31 July 2009

Gambar Family


Setiap tahun pasti akan bertambah gambar di dinding ni

Gambar family ni belah mentua aku...belah aku ada gak, tapi bukan tiap2 tahun la dan gambar tu dalam cd, aku malas nak korek daa...
Family mentua aku buleh kata tiap2 tahun time raya akan amik gambar family kat kedai. Benda ni start bila aku kawen dengan anak lelaki tunggal dia...hehehe. Best kan....bila dikumpul dan tengok balik...ada perkembangan dalam family. Bukan takat perkembangan penambahan ahli ja, perkembangan lain pun ada jugak...hihihi
Mil dan Fil aku memang sporting...bab2 bergambar ni semuapun, idea datang dari Mil aku la. Dia kata dok rumah sunyi2, buleh menatap gambar2 anak menantu cucu ni semua. Nak menatap selalu, bukannya duduk serumah kan, masing2 duduk jauh cari rezeki. Pastu sambil tengok gambar tu terbayang2 la suasana waktu tu, kekecohannya...keriuhannya...dan kebahagiaan yang terpancar di wajah masing2....isshh...syahdu syahdan la pulak...

Gambar ni aku rasa tahun pertama aku bersama family in law, sebab tu masih berdua. Adik2 ipar aku pun still single n available lagi...

Ini tahun ke-4 aku bersama family in law, tahun kedua tak dak gambar, sebabnya family in law beraya kat kampung di Tg. Karang, Selangor. Tahun ketiga pun tak dak gambar, tak tau sebab apa, maybe sbb aku baru abih pantang, baby kecik lagi kot...maybe. Time ni pun adik ipar aku yg pakai pink tu tengah preggy.

Yang ini tahun 2008...see...ahli bertambah dengan rakusnya..hehe..(buleh ka pakai perkataan tu). Adik ipar aku 2 orang kawin serentak, so dapat biras 2 orang serentak. Baby yg dalam gambar sebelum ni masih dalam perut pun, dah jengui...hehehe

Untuk tahun ni pulak, tak tau lagi ada ke tak. Adik ipar aku sorang yang baru kawin tu dalam pantang time raya ni...insya Allah. Kalau ada gambarnya, maka bertambahlah lagi satu sit dalam gambar tu nanti...cepat betoi family in law aku ni berkembang kan...

Road Tax + Insurans Kereta

31 Julai 2009...hari ni expired date untuk road tax + insurans keta aku tu...bukan keta aku, keta wak! Dan2 tu tak ngaku keta sendiri kan, padahal aku yang lebih banyak pakai keta tu, buat macam reta aku ja. Tapi bila tiba time camni, buat pa nak ngaku kan, atas geran memang sah2 nama dia...hehehehe



Hmmm...konon je lah...semalam baru je aku huluq separuh dari jumlah penuh road tax + insurans tu. Memang dah janji tiap2 tahun camtu, sorang separuh. Dah dua2 pun pakai, walaupun aku yang pakai lebih, tapi tetap kena bahagi dua jugak. Kesian jugak kat wak tu, dia pun bukannya bergaji besaq pun, banyak lagi benda lain yang aku tak amik tau, dia yang bayaq. Sib baik la insurans tu tiap2 tahun ada kurangnya....lega sket, kurang la jugak aku huluq kann...


Jadi...hari ni adalah hari terakhir...nak peridupnya sekejap je pun, tapi masa je yang mencemburui untuk dipercepatkan...hahahaha. Mintak2 la hari wak ni sempat pi pejabat pos, pastu pi pejabat Kurnia Insurans...maklum la dia bukan buleh sesuka hati nak mengular kan, tak macam aku ni (point?) hehehe...tapi aku tak mo pi buatkan, sebab aku tak gheti, dan aku tak mo gheti, nanti aku jugak yang susah pada masa akan datang. Mana aci...bagi akukan, kita orang pompuan ni tak buleh pandai semua benda, esok2 hubby tau kita tau buat, so dia senang je nak lepas tangan tau....last2 kita yang jadi laki nanti....hehehe...macam teruk je bunyi teori aku ni, tapi betoi la. Dah terbukti pun, walaupun ada kebaikannya, ada jugak keburukannya bila dah pandai drive..betoi dak? Dah tak berapa buleh nak manja2 mintak dihantar dijemput kemana2...dah hilang nikmat tu tau, kecuali bila keadaan betoi2 terdesak. Tapi jarang la dapat keadaan yang betoi2 terdesak tu...uhuhuuu

Hari ni bos tak dak, tinggal second bos je, alah yang tu bisa diatur. Dalam kepala otak dok pikiaq2 ni, tengahari nanti nak stay dalam ofis main game ka, nak merayap tah...keputusan blom dapat lagi...bergantung pada mood nanti...tungguuuuuu...k4? giant? tesco? pkns? sunway pyramid? ofis???

29 July 2009

Berkubang di rumah

Haa laa...aku+wak+khairieena berkubang di rumah sampai berlubang lantai dan sofa kat rumah tu! hahaha...dari hari ahad lagi tau, kami 3 beranak berkubang dalam rumah, tak keluaq ke manapun. Kalau tidak hari ahad la yang gedik sangat nak keluaq ke sana sini...tak dak tujuan pun, redah jugak, dalam keta baru pikiaq nak pi mana. Tapi ahad yang lepas, buleh je pun tak keluaq ke mana, idup lagi pun kalau tak merayap perabih duit kan....hehehehe... Kalau tidak petang2 sabtu ahad, abih2 sangat la kan, keluaq jugak pi playground tu, bagi Khairieena main2 kat situ sambil kami dua orang main badminton. Tapi....sabtu ahad yang lepas ni, memang sesungguhnya tak keluaq ke mana pun. Aku lagi la...kat pintu depan kat ampaian tu pun aku tak jejak tau....haaa...kagum dak...kagum dak? Kalau tak kagum pun, kira hampa tersengeh gak la kan...hahaha.
Petang ahad wak kena pi Johor, sebab bos dia ada keja urgent kat sana, pastu isnin teruih meeting kat sana. Meaning to say wak kena stay sana la sampai isnin. Nak jadi cerita pulak, pepagi subuh adam hari isnin tu, pengasuh Khairieena tepon yang dia kena balik kampung ada sedara dia meninggal. Dan otomatiklah aku tak payah mandi siap2 nak pi keja kan...hehehehe. Kesimpulannya aku pun tarik balik selimut dan teruih paksa mata aku tidoq balik, walaupun tadi dah segar bugar dah. Isnin satu hari, pun tak keluaq ke mana jugak, berkubang dalam rumah jugak dua2 beranak. Aku masak apa yang ada je la, alah...sapa la sangat nak makan kan. Khairieena makan nasik dengan kicap je pun, aku pun buleh gak makan gitu, tapi nak ada lauk, aku masak la sardin. Sedap woooo....walaupun lauk ringkas gila. Makan panas2, jenguk peti ais ada lagi sambal belacan dengan timun hari sabtu lepas, lagi terangkat! Pastu layan Khairieena melukis, mewarna, menconteng, mengeja...adooiii...kering tekak tau. Sebabnya bukan dia yang belajaq, asyik aku ja kena buat semua tu. Pastu dah tak larat nak melarang dia itu ini, aku tengok je lah dia sepah2kan barang2 dia...sungguh...aku tengok ja, tak berkudrat dah nak bersora. Bukan dia heran pun, dia kemas la 5 minit, pastu sepah balik...lantak hang laa
Selasa pun pengasuh dia masih kat kampung lagi, ingatkan hari ni turn wak la pulak jaga anak kat umah kan. Cuti aku pun ciput dah ni, nak raya lagi nanti. Kononnya dia balik Isnin, sampai ke pagi Selasa tu pun, tak jengui2 lagi. Jawabnya memang kena cuti lagi la aku ni. Takut jugak bos kata aku tuang keja kan....dah la sebelum ni banyak jugak cuti, mc la. Ya lah, tak sebab diri sendiri, sebab anak tak sihat la, dak pun macam ni lah...pengasuh tak dak. Jadinya, berkubang lagi sehari. Kali ni aku masak maggi goreng ja untuk makan tengahari. Khairieena memang suka mee dan sejenis dengannya, senang keja aku kan. Malam aku buat cekodok pisang...kenyang jugak.
Rabu..hari ni la. Kalau wak tak balik lagi pagi tadi, memang aku nak ngamuk gak la. Sib baik dia jengui jugak kul 8 pagi tadi. Itupun dah kul 8, dah tentu2 merah punch card aku. Arrgghh...tak kira! hari ni aku nak pi keja jugak, kepala otak aku dah terbayang2 timbunan kertas atas meja dan jugak muka dan suara sinis kat ofis nanti...hehehe...tak semua camtu, ada la 2-3 kerat camtu.
Thanks to Diana...cover aku untuk 2 hari ni. Sib baik bos aku tak kaco dia sangat, maklum la bujang n comey plak tu...sedap mata memandang, tu sebab tak sampai ati nak soh buat keja banyak kot....hehehe...lawak je tau Diana.
* aku tengah menjeles tahap gaban ni, sebab sorang member aku dapat jumpa Dato' SRK secara live...uwaaaaaaaaaa...aku takat jumpa dalam mimpi je pun..uhuhuuu

22 July 2009

Seharian di kampung

Kat Hentian Bkt. Gantang....langut tgk air terjun buatan

Termenung sendirian...cewahh



Punya la susah nak amik gambaq...tak statik betoi la budak2 kan. Budak lelaki tu nama Hafiz, anak teman sepermainan aku time kecik2 dulu. Suka la Khairieena dapat kawan...tp tak nak kongsi mainan...apa daa


Tolong papa cuci keta....tolong la konon... pastu dua2 beranak basah kuyup. Lantak hampalah, tak kaco aku sudah...hehehe

Rumah mak ayah aku...kat belakang tu sawah bendang. Pagi2 sejuk je mata memandang, petang2 plak angin sepoi2 bahasa tiup kat pipi ni...nyaman je. Teringat zaman sekolah dulu, siap dok tepi bendang sambil karang puisi lah, tulis surat lah, menangeh lah, berckp sorang2 pun ada...ihiks...itu part jiwang la. Tapi bila tiba part brutal, time bendang kering tu, time tulah aku lari sampai kat tengah bendang tu, pastu jerit panggil mak aku...melilau org tua tu cari aku. Tak dak nak sopan2 dah time tu. Ayah aku selalu menjala ikan time org dah menuai tu, byk ikan darat...sedap wooo! Kadang2 petang abang aku kait kelapa muda, pastu pakat minum ramai2, kakak (kak teh) aku pulak kupas mempelam, buat sambal cecah..pergghh..berpeluh2. Masa tu la nak beramas mesra dgn. anak2 jiran yg. sebaya aku, sebaya kakak aku. Ishh...best sgt time tu. Langsung tak dak masalah dlm pala otak, cuma pikiaq psl nak belajaq ja...alaa apa la sgt kan. Aku sgt2 merindui detik dan ketika itu....uhuhuuu

Jalan masuk ke rumah. Yg sebelah tu pokok apa tah, cempedak ke nangka tah...aku lupa la mak aku habaq hari tu. Baru je tanam. Dulu jalan masuk ke rumah tu, kiri kanan macam parit la, dan jalan tu pun kecik je pun. Berdepan dgn jalan tu dulu rumah tok aku (belah ayah) bersebelahan dgn umah aku tu la. Pastu ada sebatang pokok mempelam siam...sedap woo buah pelam tu. Dah ditebang dah atas faktor tua dan byk virus menyerang pokok tu. Rumah tok aku pun skang dah tak dak dah...Tok aku meninggal pada hari ke-3 lps aku kawen, tak lama pastu rumah tu pun dirobohkan. Sedih, sbb dulu dgn tok aku ni la aku selalu bergurau senda, makan sireh sama2, berkelai dgn dia (alaa berkelai manja), dpt byk petua dari dia, selalu kena marah dgn dia...hehehe. Betoi la kan...bila org tu dah tak dak dgn kita, baru la kita terkenang2kan dia. Ermm...dahlah, buat sedih je.

Berbalik cerita parit tadi... paling best time hujan lebat tak benti2...1 hari cukup la...air dari parit tepi tu akan naik ke jalan siap dengan ikan2 sekali! Aku rasa ikan dlm bendang tu sesat kot, sebab air parit tu mengalir sampai ke bendang. Huuiii....best tangkap ikan dgn tangan...konon terer la. Tapi aku asyik terlepaih ja, sebabnya aku geli nak pegang betoi2, licin dan berlendir kan...eeiii.. Abg aku terer la. Dan tak terkecuali jugaklah lintah2 yg sebesaq ibu jari kaki tu...uwaaa....aku masih terbayang lagi dia melekat kat atas kaki aku. Time tu aku main air tu sorang2 je, konon layan blues la, sekali tengok bawah lintah tu dah melekat kat kaki aku. Aku tak tau la dah brapa lama dia dok hirup darah aku. Apa lagi...menjerit2 la aku time tu...hehehe...mak aku mai tolong buangkan. Pastu kena berletiaq seround pasal main air parit tengah hujan renyai2 tu.

Mmm...kalau teringat balik kenangan zaman kanak2, zaman sekolah semuanya indah belaka. Walaupun time tu kita rasa tu la kenangan paling pahit dalam idup, tp bila ingat time skrang ni, tak dak la pahit manapun...la ni lagi mencabar wooo... Apapun itulah dinamakan kenangan, kalau tak dak kenangan dulu, manakan tercipta kenangan untuk masa akan datang pulak...citt podahh...bermadah2 pulak...hehehehe....

Oklah...cukuplah cerita untuk hari ni ye murid2...cikgu dah lenguh jari la dok ketuk keyboard ni. Sian jugak kat keyboard ni, keja tak benti2 dari pagi lagi. Kang tercabut plak hurup dia satu2...jenuh nak ganti. Nanti balik rumah jangan lupa siapkan keja rumah yg cikgu bagi tu ye...iaitu cari idea2 menarik untuk hapdet blog masing2 tau..ini wajib. Kalau esok cikgu tengok tak berhapdet jugak, cikgu tak nak melawat lagi blog orang tu! Ingat tu...! Bye...Assalamualaikum semua.

20 July 2009

Tagg - If You...

1. If you can be an animal, what will u be?
~kucing...sebab aku suka kucing. tp tak dak keja, dah jadi orang elok2, pasai pa nak jadi binatang pulak...
2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?
~buat2 terjumpa duit tu, then report polis...mana la tau kot dpt reward pulak kan...so halal la duit tu...hahahaha...merapu
3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?
~nak berenang kat Laut Mati...dah tentu takkan tenggelam...warggakhakahakah

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?
~tak teringin nak mkn sgt dah kot...bykkan buat pahala la...tu sbb la manusia tak bleh tau bila nak mati
5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?
~tak sampai tahap tu lagi kot....meluat2 tu meluat jugak, tp blom cecah tahap tu lagi...mintak simpang la

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your
choice? why?
~more than 24 hours may be.... idop smp 100 thn, tp dah tak bleh buat apa lg...tak guna jugak!
7. If you can date celebrities, who is that person? why?
~Shah Rukh Khan...warggakahkah...hampa nak kutuk pun kutuklah, tp mmg aku minat sgt kat dia....smp masuk mimpi wooo...

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?
~1 je...tak bleh byk ke? kalu 1 je, aku tak buleh pilih la...hahaha...gila tamak...

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why
~Ct, Xiana, Julia, Kak Miera, Ja, Kak Leha, Kak Linda...n sesapa la yg terasa nak jawab. Sebabnya...ish tak bersebab lah...saja suka2 tak bulah ka??
Haiyaa....ini macam punya tag pun ada, semua nak tau sebab...tak larat pikiaqlah!

Putu Mayam

Putu Mayam sedang dikukus
Haaa...ni la putu mayam yang aku cakap sangat sedap tu!!

Melayu yang buat tau...pak aji lagi. Aku segan la nak snap gambaq pak aji tu, takut dia pun segan gak kan. Tapi dia dan anak2 dia yang dok tolong tu, memang buat muka pelik sket la bila tengok aku dok snap gambaq tu....hehehehe...macam pelancong pulak, padahal anak jati situ jugak.
Gambaq dan cerita ni dah basi la sbb ni masa aku balik kampung awal bulan hari tu. Kami singgah beli putu mayam ni on the way nak balik KL dah. Ni memang aktiviti wajib...beli putu mayam kat Pekan Penaga, sbb kat tempat lain aku tak jumpak sesedap ni. Tak tau la tempat yang aku tak penah pi lagi, pun ada macam ni kan...kira baguih la. Kami beli 4 bungkus.... wakakaka...tamak kan. Setiap bungkus tu ada 5 keping putu mayam, harga sebungkus RM2.00 je. Haaa...amik kau...makan sampai kluaq balik...hahahaha.


Kami makan kat Hentian Rehat Bukit Gantang...uuii..heaven wa cakap lu! Lembut sangat, memang menikmati betoi la time tu. Sorang sebungkus...abih licin! Khairieena pun tak sempat rasa....hahahahaha. Tak lah...dia tak mo pun...dia makan megi goreng...sedap gak, dan aku jugak yang tolong abihkan...tak baik membazir.


Sangat menyelerakan...nyum..nyum..

Sampai umah, petang tu aku panaskan...makan lagi! Kalau la ada jual kat sini, memang hari2 aku bedal yang ni je la kot gamaknya. Ringkas dan mengenyangkan! Hmmm....bukan selalu wei nak dapat makan putu mayam camni, bila aku balik kampung je pun. Tak sabaqnya tunggu raya pulak...tahun ni turn raya kat Penang....yeehaaa yariba yaribaaa....

17 July 2009

HP

Sejak 2 minggu lepas aku membz survey handphone...al maklum la henpon Nokia 6500 slide (cewah...bgtau, sbb ni yg 1st aku pakai canggih sket, aku tau org tak heran pun, tp aku nak bgtau jugak...pedulik la...hahahaha) tu kan ke penah terjun dari tingkat 2 apartment umah aku tu. Speaker dah kiok, kalau bercakap aku terus tekan loud speaker je, kalau tak...org belah sana cakap, aku tak ketahuan biji buah apa yg dia cakap.

Tak la survey kaw2 pun, aku bukannya nak beli yang canggih manggih sangat, rugi je pun, sebabnya aku dalam kategori buta gak bab features2 dalam henpon nih...ngaku ni...haaa tak tipu! Cina juai henpon tu punya la sua kat aku macam2 jenis henpon...dalam hati aku gelak2 dah ni, cina ni ingat aku nak beli mahai2 ka...aku nak trade in, then amik lebih kurang rega trade in tu ja, kalau kena tambah pun, aku dah bajet takkan lebih dari RM200. Then bila dia sua henpon ni, godek pi mai sket2..amik je lah, lgpun kecik comey je, muat tangan tu kira selesa lah kan, dan tak penah lagi try brand ni. So ngam2 aku kena tambah lagi RM200 je...ok la tu, dapat baru punya...hehehehe. Lagipun henpon Nokia tu kan problem, so tak banyak mana dia amik pun...huhuuu


Sony Ericsson K770i...aku punya kaler pink

Pastu minggu ni wak pulak nak tukaq henpon, ye lah takkan aku sorang je kan... Lagipun henpon dia sama usia dan sama model je ngan henpon lama aku tu, so dah tak best pakai la tu...alaa..senang cerita, mana buleh sorang je tukaq, yg sorang lagi tengok je. Tapi kan...kalau henpon lama tu elok lagi, aku takkan tukaq punya, aku akan pakai smp betoi2 rosak, baru tukaq tau. Itupun bergantung kat bajet jugak. Selama aku gheti pakai henpon ni, baru 4 kali aku tukaq henpon tau dari tahun 2001. Semuapun tak canggih mana...orang lain dah pakai yg latest, aku baru nak pakai yg cikai (bagi depa cikai la sbbnya depa dah pakai lama dah...hehehehe)

So...aku jugak yg trade in kan henpon wak tu...memula nak amik Nokia gak, tapi bila pikiaq balik baik amik sama brand ngan aku, senang nak kongsi accessories...muslihat mesti ada. Dah dia pun tak kesah...bedallah amik yang ni...second hand je, tapi cantik lagi. Yang ni aku kena tambah RM250 lagi...uuiii lg mahai dari aku punya, second hand je pun.


Sony Ericsson K850i...wak punya...henpon

Ceeehh....macam la bz sangat kan takat tukaq beli henpon je pun. Ishhh..bagi aku sangat bz la, sebabnya aku nak kena godek hari2, nak mahirkan jari jemari aku nih. Asal ada benda aku tak paham je, aku tanya bebudak ofis, maklum la depa muda2, lagi alert benda2 teknologi macam ni kan. Aku ni bukannya tak mo alert ke hape ke...tp sebenaqnya malas nak amik tau...hehehehe. Banyak lagi benda2 yang lagi mustahak dalam idup aku nih. Memang macam rugi kan, bila org ckp pasai benda2 camni, kita melopong je, tapi takat tau sket2 pun jadilah, dari tak tau langsung. Pointnya di sini adalah aku malas nak amik tau...tu je...hehehehe
So...sekarang dah pakai henpon baru (walaupun bukan latest model la) lega sket hati ni, tidak kalu meredam dalam hati nii...hehehe (gimik je lebih). Tengok lah berapa lama pulak aku pakai henpon ni, sebelum ni tahan 2-3 tahun gak la.

'M' Singgah..tapi dah balik dah

hmmm....mmmmalaasss!
hehehe...memang sangat2 malas nak hapdet blog sejak cerita terakhir tu. Dalam kepala banyak sangat cerita nak dikongsikan, tp kalau dah penyakit 'M' tu singgah, tak bleh buat apa dah la....layankan jelah.

Hari ni ketiga-tiga bos dalam ofis aku tak dak, dan aku rasa 'M' tu singgah kat aku untuk keja-keja ofis pulak kot, lagi pulak aku dah terperasan tau...selama ni kalau bos tak dak, mesti tak semangat nak buat keja tau. Bos tu kira mcm sumber inspirasi la....hahahaha..bluekkkkss... Sebenaqnya kalau bos ada, roh rajin tu cepat ja masuk badan tau, tak dak keja pun saja je buat2 macam bz gila la buat keja...hehehe... padahal bila bos tak dak pun buat keja jugak, cuma mcm slow sket la....maklum la, bila musang tak dak, ayam pun berpesta kan....

Tah apa2 je aku tulis nih....tapi jadilah untuk pembuka bicara setelah lama tak hapdet kan. haaa...lagi satu yg buat aku tak hapdet blog tu kan, aku membz ngan satu benda nih...hehehe... nanti aku cerita ok. La ni hampa semua pi sambung buat keja balik, jgn asyik dok tekan tikus tak dak mata tu ja sepanjang hari...pastu senyum sorang2....pang sorang2 baru tau!