ja, dia kata, kita tunggu sampai subuh dulu, buleh bukak lagi ni. Kalau tak ada progress gak, kita masuk ubat ke-2 ye. Cewahh...senang je dia cakap kan, aku yang dok berkerut2 tahan sakit ni dah macam tertelan tulang ikan ja.
02 Dis 2010...kul 6 pagi, check lagi, dah bukak 4cm...so dia kata dah buleh pi bilik bersalin. Tak perlu masuk ubat lagi. Lega skit dengaq tu. Dalam kul 7 pagi, air ketuban dipecahkan dan terus dibawak ke bilik menunggu bersalin. Time ni sakit dah kurang, aku pun dah buleh senyum. Call wak soh datang sblm t/hari, takut terlepas pulakkan. Kat bilik menunggu tu, aku dioffer untuk ambik epidural...memang tak pikiaq panjang lagi dah, aku setuju ja. Bukan apa, dah sepanjang malam tak tidoq, kemarin tu pun tak makan sangat...memang aku kehabisan tenaga sungguh. Sib baik time cucuk belakang tu tak sakit sangat, tapi berbekas banyak gak. Sebab doktor yang buat tu tak dapat nak masukkan jarum kat tempat yang betul. Last2 dia panggil bos dia, sekali cucuk ja teruih dapat. Dah sebab tak sakit, tu yang aku tak tau pun dia buat banyak kali rupanya. Pastu dah ngantuk plak sebab dah masuk ubatkan...lalok betoi dah aku time tu. Sipi2 ja aku dengaq depa dok cakap yang CTG baby tak cantik sebab baby pun lalok macam aku....hahaha! So disebabkan itu, induced lagi tapi kali ni ubat cecair plak. Teruih di tolak ke bilik bersalin dan tunggu. Wak dah ada kat sana dah, masuk skali la ngan aku. Pastu ada 2 orang student skali ngan aku, sebab depa nak belajaq sambut baby. Cehh aku jadi bahan eksperimen pulak dah. Depa memang ada situ sepanjang masa...baguih sungguh noo, sedangkan wak pulak keluaq dah 3-4 kali. Aku tak tau pasal apa, wak kata dia sakit perut (ka kecut perut?). Masa dok bersantai tu, tetiba Prof. Zainur datang kat bilik aku...check keadaan aku cemana. Nurse2 kat situ dan2 jadi bz dok update kat dia...heran gak aku. Prof kata kalau progress slow, tambah ubat la, kalau tak jalan gak, kita operate la ye...sambil dia senyum kat aku. Hehehe...dia tak tau, memang itu yang aku dok harap sangat dari tadi.... Lepas Prof dah blah, nurse2 tu datang cakap kat aku yang Prof jarang2 sekali turun ke bilik bersalin tu, hari ni pulak dia turun. Heran gak kami, rupanya awak ni patient dia dari fertility unit tu ye. Aku angguk je la...
Dalam pada tu contraction memang ada, cuma aku tak terasa sakit sangat la kan. Tapi dalam kul 3 petang camtu, tetiba je tiap kali contraction, aku rasa sakit yang amat sangat, dah tu pulak selang 2-3 minit ja pulak tu. Sampai satu tahap, meleleh airmata aku tau...huhuuu. Time ni jugak wak tak dak, dia keluaq pi toilet. 2 orang student tu la yang dok tolong tenangkan aku, gosok belakang aku....terharu la pulak. Bila depa cari wak kat luaq, tak dak pulak. Time ni memang aku sakit ati tau dengan wak ni....tak tau nak habaq dah. Mana dok tahan sakit bagai nak gila nih, campuq sedih lagi. At last depa panggil pakar bius tadi, untuk tengokkan ubat epidural tu dah abih ke tak. Bila doktor bius tu datang, dia kata tak sepatutnya awak rasa sakit sampai camni sekali sebab ubat dah lama jalan dah. Abih tu...pasai pa aku sakit gila b*b* dah ni...heeiiii...tapi aku tak jawab la, sebab tak buleh nak bercakap dah pun. Then dia top up ubat, setengah jam pastu baru sakit tu makin kurang. Elok pulak bila dah kurang sakit, wak pun mai....haaa apa lagi aku sembuq gak la...hehehe...tak dak la sembuq sungguh kan, tanya macam inspektor je lah. Dia kata sakit perut. Wak tak cakap banyak, maybe dia tengok muka aku yang serabai tu kot...ye lah muka orang baru lepas nangeh kan...
Tetiba kul 5 petang camtu, sakit tu datang balik. Bukan sakit sikit2 tau....sakit yang amat2 sangat! Sempat jugak aku pikiaq, pasai pa bilik2 sebelah aku dengaq depa sakit tak teruk cam aku pun. Dengaq depa dok teran 2-3 kali pastu dah dengaq sora baby dah. Sakit aku ni bukan rasa nak meneran tau, tapi sakit kat belakang teruih ke tulang pinggul tu. Doktor kata tulang pinggul tu nak expand/membuka, tu sebab sakit sangat. Ye lah...orang lain pun beranak sulung gak, tapi tak dak la sakit cam aku kan. Hmmm...rezeki aku kot kan... Okeh...dekat sejam gak aku dok tahan sakit tu kan, kali ni pun airmata tak buleh tahan gak, wak la dok tolong lapkan. Aku tengok muka dia pun dah macam nak nangeh ja tengok aku dok sakit gitu...hehehe. Mesti dalam pala dia tak mau bagi aku beranak dah kot...hahahaha. Sambil2 tu wak dok soh nurse kat situ panggil doktor nak soh doktor operate je sebab tak tahan tengok aku sakit sangat.
Dekat 6.30 petang baru doktor mai tau, aku dah nyawa2 ikan dah. Kalau la dia nak tunggu gak soh aku bersalin normal, cemana la aku meneran nanti, dah lembik sangat dah ni. Doktor check bukaan still 6cm dari kul 3 petang tadi. Teruih dia decided, tak buleh tunggu lagi dah, kena operate sebab air ketuban dah pecah lebih dari 10 jam dah. Lagipun Prof. Zainur yang bagitau tadi kan....bukan aku yang cakap tau, doktor tu yang cakap. Bila dengaq camtu kan, lega betoi aku tau. Bukan aku tak mau mencuba langsung untuk bersalin normal, tapi bukaan sangat2 lambat, air ketuban dah 10 jam dipecahkan, CTG baby pun dah tinggi means dah nak lemas. So, aku pun ditolak ke OT pulak...kat sana pun depa tambah ubat je lah, bius separuh je. Tapi masa dah start bedah tu, tetiba depa bagi aku ubat tidoq pulak. Jadinya aku tak sedaq jugak lah. Sedaq2 dah kul 9 malam...bila nurse tu tanya sedar tak bila kami tunjuk baby tadi. Aku kata tak la...aku mimpi macam2...hehehe. So Khaleela dilahirkan pukul 7.35 petang/malam dengan berat 2.74 kg.
Kul 9.30 malam aku ditolak ke wad....nurse try call wak, ringing tapi tak berjawab2. Aku teka mesti dah balik kot, sebab nak amik Khairieena lagi kan. Bila aku dah terlelap, beh kurang kul 11 malam wak datang. Rupanya dia ada je, tapi tepon di silentkan. Aku kata awat la tak tunggu kat wad ni je, dah tentu2 la aku balik wad ni jugak. Tepon tu pulak pi silent buat apa, bukannya dok dalam meeting pun. Time2 penting camni memang orang cari punya. Hehehe...sakit2 pun sempat gak berletiaq kan...wak senyum ja. Pastu aku soh la dia pi amik baby, dua2 kami tak tengok lagi. Bila dia bawak mai, terkedu gak aku tengok si kecik tembam ni...memang nampak betoi pipi dia tembam. Pastu wak iqamatkan dia. Pastu wak pun balik umah, tinggallah aku. Memang aku tidoq lena lah...maybe sebab saki baki ubat tidoq tadi, ataupun nak cover tidoq 2 malam lepas.
Hari ke-3 pas bersalin, dah buleh keluaq...sonok sangat. Rimas dah aku dok wad lama2, bila dah bersalin lega sesangat! Masa wak dok uruskan dokumen nak check out tu, Prof. Zainur datang ke wad. Situasi yang sama gak, nurse2 agak kelam kabut layan dia, padahal dia besa ja pun. Prof terus ke katil aku, terkejut gak aku, tak dan nak sarung tudung dah....hehehe. Dia tanya khabar aku, baby...pastu dia cakap, 'hmmm...at last ceaser jugak ye, tak pe la, tak de rezeki awak nak try normal. Jaga diri baik2 ye.' Aku pun ucap terima kasih banyak2 la jasa dia kat aku tu. Pastu dah balik umah baru teringat, kenapa la aku tak amik gambar dengan dia, sedangkan memang niat aku dari memula dulu nak anak2 aku bergambar dengan dia....ishhh ralat sungguh la! Padahal time Khairieena pun ada.
Hmmm....rasanya tu la serba sikit pengalaman aku melahirkan Khaleela....walaupun cara yang sama dengan melahirkan Khairieena, tapi pengalaman tu berbeza sesangat. Melahirkan Khaleela aku dapat rasa gak cemana sakit bersalin normal walaupun tak kesampaian. Melahirkan kedua-dua puteri aku ni, memberi aku pengalaman dan pengajaran yang tiada harga. Maybe bagi wak jugak, setelah kedua2 kali dia menyaksikan kesakitan aku tu, walaupun dia tiada keberanian untuk bersama aku dalam OT...hehehe.
Apapun, syukur sangat semuanya dah selamat. Untuk menambah lagi, peluang untuk aku hanyalah sekali je lagi....tapi aku tak mo pikiaq lagi la. Sakit yang ni pun dok terasa lagi tau. Ikut hati macam tak mo dah tau... Tapi bila dengaq aku cakap camtu, wak tak iyakan pun...dia kata jangan cakap lagi, tunggu dulu....pasni mesti berubah fikiran punya....cissss

25 December 2010

Lahirnya Puteri Kedua Ku

Sekarang ni aku tengah 'enjoy' tempoh berpantang...dah masuk hari ke-24. Haaa...kejap je kan, ada lagi separuh nak abih tempoh pantang ni....adooiii laaa...
Memula sekali nak introduce anak dara kecik aku ni...hehehe...yang diberi nama Nurin Khaleela Eiman bt. Hairol Mizam. Lahir pada 02 Dis 2010, Khamis, jam 7.35 malam, ceaser...huhuuu. Gambaq ni nak upload dah lama, ni baru berpeluang sebab dah dok umah sendiri dah...hehehe

Khaleela hari ke-2, di PPUKM

Khaleela kat kg Keratong, lupa la hari ke berapa tah
Okeh...takat ni dulu ya. Si kakak Khairieena kaco la, adiknya tidoq ja pun. Nanti aku cerita detik2 mencemaskan kelahiran Khaleela ni ya...

26 November 2010

Jumpa lagi 2 bulan yaaa....

Hari ni hari akhir aku bekerja sebelum bersalin. Isnin aku cuti, Selasa admit, Rabu bersalin. Uuiii...macam senang ja bunyinya kan...tak tau aku dok ketaq lutut, pala otak serabut, hati tak tenteram niii....huhuuuu

Sebelum merapu lebih jauh....kat sini aku nak mintak ampun maaf kat hangpa semua yang mai singgah dok layan baca cerita merapu aku ni. Halalkan apa yang terlebih terkurang ya...aku mintak sangat2 ni. Aku ni nak pi berjuang antara hidup dan mati....sikit sebanyak memang terasa macam tak balik dah. Dok rasa camni sejak sebulan dua dah....cuma tak ketara sangat ja. Apapun mintak hangpa tolong doakan semuanya selamat ya dan kita berpeluang bersua lagi kat blog ni ataupun kat mana2.

Tapi kalau tak berpeluang pun, aku ucapkan jutaan terima kasih kat hangpa semua, sudi layan aku, terima aku dan kawan dengan aku. Aku ucapkan jugak selamat maju jaya dalam hidup hangpa semua tau. Ada masa teringat aku tu, sedekahkan Al-Fatihah untuk bekalan aku di sana. Bukanlah aku mintak sangat, tapi juz untuk peringatan diri aku sendiri ja.

Dekat wak pun aku pesan sebulan yang lepas, baru dok susun 2-3 perkataan, dah kena marah dah....hehehe. Tapi aku teruskan jugak ayat aku...' yang, kalau mama tak dak nanti, papa jaga baik2 tau budak2 ni. Kalau papa tak mampu nak jaga sorang, papa bagi depa kat Kakak atau Kak Teh tau. Lagi satu mama nak dikebumikan nanti sebelah dengan mak tau...mama nak dekat dengan mak...! Pastu papa nak kawen lain pun tak pa la, cumanya jangan la lupa anak2 mama tu.' Wak diaaamm ja pastu, ya pun tak, tak pun tak. Aku pun tak paksa la soh dia jawab, sebab aku sendiri pun dah sebak gila, diam pastu teruih tertidoq.... (ka wak dah tidoq time aku cakap tu...haaa)

Okey lah...apapun doakan aku ya dan aku pun doakan untuk semua kawan2 aku jugak. Semoga kita jumpa lagi...maybe lepas raya cina kot...bye bye tata titi tutu...

*cerita 'Ada Satu Kisah' tu...terpaksa la dipause sat noo, lagipun progressnya memang sampai tang tu pun...hehehe...tima kasih sebab sabar menunggu. Apapun kalau dah lapang2 nanti aku cuba try hapdet blog ni ok...see ya...

25 November 2010

Bos tanya aku...

Sebelum apa2 mai gelak jahat dulu

Muahahahahahaaaa....muahahahahaaa

Haaaa....tak dak apa sangat pun. Aku ni la rasa pelik n kelakar sikit. Maybe bagi orang lain benda besa la tu.....tapi bagi aku agak luar biasa lah kalau melibatkan bos aku...hahahaha

Kemarin bos tetiba ja tanya aku...

Bos : U ada apa barang lagi yang tak cukup untuk baby?

Aku : Haah??

Bos : U bagitau je ataupun kita pegi beli sama2...apa barang baby yang belom ada
lagi...?

Aku : Betoi ka ni bos? Hmmm....banyak barang saya pakai lama punya, elok lagi.

Bos : Takpa la...u pikir dulu, nanti u bagitau i apa barang. Untuk baby saja tau,
untuk mother tak payah la ya....hehehehe

Aku : Hahahaha...tengok lah ya bos. Apapun tengkiu very much bos! (termalu2 aku
disitu)



Haaaaaaaa....kalau hangpa nak mintak apa agak2nya?? hmmmm....bukan senang tau bos aku nak offer belanja orang, selalunya orang yang belanja dia....muahahaha..sorry boossss

Dalam pala otak aku memang ada 2 benda yang blom beli lagi, ingat nak beli masa dalam pantang nanti, lagipun barang tu blom nak pakai lagi. Barangnya adalah....

1. Stroller (Khairieena punya dah bagi orang, lagipun aku nak canggih sket...hehehe)
2. Car Seat (ni penting, memang akan start pakai bila aku masuk keja, sampai besaq kot.
Khairieena punya dulu dah bagi adik ipaq, takkan nak mintak balik kan)


Wak kata kalau betoi bos nak bagi, cakap nak stroller lah, sebabnya car seat dia nak pilih sendiri. Dia tak caya kalau aku pilih, tak dak ciri2 keselamatan katanya, cantik ja lebih....chaittttt

Apa kata hangpa pulak? Hehehehe...sepatutnya kena terima jelah apa yang orang nak bagi kan, tapi bos aku ni soh sebut gak barang apa yang nak, aku tak nak ingkar perintah....

23 November 2010

Wak - Suamiku

Tak tau nak tulis apa sebenaqnya....tapi tetiba je rasa rindu semacam pulak dengan wak sorang ni...kehkehkehhh

Sejak aku pregnant ni, memang wak saaangat baik dengan aku....ikut je kehendak aku. Tapi aku rasa memang la tu lumrah seorang suami bila isteri dia pregnant kan...besa la tu.

Dia jadi rajin gak tepon aku kat ofis tanya kabar....dulu2 aku yang selalu tepon dia (w/pun skrg pun sama gak)

Dia jadi lagi rajin tolong kat dapuq...dulu2 pun rajin gak, cuma skrg ni laaagi rajinn

Dia jadi lagi dengaq cakap aku....muahahaha...dulu2 pun dengaq gak, tapi ada gak bantahnyaaa....

Dia jadi lagi senang nak diajak ke sana sini....muahahaha....dulu2 senang sikit je, skrg senang baaanyaakkk...

Alhamdulillah....banyak yang dia dah berubah dari dulu2 tu....cumaaaa tang bab romantik2 ni jangan harap la. Tak daknya laa dia nak belai2 cakap2 sayang rindu tu sumaa....jangan kata cakap berdepan, tepon ka sms ka waima dalam mimpi pun belom tentu tau..!!

Apapun.....dialah suamiku yang aku pilih dulu dan kini. Harapnya jodoh tu panjang la, apapun kita tak tau perancangan Allah SWT kan, cuma boleh berdoa je....aminnn

* tah apa motip entry ni tah, besday bukan, anniversary pun bukan...hantam sajalah labu....

22 November 2010

Dua dah lepas, tinggallah aku...

Hmmm....Ja (opismetku) dah pun bersalin hari Ahad (kemarin) pagi, baby gurl, normal! Ja adalah orang kedua yang aku cerita hari tu yang menunggu hari bersalin tu. Ohh...sekarang tinggallah aku menghitung hari yang seminggu lebih je nih....huhuuu... makin dekat makin seriau la pulak, dah tau tarikh pulak tu...huhuuuu

Apapun....doakan untuk aku pulak ya. Minggu ni malaih pulak nak keja...hehehe...mentang2 la dah tau nak cuti lama ni....muahahahaa... Banyak akai pulak noo...saja ja tu.

Haah...pagi tadi Khairieena buat perangai tak mo pi tadika. Minggu ni last dah sebelum konvo depa sabtu ni. Pastu maybe aku hantaq jugak kat taska sampai 3/12 kot, haaa pastu buleh la berlibur ngan aku kat umah kan. Dakkk...pagi tadi nangeh2 tak mo pi, siap cakap dia demam la, nak cuti lama laa, penat la pi tadika...laaagii banyak akai dia! Aku dah lambat, hujan pulak tu, dah tentu2 jem nanti w/pun cuti sekolah. Pedulik la, hantaq jugak, nangeh sampai depan tadika tu. Tu laaa yang aku malaih nak hantaq dia, selalunya wak yang hantaq, tapi pagi tadi kan hujan, terpaksa la kan. Nanti amik petang kalau tanya dia kenapa nangeh, selamba ja dia akan jawab, ' biar la...' tak sakit ati ka camtu??

19 November 2010

Saya dah tau tarikhnya....jeng jeng jengg

Selasa lepas, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, aku pi check up di HUKM dengan ditemani oleh wak dan Khairieena. Besh besh! Lagi satu memang aku takkan larat nak naik tangga bukit dari parking ke lobi spital tu....mau semput terduduk nanti. Kalau wak yang drive dah tentu dia drop kat lobi teruih kan...ngeh ngeh ngeh

Memula kena scan dulu, ukur baby, tengok position dia...semuanya ok. Berat dia beh kurang 2.7kg. Dan kami amat bernasib baik, masa scan tu dapat tengok muka dia betoi2, tak dak tutup2 dengan tangan lagi macam hari tu. Memang nampak la mata, hidung, mulut dia....kagum2 Khairieena.

Pastu tunggu Prof....pun tak lama, dia datang beh kurang kul 10 lebih. Aku peserta pertama pulak tu. First sekali dia tengok buku merah aku tu, mesti la dia tengok yang tulisan merah kan...hehehe. Rekod BSP ok, tapi pastu dia tanya, memalam kerap tak bangun buang air? Aku ni jujur la jawab, ada la 3-4 kali gak. Teruih dia kata....'haa tu sebab la tak leh caya BSP nih, kalau kerap camtu maknanya diabetes awak tinggi la. Kalau camtu, kita tak bleh tunggu due date lagi dah, saya bagi lagi 2 minggu, means 38 weeks pregnancy, awak check in wad lah.' Terdiam kami dua2 orang tang tu...teruih dia bagi tarikh dan isi borang kemasukan wad.

Prof. tu bagitau sebab tak buleh tunggu due date tu sebab diabetes la...takut baby off dalam perut. Lagipun memang dah cukup bulan, lain2 semua ok, cuma yang tu ja. So, dia bagi tarikh 30/11 check in wad, 1/12 akan diinduced....huhuuu. Dia ada gak tanya lagi nak deliver cemana, aku cakap la nak try normal. Dia kata tak pa, tengok dulu induced tu cemana, kalau tak jalan, terpaksa kita ceaser gak. Uwaaaaa....aku berdoa sangat tak yah la di toreh lagi perut ku ini.....tapi kalau dah terpaksa untuk keselamatan...aku redha laa

Pastu buat CTG...result ok, no contraction. Prof. dah naik OT, so hari tu check up abih awal la...hehehe. Tapi yang penting dapat MC...buleh la aku balik berehat kan.

Soooo....sekarang dah tau tarikhnya, tak yah dah dok tertanya2 cemana nak kenal tanda2 la, sakitnya cemana la...senang jugak. Cumanya aku la pulak, dah tak buleh tidoq malam dah, asyik dok terpikiaq pasai tu la pulak, dok terbayang la time tu, dah induced sakitnya cemana. Ada orang kata sakitnya lebih dari sakit yang datang secara normal. Ada pulak kata, sama je....tah lah rezeki masing2 la kot kann. Sekarang ni dok psiko Khairieena la pulak, sebab nak kena tinggai dia 2-3 hari gak tu. Siang tak pa lagi, malam la payah skit dia tu...haiyaaa

Apapun, wak dah apply cuti 2 minggu start 30/11 tu....hehehe..lega aku. Planningnya pas kluar dari hospital, sehari pas tu ka balik kampung la untuk 2 minggu kot. Pastu balik pantang rumah sendiri la. Lagipun dah nak start sekolah dah time tu, elok la jugak. Aku akan cuti pada 29/11....aku pun tak tau untuk apa aku amik cuti sehari sebelum tu, maybe nak rehat, nak siap fizikal mental kot...muahahaha. Tapi yang pasti debaran di dada Allah SWT je yang tau.

Minggu depan adalah minggu terakhir bekerja sebelum bercuti panjang, nak kena settle apa2 yang patut untuk orang yang ganti aku nanti. Sian jugak kat orang ganti tu, walaupun keja tak la bertimbun, tapi sapa nak dok dekat ngan bos 8 jam sehari suntuk. Dalam bilik pulak tu, tak berdunia dengan orang. Aku sendiri pun kalau diberi pilihan, tak nak dok sebilik dengan bos aihhh....rimaih!! Tapi tang benefit lain tu nak laaaa....muahahahaha! (betoi dak kawan2 PA ku...??)

* semalam wak jatuh motor la pulak, jalan terhencot2....haaiii cepat la baik kaki dia tu, nanti sapa nak jaga aku ni...huhuuuu

* eh....dapat ke cuti bersalin 90 hari tu, dah la tak dak tarikh kuatkuasa. Kan ke tiap orang tak buleh lebih 300 hari cuti bersalin dalam perkhidmatan, kuatkuasa bilapun, tak dak effect kat sapa2 la kan....tolong jawab sat sapa yang tau, especially orang J**.

12 November 2010

Tanda-tanda bersalin

Maklum la...aku tak dak langsung pengalaman ni, walaupun anak nak masuk 2 orang dah. Oleh sebab tu, selama ni aku asyik bertanya orang je lah...dengaq cerita depa, pengalaman depa. Uuuiii...macam2 pengalaman rupanya...tiap orang tak sama kan. Tapi susah jugak kan nak kenal tanda-tanda bersalin tu...besanya kalau terus ada tanda-tanda besar tu senang la. Tapi yang juz datang tanda-tanda palsu atau yang sikit2 tu yang payah tu.

Untuk itu, aku ada gak la tanya cik google kan...macam2 jugak yang keluaqnya...hehehe. Tak pa la...baca je lah, untuk panduan masa depan kannn..meh kita kongsi. Kalau hangpa ada lagi tips2 yang berguna buleh la kongsi sama tau untuk aku yang agak blurr2 nih dan jugak untuk semua bakal ibu....tima kasih banyak2 tau. Kalau ada yang nak cerita pengalaman masing2 pun sangatlah dialu-alukan....buleh je cerita kat ruang komen tu, ataupun email je teruih kat aku naa, nanti aku publishkan, itupun kalau dibenarkan la...okeh, tengkiu beri2 much...mmuuaahhh!!

Kaedah Bersalin


Pelahiran dan Kelahiran


Apakah yang dimaksudkan pelahiran?

Pada minggu-minggu terakhir kehamilan, berlaku beberapa perubahan baru yang menandakan kelahiran yang bakal anda hadapi. Sebagai contoh, anda dapat merasakan bayi berada lebih bawah di bahagian abdomen dan orang mungkin menegur yang bayi anda telah "menurun". Keadaan ini dikenali sebagai "keringanan" dan ia bermaksud bahawa kepala bayi telah masuk ke bahagian bertulang di pelvis anda. Kadangkala ia berlaku dengan cepat dan anda akan mendapati secara tiba-tiba lebih mudah untuk bernafas. Kadangkala proses "keringanan" tidak akan berlaku sehinggalah selepas proses pelahiran bermula.

Pelahiran atau "labour" bermaksud kerja. Pada masa ini, anda perlu bekerja keras untuk menolak bayi keluar dari rahim anda ke dunia. Ia mungkin merupakan salah satu usaha paling sukar yang pernah anda lakukan. Pangkal rahim yang terbentuk daripada tisu padat, berbentuk seperti "doughnut" kecil dan berlubang di tengah-tengahnya, telah menutup sepanjang kehamilan. Kini ia perlu meregang cukup luas supaya bayi dapat melaluinya. Rahim akan mengecut dan memaksa pangkal rahim membuka lebih lebar, sedikit demi sedikit selama beberapa jam. Pengalaman pengecutan rahim adalah berbeza-beza bagi setiap wanita. Sesetengah wanita mengumpamakannya seperti ombak yang semakin membesar dan membesar sehingga mencapai puncaknya sebelum menyusut semula.


Kelahiran Palsu

Pengecutan rahim di peringkat akhir kehamilan adalah satu perkara yang normal. Ia dikenali sebagai "pelahiran palsu" kerana ia tidak membuka pangkal rahim seperti yang berlaku dalam pelahiran sebenar. Di sini disenaraikan tanda-tanda yang dapat membantu anda membezakan antara pelahiran palsu dan pelahiran sebenar:

-

Pengecutan pelahiran palsu selalunya tidak kerap berlaku.

-

Pengecutan pelahiran palsu selalunya akan hilang apabila anda berjalanjalan manakala dalam pelahiran sebenar, pengecutannya dirasai semakin kuat.

-

Pengecutan dalam pelahiran sebenar akan menjadi lebih kuat dan semakin rapat di antara satu sama lain.

Pada akhir kehamilan, bahagian bawah abdomen anda mungkin terasa tegang atau sesekali berlaku pengecutan rahim. Pengecutan ini akan hilang apabila anda berjalan-jalan atau mempraktikkan teknik pernafasan. Jika ia tidak hilang, hubungilah doktor segera.

Apakah tanda-tanda pelahiran yang biasa?

Permulaan proses pelahiran bagi seseorang adalah suatu fenomena yang khusus. Sesetengah wanita tidak menyedari bahawa mereka sedang mengalami tahap pertama pelahiran dan menyalah anggapnya sebagai kembung, pedih ulu hati, sakit belakang, atau ketidakhadaman. Terdapat tiga tanda bermulanya pelahiran. Ia tidak semestinya berlaku mengikut turutan bagi setiap kehamilan.

-

Pengecutan yang tetap, dimana ia biasanya bermula di bahagian
bawah belakang dan kemudian bergerak ke hadapan abdomen anda.


Pengecutan berlaku kerana rahim anda menegang dan berehat untuk membantu membuka pangkal rahim dan menolak bayi keluar menerusi saluran kelahiran. Di peringkat awal pelahiran, anda akan merasa seperti sakit ketika haid. Sesetengah wanita hanya mengalami pengecutan abdomen atau sakit belakang sahaja. Pengecutan pelahiran yang sebenar berlaku secara tetap. Ia biasanya bermula dengan selang masa selama 15-20 minit di antara satu pengecutan dengan yang lain dan berakhir selama 30-45 saat. Semakin lanjut proses pelahiran, pengecutan menjadi semakin kerap dan lebih lama, iaitu lebih kurang 60 saat. Rasa sakit pula tidak akan hilang walaupun anda berjalan-jalan atau berbaring.

-

Kesan/tanda merah jambu atau 'gumpalan' lendir

Semasa bayi menolak ke arah pangkal rahim atau leher rahim, pangkal rahim akan membuka dan tanda berwarna merah jambu atau 'gumpalan' lendir akan terkeluar. Biasanya ia mengandungi sedikit darah.

-

Pancutan atau lelehan dari rahim

Lelehan air dari rahim menunjukkan pemecahan selaput atau "kantung air" yang mengelilingi bayi semasa kehamilan. Ia tidak akan menyebabkan rasa sakit; hanya seperti aliran air yang hangat. Anda boleh kehilangan lebih kurang satu kuart air, tetapi biasanya ia bergantung kepada bahagian mana di kantung yang pecah. Anda boleh kehilangan air ini secara berterusan kerana tubuh anda menghasilkannya secara berterusan. Kadangkala 'kantung air' ini akan pecah di awal proses pelahiran dan kadangkala ia berlaku di akhir peringkat pertama pelahiran.

Hubungi doktor anda dengan segera apabila selaput atau 'kantung air' mula pecah atau apabila pengecutan menjadi tetap dengan selang masa 15 minit. Untuk anak pertama, doktor mungkin memberitahu anda supaya datang ke hospital apabila selang masa pengecutan rahim adalah 5 minit. Jangan risau jika anda terlewat. Peringkat pertama pelahiran biasanya mengambil masa lebih kurang 8-12 jam untuk bayi yang pertama. Secara amnya, jika anda telah mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak, tempoh proses pelahiran akan lebih pendek dari kelahiran yang pertama dahulu.

Di Hospital

Apabila sampai di hospital anda akan dihantar ke bahagian pendaftaran dan kemasukan. Jika berkesempatan, maklumat tertentu akan diminta untuk rekod anda. Jika tidak, orang yang membawa anda ke hospital akan memberi maklumat yang diperlukan. Anda akan terus dimasukkan ke wad bersalin atau bilik bersalin di mana anda perlu memakai pakaian seragam hospital. Apabila bayi 'turun' dan memasuki saluran kelahiran, anda akan terasa seperti hendak meneran/membuang air besar. Ia sebenarnya hanyalah tekanan disebabkan oleh kedudukan bayi.

Orang yang memberikan sokongan

Kebanyakan hospital membenarkan anda ditemani oleh seseorang semasa proses pelahiran (ketika sakit bersalin di dalam wad) dan kadangkala membenarkan anda ditemani sehingga ke dalam bilik bersalin. Biasanya suami yang akan menemani anda, tetapi ibu, kakak, atau pengajar kelas pendidikan kelahiran bayi yang anda hadiri boleh juga menjadi teman. Sila pastikan anda memeriksa polisi hospital dan doktor mengenai peraturan ini, kerana sesetengahnya hanya membenarkan orang yang pernah menghadiri kelas pendidikan kelahiran sahaja untuk menemani anda.

Peringatan kepada bapa

Sepanjang sesi kelas kelahiran bayi, anda dan isteri akan diajar mengenai proses kelahiran, teknik pernafasan dan cara-cara untuk menenangkan isteri ketika menghadapi saat-saat bersalin. Namun tidak ada yang benar-benar dapat menyediakan diri anda untuk menghadapi pengalaman pelahiran dan kelahiran anda yang pertama. Ingat bahawa saat ini merupakan saat yang sangat istimewa
bagi sepasang suami isteri. Walaupun anda tidak menghadiri kelas kelahiran bayi, anda mungkin tetap ingin hadir ketika kelahiran bayi anda. Jangan terkejut melihat kelakuan pasangan anda atau apa-apa yang diucapkan olehnya. Bantu pasangan anda sepanjang proses pelahiran dan kelahiran dan jangan putus asa. Dia memerlukan sokongan dan belaian anda. Ia juga merupakan peluang untuk hadir di permulaan kehidupan anak anda.

Peringkat pelahiran


Pelahiran boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Semasa peringkat pertama, pangkal rahim akan membuka seluas yang mungkin untuk membolehkan bayi melaluinya. Peringkat kedua pula bermula apabila anda menolak bayi keluar daripada rahim ke dalam saluran kelahiran dan ia berakhir apabila bayi dilahirkan. Peringkat ketiga ialah apabila uri (selepas kelahiran) dikeluarkan. Keseluruhan proses pelahiran ini mengambil masa selama 12-14 jam untuk bayi yang pertama dan lebih kurang 7 jam untuk kelahiran bayi yang seterusnya.


Peringkat Pertama:


Semasa peringkat pertama pelahiran, anda akan kerap diperiksa untuk mengetahui perkembangan bukaan pangkal rahim. Ini dilakukan melalui pemeriksaan faraj. Doktor akan mengukur bukaan pangkal rahim di dalam ukuran sentimeter. Apabila pangkal rahim membuka pada tahap maksimum iaitu 9 -10 sentimeter, bukaan adalah cukup besar untuk bayi melaluinya.


Peringkat pertama pula boleh dibahagikan kepada pelahiran awal dan pelahiran aktif:

1.

Pelahiran Awal:

Semasa proses pelahiran awal, pangkal rahim akan mengembang dari 0 hingga 3 sentimeter. Inilah ketikanya anda mengalami tanda-tanda awal kelahiran seperti kesan lendir bercampur darah, kantung air (ketuban) memecah, dan corak pengecutan yang stabil. Semasa pelahiran awal, anda akan mengalami pengecutan selama lebih kurang 30-60 saat, setiap 5 - 20 minit sekali. Pengecutan ini mungkin bermula seperti Braxton-Hicks yang telah anda alami beberapa ketika ini, dan ia biasanya seperti ombak yang kecil.

Apabila pengecutan anda berlaku setiap 5 minit untuk selama 1 jam, ia merupakan masa yang sesuai untuk menghubungi doktor anda. Melainkan beliau mencadangkan sebaliknya, atau air ketuban telah pecah, mungkin terlalu awal untuk anda pergi ke hospital. Biasanya peringkat ini mengambil masa yang agak panjang bagi kehamilan yang pertama; berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan masa yang betul-betul sesuai untuk pergi ke hospital, dengan mengambil kira jarak dankesesakan lalu lintas yang mungkin berlaku. Perasaan anda pada saat ini mungkin bertukar-tukar dari gembira kepada takut, dan mungkin juga merasa lega.


Sekarang adalah masa yang sesuai untuk merekodkan pengecutan anda; dari bermulanya satu pengecutan ke pengecutan yang berikutnya. Cuba bertenang. Walaupun anda terasa ingin mengemas seluruh rumah, cuba atasinya kerana anda memerlukan sepenuh tenaga untuk proses pelahiran. Jika di waktu malam, cuba tidur semula. Hubungi pasangan, jurulatih, atau sesiapa yang anda inginkan sebagai teman di hospital dan maklumkan apa yang sedang berlaku. Lebih baik sekiranya anda makan sajian yang ringan dalam kuantiti sedikit dan mengelakkan makanan berat bermula dari saat ini supaya saluran penghadaman anda tidak penuh dengan mekanan yang mungkin akan mengganggu proses pelahiran.

Periksa semula beg kelengkapan bersalin anda untuk memastikan anda segala yang diperlukan telah ada dan untuk menambah keperluan lain seperti snek dan minuman. Mula amalkan teknik berehat yang anda pelajari, dengan menarik nafas dalam-dalam secara perlahan-lahan.

2.

Kelahiran Aktif:

Pada peringkat ini, bukaan pangkal rahim mungkin telah berkembang sehingga 4-6 sentimeter. Anda akan mengalami pengecutan yang lebih lama, kuat, dan lebih kerap. Ia akan bermula dari selang masa 1-3 minit, selama lebih kurang 60-75 saat. Walaupun lebih kurang sama seperti pengecutan pada pelahiran awal, ia akan menjadi semakin kuat dan sakit
dengan cepat. Jururawat atau bidan mungkin akan bersama anda sepanjang proses ini. Bapa kepada bayi atau orang yang menemani anda dibenarkan menemani anda di dalam bilik bersalin jika dipersetujui oleh anda dan pihak hospital. Tumpukan perhatian untuk berehat seberapa banyak yang boleh. Semakin anda relaks, semakin kurang anda merencat pengecutan yang berlaku yang sedang bekerja keras untuk mengembangkan dan menipiskan bahagian pangkal rahim. Berjalan-jalan dan duduk dapat membantu anda.

Elakkan dari berbaring terlentang terlalu lama. Jika anda perlu berada di atas katil, pastikan anda selalu mengalihkan posisi. Tarik nafas perlahanlahan dan dalam-dalam seberapa lama yang boleh untuk menolong merehatkan anda. Untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang baik semasa proses pelahiran, doktor atau jururawat akan memeriksa denyutan jantung bayi, sama ada dengan menggunakan stetoskop atau dengan melalui pemantauan janin secara elektronik menerusi wayar yang di pasang di abdomen anda. Semasa pelahiran, proses pengecutan akan
menyebabkan anda berasa tidak selesa. Anda boleh meminta ubat untuk meredakan kesakitan ini. Doktor akan memberi ubat yang paling sesuai di samping mengambil kira keadaan anda dan bayi di dalam kandungan. Analgesik merupakan ubat yang melegakan kesakitan dan pengecutan melalui suntikan.

Peringkat Kedua

Apabila pangkal rahim telah membuka dengan cukup besar, kepala bayi akan mula melaluinya. Jika air ketuban masih belum pecah, ia akan menyebabkan pancutan cecair dari faraj.

Pada peringkat ini, bayi akan ditolak melalui pangkal rahim yang terbuka, menerusi faraj dan dilahirkan. Peringkat ini lebih singkat dari peringkat pertama, iaitu 1.5 jam untuk bayi pertama dan 30 minit atau kurang bagi anak yang seterusnya. Pengecutan ketika ini adalah dalam selang masa 2-3 minit dan berlanjutan selama 1 minit.


Semasa bayi bergerak, sedikit demi sedikit melalui saluran kelahiran, ia akan mengenakan tekanan di rektum dan menyebabkan anda seperti hendak meneran najis. Doktor dan jururawat mungkin akan meminta anda melakukan teknik pernafasan yang khusus semasa meneran. Meneran selalunya akan melegakan sedikit ketidakselesaan dan memendekkan proses pelahiran.


Namun adalah penting untuk tidak mula meneran sehinggalah doktor
mengarahkan anda untuk melakukannya. Peringkat ini akan berlanjutan sehinggalah bayi dilahirkan dan mungkin mengambil masa selama 10 minit hingga 2 jam lamanya. Anda hendaklah berada dalam kedudukan meneran yang paling selesa dan efektif. Gunakan sepenuh tenaga untuk meneran dan rehat seketika di antara proses meneran itu. Ikut arahan doktor dan jururawat. Jika perlu, episiotomi mungkin dilakukan. Di akhir peringkat ini, bayi anda akan dilahirkan.


Pada peringkat ketiga pelahiran, uri dan membran akan dikeluarkan melalui bukaan faraj. Ia biasanya berlaku dalam masa 5-30 minit selepas bayi dilahirkan

Episiotomi

Episiotomi merupakan torehan kecil yang dibuat antara bahagian faraj dan anus bagi memberikan ruang yang lebih besar untuk bayi keluar. Torehan ini akan menghalang tisu faraj daripada terkoyak dan ia hanya dilakukan apabila perlu. Beberapa jahitan akan dilakukan untuk menutupnya kembali. Jahitan ini akan diserap ke dalam kulit semasa pantang dan tidak perlu ditanggalkan. Bertanyalah doktor atau jururawat mengenai polisi untuk melakukan episiotomi. Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk mengelakkan prosedur ini.


Peralatan yang digunakan semasa bersalin

Forsep digunakan semasa bersalin hanya jika doktor merasakan tekanan pada kepala bayi perlu dikurangkan dan jika proses kelahiran bayi terbantut. Forsep hanya digunakan apabila perlu dan dalam keadaan yang tidak memudaratkan bayi .


Persediaan pelahiran

Kelas persediaan melahirkan bayi diadakan supaya anda memahami tentang kehamilan, pelahiran, dan melahirkan bayi dengan sedikit atau tanpa anestesia, ubat melegakan kesakitan, episiotomi atau apa-apa peralatan. Ibu dan bapa akan diajar teknik pernafasan dan kaedah merehatkan otot. Semasa pelahiran, teman siibu akan memastikannya berada dalam keadaan selesa, menolongnya melakukan teknik untuk pernafasan dan berehat semasa pengecutan, dan memberi sokongan serta galakan. Sesetengah wanita yang menggunakan kaedah kelahiran bayi tidak memerlukan anestetik atau ubat melegakan kesakitan semasa proses bersalin. Namun menghadiri kelas ini tidak bermakna anda tidak boleh mendapatkan ubat melegakan kesakitan atau anestetik jika anda dan doktor membuat keputusan anda memerlukannya. Jika anda berminat untuk menyertai sesi kelahiran bayi, berbincanglah denan doktor atau jururawat. Penglibatan mereka sangat perlu supaya kaedah ini menjadi lebih efektif.


Doktor anda boleh membantu mencarikan kelas atau pengajar untuk mengajarkan anda teknik kelahiran bayi. Terdapat banyak buku yang boleh digunakan untuk mempelajari teknik ini. Walaupun kaedah ini bukan untuk anda, namun anda masih boleh mendapat faedah dari kelas prenatalnya yang biasa.


Pembedahan Caesaerean

Kelahiran Caesarean atau Irisan C merupakan pembedahan di mana bayi dilahirkan menerusi insisi di bahagian abdomen dan bukan melalui faraj. Walaupun kelahiran melalui Caesarean dianggap pembedahan besar, risikonya adalah sangat kecil. Kelahiran Caesarean hanya akan dilakukan apabila kelahiran normal (melalui faraj) amat berisiko. Biasanya ia dilakukan apabila kelahiran normal akan membahayakan nyawa bayi dan ibu, jika bayi terdahulu dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, atau kerana disebabkan penyakit atau keadaan tertentu.


Bayi Songsang

Biasanya kepala bayi akan masuk ke dalam saluran kelahiran terlebih dahulu. Jarang berlaku keadaan di mana bayi memasuki saluran kelahiran dalam posisi yang berlainan. Bayi songsang adalah keadaan dimana punggung atau kaki memasuki saluran kelahiran terlebih dahulu. Ini akan menyebabkan proses pelahiran lebih lama dan lebih sukar untuk bayi, jadi anda perlu menjalani pembedahan Caesarean jika bayi berada dalam keadaan songsang. Doktor akan memaklumkan kepada anda jika bayi anda songsang dan akan memberitahu apa yang harus dilakukan.


Selepas Bersalin

Sebaik sahaja selepas bersalin, bayi dipegang dengan kepalanya lebih rendah untuk membenarkan pengaliran keluar cecair amniotik, mukus dan darah. Picagari 'bulb' yang kecil digunakan untuk menyedut mulut dan hidung bayi. Tali pusat akan dipotong, bayi akan dikeringkan, dan dibalut dengan selimut untuk memanaskannya atau diletakkan dibawah lampu pemanas atau dalam tempat tidur/buaian yang dipanaskan. Selalunya bayi akan diletakkan di atas dada sebaik sahaja dilahirkan untuk memberikan sentuhan kulit ke kulit.

Ubat mata akan dititikkan ke dalam mata bayi supaya dapat mencegah sebarang jangkitan dan gelang pengenalan akan dipakaikan pada tangan anda dan bayi sebelum keluar dari bilik bersalin. Cap jari tangan dan kaki bayi juga akan diambil.


Bilik Pemulihan

Sebelum memasuki bilik, anda akan dimasukkan ke bilik pemulihan untuk 1-2 jam. Di sini anda akan diperhatikan dengan teliti dan diperiksa dengan teliti untuk menentukan tiada pendarahan berlebihan atau perubahan tekanan darah yang luar biasa. Bapa bayi dibenarkan masuk ke dalam bilik pemulihan bersama anda. Jika tiada bilik pemulihan, anda dibenarkan tinggal di bilik bersalin untuk 1 jam berikutnya.

10 November 2010

Ada Satu Kisah - Part 6

Minah sangat tertekan sekarang. Sepertinya apa yang dirancang sangat sukar untuk menjadi kenyataan. Ada saja halangannya. Minah rasa seperti seluruh dunia begitu tega menentang niatnya untuk membina masjid, untuk kebahagiaan dirinya. Walaupun telah mendapat persetujuan daripada semua ahli keluarganya, tetapi dirasakan begitu payah sekali setiap apa yang dirancangnya untuk berjalan dengan lancar. Adakah ada lagi ujian daripada Allah SWT untuk Minah lalui?? Minah jadi letih sendiri, walaupun semangatnya masih ada. Ditambah pula dengan sikap Abu yang lebih mementingkan kerjanya. Minah dapat rasakan Abu sengaja untuk melengah-lengahkan rancangan mereka untuk bersatu. Entah apa yang Abu tunggu, Minah pun tak tahu. Tapi setiap kali bertemu, pasti Minah akan menyuarakan perkara ini, tapi tetap penuh berhemah dan berdiplomasi. Minah tidak mahu menambahkan tekanan kepada Abu, kerana Abu yang perlu membuat keputusan besar ini.

Jika Minah tertekan dengan keadaan ini, Abu lebih lagi tertekan. Abu sangat2 tidak keruan dengan apa yang dibuat selama ini. Dia ingin meneruskan niatnya menjadikan Minah sebagai isterinya yang sah, tapi biarlah dirahsiakan dulu dari pengetahuan isteri dan keluarga kedua2 pihak. Tetapi pihak sebelah Minah pula memintanya memaklumkan niatnya itu kepada semua keluarga termasuklah mendapat keizinan daripada isterinya, Tijah. Itulah yang sangat berat untuk dilakukan Abu. Abu tahu apa keputusan Tijah, tak perlu bertanya lagi, entah2 permohonannya nanti akan mencetuskan lagi perang dalam rumahtangga mereka. Itulah yang mahu dielakkan Abu.

Akhirnya Abu mendapat akal.....Abu mengajak Minah menikah diluar daerah dengan bantuan seorang kawannya. Ianya tetap melanggar undang2 syariah di negara ini, tetapi tidak memerlukan izin daripada isteri pertama. Cuma akan dikenakan denda sahaja semasa mendaftarkan perkahwinan itu nanti. Tapi apa yang penting, rukun yang wajib harus didahulukan. Minah tiada halangan dengan cadangannya itu, asalkan perkara ini diselesaikan dengan segera. Minah tak sanggup lagi untuk menunggu, apatah lagi dihadapkan dengan pelbagai pertanyaan daripada keluarganya.

Minah menyuarakan cadangan tersebut kepada ibu bapanya dan juga adik beradiknya. Minah juga menyatakan alasan2 yang difikirkan kukuh untuk menyokong tindakan mereka untuk menikah di luar daerah itu. Nampak raut kekecewaan di wajah kedua orang tua Minah. Begitu juga dengan adik beradiknya yang lain. Minah cuba untuk tidak mempedulikan reaksi tersebut...bersungguh2 dia meyakinkan keluarganya.

bersambung ...

09 November 2010

Baru betul2 merasa

Haaaaa....la ni baru betoi2 aku merasa pregnant hingga ke saat akhir. Seksa rupanyaaaaa........adooiiiii...

Bukanlah tujuan aku nak merungut...tidak sama sekali!! Malah aku sangat bersyukur tau, dapat gak rasa cemana mak aku bawak aku dulu...alhamdulillah... Cuma kat sini aku nak berkongsi ja, lagi satu nak jadikan memori tuk aku selak2 kelih2 pada masa akan datang. Orang tak mo baca pun tak pa aih....bukan kena paksa pun kan kan kannn...

Kali pertama pregnant dulu sampai 32 minggu ja...pastu dah terbersalin dulu. Jadinya pengalaman tu terhenti separuh jalan la kan. Tak sempat nak merasa baby bergerak secara berleluasa kat dalam nun....setakat kicking2 kecil yang menandakan dia ada bersama aku. Tapiiiiiii....sekarang dah masuk 35 minggu tau, kicking2 dia kat dalam tu....maakk aaiii....sangat la kuatnya, terkejut2 aku, berkerut2 muka menahan sengal, ngilu suma ada tau. Kengkadang tu ada bonjolan2 yang timbul kat kulit perut tu rasa macam nak tembus kulit perut tu tau. Dan2 aku terbayang cerita Alien...muahahaha! Kengkadang bonjolan tu timbul lamaaa...usap2 gosok2 baru dia tarik balik. Selalunya timbul kat belah tepi2 la, dekat2 ngan pinggang tu, dekat2 pusat pun selalu gak.... heeiiii ngilunyaaaa laa. Tetambah time baring mengiring tu, terkuit2 ja dia kat tepi tu, maybe tersepit kot, soh aku melentang balik bagi dia selesa. Ambooiii...kira dia punya selesa ja nooo...aku yang sesak nafas bila melentang tu tak mo kira nooo....

Sungguh....kalu baring melentang lelama, memang satgi sesak nafas la. Bantal memang sedia tinggi dah, 2 biji bantal dah. Bukan bantal biasa tau, aku amik bantal sofa yang sandar belakang tu...hehehe...kan ke besar n tebal, so ruang tidoq aku kat katil tu besaq la dari depa lagi 2 beranak tu kannn....muahahaha...

Sekarang dia bergerak tak kira masa dah....aku rasa setiap masa dah kot. Dah tu memang setiap masa aku buleh rasa dia bergerak. Memang betoi la kot, ruang kat dalam tu makin sempit, jadi gerak sikit pun dah buleh rasa dah kan. Asal diusap2 digosok2 sikit pun jadilah, dan2 tu dia bergerak menendang tak berenti....adooiii.... kadang tu sampai senget2 aku nii tau. Berjalan pun dah makin slow, panjat tangga lagi laa...tara nak sampai pintu umah tu, 2 kali gak la aku benti amik nafas. Dah la badan memang sedia besaq dah, tambah plak keadaan la ni...huuiii... Tapi still drive lagi pi balik keja. Alaa...drive je pun, duduk je pastu tekan minyak. Tak dak la rasa teruk sangat pun, cuma tiap kali nak masuk keluaq keta je lah seksa skit...hehehe. Tapi ramai gak la yang teguq pasai pa dok drive lagi, dah sarat camni pun. Aku sengih je lah, sambil jawab, ok lagi ni... Ye laa...sapa la nak jadi driver aku pulak kan, wak keja, bukannya satu hala dengan aku, keja dia bukan office hour pulak tu. Takkan aku nak melangut kat ofis sampai kul 7-8 malam kot. Abih tu sapa nak amik anak dara sorang tu pulak, nak masak makan malam lagi. Kalu tak masak pun, nak kena beli makan gak. Tak pa lah...selagi terdaya, aku buat lah...lagipun dah biasa la buat sendiri selama ni, rasa tak best pulak kena tunggu2 orang amik kita. At least buleh gak aku singgah kat mana2 bila2 aku rasa nak singgah kannn...

Hmmm...semua orang merasa camni kot kan, cuma aku ja teruja lebih sikit, maklum la pestime tuu...jadinya keciwi tu lebih la sikit...hehehe. Hangpa boring baca pun, nasib la kan....tapi kalau hangpa pun tumpang seronok tuk aku, alhamdulillah. Ye laa...aku tak dak kakak2 yang buleh berkongsi pengalaman ni...juz dengan kawan2 je lah. Over acting pun over acting laahh...ada aku kesah....huahuahuaa

Khamis ni check up di klinik kesihatan sekali ngan BSP tu. Selasa minggu depan check up di HUKM pulak...wak kata dia amik cuti, nak teman aku....hoyeee...dah lama dia tak teman aku check up. Kena pulak sehari sebelum Aidiladha...elok la cuti pun kannn. Nak bawak Khairieena gak kot, ponteng la sehari, lagipun bukan belajar dah pun skang ni. Mana la tau kot2 yang tu check up terakhir ka kannn....heeiiii.... seram sejuk la pulak aihh...

Masa drive pagi tadi....aku dok terbayang saat nak bersalin tu cemana, tetiba je teringat sekaligus terbayang arwah mak...dan2 tu airmata menitik tau. Sambil dok baca Al-Fatihah tu, dok sedu sedan la pulak. Tah apa orang keta sebelah kata kannn.....

03 November 2010

Dia datang lagi....

Adooiiii....dia datang lagiiii....tak larat la weeiiiii....

Dulu masa memula pregnant dah kena dah, 2 bulan lebih gak nak baik, ni mai pulak daaahhhh.... Harap2 tu sikit2 dah la, jangan la sampai bengang telinga lagi..tak tertanggung rasanya.

Hehehe...ni cerita pasai selsema laa....tak dak sapa yang datang aih...4-5 bulan lepas kena selsema...orang kata sebab pembawakan budak...percaya ka dak, angguk je lah...nak iya sungguh2 pun tak buleh gak, nak kata jangan percaya pun tak buleh gak....besa la orang tua2 banyak makan garam kannn

Sekarang ni takkan pembawakan budak lagi kot.....tinggal lagi sebulan ja budak ni nak keluaq. Yang ni aku kuat mengatakan...disebabkan musim la. Skang kan musim hujan, pastu panas balik, pastu hujan balik....tak menentu. Kat utara sampai dah banjir dah. Memula wak kena minggu lepas, aku dah dok rasa perit tekak dah time tu, masuk minggu ni memang dia melekat sungguh la. Tengah dok taip ni pun dah berapa kali bersin, sib baik bos dah pi meeting. Satgi dia kata aku bawak virus pulak kat dia....dia tu jenis concern gila2 ngan kesihatan....haiyaaa

Mata ngantuk sangat ni, sebab dah telan ubat selsema tadi. Sementelah bos pun tengah meeting, apa kata aku lelap barang seminit dua (read: sejam dua)....lagipun aku kan kategori OKU sekarang ni kannn.....muahahahaa...

27 October 2010

Sorang dah lepas, tinggal lagi dua...

hmmm...macam seram sejuk, gerun pun ada dah ni...huhuuu

Sebenaqnya kat ofis aku ni ada 3 orang mom to be...termasuklah aku yang already a mommy ni kan. Yang lagi 2 tu memang betoi2 mom to be la....anak sulung. Sabtu lepas sorang dah delivered dah...ceaser plak tu. Tapi Isnin dia datang jalan elok je, tunduk2 sampai bawah meja dia cari barang apa tah...haaiii...seriau sungguh kami yang tengok ni. Hubby dia tunggu kat parking, tak naik pun. Tak sempat nak interview banyak, sebab dia pun nak cepat gamaknya.

Pastu ada sorang lagi, adik ofismet aku ni, anak sulung gak...due date dekat2 raya haji nanti. Haaa...tinggal 2 minggu lebih je kan....huhuuuu...dia pun dok seriau la tu. Takpa, caiyok2 Ja ye....tak yah pikiaq sangat. Sampai masa nanti, banyak bertenang dan berdoa ok.

Hehehehe...eleehhh aku ni....dok bagi nasihat kat orang kononnya...tah2 sendiri pun tak ketahuan gak nanti. Orang ke-3 tu aku la...due date pertengahan bulan 12 mengikut kiraan dokter la kan. Mesti lagi saspen kan, ye lah orang len yang sama2 dok bawak perut suma dah lepas, tinggai la aku sorang2 dok kira hari nanti....lagi seriauuu....uwaaaaa....

Apapun semuanya tak sempat merasa cuti bersalin 90 hari...hampeh! Tak kira walau cemanapun aku nak gak rasa cuti 90 hari....rugi woooo....dah dibagi camtu takkan nak tengok orang je merasa kannn.... lagi sorang pun jadi la kan wak kannn....muahahaha

25 October 2010

Tak mau buat apa pun hari ni....buleh dak??

Muahahahaaa....

Kalau buleh la, memang tak mau buat apa satu pun hari ni, walaupun tetap mai keja macam besa. Lantaklah orang nak kata makan gaji buta pun....memang mood keja tak dak langsung hari ni....mana pi tah...

Dah gaji kan hari ni...hehehehe....ceehhh yang tu dan2 bersemangat kannn...muahahahahaa. Sebab tu la kot tak dak rasa langsung nak buat keja kan, nuu dok pikiaq nak pi lambak duit kat shopping complex mana hari ni...hahahaha. Apa2 hal pun settle utang dulu nooo, pastu baru pikiaq untuk liburkan diri, kenyangkan perut, manjakan nafsu....

Bos dah keluaq, tapi pi shah alam ja pun, sat lagi balik la tu. So, sebelum dia balik, baik aku chow dulu kan...nak pi bank2 bayaq utang, pastu buleh teruih pi shoppingggg....at least dah terisi masa aku hari ni....

Lor ishh....jahat pulak nooo buat camtu. Pedulik lah....dok melangut sini pun menambah bengap ja rasa, baik keluaq luaskan pemandangan kempiskan purse kesayangan.....

peringatan : baik2 shopping noo...gaji bulan 11 lagi seminggu lebih ja, pastu melangut smp ujung bulan 12 tau (tuk diri sendiri dan kawan2 seangkatan)

20 October 2010

Update Pregnancy Check Up

Semalam check up di HUKM setelah last check up 2 bulan yang lalu. Dalam masa tu kan aku dok check up kat klinik kesihatan je kan.

Prof tak dak semalam, jaga exam. So diganti dengan doktor biasa, pompuan...sweet, baik sangat. Cakap lembut je...macam tu la doktor, bukannya jumpa patient buat muka kelat ja. Tau la keja banyak pun, tapi dah keja hang kena mengadap orang sakit, terima la...ibadah tu, dari dapat pahala, dapat dosa pulak kang. Eh...apa yang aku berletiaq ni...hehehe

Untuk usia kandungan 32 minggu ni, scan baby...semuanya ok, under schedule. Ukuran dia, berat dia semuanya normal. Aku punya diabetes tu tak effect apa2 pada baby la.....alhamdulillah. Doktor dah siap tanya aku nak delivery cemana...nak operate jugak ke, nak try normal. Kenapa ya dia tanya camtu? Ke memang orang yang dah penah operate tak mo try normal...dokter tu la cakap. Bila aku cakap nak try normal, teruih dia kata good! Cuma jangan separuh jalan je nanti, apapun kita tengok condition time tu dulu, kita akan bantu awak. Hehehe...kannnn...nice kan. Lagi dokter tu kata, kemungkinan untuk terkoyak balik (hah?) tu sangat kurang la, sebab dah 5 tahun dah, memang elok la try normal pun. Seriau pulak dengaq camtu...huhuuu. Pastu dia kata sekarang memang kena jaga2 lebih skit memandangkan first baby dulu delivered at 32 weeks, sekarang kan dah 32 weeks jugak kan...cuma condition lebih baik dari dulu. BP ok, baby ok, diabetes masih under control, hopefully will deliver on the right time.

Lega dengaq camtu kan...aku pun harap2 sempat la sampai due date tu dan harap sangat la dapat bersalin normal. Rasa macam rugi kalau tak rasa macamana bersalin normal sebagai seorang wanita kan...hehehe...teori aku sendiri la ni, bukan sesapa kata naa.

So, appmt. seterusnya sebulan dari sekarang, yang kat klinik kesihatan pulak next week. Kat klinik tu 2 minggu sekali. Sekarang memang terasa makin berat, tendangan2 baby pun makin kuat terasa, maybe ruang makin sempit untuk dia kot, dan boleh dikatakan sangat aktif bergerak. Hari tu je kurang skit...dia rehat kot...hehehe

15 October 2010

Jadi tak??

Ini antara perbualan telefon di antara aku dengan wak baru je sat tadi....

Aku : hello...salam...
Wak : wslm...
Aku : kat mana ni?
Wak : kat ofis
Aku : makan dah?
Wak : blom lagi...tak makan apa lagi ni....
Aku : apsal tak makan2 lagi?
Wak : kejap2 lagi lah
Aku : jadi tak? (byk tanya betoi aku ni kan...)
Wak : hah...jadi apa?
Aku : laa...kan dah cakap esok nak pi bla bla bla....
Wak : ooo....ingatkan main tadi...hahahaha (aku tak terlintas lgsg ayat dia yg ni...hampeh)
Aku : hah?? hahahaha....ceehhh ingat tu je ke jadi tak jadi....
Wak : mana la tau...
Aku : alah...papa tu....yang tu selalu main-main je....nyampah (cubaan memanjakan
diri)

Wak : muahahaha....ye lah ye lah, tengok la esok cemana
Aku : hmmm....esok cuti kan....(cubaan pancing balik..)
Wak : yeee cuti....esoklah...eh malam ni laahhh....(sib baik paham!)


beribu kali pikior nak publish ke tak, nak publish ke tak.....tah hapa2 wak ni, hahaha aku pun sama gak muahahahahaaa...... besa la...kena ada rempah ratus kan, kalo tidak tak sedap...

Ada satu kisah...Part 5

Boleh dikatakan Minah agak terkesima sewaktu mendapat persetujuan daripada ibu bapanya tempoh hari. Minah mengagak dah tentu hasratnya itu akan dipersoalkan sekali lagi, tapi....mungkin berkat doa, harapan dalam solat2 sunatnya diperkenankan Allah SWT, lembut akhirnya hati ibu bapanya. Lalu dengan gembiranya dia menyampaikan berita itu kepada Abu dan disampaikan juga pesanan2 ayahnya agar Abu mengikut adat2 yang sepatutnya untuk menyunting dirinya. Kepada adik beradiknya yang lain pun dimaklumkan juga, dan dia menerima sambutan yang dingin. Itu tidaklah mengejutkan Minah, memandangkan sebelum inipun mereka memberi reaksi yang sama...menentang pilihan Minah kerana menurut mereka Minah sengaja mencari bala. Tetapi kali ini, sementelah ibu bapanya telah menyatakan persetujuan mereka, maka adik beradiknya yang lain tidak lagi membantah secara terang-terangan. Walaupun Minah tahu mereka menyokong hanya kerana menurut kata ibu bapa, Minah tak kisah. Yang penting, dia tidak membelakangkan keluarga dan hasratnya bakal direalisasikan.

Abu juga agak terkejut menerima berita persetujuan ibu bapa Minah. Ini membuatkan perasaannya tidak keruan. Ada gembira kerana mungkin impiannya untuk menyunting Minah bakal menjadi kenyataan. Ada juga rasa serba salah dan takut apabila membayangkan kemungkinan2 negatif yang bakal dia lalui nanti. Terutamanya daripada isterinya Tijah, bagaimana harus disampaikan hasratnya itu kepada Tijah atau tidak perlu disuarakan langsung?? Fikiran Abu agak berserabut ketika ini. Ada kalanya dia terfikir kenapa mesti dia menyumbat dirinya ke dalam kemelut yang tidak hanya menyusahkan dirinya, tetapi semua orang yang terlibat, termasuklah orang tua Minah. Dia bukanlah seorang yang kejam untuk sewenang-wenangnya memungkiri janji. Ini semua adalah terlajak kata semata2 dan telah menghasilkan rasa sayang yang terlarang dan menghumban dirinya ke dalam gaung berduri yang begitu tajam sedang menghiris sedikit demi sedikit setiap urat tubuhnya. Arrgghhhhh....seksanyaaa....hati Abu begitu resah sekali....

Minah agak hairan melihat penerimaan Abu....disebalik gembira, terselit juga riak bimbang di wajahnya. Minah faham dengan masalah yang bakal mereka hadapi, tetapi bukankah itu semua ujian dalam meniti kebahagiaan kelak. Minah mahu Abu menerima dan melalui dengan tenang dan bijak, bukanlah mengusutkan lagi keadaan ini. Abu semakin sibuk dengan kerjanya atau Abu sengaja menyibukkan diri bagi meringankan beban perasaannya kini. Minah membiarkan sahaja...dia tahu Abu takkan memungkiri janji yang dibuat apatah lagi setelah perkara ini telah sampai ke pengetahuan orang tuanya. Sesekali Minah mengingatkan Abu tentang perkara tersebut. Abu hanya mendiamkan diri atau memberi alasan sibuk dengan kerja dan memintanya bersabar.

Akhirnya Abu pergi juga ke rumah orang tua Minah bertemankan seorang kawannya. Tujuannya untuk menghantar tanda bagi menyunting Minah sebagaimana yang disarankan oleh ibu bapa Minah. Abu membawa sebentuk cincin dan menyerahkan kepada ibu Minah. Abu cuba sedaya upaya untuk memaniskan muka dan menunjukkan keramahan berbual dengan ibu bapa Minah. Dia sedar dia bukanlah lelaki pilihan untuk anak mereka. Ibu bapa Minah melayannya dengan baik, tetapi ayah Minah sekali lagi mengingatkan agar melakukan adat2 peminangan dan perkahwinan dengan cara yang betul. Kedatangan Abu membawa cincin tanda tersebut hanyalah sebagai permulaan, ayah Minah mahukan Abu membawa orang2 tua yang selayaknya untuk berbincang mengenai perkara tersebut sepertimana biasa orang meminang. Ayah Minah tetap dengan pendirian tersebut kerana Minah adalah anaknya dan tidak boleh diberi dengan cara yang seremeh itu, dia juga bermaruah. Abu terdiam dan berjanji akan datang sekali lagi dengan rombongan yang sepatutnya, cuma Abu tidak boleh berjanji waktunya.

Begitulah akhirnya pertemuan Abu dengan ibu bapa Minah yang membuatkan Abu semakin berserabut. Seingatnya kedatangannya itu boleh menyelesaikan segera hasratnya untuk menyunting Minah, tapi ayah Minah sangat tegas orangnya dan mahukan dia melakukan dengan cara dan adat biasa orang meminang. Inilah yang menyukarkannya....sebolehnya dia tidak mahu sesiapa pun dipihaknya tahu mengenai rancangannya untuk berkahwin kali kedua. Perkara ini betul2 menyesakkan Abu....

bersambung...