26 November 2009

Tangkap Muat

Ni bukan program Tangkap Muat kat Astro Ria tu tau...yang ni betoi2 tangkap muat punya. Tak caya? Meh kita tengok orang cerdik pandai parking kereta....


Ini masa aku baru masuk parking, ternampak scene menarik ni, teruih snap...sorry ye tuan kereta, nasib hang la, sapa suruh buat keja b*d*h camni??


Pastu tak pasai2 kena bayaq duit denda clamp tu....waarggakhakahkah (gambar kat bawah ni setelah aku selesai menyopping tau)


Pasai pa tah...dia memang ada sebab-sebab yang munasabah ka parking camtu? Kalau nak terb*r*k sekalipun, takkan la main redah camtu ja kot. Dakpun parking la tepi-tepi dinding tu dulu. Yang tak logik lagi, lama tuuuu....aku shopping dekat 2 1/2 jam, dia tak keluaq2 lagi..... Memang la kancil muat dengan tempat susun troli tu, tapi tak agak-agak la dia ni. Bikin orang pecah perut gelak ja tengahari buta camtu. Pasai apa la dia buat keja pak pandir moden niii??

20 November 2009

Jiran aku

Haaa....lupa pulak nak cerita kan. Benda ni dah jadi sejak 2-3 minggu lepas lagi dah. Rumah aku kan apartment 5 tingkat tu, aku tingkat 2. Buleh kata tiap tingkat tu ada jiran India, bising toksah kata la, tapi ok lagi la, tak la terganggu sangat lagi. Jiran depan rumah aku pun India, asal aku keluaq nak sidai baju kat depan rumah je kan, memang dengaq tv dengan volume yang kuat dan hanya channel bahasa dia je lah. Rumah dia open concept...maksud aku selalu biaq pintu rumah terbukak la, kalau dah camtu, aku memang akan sentiasa tutup pintu la pulak....bukan la sombong, tapi sapa tahan dengan bahasa yang sendiri tak paham dan volume yang tingkat 5 pun buleh dengaq kan. Bukan kata rumah dia ja yang open concept, semua rumah India setiap tingkat tu memang camtu. Okey la...tu suma tak dak hal lah....dah lali dah pun.
Yang aku nak cerita ni bukanlah nak kutuk pasal jiran, ngumpat pasal jiran. Dalam Islam pun disuruh berbaik-baik dengan jiran. Memang selama ni baik je dengan jiran walau tak serapat mana. Aku tak cari pasal dengan depa, dan depa pun tak cari pasal dengan aku. Tapi sejak jiran tingkat 3 pindah ke situ, India jugak, memang macam-macam jadi. Anak-anaknya lah yang masalah tu....mak pak aku rasa ok je. Anak-anak dia nakal sampai tahap mencuri dan mendatangkan kerosakan harta benda orang lain!! Yang ni yang buat aku baran ni....memula wak je baran, bila dah serius camni, aku pun kena baran jugak ni...heeiiii geramnyaaaa....
Hehehe....tak cerita2 lagi kan...mesti hangpa tensen kan, gimik je lebih. Ok camni...sejak depa tu pindah situ, hanger kat ampaian aku kat depan umah tu dah makin kurang. Tak kisah lg, lagipun tak nampak sapa yang buat kan. Tup2 wak ternampak hanger yang sama kat tingkap umah penghuni baru tkt. 3 tu....hanger besar dan jugak kecik yang untuk baju budak punya tu...kaler yang sama. Sedangkan umah depa tu tak dak budak kecik, anak2 dia rasanya dah darjah 4-5 camtulah. Takpa lagi, tak teguq apa pun lagi. Pagi semalam, time wak nak pi keja, terserempak dengan anak pompuan orang tu bawak baldi nak sidai baju kat bawah, dan dalam baldi tu ada hanger yang sama tulah. Wak pun panggil budak tu, tanya dia pasal hanger tu. Dia diam tapi pastu mengaku dia yang ambik kat ampaian aku tu. Ok lah, wak kata len kali kalau nak pinjam ka apa ka mintak la dulu, pastu letak la balik situ. Ok dah abih bab tu. Wak pun tak marah sangat pasal tu lagi, ingat dah teguq camtu kira settel lah dengan harapan pasni tak jadi lagi.
Petang aku balik keja, nak bukak pintu grill, teruih ternampak wayar astro yang sambung sampai ke piring astro tu kan kat tepi pintu putus. Bila belek, putusnya tu putus yang kena potong dengan benda tajam like pisau. Dua tempat putus tau....!! Time tu pulak untie India depan umah aku tu terus datang kat aku. Aku pun tanya la sama ada dia ada nampak ka apa yang berlaku sepanjang hari tu. Dia kata dia tak nampak sebab dia bukak pintu umah pun dah pukul 11 pagi, wayar tu memang dah terpotong dah. Hmmm....dalam hati aku terpikir, takkan budak2 tu berani buat benda2 camni kot. Takpa lah....aku pun masuk umah dok diam2, tak dapat la tengok astro, so Khairieena conquer tv dengan pasang segala mak nenek cd peberet dia. Layan je lah...
Lepas Maghrib, mak budak2 tu ketuk pintu umah aku. Teruih dia bukak cerita yang anak2 dia tak potong wayar astro aku tu. Aik...aku dengan herannya, cakap kat dia balik, 'eh...saya tak tuduh sapa2 pun yang buat benda ni, saya juz tanya untie ni je'. Time tu untie depan umah aku pun ada gak. Dia tetap jugak dok kata anak2 dia tak buat, dia kata abang tkt. 3, melayu, dan memang agak rapat dengan wak, dok tanya anak dia pasal tu, sebab ternampak anak dia bawak pisau turun bawah siang tu. Bila mak dia balik keja, teruih la dia cerita kat mak dia yang orang2 kat sini tuduh dia potong wayar astro umah aku tu. Tu sebab la mak dia teruih datang umah aku kononnya nak clearkan lagi la. Aku kata ok la kalau anak you tak buat, saya pun tak boleh tuduh sesapa, sebab saya tak nampak. Dalam kepala otak aku teringat jugak nak tanya pasal hanger tu, tapi tak terkeluaq la pulak.
Tak lama pastu wak balik, aku cerita la apa yang berlaku start aku sampai umah petang tu kan. Dan baru la wak bukak cerita pasai pagi tadi yang dia teguq pasal hanger tu. Oooo....logik jugaklah kalau budak2 tu nak buat camni, sebab wak dah teguq pasai hanger tu. Nak balas dendam la tu konon....amboi banyak samseng nampak!!! Tapi tak la kami teruih pi serang umah depa kan....nampak sangat la tak sopan dan tak mesra alam. Wak pun sambungkan balik wayar tu, dan dapat la layan astro semula....hehehehe
Pagi ni pulak, wak kata dia pi umah penghuni baru tkt. 3 tu, nak tanya betoi2....hehehe baguih jugak. Sekadar bertanya je lah, termasuk pasal hanger tu. Dan tadi wak cerita kat aku, mak budak2 tu memang tetap kata anak2 dia tak buat. Bila wak tanya budak2 tu depan mak dia, lama2 budak2 tu mengaku pulak...hehehe...pasal curi hanger, curi kasut, dan jugak potong wayar astro aku. Bab curi2 tu bukan takat umah aku je kena, buleh kata setiap tingkat umah kat blok tu kena, paling banyak curi kasut la. Mak budak2 tu terkedu la kejap....tapi pastu dia mintak maaf la. Tapi kan aku rasa dia memang tau perangai anak2 dia camtu, tapi dah susah nak control kot, ye lah dia keja, siang2 anak2 dia tak dak penjaga, macam2 boleh jadi. Cumanya mesti dia ingat orang takkan tau la, sebab dia kan penghuni baru kat blok tu. Pagi tadi aku turun nak start kereta, aku perasan depa dok jenguk kot tingkap tengok aku kat bawah. Hari2 lain tak dak pulak kat tingkap tu....hehehe...glemer kejap tadi.
Apa yang boleh aku simpulkan sini, apa2 pun anak kita buat, jangan terus bersangka baik terhadap anak kita tu, kita dah tentu tau perangai anak kita cemana kan, so kalau berlaku apa2 siasat la dulu. Tak semestinya anak kita selalu betoi, orang selalu salah. Macam tu gak sebaliknya. Memang budak2 tak pandai bohong, tapi itu budak yang blom sekolah boleh diterima la tak pandai bohong. Budak yang dah kenai dunia skit....pandai je cakap bohong, lebih dari tu pun depa pandai. Sapa tak nak anak yang baik, semua orang nak anak yang baik, yang dapat jaga nama baik keluarga.
Aku sendiri pun tak tau cemana untung nasib bila anak dah besar, siang malam berdoa bagi anak jadi soleh n solehah, jangan la jadi caca marba. Kadang2 Khairieena mengadu gak kat aku kata acik (pengasuh) pukul dia hari ni. Tapi aku tanya dia balik, acik pukul sebab apa, kakak nakal ke, kakak gaduh ke, kakak kaco baby ke? Dia pun jawab, kakak buat kuda atas alesya (baby)Haaa....memang patut pun kena pukul, dah buat salah mesti la kena marah, kena pukul, len kali nak buat lagi tak? Dia jawab tak nak. Tapi pastu aku tanya balik, sakit tak? Dia sengih jawab, tak sakit punnn.... pastu kakak main kaler pulak. Hmmmm...lega dengaq camtu. Tapi rasa bersalah la jugak sebab dia buat camtu kat baby....haru la anak dara aku ni. Aku pun tak penah tanya acik tu pasai apa nak pukul anak aku. Tapi kalau bab buat baby macam tu, aku pi mintak maaf la, tanya baby cemana pulak. Seriau aih..! Tapi acik tu memang aku dah suruh dia pukul kalau nakal terlebih, buat salah, macam makpak sendiri yang ajar la kan. Setakat ni memang tak dak masalah. Aku rasa aku pukul lagi teruk dari tu kot....sampai merajuk dok dalam bakul baju ....hahaha

Huaarrrggghhhh...

Ngantok tahap gaban dah ni....dekat 18 kali dah aku menguap ni weeiiiiii. Sib baik bos dah keluaq, kalu tidak mau dia mai tolong tutup mulut aku tiap kali menguap. Ditambah pulak dengan perut yang dah kenyang....yes...hari ni dapat jugak aku makan bihun sup setelah sejak Isnin lagi aku menapak ke kantin tu semata-mata nakkan bihun sup.
Tapi.....tak tahan la weeiiii....ngantok sangat niiii...dok dalam bilik, tutup pintu pulak tu, bos pun tak dak....silap2 satgi memang aku pi baring sungguh dah kat sofa bos niiii....macam empuk enak ja aku tengok....

18 November 2009

Syok Sendiri....ahakss

Kali ni aku nak syok sendiri....buleh dak...ihikss. Lantak la hangpa nak kata apa pun, aku tengah sangap sekarang ni....tensen...tak tau tensen pasai apa...saja suka2 nak tensen kot.... Lagipun dah lama tak tepek gambaq sendiri kannnn....mana la tau saham ada lagi ka....hahaha gatai..!

cuba teka...aku tengah sms pastu ada org gatai amik gambaq aku ke atau aku yg gatai amik gambaq sendiri?

aku minggu lepas....tingin pakai tudung camni, sesuwei dak?
tp nampak lg bulat la pulak...

aku minggu lepas gak, tanpa spek....pelik dak?

aku cuma masukkan frame je, sket pun tak edit apa2, tp wak kata aku edit tang muka
huhuuu...dia tak caya muka bini dia mmg camni selama ni..? tau la aku ni tak fotogenik...sedihnyaaa...suka buat bg aku sedih makan hati ulam timun tau!!

17 November 2009

Birthday Wak

It's today!!



Happy Birthday to my hubby......



There's nothing to say....except.............




alah....dia bukan baca blog aku pun....hahahaha
takpa tiap-tiap malam Jumaat aku dah bisik kat dia dah...hgpa tak yah tau...cebok je.....
waargghhakahakahkah


*lawak je....jgn amik ati tauuu....see ya

16 November 2009

Kuih Sepit Peanut Butter - Update 2

Ada update lagi kawan-kawan....
Untuk makluman, kuih sepit peanut butter ni dapat sambutan yang sangat menggalakkan, terima kasih banyak2 la kawan-kawan yang sudi merasa then terus tolong mempromosikan pulak kat kawan-kawan yang lain.
Dan...untuk makluman jugak, kuih sepit ni yang bekas kecik tu yang berharga RM12 tu, sangat la limited. Aku memang tak ambik banyak yang kecik ni, lagipun rugi jugak beli yang kecik, sebab isinya tak sebanyak mana. Dan supplier aku tu pun kata dia nak kurangkan bekas kecik, maybe slowly kot, pastu nanti dah tak ada bekas kecik lagi dah. So, aku pun kena slowly lah kurangkan bekas kecik tu, hanya bekas besar je ada dengan harga RM25. Bagi aku untung lagi bekas besar tu, sebab isinya memang banyak, kalau bahagi dua jadikan bekas kecik tu pun berlebih banyak lagi tau.
Untuk raya haji ni, bekas kecik memang dah abih dibooking. Yang ada hanya bekas besar sahaja, itupun ada gak kawan aku order bekas kecik, tapi dah tak cukup, aku bagi yang mana ada je lah. Dia pun terpaksa tukar ambik bekas besar jugak. So, akan datang punya order, aku tak jual lagi lah bekas kecik tu ye...harap maklum ye. Tapi let say kalau akan datang tetiba supplier tu kata dia nak buat balik bekas kecik tu, akan aku war-warkan lagi kat sini ok, tapi aku rasa la kan, maybe harga naik sikit kot...biasa la barang zaman sekarang kan....
Sekian dulu dari aku pasal kuih sepit...hehehe. Nak bertanya apa2 boleh je call atau sms atau email. Haa...ada gak orang KL, Bangi, Kajang, Klang etc tanya memang tak hantar ke belah2 sana? Memang tak hantar, tapi kalau berjanji jumpa kat area2 yang aku dah sebutkan tu, boleh aje. Maybe boleh kot hantar luar area aku tu, tapi akan dikenakan delivery charge RM5 pulak ....lebih kurang je lah duit minyak sama2 keluar kannnn....hehehe... Hari tu aku tak nak la bgtau pasal delivery charge nih, ye lah sebab aku pun baru nak start biz kan, tapi kalau ada permintaan, apa salahnya aku try penuhi permintaan tu....orang kata give n take...cewaahhh
Okeh....kalau ada apa2 announcement lagi , aku bgtau ek. Terima kasih banyak2 sbb dah banyak tolong aku....

Bateri Kereta Kong Kong Kong...

Haaa....hangin sungguh la pepagi tadi. Dah la terlewat bangun, maklum la dah 2 hari bangun lewat kann...hari ni buleh terlajak pulak dalam 5-10 minit gitu. Cepat2 mandi, cepat2 siap....aku siap memang cepat, biasanya amik masa 15 minit je termasuk mandi...hehehe...yang ni wak memang puji aku, yang lain setahun sekali pun payah nak dengaq dia puji...huhuuu
Mana dengan budak kecik tu sok sibuk jugak sambil aku dok siap tu, turun bawah, start keta, dia bunyi klik klik je....haaaa...tak dak lain la niii, bateri kong kang dah!! Tu lah pakai lagi bateri kering, bila masa dia kering pun tak tau! Memang la tahan lama, pastu tak yah dok check selalu macam bateri air tu kan, tapi sekali abih, nganga kat situ. Aku panggil wak turun tengok, dia call kawan dia, dok blok sebelah je pun, nak pinjam jumper dan keta orang tu sekali. Sib baik la abang tu tak pi keja lagi. Haiii....pepagi dah kaco orang dah. Dah boleh start, teruih berdesup la aku drive datang ofis, ye lah time tu dah kul 7.35, masuk ofis kul 8.00. Jalan tak jammed sebab time budak sekolah dah lepaih. Tapi harus merah jugak satgi sebab banyak benau traffic lights. Dah la nak kena beli kuih untuk orang HQ nak datang pagi ni...kelam kabut sungguh la. Sampai ofis, nak masuk tu pun ada 2 pintu yang kena masukkan kod, aku pulak jenis tak suka gantung kad kat leher, haaa rasakan lah! Punch card...sungguh la merah, sipi sangat..8.03 pagi. Hari Isnin dah merah, cemana ni...
Tengahari satgi, kawan wak yang kat Proton tu datang tolong belikan bateri n pasangkan sekali. Tadi masa aku turun balik basement konon nak pi beli kuih tu, dah tak buleh start dah. Tensen makcik lagu ni! Dah la gaji lambat lagi, adaaa je benda yang nak kena keluaq duit time2 camni...huhuuuu
p/s: tadi Maxis bagi sms Selamat Harijadi! Apa kejadahnya hari jadi bulan 11 nih! Mamai ka Maxis nih?! Pastu sekelip mata teringat nombor yg aku pakai ni atas nama wak...ooo patut la dia wish besday, esok besday wak! Lorr elok2 aku tak ingat, dah ingat pulak. Maxis la nih, dok peringat pasai pa tah...ishhhh

13 November 2009

Back To Normal...agaknya lah...

Hehehe...aku dah agak normal sekarang dari 2-3 minggu lepas. Macam meroyan pun ada dah time tu, tapi masih waras ok, masih bergelak ketawa tak hingat, ye lah it's not me to be quiet for a day....hahaha. Biasa la kan, hidup kita ni kan macam roda, ada masa kita kat atas, ada masa kita kat bawah (jgn menlucah plak ya), ada masa kita gumbira ada masa plak kita akan bersedih tahap gaban!
Thanks to Julia, a friend of mine...sorry ye Julia nyusahkan hang dok dengaq cerita aku pulak. Dan...surprisingly sekeras-keras aku hari tu, aku cuba ikut saranan hang tu....hehehehe. Ada gak la progressnya....tp aku kena belajar untuk ikhlaskan lagi hati aku ni.... Tak tau la sampai bila....sapa tak nak berharap yang baik kan...Insya Allah
Okey...sekarang aku kena concentrate untuk misi aku before my next birthday...jeng jeng jeng. Tak nak letak harapan yang tinggi, but it's still become my first priority...cemana tu...hehehe. Doakanlah untuk aku ye kawan2....untuk apa2 saja yang baik, and hopefully this will be the real strong 'briged' between us.... Aminnnn

10 November 2009

MC

Aku MC 2 hari...10-11 hb... yeehaaaa!!!!
Tapi...adoooiiiiii laaa sakitnya...nasib la kan..hehehe
Sekarang pun rasa a little bit dizzy.... tadi masa taip sms pun semua huruf jadi kembang setaman. Bila aku bukak spek, nampak elok sket...terbalik kuang pulak.
Oklah, ada keja yang kena settle ni sementelah aku nak cuti sampai esok kan...hehehe. Sakit belakang kira, yang penting cutiiii!!! Tapi mesti boring kannn...hmmm

04 November 2009

.....

Hati aku meronta sangat2 ....tapi masih jugak aku bertahan. Ya, aku mengaku ada sedikit ego di situ dan aku rasa ego itu perlu di saat2 seperti ini.


"Ya Allah, Kau kuatkanlah iman aku, tabahkanlah hati aku ini, tunjukkanlah aku jalan yang sebenar-benarnya untuk penyelesaian kemelut ini...Sesungguhnya aku sangat lemah Ya Allah...Airmataku berjuraian di dalam hati, tak terkira banyaknya serpihan-serpihan kaca yang menusuk ke jantung ini Ya Allah. Kepada Engkaulah aku memohon kekuatan untuk mengharungi badai ini, berikanlah aku pembakar semangat dan petunjuk untuk aku bangkit dan teruskan hidup ini Ya Allah, Engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...Amin Ya Rabbal A'lamin...."

03 November 2009

Layan je lah ye...

dan lagi....


Cinta Gugur Satu Satu
Artist:
Ziana Zain

Bagaikan bulan yang gerhana
Pudar diliputi awan
Walaupun masih bercahaya
Tak dipandang mata

Mawar suci kian layu
Kelopaknya gugur satu-satu
Dan akhirnya kering dalam sepi
Bersendirian

Aku bagai hutan terbakar
Kering dan terbiar
Mengharap hujan menyirami
Rentung cinta suci

Mawar suci kian layu
Kelopaknya gugur satu-satu
Dan akhirnya kering dalam sepi
Bersendirian

Benarkah janji tak bernilai
Harta dan paras rupa
Membuat kau jadi buta
Begitu kau mentafsir cinta suci kita
Dengan mudah kau lepaskan perpisahan

Aku Sekarang...

Kengkadang terjaga tengah malam, jantung aku berdegup dengan sangat kuatnya...sampai aku terfikir inikah saat terakhir aku di dunia fana ini? Terus aku mengucap dan beristighfar panjang, dan aku takkan boleh lelap lagi hinggalah azan subuh berkumandang. (ok..ini tak dak kena mengena dgn isi entry ini ye..) Tapi itulah aku sekarang....

Aku memang peminat lagu-lagu Ziana Zain yang dulu-dulu...ada la 1-2 lagu yang aku hafal. Tapi sejak 2 menjak ni, dada aku dag dig dug dan mata aku mula berkaca dengan airmata tatkala iramanya terngiang-ngiang di telinga yang dulunya sentiasa dibibir aku...tangan dan kaki aku akan dibasahi renik-renik peluh dingin dan menggigil. Adakah sebab aku tak makan lagi dari pagi semalam? waarggakahkahkah.....gelong dah aku nih...hehehe

Berpisah Jua
Artist: Ziana Zain


Tiada manisan dalam madunya
Tiada hangat di dalam dakapnya
Biarku memujuk biarku merayu
Telah ku tabur kasih dan cinta
Telah ku sembahkan semua kelam
Masih hambar...

Apalah lagi yang engkau mahukan
Apalah lagi dayaku korbankan
Ada kehambaran cubaku elakkan
Tiada senyum aku girangkan
Segalanya hilang cubaku tahan
Berpisah jua...oh...oh...

Kerana cintaku dan kasihku
Airmataku jatuh berlinang mengalir
Kerana setia terhadapmu
Telah dibuang ketepi...

Kerana janjimu dan sumpahmu
Airmataku jatuh berlinang mengalir
Kerana itu peganganku
Telah dilupa segalanya...

Kecewa, terkilan aku
Berpisah jua...oh...oh...
Berpisah jua

Sedihkan....tapi herannya airmata aku tak jatuh2 lagi ni, keras sangatkah hati Naimah Mat Saad ni????