28 October 2009

Kuih Sepit Peanut Butter - Update


Hmmm...berkenaan kuih sepit peanut butter yang aku jual nih, ada sket pengumuman nak buat la.



Disebabkan raya haji nanti aku juz beraya kat Puchong, so this weekend aku akan balik kampung untuk ambik stok kuih sepit ni. Kalau ada sesapa yang nak order bolehlah bagitau sekarang termasuklah yang nak order untuk raya haji nanti ya. Bolehlah aku kira stok nak ambik berapa kan....takkan tiap minggu aku nak balik pulak....dah la makin nipis nii...huhuuuu... Kiranya aku balik minggu ni adalah yang terakhir sampai selepas raya haji ye...tu sebab aku nak kena tau berapa banyak yang patut aku ambik buat stok kat sini pulak.



Okeh...apa-apapun, juz calling2 la tau...kalau hangpa lambat bgtau, takut tak sempat nak raya haji dah abih pulak, sian kat hangpa pulakkan. Aku ni jenis tak sampai ati tau...awww...


Chow cin cauuu...

26 October 2009

Dia dah pandai menjawab la ni...

Khairieena sekarang ni dah pandai menjawab. Pastu setiap jawapan dia tu memang buleh kita sakit ati tau disamping nak tergelak pun ada gak....ayooo turun dari aku ka ni??


Selalu terjadi bila aku suruh dia buat sesuatu :


"Kakak....kemas la buku pensil tu, jangan sepah2 nanti terpijak, sendiri yang sakit"
"Biar la cepah2....bla bla bla" (tah apa lg tah yg dia bebelkan pulak)


atau


"Jap...caye nak buat ni dulu...bla bla bla (perkataan kejap tu memang cepat je keluaq dari mulut dia, pantang suruh apa pun, dan2 tu jawab jap...eeiii gerammmnyaaa)


"Kakak....mama kata tak elokkan cakap macam tu..."
"Memang la....tak elok...he he he" (tak sakit ati ka camtu)


"Kakak, tolong la tutup tingkap tu, panas la dalam keta ni"
"Yea laaa...caye nak makan angin je ..."


Setiap jawapan dia mesti disertakan dengan bantahan tau, walaupun kadang2 dia buat jugak apa yang aku suruh tu. Tapi banyaknya dia tak buat pun sampai kena ugut, baru la bergerak.


Dah makin besaq ni, dah pandai bercakap, dah paham apa orang cakap, aku pun jadi makin banyak bercakap tau. Dah la memang sejak azali aku memang banyak cakap, sekarang dah tambah la sebab2 untuk aku lagi banyak bercakap (termasuk menjerit skali ya).


Perkataan yang kaler merah tu memang perkataan feberet dia sekarang ni. 'Jap' tu memang otomatik turun dari wak ok. Wak kalau aku suruh or mintak tolong buat apa2, dan2 tu jawab 'kejap'...tak boleh tidak! Sakit ati kan....tak tau la orang lain, tapi aku memang bengkeekk je...

21 October 2009

Aku ingat dia ke dia ingat aku??

Mesti semua orang penah mimpi seseorang yang pernah kita kenal, penah hadir dalam hidup kita, penah bermesra, penah berkawan tak kiralah sejak kecik ke, dah sekolah ke tapi yang dah lama kita tak jumpak dia dan dah lama tak dengar berita pasal dia.
Aku selalu mimpi orang2 ni. Ada orang kata , kalau kita mimpi orang yang penah kita kenal tapi dah lama tak jumpak, tak dak khabar berita bermakna :
1. dia tengah ingat kita la.
2. kita yang ingat kat dia.
Mana satu ek?
Tapi memang aku tak penah terpikir2 terkenang2kan orang tu pun, tup-tup termimpi je. Rasanya aku pakai yang no. 1 tu lah...hehehehe. Sebab biasanya bila kita dok pikir sangat satu2 benda tu pun buleh bawak sampai termimpi jugak kan. Tapi yang ni terbalik la pulak, so bagi aku makna pun terbalikkan je lah ye...aci dak...kehkehkeh
Apa pendapat hangpa? Mesti selalu terjadi camtu gak kan....rasa-rasanya yang mana yang menepati ciri-ciri kejadian macam ni ha...?

20 October 2009

Jamuan Raya PTK SJ


Gambar2 sekitar jamuan raya PTK SJ... salah satu pejabat cawangan. Dulunya PTK SJ ni di bawah satu bumbung dan berpijak satu lantai dengan pejabat negeri. Tapi bila dah pejabat negeri dah pindah (dekat je pun), jamuan raya yang dulu2 biasanya dibuat dengan penuh kerjasama dan meriah sekali, tak dapat diulang lagi dah. So, PTK SJ ni pun buat sendirilah jamuan raya ni, lagi pulak pejabat negeri tak dapat buat atas banyak sebab la. Sedih jugak....tapi tak palah, tumpang jamuan orang pun jadilah.

Tapi...yang kelakarnya, orang lain punya jamuan, kami yang kat pejabat negeri ni yang over tau....kehkehkehkeh. Dah jadi macam nak melepas geram, pejabat sendiri tak buat jamuan, jamuan orang pun kami nak over jugak! Tak kira...siap janji pakai baju kaler sama, walaupun ada gak la yang tak dapat bagi sama, tapi tetap sporting abih...bos-bos pun sporting, pakai kaler sama gak...kembang idung kejap. Memang macam satu family, lain bapak mak asing2 lah....hehehehe


Gambar menggedik sblm melangkah ke jamuan..naik lif turun lif je pun

3rd bos tak dak baju melayu biru, tp tetap pakai baju melayu jugaks...sporting kannn

Bersama big boss, dia pun pakai kemeja biru tau...

Posing lagi...sblm makan

Baca doa tau...tengah baca sms daaa....(cover cover...) sapa la pekena aku nih...

Get set....ready...go...

Ayam tuk nasi ayam

Sate...besa leerr, mcm wajib plak kan

Rendang ayam


Spagetti...aku tak sempat, perut dah penuh

Laksa Utara...nyum..nyum...

Kuah lontong...depa kata sedap, aku tak sempat gak

Desert

Ni laksa Sarawak...aku mesti amik, peberet gak ni

Silap la...kalu tidak aku nak bg kerusi soh dia berdiri...hehehe

Penanggah ni, kalu tak dak dia, susah gak

Dah kenyang...sesi fotografi la pulak

tak ready pun redah jugak...

Bersama mommy....tempat berkongsi suka duka

Dgn. Kak Normah n Kak Haiza...kini terasa makin jauh pulak walau hakikat sgt la dekatnya

aku suka gambar ni...walaupun bukan aku...oh noooo

Serius nampak...org bergumbiralah wei...merah vs biru

ohh...tidak...jgn ganggu hidup i lagi...awww

cantikkan angle ni...ni kakak2 yg ibarat mcm ibu

Dah abih jamuan kat pejabat cawangan tu, naik pejabat lain pulak, dijemput jugak. Tapi ni pejabat orang, kena la behave sket kan, makan2 sket terus blah...heheheh.

Berbanyak2 terima kasih diucapkan kepada PTK SJ kerana menjemput kami di pejabat negeri memeriahkan suasana jamuan raya ni, terutamanya kepada bos baru hangpa kan (still 2nd boss negeri). Tahun depan buat lagi naaa.....

16 October 2009

"Miss E"

Ihiks....'Miss E'....
Tetiba ja aku teringat ini 'Miss E'....hahahaha...dan terus tersengih2 sorang2, pastu makin lebaq sengih aku tu sampai jadi gelak2 kecil...tak buleh gelak besaq sbb bos ada.
Kengkawans...ada sesapa yang teringat 'Miss E' dak? Dah berlalu lebih kurang 9 tahun, betoi dak? Gila punya keja....memang waktu gila sket, maklum la otak masih mereng2...separuh remaja separuh nak langkah dewasa. So, dok tengah2.....angin tiup kanan, senget belah kiri, angin tiup kiri senget belah kanan. Senget je tau...tak jatuh lagi...hahahaha
Rasanya roommate aku masa kat Blok L, Kampus Sri Manjung je yang tau cerita ni kot. Yang lain mesti blur2 kan....tak palah. Hampa tak yah taulah...buat malu aku ja pun. Tapi dah teringat ni, aku tulis la jugak, buat kenang-kenangan di hari tua. Cuma malu nak cerita detail2, lagipun aku tak tau 'mamat' tu dah jadi apa sekarang ni...jadi 'orang' ka, jadi 'manusia' ka...hehehe. Tapi kalau dah 9 tahun berlalu tu, yg pasti mesti dah jadi bapak orang dah kan.....
Pastu yang kurus keding, yang hover2 tu, sapa nama tah...aku lupa lah. Yang aku ingat ada sekali tu dia mai kat bilik kita (kat bawah je) ajak aku sembang, masa tu dia bawak member dia la, pastu tetiba je teruih cakap nak kat aku tu...eeeiiii !!!! Dah la waktu duduk sebelah2, buleh pulak dia cakap macam bersanding je kan. Tapi cara dia cakap tu tak serius, tah cemana tah, dia kan mamat hover yang haru biru!! Hahahaha...bila ingat balik lawak gila time tu, seingat aku baik dengan dia, layan dia sebab nak dekat dengan 'Miss E' punya!
Dah merapu banyak dah aku....okehlah. Buat yang tak paham tu, ignore je lah ye. Aku gelong sket hari ni, dok flash back zaman2 gedik pulak.
Babaiii...nak pi menjamu selera pulak ni..nyum...nyum....ada open office...

14 October 2009

MIL Bertandang Raya

Cewaahhh....macam la mak mentua aku tak penah mai umah. Tapi kali ni dok rasa macam lain macam sket...pasai pa tah.

Aku kan kena keja dah hari Rabu bersamaan raya ke-4 tu, so aku masuk ofis lambat lah, lagipun bos n semua pegawai pun cuti, tinggai 2-3 kerat je pun. Pagi tu keluaq pi kedai runcit je pun, tak pi dah aih pasar2 ni, beli bahan2 nak masak lah. Then balik umah, teruih bersilatlah aku kat dapoq. Dengan wak pun aku kerah soh tolong apa2 yang patut gak. Ha la...satgi tengahari aku nak pecut pi ofis pulak. Mak mentua aku call kata maybe depa sampai petang kot, sebab kononnya nak sama dengan time aku balik keja. So rasa lega sket la, untuk makan tengahari aku juz buat simple2 je lah untuk wak sorang ja. Aku cuma masak kari ikan tenggiri, ayam masak merah n ikan masak kicap untuk Khairieena. Sayuq aku tak goreng lagi, dah potong2 tapi aku simpan dalam peti ais dulu, tunggu petang balik keja baru nak masak untuk makan malam pulak. So dengan senang atinya aku tinggai la kat wak....aku pi keja. Alah..bukan buat keja sangat pun, aku siap pi beronggeng kat Subang Parade lagi, beli dvd Geng, buleh anak aku tengok dengan sepupu2 dia nanti.

Dalam pukui 4 lebih camtu aku call wak, soh mandikan Khairieena siap2, takut kalut satgi ramai nak pakai bilik ayaq, dah bilik ayaq satu je pun. Tau2 wak kata takut kalut apanya, family dia dah sampai dah pun kul 2 tadi. Hah?? Dan2 tu teruih kepala otak aku terpikiaq, cukup ka lauk aku masak tengahari tadi yang bajet untuk 2 orang ja tu?? Dan....wak kata memang tak cukup la, kari ikan tenggiri tu tinggai seketui lagi, ayam masak merah tu, ada 2 ketui lagi. Mana cukup nak makan malam pulak kan.

Balik keja, aku singgah pasaraya kecik kat Puchong Prima tu la pulak, beli ikan tenggiri lagi nak tambah, (sebab mak mentua aku soh beli tambah je, tak yah masak benda lain dah...lega..) beli ayam lagi. Pastu beli buah2 sket....masa beronggeng kat Subang Parade tu, aku ada beli Big Apple Donut gak...jadilah kot tu kan, makan malam je pun. Sampai umah salam2 peluk cium...tukaq baju, teruih masuk dapoq la. Adik ipaq aku, angah n hubby dan jugak acu pi Tesco dari kul 3 ptg tadi. Dia tinggai 2 orang anak2 dia kat adik ipaq no. 3, Mimi...kena mengasuh. Pastu mak mentua aku bawak budak2 tu pi main tak playground kat bawah umah aku tu, aku kerah wak la tolong aku masak. Aku cuma tambah goreng ikan masin je. Abih siap semua dekat nak maghrib dah. Angah balik dengan KFC seraga besaq!! Nah aih....depa pakat makan yang tu dulu. Lepas maghrib baru depa makan nasik pulak. Khairieena memang aku pantangkan makan dia, tak buleh makan ayam, nanti kulit dia gatal dan merah2. Tapi budak kan....takkan dia nak tengok saja orang lain makan. Abih jugak la seketui kat dia. Pas maghrib dah start merah2 muka, start bergaru merata badan dah. Isshhh...aku pun mula susah ati nih, dah la luka kat kaki dia payah nak baik sebab dia dok garu, so luka tu gaya2 nak baik, dah luka balik. Adooiii...pasrah je lah, budak2 kita larang pun, kadang2 macam suruh.

So, malam tu memang aku rasa letih sesangat...memang tidoq lena sungguh la. Bangun subuh esoknya, aku masak nasi goreng ja, sebab nasi semalam banyak lebih. Tengah dok masak tu, Khairieena bangun dok merengek2, last2 mak mentua aku yang ambik alih masak nasi goreng tu...kehkehkeh...aku cuma bancuq ayaq ja. Depa yang lain pun pakat bangun awai, sebab nak teruih balik Keratong dah. Lagipun kan aku keja, sebab tu la jugak kot depa pun nak balik awai kan....hehehe. Wak pulak kena pi keja awai, bos dia nak pi Johor, subuh lagi dah keluaq dah.

Aku masuk ofis lambat jugak, ya lah, bukan senang nak siap semua orang kan. Tak pa la, depa bukan mai selalupun. Seronok sebenaqnya bila orang mai umah kita, seronok buat makan, seronok hingaq2, lain dari rutin harian kita lah kan. Penat memang la penat, tapi rasa macam puas hati bila kita dapat sediakan yang seselesa mungkin untuk tetamu, walaupun kadang2 ada kurang cacat cela jugak, biasa la tu.... Sama la jugak kalau kita pi umah orang pun, tak buleh nak mengharap semuanya sempurna, ya dak??

So, itulah saja cerita mak mentua aku mai raya, bukan aku yang balik raya umah dia...kehkehkeh. Puncanya misunderstanding....cewah...pengalaman tu. Wak pun elok ja time tu, seropa tak dak apa yang berlaku pun. Elok la camtu, buat apa simpan lama2 kan, tak dak untung kat sapa pun. Bukan sapa2 mintak jadi salah paham camni pun....benda dah nak jadi, terima jelah. Ada hikmahnya kat mana2 dan bila2 kita tak tau....

Raya 2009 - Last Part Dah...

Gambar sahaja yee...aku malaih nak mengarang daaa...



Hari Raya ke-2, otw dari Penang balik Puchong...mula2 cergas je, pastu teruih terbaring lelap sampai ke Puchong


Berenti singgah Pizza Hut, jaga pulak...cergas balik, berlari sana sini...nak snap gambaq pun payah



Hari Raya ke-3, kat depan Segamat Inn Hotel...keadaan dalam bilik tak selera nak snap la...hehehe




Pas check out, kami teruskan perjalanan ke Temerloh, nak cari air perigi Kg. Sg. Gau, buat mandi n minum untuk Khairieena...cari punya cari, tak jumpak pun, dah petang teruih balik Puchong je lah...esoknya dah nak keja...huhuuu. Nak prepare esok MIL nak singgah umah lagi kannnn...

13 October 2009

Raya 2009 - Part 3 - Wak Bengang

Sambung lagi ye...hehehehe
Lama gila nak buleh sambung kan...busy sket la. Tak buleh nak dok ngadap komputer je...
Okeh...raya ke-2, dari Penang balik ke Puchong dulu, sampai sini dah kul 2.30 ptg, singgah pizza hut tapau makan kat umah. Pastu kemas2 sekali lagi nak balik Keratong pulak, kampung MIL aku. Bertolak dah dekat kul 6 petang. Pastu buleh pulak tak mo ikut jalan biasa exit Senawang tu, aku gatai nak jalan jauh, exit kot Tangkak....hehehehe. Tah angin apa tiup tah, wak pun ngikut saja. Best best...dapat jalan jauh, dapat la borak lama sket, dapat la bercintan cintun manja2 lebih dari biasa sket. Bukan bermakna biasanya tak bleh manja2, tapi dalam keta lain, nak elak pun tak buleh dah kan, takkan dia nak tolak aku keluaq keta kot...agak agak la kan, kang aku mati dulu sapa nak bela anak dara dia pulak...kehkehkeh...mula la merapu nih!
Tau dak entry ni aku taip takat perenggan atas tu je, pastu ni dah dekat kul 5 baru sambung balik. Tetiba ada keja lain pulak, yang tak membolehkan aku mengular...huahuahua
Sampai Tangkak dah maghrib pun, sempat lagi shopping blouse..hehehe...wak pun sempat sambaq sehelai sweater. Pastu sampai Segamat dah kul 8 lebih, singgah Petronas sbb nak terkencing sangat2 dah aku nih. Tadi masa berenti Tangkak, tak teringat nak kencing dulu. Khairieena tidoq ghalit kat belakang. Masa aku pi toilet tu, wak tepon mak dia, konon nak bagitau kami dah kat Segamat, dlm 1/2 jam lagi sampai la umah. Tepon punya tepon, tak dapat2, tepon umah try, henpon setiap org dalam umah tu pun try, suma tak buleh dapat. Last2 dapat adik ipaq aku no. 2, dia kata tak dak sapa kat umah, depa semua balik kampung Tanjung Karang petang tadi. Dia sendiri pun kat Seremban umah MIL dia. Haaaa????
Muka wak dah merah padam dah waktu tu....aku cool lagi, aku pun try gak tepon henpon MIL aku, last2 dapat. Rupanya depa dah kat Seremban, keluaq umah kul 6 petang tadi gak, nak balik kampung Tg. Karang. Depa ingatkan kami ni tak balik, stay kat Penang lagi. Haiyooooo....aku pun mengeluh gak la...ye lah penat wooo! Tapi kejap je, aku ckp takpe lah, kami bermalam lah dulu kat Segamat ni, esok kami balik Puchong baliklah. Teruih MIL aku mcm bersalah je kan, dia janji raya-4 dia nak singgah umah aku sebelum balik Keratong balik. Aku pun pujuk2 la wak, tak yah la amik hati sangat, jom la kita check in hotel mana2, rehatkan badan dulu. Takkan nak drive balik pulak kot dengan badan penat, otak tensen camni. Dia pun cool la jugak, tapi cakap sepatah2 je. Check in hotel pun aku uruskan, dia cuma angkat beg je...betoi2 punya kecik ati tu.
Sebenaqnya MIL aku buat kenduri cukur jambul cucu baru (anak adik ipaq no.2) malam raya ke-2. Of course la kami still kat Penang lagi kan, so tak dapat la nak memeriahkan suasana kenduri tu. Kami cakap kami balik macam biasa la, iaitu raya ke-2. Buleh pulak depa salah paham, yang kami tak balik lagi dari Penang disebabkan tak dapat join kenduri tu. Tu sebab la yang depa buat keputusan nak balik kampung Tg. Karang pulak tu. Padahal dah tau2 dah, tiap2 tahun raya, hari raya ke-2 memang kami akan tukaq kampung, tak kiralah kampung mana dulu pun. Aku pun kecik ati jugak sebenaqnya....tapi tak la sekecik ati wak lagi. Ye lah, dia mesti la nak raya dengan mak abah adik badek dia jugak kan. Balik2 buleh pulak tak dak sapa kat umah, mau tak bengang dia pun.
Khairieena lah paling sonok sekali dapat tidor kat hotel!! Berlari2 n melompat2 dia atas katil hotel yang keadaan biliknya agak sempit tu. Bagi aku anggap je lah kami ni sedang holiday...cuti2 Malaysia!!!
*entry ni tak dak gambaq, tak sempat nak upload...sorry yooo

06 October 2009

Raya 2009 - Part 2 - Hari Raya

sambung lah ye....
Jumaat 18/9 tu, aku n kakak aku keluaq belah petang, saja nak tengok2 apa ada kat Kepala Batas tu, round Seberang Jaya jugak, cuma tak sampai la belah pulau sana. Aku pun tak ingin ke sana, kang bukak posa dalam keta pulak kang. Sambil tu alasan buleh jugak kami teruih beli juadah berbuka nanti...hehehehe. Mak aku redha je....dia pun paham dah, kalau kami balik raya awal tu, tak semestinya dok memerap kat umah punya....mesti tak abih membeli belah...bukan aku tau, kakak aku tu.


Wak sampai kul 5 pagi hari Sabtu 19/9, dia kata jammed gila dari Rawang sampai ke Changkat Jering nun...huiii...kalau aku dah kebas kaki tangan pungkoq semua dah. Dia bertolak dari Puchong kul 11 malam sampai kul 5 pagi, selalunya 4 jam dah sampai dah. Siang tu, kami pakat masak2 untuk berbuka posa dan jugak untuk hari raya esoknya. Start masak awal tu, beh kurang kul 9 pagi. Bukan apa, buat cepat abih cepat....pastu nak keluaq shopping lagik!! Bukan aku jugak eh...kakak aku tu lah, tak abih2 lagi....apa benda yang dia nak cari tak tau la. Dia tengok bekas kuih tak matching dengan alas mejalah, dengan sarung kusyen lah. Alas meja makan tak matching dengan langsir lah....heeiiii...macam2 lah...rimaih sungguh aku. Ikut aku, bedal je lah....alaa tak matching skit2 tu, pejam mata sudah, bukan orang nak tengok sangat benda2 tu semua. Tapi tak pa, janji aku tolong tunjukkan je, asalkan dia yang bayar...kahkahkahkah.... Petang tu abang aku (no.4) yang kat Kelantan tu sampai. Lagi riuh la time bukak posa hari last tu.

Malam raya tu, agak sibuk skit. Time tu lah nak isi kuih raya, potong lemang ketupat, sebab ada orang datang bayar zakat fitrah kat ayah aku. Ayah aku jadi Amil (orang yang tolong kutip zakat fitrah). Memang seingat aku dari aku kecik2 dulu lagi, cuma dulu lagi meriah, ramai orang datang. Sekarang ni dah kurang, ye lah sekarang ni macam2 cara buleh bayar zakat fitrah kan. Wak, abang aku, abang ipar aku kat luaq dengan budak2 main mercun n bunga api. Yang si Khairieena pulak asyik ke depan, ke dapoq, jenguk ke luaq...dia takut dengan bunga api apatah lagi mercun tu. Nak tengok tapi takut. Sudahnya dia tensen tak dak kawan dalam umah, mula la merengek2. Dan kakak aku la yang melayan dia, tak kuasa aku nak ngikut kehendak dia tu. Dia memang manja dengan kakak sulung aku tu.




Pagi raya...kakak2 aku sedang menyusun kuih raya
Pagi raya, aku bangun awal untuk iron baju...hehehehe...sebelum ni mana sempat...kan sibuk! hehehe... Orang lain dah siap2 nak pegi masjid sembahyang raya, aku dok tonyoh baju lagi. Kakak aku pun tumpang sekaki soh aku iron baju dia. Then bila dah siap2 berdandan suma, orang lelaki pun dah balik dari masjid, kami tunggu ayah aku balik, kononnya nak bermaafan secara tertib la, dia balik lambat sket, orang penting masjid la katakan...hehehe. Sementara tu pegi raya kat umah jiran sebelah dulu. Bila ayah aku dah balik, kakak aku yang no. 3 dah kalut2 siap nak pi umah mak mentua dia pulak. Dekat je, selang 2 kampung je. Tah kalut2 cemana tah, dengan budak2 tu lagi, pastu mak aku pun nak ikut beraya jugak umah besan dia, kami semua bermaafan dengan mak ayah aku secara berselerak. Lawak pun ada...tu sebab la tak dak gambaq langsung time tu. Gambaq setiap family pun tak dan nak amik, sebab abang ipaq aku dah nak cepat sangat dah nak balik umah mak dia....haiyaaa...hehehehe. Haaa....lupa pulak. Sebelum pegi tu, Khairieena bersama-sama dengan sepupu2 dia (anak abg n kakak aku) telah pegi beraya hingga ke hujung kampung!! Aku sangat kagum! Sebabnya sebelum ni mana penah pegi jauh dari aku, tapi kali ni dah berani la tu. Lagi satu dah pandai berkawan pulak tu. Balik je, penuh poket baju kurung dia dengan duit syiling...hahahaha...collection pagi raya. Sepanjang pemergian kami tu, tinggal kakak sulung n ayah aku je kat umah. Dia kata ramai jugak jiran2 yang datang time tu, tak menang kaki tangan gak la dia.


Sibuk kira collection...yg duduk kat kusyen tu mak aku



Anak abg aku no.2...Hazim



3 orang je anak sedara aku, dari kiri...Ain, Hazim (anak abg aku no.4) dan kanan sekali Husna (anak kakak no. 3)


Sampul ni la yg buat budak2 excited...aku pun teruja gak...hehehehe


Wak tengah makan slps semayang raya, kat masjid pun ada buat kenduri, tp segan katanya

Manja sangat la tu...


3 sepupus

yg kecik tu anak jiran sebelah
Petang raya, family pak lang aku dari Seberang Jaya sampai. Dalam 15 minit pastu, sedara ayah aku satu family plak sampai. Aku tak ingat la...puas kakak2 aku dok peringat aku sapa depa tu, tapi ingatan aku kabur la...hehehehe (lupa daratan kah aku??) Aku buat fruit cocktail, tak dan petang dah tinggai secawan je..huhuuu... Malam tu sangat letih, penat, dah sibuk nak berkemas barang pulak, sebabnya esok pepagi dah nak balik Puchong dan petang esoknya teruih balik ke Keratong, Pahang. Khairieena dah tidoq awai lagi dah, dalam kul 9.30 camtu dia dah hanyut...letih sangat la tu. Sepupu2 dia main bising2 tepi telinga pun dah tak layan dah. Aku kalau beraya kat Penang memang tak dan nak berjalan raya ke rumah sedara mara atau kawan2 lama, sebabnya raya ke-2 wajib tukar kampung. Kalau beraya umah mentua dulu, pastu baru tukar kampung, ada la peluang aku nak beraya lama kat kampung sendiri....huhuuu

Malam raya ke-2...mercun tah apa2 yg dibeli wak n abg ipaq



Khairieena yg takut2 tapi mau...

Camtulah aktiviti raya family aku,memang tak dak apa sangat pun. Tapi dapat berkumpul adik beradik tu yang best, dengan suasana bising riuh rendah tu, bukan selalu dapat dengaq dan tengok. Dan mak aku kata....'nanti bila hangpa semua dah balik, mak macam ayam berak kapuq ja, pi dapoq sunyi, pi depan sunyi, keluaq umah pun sunyi...' sayu ja dia kata camtu. Cepat2 kami semua kata, 'mak jangan la dok pikiaq sangat, nanti naik balik darah tinggi tu. Besa la raya2 memang la riuh rendah camni....toksah pikiaq sangat la, sebulan dua mesti kami balik punyalah'
Kali ni mak aku menangeh masa aku salam n cium dia time aku nak balik pagi raya ke-2 tu....rasanya tak sampai sebelah tangan lagi kalau nak kira mak aku menangeh time aku nak balik. Walaupun aku anak bongsu dia, tapi dia jarang menangeh untuk aku (tak tau la time lain kan), sebab dia kata aku ni jenis kuat n kasar, tak yah risau lebih2....kehkehkehkeh....

* Tapi kalau abang aku yang kat Kelantan tu, (abg atas aku, no. 4) hmmm...selalu la dia menangeh bila abang aku nak balik....huh...jeles nih...

ada sambung lagi...yg ni lagi tragis...