31 December 2009

Happy New Year 2010


Selamat Tinggal Tahun 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru 2010

Semoga semua impian bakal menjadi kenyataan tak kiralah bila impian itu dibina

Kita hanya merancang, Allah SWT jua menentukan...


p/s : hari ni half day, MIL datang rumah, balik nak mengemas...heheheh... mana nak cari menantu camni?

p/s: aku cuti isnin n selasa...monitor anak kat tadika isnin je, selasa adalah hari meronggeng...yeeaahaaaaa

28 December 2009

Ego


Ego...


Ego...

Ego...



Berbaloikah ego dalam diri??

Berbaloikah ego dalam hidup??

Berbaloikah ego dalam perhubungan??

Perlu sangat ke ego dalam setiap perkataan, pertuturan dan perlakuan manusia??

Benarkah ego ada tempat dan masanya yang sesuai??

Bagaimana untuk mengetahui tempat dan masa yang sesuai itu??

Kenyangkah manusia dengan sikap ego??

Menangkah seseorang dengan sikap ego??

Dan kalahkah seseorang yang mengenepikan egonya??


Arrggghhhhhhh....perlu ke kita melalui semua nii????

Berhadapan dengan ego seseorang sedangkan ego sendiri juga perlu dipertahankan??


Jalan mana harus ditelusuri tanpa ada yang tersangkut duri...??

23 December 2009

Boring tahap gaban kesatria baja hitam

tak tau nak habaq dah ni....boring sungguh2 hati ni!! keja bukan tak dak, cuma keja tu senang sangat, bila2 pun buleh buat...waarggkahakahkahkah (ada orang marah kat aku satgi).

ikut hati memang aku nak sign buku, balik umah jumpak tilam bantai teruih belayaq tak payah beli tiket. tau-tau sampai ja...pastu belayaq balik tak yah tiket jugak, tau-tau celik mata kul 6 petang. isshhhh...awat la hari ni penyegan nak mampuyuh ni???!!! maybe sebab kemarin cuti kot, dok rasa macam hari ni senin la pulak.

kalau la aku ditakdirkan jadi suri rumah sepenuh masa, tapi bergaji ribu riban tiap-tiap hari...alangkah bahagianya. mesti muka aku sentiasa berseri dan kelihatan muda remaja ja kan, sebab sentiasa tersenyum bahagia. kan ka bila sentiasa senyum tu awet muda dan dapat pahala lagi sebab bersedekah. tapi bila sorang2 tak yah la senyum pulak....

tolongggggg laaa...sesungguhnya aku sangat malaih dan mengantukkk....

haaa...tengok vcd cerita hindustan lah...mesti hilang boring aku ni...hua hua hua..best best

Kalau la dapat tidoq...

hmmmm...

apa kata kalau pagi tadi aku teruskan tidoq sampai kul 10 pagi...sure heaven gila!! pastu bila dah bangun mesti lagi malaih nak bersiap pi keja kan...teruih sms ofis bgtau hari ni cuti...hahahaha...dan ofis akan balas sms cakap 'ok' ... dan aku akan teruskan pejam mata dengan tenang (jangan pejam teruih sudah) waaarggakhakahkahkah....berangan mat jenin la!

betapa malaihnya aku nak bangun pi keja Allah saja yang tau, tetambah bila tau kebanyakan orang dok ambik cuti akhir tahun ni. huhuuu...sendiri nak cuti dah tak buleh, lagipun awai tahun bukak sekolah nak cuti 2-3 hari jugak. tak pa lah, bagilah peluang kat depa dulu kan....lagipun aku kat ofis pun goyang kaki tangan je pun, maklum la bos cuti...!! hehehehe tapi kalau aku cuti sama memang lagi baguih lah, macam-macam keja aku buleh buat kat rumah tu...antaranya tidoq, pastu bangun, pastu tidoq, pastu bangun, pastu makan, pastu tidoq, pastu bangun, pastu keluaq pi ambik anak, pastu relax2, pastu tidoq...ish ish ish...bahagia sungguh la kalau dapat camtu, tapi....realitinya tak seindah mimpi. tau-tau badan aku pun bagai dipam2, sia-sia usaha aku selama ni...hehehe

borang LNPT tak siap lagi, staf lain pun tak hantaq lagi kat aku, cemana aku nak bagi kat penilai pertama. bos pun cuti pulak, hmmm memang tak siap la sebelum bulan 1 ni...lantak hangpa lah, tugas aku kutip, bagi, kutip balik, proses n hantaq...lambat ka cepat ka, takkan tak gheti pikiaq sendiri kot, keja dah berpuluh tahun pun, takkan tiap kali nak kena tepuk pungkoq kot kan....

mmm....sedapnya bihun aku masak sendiri ni...puaih ati dapat makan yang masak sendiri dari yang beli tu. kalau rezeki baik, jumpak la yang sedap, kalau dak, telan la jugak. masak sendiri walaupun campak2 ja, sedap tak sedap belakang kira. tak sedap pun jadi sedap gak wooo... hehehe....yang penting kenyang n jimat... la la la la


nak??

p/s : hangpa perati label for this post ni, ada yg tak kena dak rasa2nya?

21 December 2009

Menyepi Seketika

Alaa...bukannya apa pun, aku pindah tempat baru lagi. Ini kali ketiga pindah tempat tau, bukan pindah ofis. Ofis tetap yang sama jugak, cuma pindah tempat sebab renovation je.


Minggu lepas pindah tempat, internet blom berfungsi, tapi depa ubah telefon dulu, mau tak mau terpaksa la aku ikut pindah jugakkan. Angkut la meja kerusi, barang2 semua, kalau tidak telefon tu menjerit la sorang2, tak dak sapa jawab.


Minggu ni ada internet dah, tapi kat tempat aku problem pulak. Ni aku pinjam tempat bos sat...hehehe. Bos aku cuti sampai akhir tahun niiii....heaven!!! Dah la tempat baru kan, jauh dari orang lain, bos pulak tak dak....memang terguling terkangkang pun orang tak tau lah. Tapi kan, orang2 ofis aku memang dengki tau...hehehehe...sat2 depa mai jenguk aku, sat2 depa mai bagi itu ini....haiii...tak dan nak bersandaq melayan perasaan aih...


Takpa, satgi aku nak soh orang cerdik pandai godek internet tempat aku pulak, dok tempat bos ni tak best aarr...dok rasa macam dia dok perati aku pulak....hua hua hua. Pasni cctv boleh online, lagi la tak boleh mengular...huhuuuu


Okeylah..nanti kita sambung lagi ok. Banyak gak cerita yang nak diceritakan...tungguuuu

08 December 2009

Wajaku itu...

Inilah keadaan keretaku dan kereta-kereta yang terlibat dalam kejadian itu...


Naza yang sihat sejahtera
Belakang Persona...sikit je kerosakan dia kan...

Tapi Wajaku yang hentam Persona yang teruk...mana taknya, 2 kali hentam tu...

Keadaan Waja dari belakang

Keadaan Iswara dari depan
Wajaku yang bersepai ituuu....
Adakah kemungkinan Waja akan berubah wajah kepada yang lain? Mana la tau keluaq dari Proton nanti tup-tup jadi Persona ka, Perdana ka....Exora pun ok gak...hihihi..... Takpun takat Camry pun jadilah kannn....
Kemungkinan tu besaq ka kecik sayang??? waarggakhakahkah...macam la wak baca blog aku ni...

07 December 2009

Depan dan Belakang...huhuuuu

03 Dis 2009, Khamis....aku first day piyed. Tapi aku gumbira terlebih skit hari tu, sebabnya piyed aku on time, tak yah tunggu2 sampai seminggu macam bulan2 yang lepas....hehehe...apa daa...bukak cerita je teruih cerita pasai piyed...tak senonoh!
Bukanlah cerita tu yang aku nak cerita sebenaqnya, tapi ada sangkut paut jugak lah. Petang balik keja hari tu, hujan lebat....so aku tunggu sampai 5.30 baru aku keluaq dari ofis. Jalan memang jammed lah, tapi ada tempat2 je yang jammed tu. Bila dah sampai kat tempat yang clear...ok la, buleh la tekan minyak lebih sikit....tapi still berhati2 sebab jalan licin kan. Sampai satu traffic light ni, tak function pulak. Dari jauh aku dah nampak keta yang sama arah dengan aku jalan je, so keta yang nak cross memang tengah berhentilah. So, aku pun tak la tekan sangat brek tu.
Dah jarak aku agak2 4 buah keta camtu , tetiba keta paling depan sekali Naza, benti mengejut. Keta belakang dia Persona, pun terpaksa brek mengejut jugak, tapi still sempat la, tak langgar lagi la bumper Naza tu walaupun dia benti tu dah jarak dalam 3-4 inci je lagi. Aku yang belakang Persona ni, dah nampak dari jauh teruih tekan brek sekuat2 hati la, siap tarik hand brek lagi tau. Tapi disebabkan keadaan hujan dan jalan yang licin, jalan pulak bukan rata je, tapi macam turun bukit tu, tayar tak dapat nak grip la kat jalan tu, teruih ja meluncur dan hentam bumper Persona tu!! Haaaa ambik kau....panik jugak! Tapi sempat lagi pikiaq, sat lagi mesti belakang keta aku pulak yang kena niii..... Tak sampai 5 saat rasanya, memang kena sungguh la. Iswara pulak hentam belakang keta aku...hehehehe...lawak2! Sekarang memang aku rasa nak tergelak je, tapi time kejadian tu, aku panik jugak. Aku baru dok korek2 handbag cari henpon, tup2 je ada la 2-3 orang tonto datang dok sua name card kat aku...ambooiiii ! Cepatnya hangpa nooo! Rezeki hangpa la kan kalau ada keta accident ni...
Aku keluaq tengok la keadaan semua keta tu....dah tentu la keta aku yang paling teruk kan, dah macam sandwich la, terkepit tengah2. Naza yang depan sekali tu, selamat, tak dak apa2 yang jadi dengan keta dia. Driver dia pompuan cina, pregnant, keluaq dengan mak dia kot, ambik payung teruih lintas jalan, pi lepak kat restoran kat situ....! Apa kejadahnya tah! Hamlau betoi la....dia punca semua ni, tapi dia gak yang selamat! Persona tu pulak plat nombor patah dan bumper dia calar sikit. Driver dia cina jugak, lelaki agak tua....dan dia sangat baik. Dia pun kata Naza tu salah. Waja pulak...aku la tu...bonet depan dah terangkat tiga suku, lampu depan pecah sebelah, pastu apa benda lagi tahlah yang pecah, macam ayam kena langgar terkeluaq isi perut tu...camtulah keadaan depan waja aku. Belakang pulak but tu kemek teruk gak...bonet terangkat. Iswara yang langgar belakang keta aku tu, bumper depan dia luruh teruih tergolek atas jalan, pastu nampak gak la isi perut depan tu, tapi tak seteruk depan keta aku yang dihentam 2 kali.
Nasib baik la wak tak outstation hari tu, aku soh wak datang la. Aku cuma jadi umbrella girl je lah tepi jalan tu....cisss jatuh saham dak rasanya?? hehehehe... Wak datang dengan keta kakak aku, dia tak bagi tonto tu tow keta aku, dia sendiri drive bawak pi balai polis. Aku ikut dengan keta kakak aku, tapi masa drive tu, aku ketaq lutut tak abih lagi, rasa tak confident sangat time tu, dah la suasana dah gelap dah...lebih kurang kul 7 lebih dah. Settle buat report semua, nak hantaq pi Proton Glenmarie, sebab tu tempat biasa yang selalu dok hantaq, lagipun ada kawan wak situ. Yang tonto2 tu pulak asyik la ngekor wak...offer macam2 la. Rimaih aku dengaq, cepat2 aku tarik wak ajak pi Proton cepat2. Pastu buleh balik rumah cepat2....dah kul 8 malam dah pun. Aku letih! Wak tak marah aku, cuma dia kan tak romantik orangnya, dan aku pulak time tu rasa macam nak dipeluk seseorang, ditenangkan seseorang, tapi wak tak buat semua tu. Agak sedih di situ....tapi cepat2 la aku sedaq diri, sebab bukannya aku tak paham perangai dia cemana, so tak guna nak sedih2 terasa ati sangat pun....redha je lah...
Sampai rumah kakak aku, naik dulu, sebab nak ambik Khairieena, kakak aku mengasuh kejap. Balik rumah, tiga2 orang lapaq semacam, wak buat roti dengan sosej, aku makan sekeping. Pastu teruih tidoq keletihan. Pukul 2 pagi, terjaga sebab Khairieena nak pi toilet, pastu teruih aku tak boleh tidoq dah. Dok terbayang2 je kejadian tu, berulang2 kat mata aku sampai la ke subuh....

Jalan-jalan tengok wayang

Ini macam sambungan dari cerita raya haji tu lah. Belah malamnya kami pi tengok wayang kat Alamanda, Putrajaya. Punya la tak tau nak tengok cerita apa, aku hentam jugak tengok Christmas Carol....macam hampeh!! Nyesai tengok cerita tu....tak best langsung! Khairieena 4 kali asyik ulang pi toilet...dia boring...aku pun boring, wak pun boring, tapi tak mo blah balik pulak....



Tapi tak pa lah, dapat gak luang masa anak beranak, bagi Khairieena main game sebelum masuk panggung tu....abih dekat RM10 gak...hehehe...mak dia pun sama naik je!
Khairieena teringin nak tengok cerita Princess and the Frog...tapi belum tayang lagi. Sebelum ni memang dia suka sebut nama dia Princess....perasan!! Budak2 memang suka kan princess2 tu, macam cerita barbie tu....pantang ada kat tv, kita tak boleh menumpang dah. Pastu dok perasan bila orang tanya nama dia, dia kata nama dia Princess Khairieena....blueekkk....hahahaha

Raya Haji

Lama dah aku menyepi...banyak benda yang terjadi....banyak benda jugak nak kena settle. Entry banyak yang tertangguh. Aku masukkan secara express je lah ye...memang kurang keinginan nak berblog sebenarnya....huaargghhhhh




Kami merayakan hari raya korban kat Pizza Hut, Bukit Tinggi, Klang....hahahah. Sebenaqnya ada urusan kat sana, pegi lepas sembahyang raya. Dah tengahari makan je lah apa yang ada kat situ. Makan sambil telefon kampung... hehehe.... tak sedih apa pun, biasa je.
Baju Khairieena time balik dah bertambah kaler lain....geram haku! Belah petang wak join acara korban kat surau. Aku dan Khairieena pun ada acara gak...kuak lentang atas katil! Tau2 wak dah bawak balik daging korban 2kg. Adooii...aku bukannya gheti sangat nak masak daging, hentam jelah, anak beranak je pun yang makan.
Abih lah sehari berhari raya korban. Khairieena suka sangat dengaq orang bertakbir tu, tiap kali ada kat tv, dia tak bagi alih dah. Bila dah abih, tetap jugak nak dengaq, explain bahasa melayu buat2 tak paham....explain bahasa singa aku baru paham...