29 May 2009

Jco oh Jco...


Kiri : Donuts saiz biasa Kanan : Baby donuts


Isi di dalamnya....!!!

Hehehehe...time rehat hari Jemaat, aku, Ja n Silah telah menghadirkan ke Sunway Pyramid. Tujuannya nak makan je pun, bukanlah nak membeli pastu belah. So kami makan kat Old Town White Coffee..not bad. Ja tak nak makan plak....mesti simpan ruang dlm perut untuk malam kan...


Donuts yg biasa tu la...sgt menyelerakan....telan ayaq liuq dah ni
Dah abih makan, kaki masing2 straight je melangkah menuju ke Jco Donuts...mcm ada magnet je. Aku pun sebenaqnya berbelah bagi gak...nak beli ke tak. Pastu Ja la memula ternampak Jco baby donuts yg sangat la comey2, pastu meriah je, mcm2 flavour ada, mcm2 kaler ada. Disebabkan dah lama tak makan donut ni, apalagi...takkan nak tengok je kot, dah depan mata dah pun. Cuma huluq fulus je...aku sambaq satu kotak, Silah sambaq satu kotak. Ja plak beli donut besa tu, padahal dia nampak dulu yg kecik2 comey tu. Geram la plak tengok donut kecik2 tu, tak sabaqnya nak balik makan ptg nanti dgn anak dara aku tu. Alaaa....punah lagi diet aku..huarghhh esok lusa cuti, lg susah nak diet...uwaaaaaaa....


Jco Baby Donuts....comey sangat! 24 pcs.

Banyak pulak jadinya....habih ke ni?? uhuu

Cantik, menarik, tertarik...mmg da bomb!
Sehingga menjilat jari....tipu sapa yg tak jilat jari...ha ha ha
Suap je hilang....suap je hilang...cemana tu??

28 May 2009

Busy...busy...busy....

Minggu ni mmg bz semedang...start hari senin pepagi dah meeting smp tengahari. Pastu buat preparation untuk event dengan Menteri Sumber Manusia sehinggalah ke hari ini. Keja-keja lain memang tinggal je dulu...tolong mana-mana yang patut. Hari ni balik dari ofis dah dekat kul 7 ptg. Amik Khairieena dekat kul 8 mlm dah...dah merajuk dah budak tu. Patutnya buleh smp dlm 1/2 jam je pun, tapi time tu mmg jammed tak hingat punyalah.

Kalau tidak nama aku pun ada gak dlm list urusetia yang bertugas untuk event tu (28/5), tapi hati aku mmg malas sesangat nak join mcm tahun2 sebelumnya. Cukuplah takat aku tolong2 buat preparation kat ofis ja. Dah bertahun2 dah aku join event2 camni...boring la...dan maybe jugak sbb Kak Leha tak dak kot...huhuuuu. So dengan kuasa memujuk dan putar belit yg aku ada..hehehe...aku pun berusaha pujuk bos untuk aku tak payah bertugas di sana, aku lagi sanggup jaga ofis. Dan akhirnya bos telah benarkan aku tak payah betugas di sana.... yahoooooooooo!!! Biarlah dia ditemani oleh korang2 yang setia menemani dia kan....ihiks (jangan marah aaa...melawak je tau). Takpa...kalau hangpa perlukan apa2, bgtau je lah aku kat ofis nih, buleh la aku sediakan ye, pastu hangpa mai la ambik tau...kan ka senang macam tu, ada orang kat ofis yang boleh tolong di saat2 kecemasan....hua hua hua....tp betoi aku ikhlas tolong tau!

Apapun, aku ucapkan gudluck kat hangpa semua yang bertugas kat sana....makan sedap2 tu ingat2 la kami berempat yang kat ofis ni. Hangpa semua tak balik ofis dah kan....jeng jeng jeng....buleh buat projek nih....hua hua huaaa (gelak jahat).

18 May 2009

Kari Kepala Ikan

Hari Ahad, 17/05/2009...aku masak kari kepala ikan!!! Hehehehe...nak berbangga nih, sbb aku bukan selalu masak kari. Sejak kawen, rasanya ni kali ke-3 kot. Sebabnya kari aku tak penahnya yg memenuhi selera aku dan wak...wakakaka. Kebetulan masa balik kampung hari tu aku ada beli rempah timbang kari ikan, daging/ayam...pergghh memang terangkat la kari dia (kari yg aku beli kat sana la, masak sendiri blom penah lagi).
So, pepagi siap2, tak mandi pun tiga2 beranak, kami pi ke pasar tani Stadium Shah Alam. Tak la pagi sgt pun, dah pukul 9.30 pagi dah pun. Sampai sana, punya la byknya keta, pusing2 gak la cari parking. Wak dah start la nak bebel kat aku, sbbnya aku yg beriya-iya sgt nak pi situ. Kalau ikut dia, dia nak pi pasar tani kat puchong tu je, tepi hiway LDP tu. Nasib baik la cepat dpt parking sblm dia melalut2 membebel kat aku....lega sesangat. Time tu pun dah panas lit-lit dah, aku plak lupa nak ikat rambut Khairieena nih, sian dia, berpeluh2! Dia pun mula la start tak mo jalan sendiri, nak berdokong pulak. Kami gilir2 dokong sat ja pun, pastu belikan dia air, teruih dia nak jalan sendiri...fuh lega! Kami tak pusing semua gerai pun, terus singgah gerai pertama juai ikan tu, dia dah siap potong sebelah2 kepala ikan, ambik 2 belah kepala ikan jenahak (1 ekor) timbang...rega dia RM30. Aku soh potong kecik2 siap2, balik basuh je. Pastu beli udang sket. Pastu cari daun kari, kacang bendi n santan. Aku tak suka rencah sayur byk sgt dlm kari...so itu pun dah cukup. Pastu pusing sket, jumpa pau kecik2 comei ja...beli la 5 biji, dpt free 1 biji....heheheh...sedap la pulak, lembut sgt. Rugi pulak tak beli byk, tak pun beli yg segera tu. Aku beli capati sekeping...diet la katakan (padahal dok terbayang kari kepala ikan dah).

Then 10.30 pagi balik...tak singgah mana dah pun. Sampai rumah, wak terus basuh ikan, siang udang, aku siang sayur je. Memang dah bahagi2 tugas dah masa dlm keta lagi, aku tak mo basuh ikan, nanti tangan aku berbau...kehkehkeh. Lagipun kan aku yg nak kena masak kan, takkan tugas dia nak suap je kot...mana aci! So masa dia mandikan Khairieena, aku dah start masak. Tak gheti nak agak jugak byk mana nak bubuh rempah kari tu, aku hentam je lah letak 4 sudu penuh, lgpun aku tgk ikan mcm byk je. Wak siap pesan lagi, 'mama...masak sedap2 tau!' Laa mana buleh janji, dah dok tau dah aku bukannya gheti masak pun...aku kata nasib la, kalau jadi alhamdulillah, kalau tak jadi, makan jugak!. Capati aku tak sempat makan pun, Khairieena dah curah kuah dal atas capati tu, jadi capati banjir, dah tak sedap la, lembik semacam je...heeiii...ada ja cari pasai nak bagi aku hingaq tau!

Siap masak lagi 15 minit kul 12 tengahari. Cewah...cepat jugak! hehehe...alaa masak kari, sambal udang n sayur je pun. Main campak2 je...sat jelah. Sms kakak aku soh mai makan, dia on the way ke Shah Alam pulak...tak dak rezeki la nak rasa kari aku kan. Yang bestnya, wak kata sedap sgt kari tu....kembang idung, pipi, telinga, pungkoq segalanya lah aku dengaq pujian dia tau. kehkehkeh....sebenaqnya aku rasa tak la lain mana pun, ataupun mmg aku tak pandai rasa...cuma bezanya rempah timbang dgn rempah peket ja. Wak makan byk...nasi bertambah2. Makan malam pun dia dok puji yg sama gak...maknanya mmg sedap la tu di tekak dia. Bukan senang dia nak puji sehari suntuk tau! Lagi satu kalau tak kena di tekak dia, time makan malam, dia tak ulang dah.

So, abihlah cerita aku main masak2 pada hari ahad. Hari ahad je tau, hari sabtu aku malaih masak, sbbnya wak keja, walaupun dia balik makan tengahari, tapi aku tetap rasa tak best masak hari sabtu. Lagipun besanya malam minggu tu kami keluaq, tak mkn kat rumah...kan membazir namanya kan. (sebab utama adalah tak dak org nak tolong aku, dan aku tak bleh nak mengarah2 org time tu...tak besh! hehehehe) Kepada sesapa yang nak cuba masak kari yg best dan terangkat, gunalah rempah kari yg timbang...pure datang dari Penang! Lagi satu rempah giling...fhuh...pecah peluh org kata!

14 May 2009

Cekodok Pisang


tak brapa nak bulat laa...

Hehehehe...ni bukanlah pertama kali aku buat cekodok pisang, dah berkali2 dah, tapi rasanya tak sampai 10 kali lagi kot...besa la kan, cekodok/cuqkodok/cucuq kodok/ dan nama yg membawa maksud yg sama tu bukanlah peberet aku pong. Aku lagi suka cucuq udang, cucuq ikan bilis, cucuq bawang, cucuq jagung...adeh kecuq liuq la pulak aih..! Tapi bg org sini dan belah2 selatan nih semua cucuq2 yg dinamakan kat ataih tu dipanggil cekodok kan...apa la depa nih, tak bleh beza la cucuq2 tu semua. Tapi org belah utara kalau cekodok tu hanya dikhaskan untuk cekodok pisang je lah, cuma maybe sebutannya saja yg lain, mcm aku memang dah dibiasakan sebut cuqkodok atau cucuq kodok. Ish..melalut pulak aih.

Bukannya apa, malam tadi aku buat cucuq kodok ni utk makan malam wak n Khairieena. Aku pun suap jugak 2-3 biji...hehehehe. Tak dak apa yg spesel pun nak cerita, cuma aku nak tergelak dengaq Khairieena sebut cucuq kodok tu. Betoi pulak idgham bunyi tu...sebijik mcm org utara dok sebut...mcm aku sebut laa. Wak balik malam tadi pun, makan cucuq kodok tu jugak, tapi pastu aku nampak dia amik periuk kecik tu masak maggi pulak....hehehehe...tak cukup la tu. Kalau maggi mmg aku jarang buatkan untuk dia, sbb dia buat lagi sedap tau. Mmm takat maggi je lah yg sedap....yg lain aku tak penah merasa lagi la.

So layan gambaq je lah yek....eh pasai pa org panggil tu cucuq kodok ha? Padahal kodok tu kan ka katak....eeiiii cucuq katak! Sembelih katak, blendkan, pastu campuq tepung, buat cucuq! Hua hua hua...gila dah aku ni. Hangpa ignore je lah ye....uppss...terlebih sudah...



abaikan sekeliling yg berselerak tu ye...

13 May 2009

Shopping kat Nilai 3

Hari Ahad yang lepas aku pi Nilai 3...memang dah plan sebelum balik kampung lagi nak pi situ. Nak beli baju raya!! Bagi aku dah terlambat sgt dah ni...org lain dah lama buat rasanya, kecualilah org yg beli ready made kan. Aku tak brapa suka baju ready made , ada ja yg tak sedap pakai tau...bagi aku laa. Kalau kakak aku mmg dia beli baju ready made, tak pe la, dia tu kocik yo!

Kami pi pun tak la pagi sgt kan....rugi loo...hari Ahad tu, bangun pagi guling2 dulu baru best! Keluaq rumah dalam kul 10.30 pagi, itu pun dah panas terik tau, dah berpeluh2 aku dok siapkan anak dara tu, siapkan diri sendiri lagik. Kalau keluaq kul 12, matahari tengah tegak atas kepala cemana la gamaknya panas tu kan...

Dalam keta, aku dok tanya2 jugak wak nak kaler apa tahun ni....dia kata nak putih! Hish...ada ka putih, mcm nak shake hand tok kadi je...heeppp!! Aku tak nak putih....lgpun putih mana sesuai ngan aku yg golap niiii....tak mo la, nanti nampak gigi jee....hahahaha... Pastu dia kata pink lah....laaa pink pulak, tak kesah ke pakai baju melayu pink nanti? Dia kata, tak kesahlah, kan Khairieena suka pink...tuk baju melayu tu, jgn la pink terang, pilih la yg ala kadar dah la....hehehehe.... paham paham....aku tak kesahlah pink. Tahun2 lepas suma aku buat keputusan kan, biaqlah tahun ni dia plak buat keputusan pilih kaler tu. Ahaks...pilih kaler pun kena undi2 buat keputusan ke....hangpa ada camtu jugak ke?

Sampai sana, aku cari kedai kain yg selalu aku beli tu, apsal tak dak pulak? Dah terpindah ka? Tak kesah lah...masuk je lah kedai manapun, jual kain jugak. Kedai pertama aku masuk tu, satu pun aku tak berkenan untuk buat baju raya. Yang aku berkenan cuma kain2 untuk baju batik ja....canteeekkkk! Di mata akulah. Rembat kat situ 4 pasang...heheheh...murah2 je pun, bukannya sutera betoi pun, aku tak brapa suka sutera betoi tu, payah nak jaga. Pastu wak ajak jalan kat bazar yg ada bumbung tu kan...dia kata situ tak panas, sekali parking ja, dan Khairieena pun tak berlengas bermandikan peluh sbb panas. Aku ikut je. Yang penting aku pun senang nak kelebek sana sini...wakakaka

Kain corak batik

Aku masuk kedai pertama yg depan skali tu....mmm...aku mmg tak suka masuk byk2 kedai, pastu dok compare2 rega la, kualiti la...aku tak suka camtu. Kalau boleh kedai pertama yg aku masuk tu, kalau berkenan aku akan terus beli ja. Tak daknya kalau aku berkenan pun, tapi tak ambik lagi, pi kedai lain pulak, pastu last2 patah balik ke kedai pertama. Tahlah...maybe wak dah trained camtu sejak zaman cintan cintun lg kot. Sbb masa bujang2 dulu, penah je aku melawat suma kedai dulu, last2 baru beli, penah jadi jugak, tak beli apa2 lgsg. Tapi skrg ni, kalau kata nak beli satu2 benda tu, mmg aku akan beli hari tu jugak, kecuali la dah abih stok ka kan. Aku mcm malaih nak ulang byk2 kali buat benda yg sama....hehehehe...lain org lain caranya. Ada la baik buruknya kan....kdg2 nyesai pun ada gak...wakkakaka...tp hati mau keraih la!

Okey...kedai yg pertama tu, masuk2 ja teruih aku berkenan satu kain nih, teruih soh adik yg dok layan2 org tu potongkan. Adik tu pun terkejut...aik kak...tak nak tgk2 dulu ke? Bila dia kata camtu kan baru aku tersedaq, a'ah la...patutnya akak tgk2 dulu la kan....takpelah, potong yg ni dulu, dah berkenan yg ni dah. Pastu adik tu ckp lg....ni la first time saya layan org yg paling cepat buat keputusan beli kain tau kak... sambil dia senyum2. Hehehehe...senyum perli ka, senyum kagum ka, aku tak tau...biaqlah dia kan. Pastu pusing2 cari kain utk baju melayu pulak, soh wak pilih, byk pulak kerenahnya, last2 aku gak pilih. Sampai adik tu pun ckp, haa...kalau soh akak pilih mesti senang! hahahaha...ha la, senang la keja dia hari tu! Wak ngan anak dia kat luaq kedai dok belek mainan kot rasanya, tup2 Khairieena berlari mai kat aku tunjuk satu mainan dah dapat dah....haiii...upah dia la tu. Aku pulak pusing punya pusing dlm kedai tu, rembat lagi 3 pasang kain....hahahaha....tak lama tau, dlm 20 minit camtu je termasuk tunggu dia potong kain, kira2 n bayaq.

Kain untuk baju raya n baju melayu....ada sama ngan sesapa ke? sama pun tak palah....takkan dia nak juai 4 meter je seluruh melesia ni kan...


Kain untuk baju Khairieena...baju kurung dia cepat senteng la

Keluaq dari kedai kain tu, jalan2 sepanjang bazar tu, kat luaq je, tak masuk dah mana2 kedai pun, pastu Khairieena jumpak pulak playground dpn A&W tu, so kami lepak kat situ tgk dia main kejap. Tak makan pun, tak masuk tekak la makanan tu time2 tengahari. Sementara budak kecik tu main2, aku jalan ke depan sket sbb aku nampak beg kartun2 tu, buleh buat beg baju ke rumah pengasuh kan. Belek punya belek, rembat 1 beg Mickey Mouse, satu bantal Mickey Mouse dan jugak satu pencil case Pooh, sumanya kaler biru...byk sgt dah kaler pink, berbinau mata aku tgk pink je! Pencil case tu nak boh kaler2 pencil dia yg dah berselerak merata, kotak kaler tu dah hancuq lama dah, mana tahan. Aku asyik terpijak kaler tu ja dlm umah tau!


Wak dok belek spek itam...tp tak beli pong


Budak kecik ni pun sebok gak...


Jumpa playground tak nampak mak bapak dah...

Pastu tangkap Khairieena, umpan dia dgn mainan sorong2 tu, baru dia nak bergerak dari playground tu. Then teruih bertolak balik dlm kul 12.30 tengahari, singgah makan tengahari kat hentian nilai. Makan ala kadar, terus balik umah, sampai beh kurang 1.15 petang. Haaa....kan cepat tu...tak sampai setengah haripun shopping...hahahaha...sbb itu je pun tujuannya. Kalau merayap lama2, kang makin nipis plak purse aku n wallet wak kan. Sebelum hang tengok aku, aku tengok hang, baik beringat dulu.


Ni la mainan sorong2 tu...bising ya amat...

So.....sekarang misi untuk mencari tukang jahit pulak...adooiiaaii...tukang jahit yg besa aku hantar tu dah pindah la pulak. Skrg ni ada 2 pilihan, yang pertama hantar ke Kompleks PKNS Shah Alam, sana ada kedai jahit yg murah dan sedap dipakai menurut ofismet aku. Yg kedua, hantar kat mak mentua aku....huhuuu...tak penah lagi aku soh dia jahit baju aku. Besanya dia akan terus buat je baju utk aku kalau time tu dia rasa nak bagi kat aku laaa....kalau kata aku yg nak upah atau suruh dia jahitkan, tak penah lagi la.... Lagipun maybe awal bln 6, besday Agong tu kami balik sana kot. Mmmm cemana yek?

12 May 2009

Aquaria (Part 2)

Hehehehe...buleh plak ada part2 kan...hentam je lah labu...

Bila dah sampai depan KLCC tu, tak bleh masuk parking plak. Aku tak pasti adakah sebab penuh ataupun kerja-kerja contruction yg rancak berjalan di sebelah KLCC tu penyebabnya. Wak pun mcm tak brapa gheti nak masuk situ sat....sini sat...aku pun naik bengang gak. Dah la hari makin meninggi (read: makin panas luaq dalam). Last2 parking kat UOB punya visitor's parking, RM10 sekali masuk...nah haih! Cekik darah sungguh!

Pastu kami terpaksa la menapak nak masuk KLCC nun...dgn panas lit lit lagik...cayaq mekap tau! wakakakaka....mcm la aku ni gheti mekap sgt! Aku kira nak melenting je lah kalau wak teguq aku apa2...ha la...konon mcm pandai sgt jalan kat situ, tempat parking kat situ...last2 sumanya aku yg tunjuk jalan, aku yg tlg baca signboard. Hehehehe...bukanlah aku pandai sgt pun, cumanya maybe mata aku lebih alert dari dia kot, yg dia plak asyik terlepas pandang ja...geram haku! Yg kita ni mana kalut dgn anak lagi, aku ngan wak berckp, budak kecik tu pun nak berckp (siap paksa2 soh aku tgk muka dia masa dia berckp) tak ka haru tu... Pastu masa dok menapak tu, mana mau pegang2 tangan aku atau papa dia, nak berjln sendiri, jawabnya sat ke tepi, sat ke tengah, pastu menyinggah merata sambil mulut dok pot pet pot pet...(copy dari aku kot noo...).

Akhirnya sampai la jugak pintu masuk Aquaria tu, siap kena paksa amik gambaq lg kat pintu gerbang tu. Aku dah set dlm pala otak aku siap2, kat pintu keluaq nanti aku nak beli gambaq tu. Dah masuk dalam tu, budak kecik tu tak mo berjalan sendiri pulak dah....nak berdokong ja. Sebabnya takut tgk ikan2 kat situ. Naik berbuih mulut aku dok explain kat dia, yg ikan2 tu suma dlm cermin ja, tak bleh keluaq pun, tak kaco dia pun. Tetap jugak melekat kat papa dia, sib baik dia tak mintak aku dokong, sbb dia tau dah, aku mmg takkan layan permintaan dokong dia tu....huiihhhh....mana larat weii...dah besaq gajah dah pun (org tua2 kata lagu tu la).

Melekat ja mcm ikan cuci cermin



Tarantula...besar tuuu...

Control senyum sbb kena paksa ngan aku

Ikan....tah...

Ikan dok dlm tiub...sian...

Lagi best time kami masuk tu kan tengahari, so time ikan2 tu diberi makan, tengah dok belek2 cermin melekat kat dinding tu, tetiba kami dipanggil soh p duduk kat dpn akuarium besaq tu kan, tempat feeding show tu...budak2 seronok la, sbb dekat sgt dgn ikan2 tu, mcm buleh pegang ja. Kat sini Khairieena tak takut dah, maybe ramai org berkumpul kat situ kot.


Penyu agar-agar....lembut gamaknya cengkerang dia kan

Feeding time...!!

haa..tu pari helang...mmg mcm helang pun, berenang pun laju

Ikan kerapu...eh..betoi ka? wak yg bgtau aku aa...

Ni pari lembu, kaler itam n besaq bagak!

Sib baik dpt bergambaq, nak harap wak, tak dak inisiatif lgsg. Yg ni pun aku dah sua kamera, baru la dia nak ambik. Tu sbb la gambaq aku tak byk..huhuuu

Jerung pemalaih...dok setempat je dia

tepi...tepi...ni tempat aku lah!

Bergambar dgn jerung pemalaih

Pastu masuk dlm akuarium yg bergerak tu kan, Khairieena siap duduk bersila lagi, tak yah berjalan, sbb benda tu berjalan sendiri...hehehehe...loklaq sungguh, buat malu kat mat2 saleh tu ja (lupa nak snap pulak). Aku ingatkan panjang la sgt akuarium bergerak tu, rupanya kontot je pun, mcm tak puaih la pulak. Aquaria ni kecik rupanya....aku ingatkan tempat dia besaq dan panjang, buleh keliling2 sampai penat. Cumanya dapat tgk ikan2 dari dekat, pastu spesis ikan pun banyak....maklum la walaupun dok sini lama dah, ni la first time aku dpt masuk sini tau...huhuuuu. Okey la tu....dpt gak berlibur bersama family kat sini....orang pun tak ramai sgt sebab hari keja kan.


Memula tak nak berjalan jugak...tgk jerung

haaa...ni dia bapak jerung. tak dan nak snap gigi dia...eeiii

Muat kan kl masuk aku ngan Khairieena...dia punya menjerit...takuuuttt!!

Kat luar dah, tunggu papa ambik, tak kuasa nak menapak kat tempat parking tu...huh!

Tapi masa kat pintu keluaq, wak buleh buat tak tau ja bila aku ingatkan dia pasal gambaq tu...huhuhuu...dia kata tak yah lah, buang duit ja, lain kali mai lagi. Uwaaaa....lain kali tu bilanya??? Nak mai yg ni pun kebetulan ja, selalu plan tak penahnya jadi pong! Dan...tak dapat la aku beli gambaq kami ber3 masa kt pintu masuk tu tadi....frust tertonggeng jugak, tp tak tunjuk sgt la kat wak.
On the way balik, ingat nak singgah mana2 makan dulu, tapi Khairieena dah terlelap la pulak sampai la ke rumah....tak makan tengahari la kami hari tu. Petang bila Khairieena dah bangun tidoq, siap cepat2 berdesup ke pasar malam, cari makan. Balik rumah terus makan laju2...berehat, baru kemas rumah sket2 sambil tengok tv, guling2, bising2, bergurau senda then tidoq...esoknya dah keja....mmmmmmalasnya!

11 May 2009

Jalan-jalan ke Aquaria, KLCC

4 Mei 2009...hehehehe....mmg la dah lama, tp penyakit 'm' aku baru ja terbang pegi meninggalkan aku, tu sbb la aku terajin plak nak hapdet....tp dgn cerita2 lama la naa

Pagi tu bangun lewat sket la, kata dah cuti kan...Khairieena plak bangun2 ja, teruih mengadap tv tengok kartun. Aku kat dapoq, tetiba ja Khairieena menjerit panggil aku, tau dak dia kata apa...

"Mama...mamaaaaa...!!"
"Apanya?"
"Akak terlupe laaa..."
"Terlupa apanya?" dlm hati aku kata ada ja lah budak nih
"Akak terlupe nak pegi umah Acik (pengasuh) laa."
"Haaaa....akak terlupe ye...cepat siap, jom mama hantar." time ni aku dah senyum2 simpul dah
"Tak naklah....mama tak pegi work pun!" maybe senyum simpul aku tu dia paham kot...

Hehehehehe....paham ja kalau aku tak keja, dia pun kira cutilah dari pegi umah pengasuh. Haiyaa tak bleh nak berdua-duaan la camni....ada je orang ketiga...isshhhh

Pastu tengah lepak2 dpn tv lebih kurang kul 9 pagi camtu, Wak dgn anak dia tengah baca paper, tetiba aku dengaq Khairieena sebut, ...fish besaarrr... gambar yg dia tengok dlm paper la tu. Teruih dalam kepala otak aku terbayang Aquaria tu. Ada can ni...mmg dah lama nak bwk dia pegi sana, time weekend org ramai, jalan jammed, selalu tertangguh. Otomatik teruih aku ajak wak pi Aquaria tu, dan dia pun teruih ja angguk itu kapla....hahahahaha...nampak sgt dia pun tak dak plan nak buat apa. Besa la....selalu pun aku menang gak...ihiks...

Dengan sepantas kilat, teruih aku soh budak kecik tu mandi n siapkan dia, pastu siapkan diri sendiri plak, siapkan bekal apa2 yg patut utk budak kecik tu, terus berdesup menuju ke ibu kota...cewaahhh. Then...sambung next entry ok...wakakakaka...tektik kotor nak banyakkan entry...hehehe...buleh kannnn...ala nak tak nak hampa follow je...padan muka hampa...larikkss...


on the way to Aquaria, KLCC. Gambar Wak takdok, nti tak concentrate driving plak...

Balik kampung...ho ho hoooo balik kampung

Hari Pekerja 2009 (Selamat Hari Pekerja kepada semua yg bergelar pekerja) aku balik kampung Penang. Untuk tahun ni aku tak join Sambutan Hari Pekerja kt Bkt. Jalil tu, tak dak geng n balik kampung lagi best! Singgah rumah kakak aku kat Sg. Petani dan jalan-jalan ke Giant SP tu, lalu jalan nak ke rumah Xiana, (betoi ke jalan tu Xiana, Kg. Sidam Kiri sblm Tikam Batu) aku teka2 je la...hehehehe. Then hari Sabtu pi pasar malam Kepala Batas...isshhh....masih terbayang2 murtabak, laksa beras, nasi daging n putu mayam Pekan Ahad tu....hancuss diet aku tau. Tapi tak pa, asalkan hajat aku tercapai...Mak Ayah aku sihat seadanya, besa la org tua. Tp nampak sgt la depa gumbira sbb dah lama tak jumpak anak menantu n cucunya nan bising itu! Dan mmg aku lupa sesgt nak amik gambar kami n makanan2 tu suma, beli, hidang n ngap....hahahahaha. Kalu tidak buleh jugak kekanda kt Geneva sana tumpang kerling2 gambar tu suma kan....

Ahad, 3 Mei 2009, aku dah balik sini dah. Bertolak dalam pukul 10.30 pagi. Separuh perjalanan hujan sampai Ipoh. Kami berhenti kat Bkt. Gantang tuk beli buah dan makan putu mayam yg kami singgah beli kat Pekan Ahad, Penaga pagi tu dlm hujan renyai2...hehehehe....sanggup tu, sbb putu mayam dia sgtlah sedapnya....kat sini mmg takkan jumpak. Tak penah lagi la aku jumpak putu mayam buatan Melayu yg sesedap tu. Selalunya aku tengok org India ja yg jual naik motor tu, takkan nak beli kot kan,walaupun ingredient dia bersih, tp mcm tak tergamak la pulak kan....

Masa berenti kat Bkt. Gantang tu, Khairieena baru ja tidoq, so dia mmg liat sgt nak bangun. Aku nak jugak dia bangun tuk buang air, mana tau satgi hentian seterusnya kena q panjang kt toilet, tak ka haru. Rupanya kat toilet Bkt. Gantang tu pun dah q panjang, utk tidak membuang masa, aku panjangkan sket akal aku ni, aku bwk budak kecik tu n kakak aku masuk surau. Kat situ pun ada bilik air apa....lagi selesa, tak dak org lain lgsg, Khairieena pun tetiba ja jadi cergas dok berlari2 dlm surau tu. Pastu kami p makan....hancus lagi diet aku, sbbnya aku pekena dgn nasi lemak RM1 skali...sgt la sedapnya....haiyaaa....

Kiranya pastu kami berenti 2-3 kali gak la, sbbnya nak buang air ja pun. Cuaca mmg tak panas lgsg, redup sepanjang jalan, walaupun hujan dah berenti. Tapi bila masuk ja kawasan KL/Selangor, panas sepanas2nya! Kakak aku kata sbb tempat ni org byk buat dosa, sbb tu la panas lagi byk dari hujan....kehkehkehkeh....

Sampai rumah lebih kurang kul 3 petang, kira cepat jugak la kami sampai walaupun dah benti byk kali sepanjang jalan tu. Maybe sbb tak jammed teruk lagi...alhamdulillah selamat sampai. Lepak2 je petang tu sambil kemas beg dan basuh baju. Esoknya aku n wak cuti, malam tu otak aku bekerja keras nak plan apa utk esok...hehehehe...takkan nak memerap dlm umah ja kan, bukan senang wak nak cuti time org lain keja. Okey, cerita tu aku sambung next entry ya...panjang sgt dah ni, lenguh jari tu kang dok scroll mouse je keja hampa. Dah la tu, pi buat keja pulak....mengelat ja, besa tuh!