26 August 2009

Happy Birthday to My Little Princess


Happy Birthday to you....Happy Birthday to you....Happy Birthday to Khairieena...Happy Birthday to you....

Hari ni genaplah umur Khairieena 4 tahun. Dalam masa beberapa bulan je lagi, dia dah nak ke tadika. Hari ni jugaklah genap 4 tahun setelah aku melahirkan seorang bayi yang ditunggu2 dan diusahakan selama 2 tahun berkahwin... hehehehe. Macam masih segar je lagi di mata aku pada hari ini jam 10.00 pagi aku disorong ke bilik pembedahan untuk melahirkan Khairieena, dan tepat jam 10.42 pagi, lahirlah seorang bayi perempuan ke dunia ini dengan berat 1.62 kg je. Wak sendiri pun tak percaya itu anak dia, siap buleh buat lawak lagi tanya tu anak sapa, keciknyee!! Hampeh! Wak tak masuk dalam OT tu sebabnya dia tak confident dengan diri dia...al maklum la dia mabuk darah. Dan aku pun memang tak galakkan sangat dia masuk sekali, kang doktor tak yah proses aku, dok proses dia pulak pengsan tengok isi perut aku....hahahaha

Nak dapatkan Khairieena ni pun bermacam2 dugaan aku lalui, walaupun aku tau terlalu kecil dugaan tu berbanding dengan orang lain yang lagi hebat dugaannya, tapi bagi aku yang menanggungnya...Allah saja la yang tau. Umpat keji orang...pertanyaan sinis orang...simpati orang...macam dah jadi menu aku hari2. Apatah lagi kalau balik ke kampung...adooiiiii....memang sabaq je lah yang buleh aku buat. Aku hanya menangeh dalam hati...kadang2 aku menangeh jugak sorang2 dalam bilik air. Tapi seingat aku la, memang aku jarang sangat menangeh pasal keadaan aku ni. Aku tetap berusaha, apa saja cara dan jalan yang orang cadangkan, aku akan cuba selagi terdaya. Dan akhirnya aku berjaya jugak dengan bantuan di HUKM...berbanyak terima kasih aku ucapkan kepada Prof. Zainur Rashid, Ketua Bhg. O&G...kalau tak silap aku lah.

Dan...awal tahun ni jugak baru aku tau yang sebenarnya wak telah menitiskan air mata sewaktu aku dimasukkan ke ICU sebelum melahirkan Khairieena. Hehehehehe....tak sangka ya, sebrutal2 wak tu, menitis jugak air mata dia. Nak tergelak pun ada, geli hati la....tapi yang lebihnya tak sangka la...ye lah, selama aku kenal dia ni, bukannya jenis feeling2 jiwang2. Nak ajak jalan2 kat taman bunga pun payah...dan tak penah pun. Yang buleh tau dia menitiskan air mata tu, time tu tengah tengok drama apa tah, lelaki tu menangeh isteri dia sakit. Teruih la aku tanya kat wak, penah dak menangeh kerana aku? Spontan je dia jawab penah, masa mama masuk hospital nak bersalinkan Khairieena dulu. Melopong aku sekejap....haa?? ya ka?? time bila? Dia jawab, masa dapat tau mama nak kena operate tu lah. Hahahahaha....kejam dak aku sebab pas dia cakap tu, aku bantai gelak guling2 18 kali....hahahaha. Tengah taip ni pun, aku sengih2 ni, tahan nak tergelak....

Hmmm....dah 4 tahun berlalu dah pun. Insya Allah, ada rezeki bertambahlah ahli keluarga aku. Jangan dok tanya bila nak tambah, pasai pa tak tambah lagi, merancang ka,...soklan2 tu semua sangat menyakitkan hati tau dak!! Sebagai manusia sapa yang tak nak anak, orang yang wayar longgaq sket tu je tak nak anak. Dan...sebagai manusia jugak, hanya boleh berusaha ke arah tu, bukannya buleh buat keputusan nak ada anak bila..buleh timing2 plak tu. Itu semua kerja Allah SWT la....ikut suka Dia la nak bagi bila pun....yang penting kita berdoa dan berusaha. Memang dah lumrah kot kan....tak kawen, ditanya bila nak kawen. Dah kawen, ditanya tak mengandung lagi ka, bila nak mengandung. Dah ada anak sorang, sibuk pulak tanya, bila nak tambah anak lagi. Soklan2 ni takkan berhenti sampai ke mati kot ya....esok2 bila anak dah kawen pun akan ditanya pulak, bila nak bercucu pulak ni......haiii...manusia manusia....

Pagi tadi Khairieena bangun awal, masa aku tengah bersiap nak datang keja tu, tetiba dia tanya aku... mama...mama tak belikan Selamat Hari Jadi ke? Aku macam...haaaa?? Kuat betoi ingatan budak ni, aku saja je sebut kemarin, ingatkan dia tak paham dan takkan ingat. Maksud dia tu belikan kek la...bagi dia Selamat Hari Jadi tu simboliknya dengan kek dan lilin. Asal ada kek je memang dia assume besday somebody la tu. Aku jawab, bulan posa mana ada Selamat Hari Jadi, tak boleh makan. Pastu dia jawab balik, mama beli baju je ke? Aik...dia kona tang baju la pulak...haiii

Mmm...petang nanti ingat nak beli la jugak kek kecik2 tu, sian pulak sementelah dia dah paham besday dia nih. Apapun mama papa sayang sangat Khairieena tau....till the end of time....

25 August 2009

Selamat Berpuasa 1430H / 2009

Tak terlambat lagi kot nak ucap Selamat Berpuasa 1430H / 2009 kepada semua umat Islam seluruh dunia especially kat bumi Malaysia tercinta ni. Alaa...blom seminggu pun berpuasa kan, kira awal lagi la. Aku sendiri pun blom pun start berpuasa...hehehehe
Tadi baca blog CT, (sorry lambat jenguk blog kawan2)...ada 3 kali Jumaat je lagi sebelum raya!! Ishhh....dok sangka macam panjang je lagi nak posa, ye lah, kan baru je mula posa kan, hari ni baru je hari ke-4. Bila kira macam CT kira hari tu, rasa Ya Allah....cepatnyaa!! Sungguh aih...aku sendiri pun tak beli apa satu lagi pun barang raya anak dara aku tu. Dok plan nak buat kuih raya sendiri lah....ishhh...macam malaih pun ada pulak. Minggu ni balik kampung pulak tu, tengok anak buah baru, sambil tu tujuan utama aku nak amik baju raya yang mintak tolong mak mentua aku jahitkan...hehehehe...mintak2 la dah siap. Sebabnya tahun ni raya kat Penang, sebab tu la kena amik jugak baju2 tu. Kalau raya kat umah mentua jugak, tak amik pun takpa.
Isshhh...bila ingat balik ada 3 kali Jumaat je lagi, rasa macam kelam kabut pulak aih. Bila masa nak shopping raya ni. Nak harap tunggu weekend je pun. Dah tu wak macam tak brapa nak kluaq shopping, pi pasar ramadhan tu pun dia liat. Dia kata skang tak elok pi tempat orang ramai2, takut H1N1. Betoi jugak kata dia tu....dah tu time bilanya nak shopping sayang ooii?? Dia buleh jawab apa tau...alah raya sehari je pun, yang kelam kabut siap macam2 tu pasai pa? Tak yah la membazir sangat mama ooiii...banyak lagi benda lain yang berpekdah, tu anak pun nak sekolah dah tu, pakai duit jugak....!!! Huh...kena sedas!! Aku yang tak buleh tak menjawab ni, jadi tak menjawab pulak time tu....hehehehe
Mmmm....tolong habaq mai sat tang mana kedai murah yang baju2nya cantik2 untuk budak2? Tak yah branded2 lah...memang membazir pun. Pakai setahun je, pastu masuk kotak. Haaa...marilah pergi Hari-hari...hehehehe

20 August 2009

Ting Tong

Aku baru masuk keja hari ni setelah bercuti sakit selama 3 hari. Actually demam start dari hari Jumaat minggu lepas lagi. Sabtu Ahad paling teruk....dan aku rasa untuk tahun ni, ini adalah demam yang paling teruk pernah aku alami. Haaa....aku kalau sekali demam memang teruih teruk punya.
Hari ni pun suara masih sengau n serak2 basah lagi...tekak masih bersampah, kalau buleh vakum, dah lama aku jolok bersihkan tekak aku ni. Badan masih seram sejuk, maybe sebab aircond kot. Kepala sket ting tong....serabut dengan keja jugak kot.
So, itu saja update dari aku. Banyak benda nak cerita nih, terutamanya time aku demam hari tu...uhuhuu sedihhhh....
Jagalah kesihatan anda semua ya....minum ayaq masak banyak2 tau! (cewah....sendiri yang malaih!)

12 August 2009

CSI : Miami - The Fate Of Horatio Caine


Orang kata dia hero tua...pedulik la, tp karisma buat dia ensem!

Jeng jeng jeng...ini yang aku dok tunggu berminggu2 dah ni. Walaupun sekarang ni zaman serba canggih, ada orang yang dah tengok full episodes pun yang 7th season punya, tapi aku memang tak tau apa lagi kesudahan setelah hero aku tu kena tembak...huhuuuu

Try ganti dgn pelakon lain, sure aura tak sampai kat penonton


Tengok...gaya cemanapun, karisma dia mmg tak blh blah la...
So malam ini harus berkubang depan tv, berikan sepenuh perhatian kat tv, jangan la ada gangguan dari anak dara aku tu. Wak semestinya takkan ganggu aku punya, sebab tang ni kami berkongsi minat yang sama...hehehe.


Adoiii...cair2... (tp SRK tetap yang dihati...waaa tetiba)
Balik petang ni, kemas2 dapuq apa yang patut, bagi anak dara tu makan kenyang2, sebelum tayangan kena make sure susu dia dah siap buat, tak la time org concentrate tengok tv, dia merengek2 nak susu pulak. Jenuh nak soh tunggu iklan, baru buleh bangun pi buat. Time dia paham tak pa, time dia buat tak paham....jadi macam lebah la kat tepi telinga....heeiiiii! Untuk wak pulak cukup la bancuh teh panas satu jag, tak yah buat makan apapun. Sebabnya dia takkan makan punya malam2. Kecuali waktu siang dia memang tak jamah apapun, haa...yang tu wajib kena sediakan jugak apa2.


Ingat bos blh goyang kaki je ke, buat keja la jugak...menambahkan keensemannya..aww
Ehh...melalut pasal lain pulak. Yang penting H ni....cedih la dia kena tembak tu, lama sangat tunggu sambungannya. Siap jadi script writer sendiri lagik, kata H tak mati, cedera ja, pastu dah baik, dia cari dalang kejadian tu dgn bantuan team dia. Tapi sedihnya tengok Calleigh nangeh dalam gazet tu kan...uhukkkhuuuu....

Depa ni ada apa2 ke?

We'll see tonight!

11 August 2009

Lawatan Rasmi

Lawatan rasmi mak mentua aku beberapa minggu yang lepas...cerita dah basi, tapi dah ada gambaq ni, tempek je lah yee
Sib baik la depa nak mai umah aku tu, depa dah bagitau 4-5 hari sebelum. Dapat la wak menyental mana yang patut, wak je la, aku tolong sket2 ja. Kira hari depa sampai tu rumah aku cuci calat la, mcm baru pindah rumah, habuk pun tak dak lagi, perabot suma tersusun kemas ja...hehehe
Tengok gambaq ja lah ya...aku tak dak modal nak bercerita. Gambaq tu masa aku bawak depa pi Sunway Pyramid, itupun segan nak ambik gambaq banyak2, segan la. Pastu dah tentu la gambaq aku tak dak, dah aku yang dok pegang kamera tu...huhuuu

Mil, Ani (adik ipar), n belakang dia her hubby, Lan. Yg nampak belakang tu Fil aku, segan nak soh dia posing sama...hehehe

bincang apa tu...?

Wak tengah mengasuh

Mengasuh lagi...hehehe

Time ni wak dah lari ke mana tah since budak kecik ni jumpak playground, wak pun amik kesempatan rehatkan kaki dan tangan dia...

Koi @ Moi

Waaargggakakahah......
Gelak dulu aci dak? Tak palah gelak sorang2 pun, tapi nak gelak jugak...hahahaha
Pagi tadi ofismet aku buat lawak....dengan muka kondifen nih... Memula tu aku tak tau la apa topik perbincangan depa kat pantry tu. Masa aku jengui kat situ dah keluaq topik nih...
Dia : Akak, akak tau tak koi tu apa?
Aku : Koi? Apa tu? Kui tau la. (kuih - sebutan org utara)
Dia : Laa takkan akak tak tau koi tu apa.
Aku n sorang lg member : Apa bendanya koi tu?
Dia : Takkan orang utara tak tau kot koi tu apa...kan sana yang sebut camtu kan
Aku : Ish... apa benda yang hang dok merapu niii
Dia : Alaa...bubur nasik tu...
Aku n ramai2 : Oooiii....moi la, bukannya koi. Merapu meraban la hang nih
Dia : Hah? A'ah...moi...silap laa...
Pastu pecah perut kami gelak tang tu....aku dok ingat ikan koi ka dia ni maksudkan tu. Hahahaah...lawak la pepagi nih. Muka confident ja tanya koi tu, yang muka orang lain ni dah berkerut seribu dah dok pikiaq. Apa la hang s**a*... hilang ingatan la tu. Tapi ok gak hang buat lawak di pagi2 hari macam tu....exercise muka dan suara. Kena pulak bos tak dak kat ofis kannnn.....

07 August 2009

Dah masuk ofis dah...

Macam sedih je kan bunyi tajuk tu...memang sedih gak pun, ada gak la rasa rindu tu, tapi sedih lebih dari rindu kot.
Hari ni memang kelam kabut sket, banyak keja yang ditinggalkan 3 hari lepas. Walaupun ada kerani yang cover aku, tapi tak semua benda dia buleh buat, ye lah namanya pun tolong je, yang sulit dan terperingkat tu, pastu macam filing2 pun tak buleh gak.
Bos aku pun time ni la nak mengadu macam2, pastu aku dengaq macam dia bersungut sket la masa aku tak dak tu kan, pasai pa aku pi kursus tu. Hmmm...kalau nak ikutkan memang dia tak bagi aku pi kursus tu pun, macam tak dak sapa la nak jaga dia. Cehh...macam la aku jaga dia sangat kan....wak pun berdikari tau! Tapi bukan ka dia lagi seronok kalau aku tak dak, sebab kerani yang cover aku tu comey dan dia memang suka usik2 kerani tu...hehehe...sib baik la budak tu tak layan.
Banyak benda nak hapdet, tapi busy la hari ni, lagipun mood tak berapa ada nak bercerita. Masih mood di luar ofis...esok lusa cuti pulak tu.....hahahaha
Selamat berhari minggu dan berlibur ok!
Till then...see ya!

03 August 2009

Selamat Tinggal Ofisku...

huh...dah hampir 9 tahun aku bertapa kat ofis ni. Cemuih tu toksah kata la, dah tahap dewa dah. Tapi still lagi aku jadi penunggu ofis ni, nak kata sayang sangat nak tinggal, dak jugak aih. Cuma ofis ni macam rumah ke-2 lah bagi aku, ya lah, aku mana ada ofis lain lagi dah....apa daaa... Penah dulu2 masa bujang2, aku mai ofis ni malam2, bukannya buat ot sampai malam, tapi memang dari rumah...hehehe...saja gatai waktu tu...
Rasanya dah 2 kali aku buat surat tukar, tapi tak sampai ke mana pun. Baru sampai kat Pen. Kanan (dulu la) dah kena reject. Paling tidak pun, dia simpan ja dalam laci dia tu. Abih2 sangat dia soh aku sabaq, tenangkan hati, pastu dok takutkan aku kalau2 tempat baru lagi teruk dari yang ni. Eleh...cakap je lah sayang kat aku kan....waarggakhakhakah...gelak guling2 80 kali kalau statement tu betoi...ntah2 dalam hati dia, awat la dia ni tak mintak tukaq awai dulu lagi?
So bermula esok aku akan melangkah keluar dari ofis ni tanpa rasa bersalah sket pun. Rasa macam buleh terbang bebas bak burung merpati terlepas dari sangkar...kehkehkehkeh...ya lah sangat. Tapi tu lah, yang jadi masalah sekarang ni, aku bebas takat beberapa hari je pun, pastu kena balik sini balik...sedihkan, tapi hatiku tetap gumbira walaupun sementara saja...huhuuu
Aku kena pi kursus lah...eh kena pi ka, tapi aku yang apply awai tahun hari tu...hehehe. Sib baik kursus yang tak payah menginap, buleh balik hari. Dah tu dekat sangat pulak dengan rumah aku, tu gedik2 aku nak pi jugak tu. Dah tentu2 aku buleh keluaq rumah hegeh2, bawak keta hegeh2...tapi time balik tak buleh hegeh2, kena laju2, rugi woooo...buleh sampai rumah dalam 15 minit je tu! (hegeh2 tu perkataan peberet Khairieena skrg, aku tak ajaq tau)
Kursus tu kat Putrajaya, dah tentu la dekat dengan rumah aku kannn. Pastu sorang officer yang sepatutnya kursus bersama2 aku tak jadi pulak. Dan aku dah tanya urus setia untuk digantikan dengan orang lain...dan dia cakap bulehhhh!!! Dan2 tu aku offer kat Kak Leha kan...dah lama tak berkursus dengan dia, dah lama tak beronggeng dengan dia. Sekarang ni tengah tunggu surat drpd urus setia tu untuk kak leha, kalu tidak ofis dia tak lepas la kan kalu tak dak surat.
Jeng jeng jeng.....waargggakhakahkah...gelak cam orang jahat sket, pastu siap buat mata bling2...tak sabaq nih, tak sabaq nih...
p/s : kalu sempat buleh jumpak xiana kan, aku kursus kt b7 tu, yg dulu tak sempat jumpak hg tu.... ish...sudi ka xiana jumpak aku ni...

Budus!!!

Aku tak penah buat entry luahan perasaan betoi2 pasai orang2 kat ofis aku kan. Besanya aku telan je sorang2, tapi macam melampau lah. Sebabnya dah banyak kali berlaku dengan si budus ni, dan selama dia ada di ofis ni dia memang betoi2 annoying!!!!!!
Hari ni dah la semua bos pun tak dak, tup2 aku dapat call dari sorang officer yang bercuti gak hari ni, kata orang J** call tanya sapa yang attend meeting depa pagi ni. Officer ni pun tak tau menahu pasal ni, teruih la call aku. Aku memang penah nampak surat meeting tu, dan bos aku dah minitkan kat second bos untuk hadir. Takat tu jalah aku tau, sebabnya second bos tu akan hadir sendiri ataupun dia minitkan kat pegawai dia soh hadir tidaklah aku tahu menahu. Dah satu keja pulak aku nak kena bukak bilik second bos tengok surat tu dia minit kat sapa pulak, sebab salinan surat kat aku tu juz ada minit dari bos aku ja. Dah jumpak surat tu, teruih la aku call second bos ni, tanya kot2 dia ada dalam meeting yang berkenaan kan, sebab memang dah time pun. Perbualannya beh kurang camni la...
A : En. R, pegi meeting kat J** ka pagi ni?
En.R : Taklah, saya kat pej. KL ni. Meeting apanya? Saya tak tau apapun.
A : Meeting kat J** la pagi ni, tajuk dia bla bla... Surat tu ada atas meja En. R la, bos dah minit mintak En. R hadir.
En.R : Isshh...saya tak tau, saya tak tau. Saya tak penah tengok pun surat tu. Sapa ada kat ofis?
A : Lor isshh En. R ni...semua bos pun tak dak, yang ada si budus ja dgn officer 41. (aku tak sebut la si budus kan, aku sebut nama la)
En.R : Haa....mintak dia hadir wakilkan pengarah. Lagipun ni memang di bawah bidang keja dia.
A : Ok.
En. R ni pun satu tau, buleh buat tak tau pulak tu, aku lempang senget kot. Selalu camtu, menyusahkan betoilah.
Then, aku pun pi copykan surat tu, teruih pi bagi kat si budus ni dan bagitau En. R mintak dia hadir. Lagipun pejabat J** tu level bawah dari ofis ni je pun, tak berpeluh langsung kalau pi, dapat makan free lagi ada la. Tau dak dia kata apa...camni
A : Si budus...En. R mintak ko hadir meeting ni, dah nak start ni. Kat bawah je.(ayat sebenar lebih sopan ya)
SB : Meeting apa ni? (sambil amik surat dan baca) Ooo...saya takkan hadir. (sambil buat muka kelat)
A : En. R yang arahkan. Saya sampaikan je.
SB : Saya takkan hadir, sebab saya tak tau apa2 pun pasal ni. (cewahh...mcm bos la pulakkan)
A : Betul ni takkan hadir? Tak pa la, nanti saya jawab camtu la kat bos ya. Betul ni?
SB : Ye la! (wah eksen hang nooo)
A : Ok. (aku pun blah dari tempat dia)
SB : Apsal suruh saya pulak? (bunyi lagi tu di kejauhan pun)
A : Ni bukan saya yang arahkan ya, bos yang arahkan! Tak kuasa aku nak mengarah2 orang aih!! (dengan sora yang agak kuat, ya lah takut dia tak dengaq...hehehe)
Aku balik bilik, sms kat officer yang call aku memula tadi kan, bagitau situasi tadi. Teruih dia call ofis cakap dengan aku. Memang terjadi la dialog2 yang tak sepatutnya kan...lagipun officer ni pun memang dah lama pendam je pasal perangai si budus ni. Elok abih cakap je, si budus ni masuk bilik aku, dan soh aku bagitau En. R yang dia tak mo hadir meeting tu. Alasan dia, pasal kat ofis tak dak bos, so tak dak orang nak jaga ofis, dia je yang paling tinggi pangkat untuk hari ni. Pulak...tadi alasan lain. Aku sabaq lagi, aku kata pejabat tu kat level bawah ofis kita ni je, lagipun meeting tu cuma 2 jam je, jaga ofis tak yah risau la, officer 41 kan ada tu. Dia tak mo jugak, dok soh aku call En. R jugak bagitau. Last2, aku cakap balik, kalau camtu call sendiri En. R, bagitau sendiri. Buleh plak dia cakap ok...tadi awat yang hang gatai nak soh aku call.
Angin kus-kus mana tah masuk badan dia tak tau la. Tapi bukan hari ni je, memang hari2 ada je benda yang buleh buat orang naik angin dengan dia sekoq. Memang susah sungguh kalau bercakap dengan si budus ni, apatah lagi kalau bab2 keja. Dah naik pangkat, buat la keja ikut pangkat hang tu, ni tak, lebih suka buat keja level bawah2 ni. Abih tu keja hang nak longgok kat sapa? Tang gaji mau tinggi, tang keja mau yang senang2 ja...mangkuk!!! Itu baru bab keja, tak masuk lagi bab2 sosial ni....adooiiii lagi menyampah!! Dia ja la yang lawa, dia ja la yang cantik, dia ja la yang pandai jaga badan, dia ja la yang pandai itu ini, dia ja la yang ....semua diaaa ja!! Hishh tak guna jugak jaga badan pun, sampai dah nak menopos pun tak dak orang berkenan lagi. Ada sebab la jadi camtu...lu pikirlah sendiri!! BUDUS!

Meriah tapi cam sunyi pulak...

Meriah tapi cam sunyi pulak....cemana tu??
Memula masuk basement parking bangunan ofis aku ni, aku dah usha tempat parking bos2, bukannya apa, kalau ada keta, maknanya depa ada la kat ofis. Bos aku memang cuti hari ni, tapi lagi 2 orang bos tak tau pi mana sebab parking lot depa kosong.
Naik atas punch card, ketiga2 bilik bos gelap, aik...nak senyum ka nak menten ni? Pi belek kat papan kenyataan, 3rd bos memang cuti hari ni sama ngan bos besaq. 2nd bos, tiada khabar berita. Yahooooooooo!!! Tapi mesti sebelum tengahari satgi dia jengui tu, dia tu memang payah nak cuti. Mesti dia ada kat HQ ataupun kementerian nih...besanya camtu lah. Lagipun mana buleh tiga2 cuti serentak...mau kena sembuq ngan KP nanti.
Tak pa...walaupun untuk separuh hari, biarlah kami bergumbira tanpa bos2 di ofis....bergumbira dalam erti kata dalam penuh kesopanan lagi tau. Nak lompat2, kena lompat sopan2, nak jerit pun kena jerit menggunakan ayat2 yang sopan...semuanya dalam sopan dan tertiblah. Haa..buleh bayang dak...haa...camtu la kekdahnya. Tapi kan, betoi la...macam sunyi la pulak bila bos2 tak dak, tak dak orang nak tanya itu ini buat bagi orang lain kelam kabut....hehehehe
Okey lah...aku mengundur diri dulu ya...nak berlibur barang sekejapan. Adoih, panas la pulak, awat aircond ni lambat mesra tah. Buleh dak aku baring2 atas sofa sambil pasang aircond dalam bilik bos sat? Alaaa....tak yah bukak lampu, tak dak sapa tau aih...hehehehe