18 June 2009

Kita Bertemu Lagi....

Alhamdulillah...bertemu lagi nampaknya aku dgn kawan2 kampus dulu....
Excited tak tau nak habaq la, sejak CT habaq soh blockedkan date 14/6 tu, mmg aku teruih bagitau wak pasai ni. Kalau aku lambat bagitau, satgi dia buat program dia pulak, tak ka melepaih aku nak jumpa kengkawan lama.
Dok terpikiaq jugak nak bawak apa ya ke rumah CT tu, takkan nak harap dia sorang ja masak kot. Julia ada gak call aku tanya nak bawak apa, planning awai tu aku ingat nak buat bihun goreng ja, itupun tak confirm lagi, tengok tahap kerajinan pagi tu. Julia pun tak tau nak bawak apa lagi, semuanya bergantung kepada mood last minit nanti....besa la, kang merancang bagai nak rak, tup2 tak jadi jugak kan. Baik jangan berjanji dulu.
So, tibalah hari yang ditunggu2 tu, memang tak jadi la bihun goreng aku, sebabnya tak cukup time la, bahan2 pun tak beli lagi. Ingatkan nak bangun awai nak pi ke pasar, tak daknya lah...hehehehe. Penyudahnya aku cakap kat wak kita singgah kedai buah n kedai kek ja lah nanti. On the way nak ke Rawang tu, kami singgah kedai buah, beli buah epal n mangga. Pastu singgah kedai kek...aku tak tau kek tu nama apa, aku tunjuk pastu bayaq ja...hehehehe
Dekat2 nak sampai tol Rawang, Julia sms bgtau depa tunggu lepas tol tu. Pastu kami tunggu Xiana pulak, tak lama pun, dia pun sampai. Teruih bergerak ke rumah CT. Dalam pada dalam perjalanan tu pun berapa kali aku dok bertengkaq dengan wak, pasai dia tak mo dengaq kata aku. Dia nak buat pandai dia. Aku kata masuk la dlm kawasan masjid tu, senang nak parking, tunggu CT mai amik satgi. Dakkk...ketegaq...dok pusing kot luaq masjid tu. Macam la CT yang bagitau dia! Pastu sib baik dia pi beli ayaq tebu...bagi sejuk sket suasana dalam keta time tu....haiiyaaa. Dengan Khairieena lagi, keja dok sebut nak pi umah Untie CT...nak pi umah Untie CT....dok ulang2 ayat tu lah, sampai tepu dah telinga aku nih!
Akhirnya sampai la jugak umah CT. Siap2 apa yang patut sementara tunggu VIP sampai. Kami makan desert dulu, baguih apa kan, Dr. Fadzilah Kamsah kata elok makan desert dulu baru makan yang berat2...hehehehe.


Rifqie...anak tuan rumah (CT)...terkejut tgk ramainya tetamu, riuh pulak tu...


Antara desert yang dibelasah dulu oleh kami sementara tunggu VIP

Sebenaqnya kan aku tak sempat pun nak rasa agar2 lumut CT buat tu...tah la, bukan tak mau rasa, memula tu dok tengok ja dulu, lama2 teruih lupa pulak nak makan. Dok concentrate menyembang macam2...bergelak ketawa...usik mengusik...cewaahhh...hahahahaha


Makan sambil layan anak

Tambah...tambah...jgn malu, kalau malu tuan rumah soh balik
Julia n Haziq...concentrate betoi Julia suap anak dia
Khairieena...bukan gheti dok diam, nak bagi makan pun payah


Xiana jadi cikgu tadika part time

Wahh...dah bertambah anak murid laa...
Tunggu VIP sampai punya la lama....maklum la jauh tu, dari kampung kat Pahang nun. Kesian pulak kat bapak2 budak kan, so CT kata bagi depa makan dulu, dah dekat kul 3 ptg pun time tu. Sambil tu mak2 budak bagi budak2 makan jugak...punya la payahnya, jenuh dok berkejaq sana sini. VIP ni yang penting sebenaqnya, dekat setahun setengah tak jumpak dia, sbb dia posting kat Geneva, ni balik bercuti selama 3 minggu, tu yang ambik peluang berjumpa tu. Dan CT dgn VIP ni memang beli rumah sebelah menyebelah...best kan.

Abih sesi bapak2 budak makan, turn mak2 budak pulak makan. Masa ni VIP dah sampai, nampak makin cerah ja Kak Linda (VIP)...maklum la kat sana matahari tak panas membakar mcm kat sini kan... Dah tu Kak Linda kata semut, lalat, nyamuk pun tak mampu nak idup kat sana sebab sejuk sangat! Sian...dah setahun Kak Linda tak tengok semut kan....hahahaha...sowi kekandaku...

Best kan makan ramai2 camtu, lauk2 yang CT masak...eh silap...CT buat ayam bakaq mayonis n ikan bakaq, mr. shaifull yang masak asam pedas ikan tenggiri...perrgghh...sampai aku ngan CT angkat sorang semangkuk asam pedas tu, padahal dok sebelah2 ja pun... waaarggakhakahakah... maknanya orang yang kat sebelah bulatan sana tak dak la mangkuk asam pedas...nasib hangpa la kan (rasanya orang tu adalah Xiana, Kak Linda n Yan kot)


Inilah antara lauk pauk tu...sedap wooo...!
(Gambar dicilok dari blog Xiana)

Abih sesi makan, santa clause pun datang bawak beg berjinjit2....time ni la paling riuh, maklum la tengah dok bahagi2 harta karun dari merata pelosok dunia...kehkehkeh. Tima kasih Kak Linda, ingat kat adik2 kat sini kan.


Kak Linda, Xiana, Kak Sherry, AJ n Kak Mira
(Gambar dicilok dari blog CT)


Dengan hadiah masing2. Apsal aku tersorok pulak dah...spoil betol la!
(Gambar dicilok dari blog CT)

Dah sudah bahagi harta karun tu, wak pun sound aku la sambil dok tengok2 jam dinding CT. Yalah...yalah...jom la balik. Tapi memang dah lama dah pun bertandang situ, lagipun wak ada keja sket, eloklah beransur kan. Tapi sebelum tu, kena la ada sesi bergambar kan, pengantin dah abih sanding pun ada sesi bergambar, takkan la kami nak balik gitu ja kot...kasi banyakkan lagi kenangan terindah tercipta kat situ, nanti buleh tunjuk kat budak2 yang dok lari bercempara tu. Siap ada cina kedai gambaq mai lagi tau ambik gambaq kami....mcm dalam cerita Enam Jahanam tu...heheheh...tapi lambat sket la nak buleh tengok gambaq tu.


Sesi fotografi...glamer tuu, wartawan serbu!
(Gambar dicilok dari blog CT)


Ini la abg cina kedai gambar...hahaha...ini hubby Kak Linda lah
(Gambar dicilok dari blog CT)

Pastu kami pun membalikkan diri ke rumah masing2 setelah seharian berpenat lelah, kering tekak sebab banyak bercakap dan bergelak ketawa. Bukan takat bersembang ja, menjerit marahkan anak pun ya jugak. Eh...sebelum terlupa la kan, aku nak mintak maaf byk2 kat Xiana, sbb anak aku asyik kaco dia ja, main camera dia, melekat ngan dia...sian Xiana, tak pasai2 jadi baby sitter pulak. Sorry tau Xiana...camera hg tak cedera ka? Kalau cedera, habaq tau! Takat nak ganti yang murah2 sama brand tu buleh laaa...hehehehe

Harap2 pasni ada lagi la perjumpaan n jemuan camni....tak yah kita beriya-iya sangat, buat simple2 dah cukup, tapi penuh makna...tu yang penting. Semoga silaturrahim ni terjalin sampai bila2...aminnnn

17 June 2009

Tengok Rumah Baru

Tengok rumah baru...kakak aku lah! Aku blom ada rumah sendiri lagik...uhuhuuuu...cedih! Tak pa...pelan2 kayuh kan...

Kakak aku ajak teman dia amik kunci hari Sabtu lepas...heheheh...dah basi kan, tp peduli apa aku, nak cerita jugak. Aku bz la..tak bleh nak hapdet hari2. Aku bukan takat buat keja PA ja tau...harus diambil maklum jugak. Dah..berbalik cerita tadi...pas amik kunci harus la kena pi tengok keadaan rumah tu kan, check kot2 ada kekurangan, keretakan, suis lampu kipas cukup ka dak...paling riuh budak kecik tu lah. Aku tak buleh nak concentrate check rumah tu tau, sebab nak kena tengok jugak dia. Senyap je, tau2 dah bukak pintu belakang, dah dok luaq rumah dah. Seriau jugak wooo...kawasan situ senyap sunyi lagik, indon bangla ada la dok buat keja repair rumah kat situ kot.

Tekun mendengar

dan tekun menyebok!


Persekitaran luar rumah.

Style rumah ni dipanggil 'landed apartment'. Tu sebab rumah pun kecik, laman pun kecik je, pastu dari satu rumah ke satu rumah yg lain siap ada jalan berbumbung lagi. Parking area pun jauh sket bagi rumah kat tengah.



Persekitaran dalam rumah.



Persekitaran luar dapur


Sebelum balik, nak bergambar dulu...ye laa..org baru dpt rumah baru...

Pastu dah tengok serba sket rumah tu, balik rumah la tidoq...kena pulak hujan lebat setelah 2-3 minggu gak la tak hujan...heheheh...aku siap paksa budak kecik tu tidoq, sbb buleh aku hanyut sama kan...hehehe

09 June 2009

Cerita di kampung

Bertolak kul 10.30 pagi...itupun telinga aku dah penuh dgn bebelan wak tau, sbb siap lambat. Eleh...yg dia tu takat siap diri sendiri pastu kemaih sket2 pastu tunggu nak angkut beg / barang ke keta je pun. Yg aku ni jenuh bersilat dgn budak kecik tu, siap barang2 yg last pakai mcm kosmetik aku n kosmetik Khairieena. Pastu ada je yg terlupa, tinggal kejap keja ni, buat keja lain. Mana nak tak lambatnya.

Bila dah kat hiway, lagi la panjang bebelan dia sebab jalan dah jammed gila! Tak bergerak tu, merangkak pun dak...mengesot je kot. Aku suggest kat dia soh ikut jalan dalam lah, masuk ikut Nilai tu, ikut LEKAS, keluaq kat Seremban. Haaa...lega sket jalan, lancar la jugak w/pun keta banyak. Sampai umah MIL aku dalam kul 2.30 ptg. MIL n FIL tak dak kat umah, depa pi kenduri. Kalau tidak depa nak tunggu kami pi kenduri sama2, tapi dah kami lewat, depa pi dululah. So kami tunggu je kat luaq rumah. 1/2 jam MIL balik, dia kata dia letak kunci rumah kat koridor pintu depan tu je. Laaa...tak cakap awal2, kalau tidak buleh gak berbaring kat dalam rumah...hehehehe. Khairieena punya seronok jumpa nenek...asyik melekat je lah. Dulu kecik2 asyik melekat ngan aku je kalau kat rumah nenek, skrg ni dah tak heran kat aku dah, lagi dia lari dari aku ada la. Adik2 ipaq aku semuanya tak dak kat umah, ada yg pi jumpa husband, yg bongsu tu tengah cuti sekolah, tp ada kat umah kakak dia kat Kelantan. Depa semua nak balik minggu depan. Kalau tidak mesti lagi riuh rumah.

Pastu MIL aku masak gulai ikan guna rempah yg aku beli kat Penang tu...pergghh...bertambah aku ngan wak makan tau. Lupa sat pasal diet aku...ihiks. Petang tu kami round2 kampung naik motor, lupa nak amik gambaq plak. Lagipun satgi org kampung kata jakun plak kan, mcm tak penah jumpak kampung. Malam berdesup ke Segamat, nak beli durian. Sebabnya masa round2 kampung tadi, nampak durian byk kat atas pokok, kecur liur tau. Durian FIL aku tak gugur lagi. MIL aku ikut gak, tapi FIL aku tak ikut sbb ada ceramah kat masjid. Pegi Segamat semata2 nak beli durian je pun, dah beli teruih blah balik. Jauh gak tu, pegi saja dah 40 minit. Nyum nyummm...sedap sangat! Tak ada yg rasa pahit pun! Lagi sekali lupa nak snap gambaq...hehehehe.










Malam. Sblm ke Segamat. Naik atas meja tu, pastu tersungkuq...hahaha..aku gelakkan je!
Pagi breakfast MIL aku buat cucuq jagung, pun jagung yg aku beli kat ofis. Sime Darby buat jualan terus dari ladang. Apsal masakan/makanan yg mak2 buat mesti sedap dia terlampau? Padahal bahan2, cara sama je pun. Banyak betoi aku makan cucuq jagung tu...sedap lazat semualah. FIL aku pi beli nasi lemak bungkus RM0.50 je, tp banyak. Yang tak bleh blah sambal dia....adoiii...rasa mcm buleh je habih 3 bungkus lagi. Tapi control2...tak buleh la tunjuk buruk lantak sgt depan mertua kan....hahahaha. Lagipun wak dah jeling2 aku bila aku amik bungkus nasi lemak tu....hahahaha...pedulik la, aku nak rasa je pun!
Cucuq jagung
Tersandar kekenyangan..pastu aku berzikir kat telinga soh vacuum dlm rumah...hehehe

Perut dah kenyang...breakfast lebih dari hari2 biasa. Aku soh wak vacuum satu umah, testing vacuum baru. MIL aku dengan Khairieena menyapu kat luaq rumah. FIL aku potong rumput kat laman. Aku pulak....hehehehe...jadi mandur je lah.

Tu..tu...bawah kusyen tu...(pastu aku kena baling dgn bantal kusyen..hampeh!)
Mengada...nak berdokong je! Geram je haku!
Masih berkabus w/pun dah kul 8.30 pagi
Tolong nenek konon...jenuh MIL aku kena ulang menyapu 2-3 kali
Pastu sekali lagi ke Segamat....nak beli baju untuk anak2 buah yang nak balik minggu depan. Balik dari Segamat dah tengahari, MIL aku dah siap masak pun. Dah pegi kenduri, dah balik rumah balik dah pun. Kami balik mcm kebuluq ja, padahal pagi tadi makan tak hengat. Teruk kan menantu nan sorang nih, mana ada tolong2 masak ke mengemas ke...merayap ja tau. Heheheheh...no komen!
Pas zohor, siap2 nak balik Puchong dah, lambat2 takut jammed lagi, pastu tak larat dengaq bebelan org laki. Bebelan org laki lg teruk tau dari org pompuan.....rimaih! Kononnya lah nak bertolak awai...kul 3 jugak jalan. Jammed jugak...ikut jalan dalam lagi, ikut LEKAS lagi, keluaq ikut Bangi. Rasa mcm lagi jauh je ...dekat kul 7 baru sampai umah.

Habihlah percutian singkat kami....balik kampung jenguk org tua. Rasa mcm nak balik lagi minggu depan, sbb adik2 ipaq pun ada. Tapi wak keja, pastu maybe kalau jadi la, aku nak jumpak dgn kengkawan aku yg dah lama tak jumpak tu...rinduuuu sgt nak jumpak dgn depa, nak hingaq mcm zaman kat kampus dulu. Mesti time tu kaum bapak2 ni akan ke tepi tau, bagi ruang kat kami ja...hehehe..bestnyaaaa

05 June 2009

Balik Kg Pahang

Balik kampung kat Felda Keratong 7, Pahang...malam ni atau esok pagi.

Baju n kelengkapan lain tak pack lagi, rumah still berselerak lagi, kain baju sebakul nak kena lipat, kain baju yg nak dibasuh pun sebakul jugak, kain baju budak kecik tu pun sebaldi jugak nak dibasuh....ampaian (org utara sebut penyidai) kocik yo, mana muat nak basuh n sidai semua sekaligus. Haiiiiiiii.....malaihnyaaaaaaa....

Hehehehe...tak baik kan aku ni, mau kalau kata nak balik Pahang ja, dok buat lengah2, apa barang pun tak kemas lg, alasan keja rumah byk la....wakakakaka...tp kalau kata nak balik Penang....seminggu sebelum lagi aku dah hingaq sana sini, 'minggu dpn aku balik kg Penang tau, cuti 3 hari!' kononnya lah. Tapi kalau nak balik Pahang, tak dak sapa yg tau....last minit bila org tanya baru la bgtau. Kalau org tak tanya, senyap gitu jalah....hehehehe

Daklaahhh....sebenaqnya excited jugak nak balik kg Pahang pun, cumanya malaih tu yg kuat mencengkam, bila dah kemas, bila dah bertolak balik, seronok je pun. Tetambah bila dah ada kat sana, lg best. MIL aku masak mcm2, kengkadang yg aku tak penah jumpa n makan pun. Pastu jiran2 kat sana semuanya ramah, baik2 belaka. Buleh kata kebanyakannya aku kenai depa, dan depa pun kenai aku. Padahal aku menantu je pun kat situ. Berbeza pulak kalau kat kg Penang....aku dah makin jarang berjumpa dgn jiran2...kalau berselisih kat jalan pun, muka depa mcm penuh tanda tanya...'sapa ni? anak sapa ni?' haaa...lebih kurang camtu lah. Tetambah bila fizikal aku yg dah tak mcm dolu2 kan....uhuu huuu...sedihnya chek! Besanya aku berteguq sapa pun dgn jiran sebelah menyebelah je lah. Kalau selang lg 2-3 buah rumah, tak dak laa. Berbeza dgn jiran kat kg Pahang, kalau berselisih siap buleh bersembang lagi tuu! Cuma bertandang je aku tak penah buat lg, sbb aku tak suka bertandang melepak rumah org tanpa tujuan...hehehe

Tapi kan tiap kali bila dah sampai masa nak kena balik sini (umah aku la) mesti aku sedih tau, rasa mcm tak puaih lg kat umah MIL aku tu. Setiap kali! Ditekankan setiap kali aku akan rasa camtu. Sebenaqnya kan, kalau kat umah mak aku sendiri pun, aku tak la sesedih camtu bila nak balik sini balik. Maybe kat sana aku bukanlah anak bongsu yg dimanjakan, lemah lembut kot. Tapi bila kat umah MIL, aku ni bagaikan permaisuri tau...cewah...diumpamakan camtu la. Tapi tak la smp tahap semuanya nak kena disua depan muka kan. Mungkin jugak sbb aku ni the one n only menantu pompuan n sulung plak tu, tp mesti la tak heran sgt kan, sbbnya dia dah ramai anak pompuan. Maybe layanan dia kat aku yg aku tak dpt daripada mak aku sendiri kot yg buat aku rasa camtu kot. Bukanlah kata layanan mak aku sendiri tak baik...of course sgt baik, tak penah lg kena dera tau. Cumanya cara org utara kan kasaq sket, depa tak tunjuk sgt kasih sayang tu. Padahal sapa la tak sayang anak kan....hehehe...dan aku pun mmg kasaq orgnya, so tak heran sgt lah kan benda touching2 ni kan. Bila dah dpt MIL yg layan camni, mesti la terasa perbezaan tu. Apapun kedua2nya ibu....naluri ibu sama je, cara je lain. Aku pun ibu what....tp ibu yg garang!!! hahahaha

Dah melalut kemana dah ni....pointnya nak bgtau nak balik kg Pahang malam ni atau esok pagi setelah hampir 1/2 tahun tak balik tau...kehkehkeh. Bukannya apa, wak lgsg tak dpt cuti, pastu bajet pun lari byk sblm ni. Okey lah...okey lah...aku tau semua tu alasan je kan, tak payah la tembak aku balik....tp hakikatnya mmg betoi pun. Lagipun MIL n FIL aku kerap jugak bertandang ke rumah kami, so tak dak beza kan.(tak nak kalah gak tu)

Ptg. ni nak balik umah laju2....nak lipat baju laju2....nak kemaih barang laju2 (konon)....kalau wak balik keja awal, buleh terus bertolak balik kg. Kalau tidak, tunggu esok pagi je. Felda Keratong 7, tunggulah kedatangan kami esok....erk nak bwk apa ya sbg buah tangan? Bwk tangan kosong je buleh dak?

01 June 2009

Makan lagiii....

Tengok gambar je lah yek....i have no idea to celoteh byk2 la. Actually gambar2 kat Old Town White Coffee ni masa weekend minggu lepas. Gambar2 kat Tesco baru semalam. Ada jugak aku beli raket badminton...konon2 nak exercise...hua hua hua... Tapi memang aku minat main badminton la sejak zaman sekolah lagi tau. Cuma tak penah tunjuk je, dan dulu zaman2 sekolah i kan gadis melayu yg lemah lembut gitu...wakakakaka...bukan kata hangpa, aku sendiri pun muntah hijau kang!


Teringin nak try yg ni, tp time tu malam...malaih la pulak


Memula pahit, pastu sedap pulak yee...teruih jadi dia punya!


Suap papa je ke??


Ipoh Hor Fun...sedap banget! tambah pulak dgn cili kicap tu...fhuh!


So semalam lepas hujan tu terus kami anak beranak turun main badminton. Wak terkejut tau...suka tengok muka kagum dia masa tu. Dia kata, tak sangka la, mama terer main badminton! Wakakakaka....baru kau tau siapa aku! hehehehe selama ni tak penah lagi main badminton dgn dia. (ish...aku nak kena taip panjang la pulak 'main badminton' tu kan...kang yg dok baca blog aku ni sumanya kepala mengong2...bukan buleh harap hangpa nih!). Tak snap pun la gambar time tu, sapa yg nak amik kan. Cuma aku lupa nak snap raket badminton tu, esoklah ye. Dah la wak pilih rega lain2, tak aci tau!


Kat Tesco semalam...naik yg kecik je, yg besaq dia tak berani. Tapi aku rasa tu menatang H1N1 tu kan...hahahaha


Lepas naik menatang tu, kami masuk dlm Tesco, beli raket tu lah. Pastu masa nak balik, lalu sini lagi, aku tengok mamat yang jaga menatang ni, tengah dok repair. Hahahaha...patut la tadi Khairieena naik tak sempat abih, teruih rosak rupanya. Ganaih jugak anak aku nih...