28 September 2009

Raya 2009 - Part 1 - Kunci Rumah

Ok la raya tahun ni, walaupun disambut dengan ala kadar, tapi disebabkan tahun ni giliran raya kat Penang, aku jadi tak kesah. Asalkan dapat balik raya kat Penang, ala kadar tu dah cukup meriah sangat dah.
Aku balik hari Khamis 17/9, pagi, pagi pun tak pagi sangat la, dah kul 10.30 pagi dah kot. Hari Rabu 18/9, sebelum tu dah hantar keta kat Proton untuk servis dan jugak repair air cond. Jumaat baru wak amik. Nak jadi cerita, kunci rumah aku tertinggal dalam keta tu. So hari Khamis tu, aku siap2 pesan kat wak, jangan lupa bawak kunci rumah dia sebelum pi keja, kalau dia tinggai kat aku, berkelanalah dia tak dapat masuk umah, dan aku pun dah tentu la sampai kat Penang dah.
Aku ni pun dengan confidentnya kemas barang semua, kakak aku pun tolong bawak turun barang masukkan dalam keta dia, dan last sekali aku kluaq umah dengan menggendong beg sekolah Khairieena dan plastik kuih kot....dan teruih la aku tekan lock pintu tu dari dalam, sambil dalam hati baca doa dan berharap tak dak apa dah kot yang tertinggal memandangkan aku tak dak kunci umah. Pastu baru ja aku jejak anak tangga ke-3 nak turun ke bawah, teruih aku terperasan henbag aku masih atas sofa dalam umah!!! Dan2 tu jantung aku berdegup kuat tau, teruih aku keluaqkan henpon (sib baik dalam poket jeans aku ja), teruih tepon wak soh balik sat, tolong bukak pintu umah. Emmm....memang kena berletiaq tak dak titik la time tu. Lama jugak tunggu wak balik. Dia sampai teruih dia pass kunci tu kat aku, teruih dia pecut balik ofis balik....huhuuuu...sedihnyaaa...mesti dia marah sangat kat aku tuuuu....tak pa...
Aku pun berlari-lari anak la panjat tangga, bukak pintu umah, teruih la terpampang henbag aku dok terletak elok ja ataih sofa tu. Kalau dia ada mulut, mesti dok tersengih kat aku sambil perli2 aku yang lupakan dia, padahal dialah barang paling penting...hehehehe
Dan sekali lagi aku pastikan tak dak barang penting lain yang tertinggal, yang tak brapa penting tak pa, nanti wak balik, dia boleh tolong bawakkan. Pastu singgah umah pengasuh Khairieena, semalam tak sempat nak bermaaf2an. Pastu singgah kedai, beli ubat Khairieena, baru la betoi2 bertolak lebih kurang kul 11 pagi. Aku drive sampai Penang, sebab kalau kakak aku drive, nanti Khairieena kaco. Kalau aku yang drive, dia kaco pun tak pa lagi, aku masih boleh concentrate, kalau kakak aku, dia tak brapa cekap lagi, dia tak berani la, tetambah ada budak dok bising2, dok berjalan dalam keta ke depan ke belakang...memang mengganggu konsentrasi la kan.
Kami sampai Seberang Jaya kul 2.30 petang, singgah Masjid Seberang Jaya, sembahyang, mandikan Khairieena, tukar baju dia. Pastu jalan kat Sunway Carnival Mall, time nak balik sesat tak jumpak jalan keluaq ke parking, lupa tengok nombor kat tiang parking tu. Naik turun naik turun 14 kali...sampai kaki Khairieena melecet...sian anak mama kan. Aku pun jadi blur semacam ja, kalau tidak aku sentiasa alert dengan benda2 camni. Dah jumpak parking, teruih berdesup ke Safira Resort, kakak aku ada jemputan berbuka puasa. Sampai sana dah kul 6.30 petang, tunggu setengah jam baru buleh masuk dining hall dia. Makanan dia ok la, kami makan tak banyak pun, dok teringat nak balik umah ja, nak rehat.
On the way balik umah, hujan selebat-lebatnya. Cermin depan keta kakak aku pulak kelabu semacam ja, tak polish dengan benda apa tah tu yang bagi cermin clear bila hujan tu. Memang jenuh aku dok terjenguk2 ke depan, dah la rabun, cuma berpandukan line putih atas jalan je lah. Alhamdulillah...sampai jugak ke rumah lebih kurang kul 8.30 malam. Khairieena pun tertidoq dalam keta, letih seharian perjalanan.
Memang tak dak gambaq, aku segan la nak snap selalu depan kakak aku tu. Lagipun dok kejaq budak tu pun tak cukup kaki tangan tau. Cerita lain bersambung next part ya...

24 September 2009

Dah Kembali....

huhuuu....dah masuk ofis dah. Bukan hari ni...start semalam lagik!! Hehehehe...itulah padahnya cuti bak nyawa2 ikan emas yang gatai lompat dari balang, konon nak test power.
Memula raya kat Penang, tak banyak gambaq yang sempat disnap disebabkan oleh kesibukan yang melampau!! Hahahaha... kena la melebih sket kan, kalau tidak tak thrill la. Tapi memang bz sesangat kalau aku beraya kat Penang, lain kalau aku beraya kat kampung mentua dulu, banyak relax je....ihiks...
Apapun, gambar yang ciput tu akan diupload kemudian ya, mood masih terumbang ambing lagi. Kat ofis ada 5 orang saja, sangat la suramnya. Banyak jugak cerita gembira dan tak ketinggalan jugak kejadian2 sedih sepanjang cuti raya nih...huhuhuu
Kepada kawan2 yang masih bercuti tu, selamat bercuti lagi ya. Ingat2 la kawanmu yang sorang ni yang dah pun masuk ofis...sedihnyaaa.... Kepada kawan2 yang bertunang or berkahwin, diucapkan selamat melangkah ke alam yang lebih mencabar jiwa dan raga ok...harap sediakan benteng kesabaran setebal-tebalnya. Kepada kawan2 yang sedang memandu balik ke bandar, selamat memandu, berhati-hati di jalanraya, ingatlah yang tersayang termasuklah kucing, ikan, hamster, kura-kura atau yang sewaktu dengannya.
Aku dah start merapu....sebelum lebih melalut lagi, baik aku stop. Maklum la kat ofis tak banyak cakap....tak puaih la wei...tak dpt nak bersembang hu ha hu ha, bergosip...tak cukup korum...hehehehe
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin....sonok sangat!! (dialog upin ipin)

16 September 2009

Mungkin Hari Terakhir....

Aku dah apply cuti start esok, tapi dok plan nak datang keja jugak sampai tengahari ka, then cabut balik kampung teruih. Tapi start pagi tadi lagi hati aku tinggai brapa persen je lagi kat ofis, buleh jadi esok memang aku cuti sungguh la....hehehehe
So...memandangkan kemungkinan besar esok aku start bercuti raya (konfiden dah ni), aku nak menyusun jari (nampak ke?) memohon ampun maaf atas salah silap aku selama hangpa kenal aku ni, sama ada aku sedar atau tidak, ataupun hangpa sedar atau tidak. Aku juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan berdoa semoga semua orang selamat pergi dan balik tak kiralah kemanapun. Hati-hati wei...asal musim raya je, benda yang sama je kita dengaq kan, jadi berwaspadalah. Kampung tu tak lari kemana pun....lambat takpa, asalkan sampai!
Aku akan drive sendiri, maybe ganti2 dengan kakak aku kot, tak ketinggalan jugak, si anak dara aku tu. Wak balik Jumaat malam sabtu, sebab sabtu baru dia start cuti. Ceehhh...kalau kampung aku sanggup tu balik dulu, tinggal laki....hahahaha.... percayalah hgpa! Dak la...balik kampung aku sebab berdua dgn kakak aku, nak kemas umah mak aku pulak. Ya lah, umah mak aku sapa la ada yg selain dari mak, ayah n abg, dan dah tentu la ada 2 keta kan. Kenapa 2 keta? Sebab balik sini sok, tak sama hari pulak. Kalau balik kampung wak, mana buleh asing2, takkan aku nak naik bas kot, wak bawak keta. Mau kena tengalung ngan abah dia satgi sebab biaq menantu dia naik bas sendiri....hahahaha. Merapu daahhh....
Oklah...selamat bercuti, selamat berhari raya, selamat memandu, jaga makan nanti perut terkejut dan jangan malas2 balik keja nanti(tuk diri sendiri jugak)....
p/s : Khairieena dah pandai nyanyi lagu Balik Kampung (Sudirman). Tahun ni byk yg dia dah paham...

15 September 2009

Aksi Khairieena

Aksi-aksi Khairieena makan spagetti n sup cendawan @ Pizza Hut...



Dia saja buat aksi camni, siap soh aku, wak n kakak aku amik gambaq dia




Aksi menghirup sup cendawan...memula elok je cedok ngan sudu, bila dah suam2 kuku sup tu, terus dia angkat hirup, pastu siap goyang2 badan mcm iklan maggi tu...hehehe...hilang sopan santun anak dara aku ni

Emmmm....sedapnyaaa...hingga menjilat bibir...

Aku letak 3 sudu lebih spagetti tu, banyak jugak, sebab dalam pinggan aku pun penuh setimbun tau (lupa pulak nak amik gambaq) abih dia makan....memang betoi2 lapaq budak ni. Siang hari tak mo makan apapun, minum susu ja, dia kata, kakak poce lah. Pastu sup cendawan tu, aku sempat 2-3 sudu ja, pastu dia tarik ke depan dia, sapa tak buleh sentuh dah. Senang ati aku tengok dia berselera camtu, tak macam tahun2 yang lepas, susah betoi nak soh makan.
Baguih Pizza Hut kat situ(berdepan IOI Mall), spagetti dia banyak sangat!! Membukit! Biasanya lite2 ja kan, ini aku tengok pun dah confirm tak abih makan, buleh bahagi untuk 2 orang. So, berbuka puasa ahad lepas telah disponsor oleh kakak aku...hehehehe...tengkiu...tengkiu
p/s : itu rambut baru Khairieena, aku potong tengahari ahad lepas...sikit lagi nak tergunting telinga...!

09 September 2009

Layan gambar je lah yeee...

Antara gambar2 kat kampung Keratong, Pahang.


Adam Haikal tengah nyusu...kuat nyusu tu! Gambar satu je, yang lain terdelete...hehehe



Khairieena bersama sepupunya, Qistina. Dah pandai posing minah kecik nih. Itu baju raya yang aku belikan, teruih nak pakai...budak2 kan. Khairieena yang seksi gila tu sbb panas...panas...panas... (nyanyi ikut lagu apa tah)



Ini cara2 nak pakai bedak compact ye puan2...bukan senang tau sebab pakai dalam kereta tengah bergerak laju. Ini sebelum insiden yang brek mengejut tu.

Macam-Macam Jadi...

Macam-macam jadi kat aku seminggu dua ni...penat badan, penat otak....haiiii

Nak cerita pun tak dak mood tau....sebab sekarang ni mood dok ingat nak balik raya je. Tak lama dah pun, aku ada 6 hari bekerja je lagi, pastu aku nak cabut balik Penang dah. Tinggallah wak keseorangan kat sini sampai sabtu depan....hehehehehe. Sapa suruh tak buleh cuti, lenkali ngendeng2 la lebih2 kat bos tu, tah2 dapat cuti seminggu apa....hahahaha.

Seminggu dua ni memang macam2 jadi kat aku n family.... Minggu lepas balik Keratong, Pahang, tengok baby, amik baju raya, shopping sket kat Segamat tu. Pastu on the way balik sini, teraccident sket....tak langgar lagi la, tp yang sodih sangat tu....cermin mata aku pecah daaa.... Teruih aku tak dak mata 2 hari pastu. Selongkaq2 kat umah, sib baik terjumpak cermin mata yang lama, agak2 dalam 2-3 tahun lepas la...ok lah tu, asalkan mata aku terang, buleh nampak muka anak laki lagi, buleh drive lagi, dah lah. Pastu Khairieena pulak demam, luka kaki n bengkak. Memang seminggu aku cuti sesungguh hati la....la ni cuti pun tinggai 2 hari ja lagi. Adooiiii....panjang lagi nak sampai bulan 12 nuuuuunnn....

Cuti Nuzul Quran kononnya nak shopping kat sogo....tak jadi pun, wak tak mo pi, dia memang payah sket nak pi tempat ramai2 camtu, dia malaih nak tunggu n jadi pengasuh. Hishhh...tak palah, aku suggest pi Plaza Alam Sentral je lah, itupun sempat sambaq baju anak2 buah je dulu, baju untuk mak ayah n mak abah blom lagik. Mana daknya, tak larat nak kepong anak dara tu sorang, dia bukan ikut kita, dia ikut kaki dialah. Wak pulak, dah lama sket mula la merengek ajak balik, rimaih orang ramailah, tak larat layan anaklah, tak yah membazirlah...ada je lah alasannya. Anak dara aku pulak, bila lama sket, mulalah buat perangai...last2 tak sampai kul 2 petang dah sampai umah.

Tinggal minggu ni jelah nak shopping pun, minggu depan dah nak balik. Itu pun tak tau nak shopping kat mana dah, tah2 nanti aku shopping kat Penang je lah kot...hehehe.

Aku tengah boring nih....keja ada, tapi malaih. Maybe esok aku rajin kot, maklumlah esok hari bahagia kan. Tapi bahagia tu bahagia jugak...takut merana pulak nak sampai 22/10 nanti...huhuuu