25 March 2009

Anak Wak Laaa.....

Ada satu hari, Khairieena tanya aku pasal 'binti'. Masa tu dia tengah dok sebut-sebut nama penuh dia tu lah. Lebih kurang camni la perbualan tu...

Khairieena : Ma...binti tu ape Ma?
Aku : binti tu....haaa....anak perempuan (setelah berpikir sejenak)
Khairieena : Anak pempuan ke Ma? (muka pelik)
Aku : Ye lah...binti tu anak perempuan...
Khairieena : Bukan laaa...
Aku : Betollah...nape?
Khairieena : binti tuuu...anak wak laaa...

Lahaaiiii...kesitu la pulak budak ni! So...terdiamlah aku disitu, macam tak dak perkataan nak menjawab balik selain daripada menyengeh ja lah. Otak putaq belit betoi lah...asyik aku ja yg terkena nih, tak bleh jadi nih...nak kena cari idea lawan balik camni, dah banyak kali aku kalah ja...

Tak De Pape Pun...

Ayat feveret anak aku skang ni adalah...

"tak de pape pun..."

Wakakakakakah....itu ayat yg dia cakap untuk meng'cover'kan diri dari malu...kehkehkeh
terutamanya kalau dia terjatuh ka, dia tersalah duduk ka, dia tersalah pakai kasut ka, dia ter'sliding' ka...mmg ayat tu lah dia pakai. Memang kelakaqlah....kami ni punya la dok gelakkan dia, tp dia selamba deek ja pas cakap ayat tu, dia jalan buat tak tau ja. Cover la konon....

Lagi satu, hari tu dia saja-saja panggil aku konon nak bermanja la tu...

Khairieena : Mamaaaa....
Aku : Bukan mama lah...
Khairieena : Mamiiii.....
Aku : Bukan mami lah... (dengan gaya sombong tau)
Khairieena : Ibuuuu....
Aku : Bukan ibuuu....
Khairieena : Naimah....(teruih lari ke hall)
Aku : (nak jawab apa lagi....pecah perut aku gelak sorang2 tau...toleh tgk dia tak dak kt belakang aku dah)

Skang ni dah pandai sebut nama penuh dia dah....tapi dengan pelat2 jugak la, laju pulak tu, siap dengan binti lagi tau. Nama aku dan nama wak mmg dia tau lama dah, cuma nama dia lambat sket...maklum la panjang kot...heheheehhe... Biasanya bunyinya camni kalau dia sebut nama dia... Nulin Kaina Iman binti Haiol Mijam...waakakakaakka... Jadilah, at least dia tau jugak nama penuh dia.

Ada satu lagi....sejak sebulan dua ni, dia dah bahasakan diri dia 'kakak'. Sket2 kakak ini, sket2 kakak itu...memula aku pelik jugak, sebab aku sendiri pun tak panggil dia kakak, aku panggil dia Khairieena. Dah tu bila dah dia bahasakan diri sendiri 'kakak'....bila aku pun panggil dia 'kakak', jadi kekok la sket. Tah apa mimpi dia tah...tetiba ja. Nak kata kat umah pengasuh tu ada baby, tak jugak, dengan cucu pengasuh tu mmg dah biasa sejak lahir lagi, tak pulak sebut 'kakak' pun, lgpun cucu pengasuh tu muda setahun ja dari dia. Tapi baguih jugak, mana la tau jengui mai adik dia, tak payah dah aku nak ajaq dia bahasakan diri 'kakak' kan...sendiri jadi punya!


Inilah 'kakak' itu...

Sekian untuk hari ini....enjoy the story k.

24 March 2009

Lambat lagi...??!

Hari ni aku masuk ofis lewat...aku punch tadi kul 11.41 pagi...pagi tau...hehehehe...still pagi lagik! Bukannya apa, wak demam daaa...sesekali dia nak bermanja gak, asyik layan anak jaa...ihiks
Tapi kali ni mmg wak demam teruk sket, besanya kalu dia demam, still buleh pi keja lagi, dia tak peduli sgt dengan demam tu. Tapi kali ni mmg betoi2 dia tak berdaya la tu...baru la dia mintak aku bawak dia p klinik. Actually sejak sabtu ahad lepas lagi dia dah rasa tak sedap badan, tp buleh handle lagi, pastu semalam pun pi keja jugak, kena outstation plak ke Melaka, balik dah agak lewat malam, dan start la gigil2, berselubung, siap pakai baju sejuk yg tebal tu, pastu dengan batuknya lagi....rimaih telinga aku mendengarnya...(hehehehe...sebenaqnya tidur aku terganggu tau). So, pagi tadi pas subuh, aku tak jadi la bersiap nak pi keja mcm besa, sebab nak bawak dia pi klinik. Dalam kul 8 lebih camtu, Khairieena bangun, pelik tengok aku still kat rumah dengan tidak memakai baju keja. Mesti dia ingat aku cuti, sebabnya bila nak hantar ke rumah pengasuhnya, dah cebik2, dah cakap tak nak dah, tapi aku paksa gak la, sebab aku bukannya cuti. Dah hantar ke rumah pengasuh dalam kul 8.30 gitu, hujan la pulak...Puchong lambat sket hujannya. Member ofis aku ckp hujan awal pagi lagik kat tempat dia, maybe kat Subang Jaya pun hujan awal kot. Ini aku tau masa aku sms kat dia bgtau aku lambat masuk ofis la.
Klinik bukak kul 9 pagi, tp dapat masuk jumpak doktor dekat kul 10 pagi dah. Padahal bukannya ramai org pun, ada dlm 3 org ja pun, wak org ke-3. Tah hapa doktor tu kelebek tah, breakfast kot, kalau ya pun, makan la sblm start waktu operasi, tak la org tertunggu2 dok wondering pasai pa tak panggil lagi. Settle kat klinik dah 10.15 pagi, teruih pi beli makan tuk wak, takkan nak tinggai kat umah tak makan satu hari kot kan....sian baby besaq aku tu. Tok tek tok tek dah kul 10.40 baru sampai umah. Aku pun berdesup teruih bersiap cantek2 (cewah) nak p keja...tu pun sempat lagi aku masukkan baju kotor dlm mesin basuh, pesan ngan wak kalu larat tolong la sidai, kalu tak, nanti petang aku sidailah. Lagipun hari ni mendung, still renyai lagi tu. Pastu pederaih pi ofis, tu yg sampai dekat kul 12 tu.....sib baik la bos tak dak, so aku tak risau sgt la. Ceewaahh....kalu bos ada harus aku amik cuti teruih dah....senang citer, tak yah explain panjang2.
Settle la bab wak demam...kalu ikutkan hati memang nak ja aku cuti teruih hari ni, tapi sayang cuti la. Lagipun wak bukannya nak kena berpapah kalau nak ke bilik ayaq pun, takat demam ja pun. Kalu aku ada sekalipun, lagi haru wak nanti...buat tambah demam ja lagik....hehehehe
Ishh..tak sabaq pulak nak balik umah petang ni, maklum la selalu aku balik rumah kosong tak dak orang sambut aku pun, hari ni ada gak la org sambut, sib baik tak dak kompang dgn kapet merah ja....waakakakaka...malam ni nak masak nasik goreng lah, Khairieena suka nasik goreng, tiap kali masak, mesti dia makan banyak. Kalu benda lain, dia cuit2 ja pun...pemilih betoi!
Okey...tata titi tutuuuuuttt

19 March 2009

Tagged

Terima kasih kepada kawan2 yang telah meng'tagged' aku...mmg betoi la, ni salah satu cara untuk merajinkan hapdet blog. So, mari kita mulakan....

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Planned kot....ye la, time tu tgh under treatment.

2. WHAT was your 2nd choice name or your opposite gender
Memula aku berharap la jugak it's a boy, so namanya nak letak Muhd. Hazriq Irfan. Then dah 4 bln camtu, doc kata it's a girl, jadinya teruih cari nama pompuan, Nurin Khairina

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Mesti la excited gilak...lama tunggu tu, thn ke-2 kawin baru ada 2 line merah tu setelah mencuba beratus2 kali.

4. HOW OLD WERE YOU?
Masa tu umur aku 26 tahun, kl bagi org dulu2, dah kira tua la tu, tp kan aku org zaman moden, tak kesah bab2 tu. Cuma yg aku kesahkan, i am the one n only menantu pompuan n sulung plak tu, so kalu buleh aku nak la bagi depa family in law aku merasa cucu sulung cepat kan.

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Ceritanya 3 minggu slps aku buat IUI tu, mmg badan dah terasa lain, tp tak penah terpikiaq pun pasal pregnant tu, ya lah, mana ada pengalaman pun kan. Ofismet ramai yg teguq ada perubahan, then depa soh check dulu. Aku degil gak, tak mo check...sbbnya aku tak mo kaciwa mcm sebelum2 ni, tu sbb aku tak menaruh harapan lgsg. Tp manusia nih, bila dah ramai org dok kata gitu, lama kelamaan kita akan terperasan sendiri kan, so check la jugak. Betollah timbul 2 line, menjerit panggil wak kt tingkat bawah, dia tgk then sengih ja. Malam tu pegi klinik utk confirmkan. Tu sbb la aku kata pregnant ni planned, sbbnya baru 3 minggu lps buat IUI kan...alhamdulillah.

6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Dah tentu la laki aku...biological father to my doter...haiyaaa...

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Dah tentu...dan aku berharap sgt ianya lelaki...tp at the end of the day, aku pikiaq balik, tak pa la jantina apapun, asalkan semua sihat dan selamat.

8. DUE DATE?
Memula doc kira 4/10/05...pastu pas 2 minggu, teruih jadi 1/10/05.

9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Tak teruk sgt pun....muntah pun buleh kira dgn jari ja....berlarutan utk lebih kurang 2 minggu ja kot.

10. WHAT DID YOU CRAVE?
Memula sup kaki ayam...mmg teringin sgt! Thank you kak lila n abg leman, susah payah masak sup tu tuk aku. Pastu semuanya aku bedal...kecuali pizza...

11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Tak dak apa sgt pun...besa2 ja

12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?
Naimah's junior

13. HOW MANY KG DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
Uuiihhhh...byk jugak wooo....maklum la makan berselera ja

14. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Takpun...

15. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
Tak dak la...

16. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Dah masuk 7 bulan, tekanan darah ada sket tinggi...hehehehe...tp still ok

17. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

18. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Aku tak masuk labor, tp masuk OT...hahahaha...dalam 1 jam lebih ja kot, itupun awal sebulan setengah dari due date. Sebabnya tekanan darah tinggi dan protein lebih dlm urine, gitu la lebih kurang, dan akibatnya baby terpaksa dikeluarkan awal dan ikut tingkap...

19. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Ambulans Klinik Kesihatan Batu 14, Puchong...Wak keja time tu, so aku tinggalkan keta kat klinik tu, then wak balik amik keta pecut ke hospital. Merasa gak aku naik ambulans tau walaupun tak sakit apa time tu...hampa ada merasa? Bangga wooo...waakakaakaka

20. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Prof. Zainul Rashid dan beberapa org nurse kot....ntah la, aku dibius penuh daa... Wak dipelawa masuk tp tak mo masuk, dia kan mabuk darah...ihiks, nampak ja brutal tu...

21. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Caesarean laa...sakit woooo...smp terpaksa amik morfin tau...1st time jadi penagih dadah, best ...lalok jaa

22. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Morfin tadi tu lah, tp bukan kurangkan sakit bersalin, tp sakit caesarean tu

23. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
1.26 kg...ticik sgt...

24. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
26 Ogos 2005, 10.42 am

25. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Nurin Khairieena Eiman bt. Hairol Mizam...actually spelling Khairieena tu, aku soh spell besa ja (Khairina) tp tah cemana wak p daftar boh spelling gitu..hantam ja lah. Khairina tu kakak aku yg suggestkan. Asalkan bunyinya sama, so maksudnya takkan lari kan...Eiman tu aku yg tambah, kan ada nama aku gak tu...hehehehe

26. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
Dah 3 tahun 6 bulan 21 hari ... dah buleh berkelai ngan aku pun....

Langsailah sudah tagg yang dikenakan kat aku. Byk lagi tagg lain...aku tak bermood lg nak melangsaikannya. Pelan2 kayuh ok. Dan kepada sesapa yg ada anak tu, rajin2 kanlah buat tagg ni ya...at least jadi mcm diari kita jugakkan, kenangan yg tak dapat dijual beli.

18 March 2009

Wak


Mmm....pagi ni hujan laa, malaihnya nak bangun tadi. Pasai apa la tak hujan hari sabtu atau ahad, kan best buleh tidoq balik...hahahaha...perangai tu mmg tak bleh ubah dari kecik la ihiks. Rutin aku hari2 sama ja, tp maybe ada beza la dengan rutin org lain kan. Al maklum la...rutin aku rutin org pemalaih, rutin org lain aku nampak mmg rutin org yg rajin! Sungguh aku tak tipu, aku mmg pemalaih, sangat2 pemalaih...tak tau la mmg dari kecik pun mak aku kata aku pemalaih, tak pandai kemas rumah, tak pandai masak. Aku cuma blajaq masak makanan yg aku suka ja...wakakakaka...bleh dak camtu? Mmg tak adil kan utk hubby, selalunya org blajaq masak makanan yg hubby suka, tp aku blajaq masak makanan yg aku suka ja. Tp wak suka ja apa yg aku masak....kehkehkehkeh...tak tau la dlm hati dia kan, suka tak suka aku paksa dia makan gak! Sebab aku dah penat2 masak, takkan aku nak melantak sorang kot, mana best, kena la ada teman kan. Dan bila tak larat abih, aku akan paksa dia makan smp abih.

Dulu2 masa memula kawin mmg la dia akan abihkan jugak, tp lately dia dah pandai bantah tau, selalu dia merungut aku asyik paksa dia makan....kehkehkeh...ooo dah pandai bantah yeee....malam tidoq luaq! Eleh..mcm la ugutan aku tu akan bawak kesan kat dia. Dia lg suka tidoq luaq bilik, sebab dia buleh nganga tv smp pagi...haiyaaa...dia ni kengkadang mmg tak dak perasaan la, dan aku pun mmg dah lali dgn perangai dia yg mmg tak gheti memujuk, tak gheti nak membeli hadiah tuk bini dia, tak gheti nak manja2 romantik2 gitu...dia ni mmg jenis org yg brutal lah dan hu ha. Aku pun bukanlah jenis manja2 romantik2 tu, tp sesekali gheti la jugak kannnn...ahakss

Tapi wak ni kalu aku merajuk ka, marah ka, dia tak penah menjawab tau. Dia akan diam seribu bahasa. Kalu aku diam 3 hari, dia bleh diam seminggu tau. Aku plak mana buleh tak bercakap kan, tetambah bila ada anak, mmg keadaan akan memaksa aku untuk bercakap dgn dia. Dan tiap kali aku dah bercakap dgn dia lepas merajuk tu, dia akan bercakap dgn aku mcm tak dak apa2 yg berlaku .....ituuuuuu la yg buat aku sakit hati tu. Dan aku akan lupa sendiri bab2 marah n merajuk tu. So, aku menang ka kalah? Tak tau la...bila dah 6 tahun kawin nih, aku dah lali sesangat dgn peel dia tu, mmg kengkadang memberontak gak, tp apa yg aku dapat...nothing..tambah serabut kepala otak adalah. So, aku decided pasni w/pun aku merajuk or marah, aku akan set dalam kepala otak, aku takkan makan dalam punya, sbb tak guna pun. Runsing lagi adalah....buleh kacau keja aku kat ofis tau, dan kacau jugak layanan aku kat anak....hehehehe...tak baik kan. Kecualilah....berlaku perkara2 yg besaq2 kan, takkan aku nak buat bodo jugak kot, aku pulak yg tak dak perasaan. Tapi mintak dijauhkanlah.

Wak ni kalau dgn anak dia, Khairieena...bukanlah seorang yg memanjakan anak. Ada masa patut marah, dia akan marah. Ada masa patut layan, dia akan layan. Rasanya yg memanjakan anak mcm ikut kehendak anak beli itu ini adalah aku....hehehehe...ye laa, aku sgt suka tgk dia dapat benda or makan apa yg dia nak. Kengkadang lebih byk membazir ja, sbb budak tu suka sat ja pun, esoknya dah tak heran dah. Wak plak dia tahan iman kalu bab layan camtu, dia kona la pakai trick lain, then budak tu lupa la benda apa yg dia nak tadi tu. Khairieena plak aku rasa lebih rapat dgn aku kot...tah lah, kengkadang mcm dia lg rapat dgn papa dia, kengkadang dgn aku. Maybe sebab aku ni pun bukanlah jenis mama yg lemah lembut gitu, sket2 sayang, sket sayang....ish...tak biasa la aii... Yang pasti hari-hari org kat blok umah aku tu, mesti akan dengaq sora aku menjerit kat anak dara sorang tu, tetambah la kalu hari cuti kan....haiyaaa...kalah org yg berkaraoke tau!
Haiii...dah melalut kemana dah ni....sebenaqnya aku tak dak benda nak tulih. Disebabkan malam tadi wak balik lewat, beh kurang kul 1 pagi. So, ada terasa rindu disitu...hihihi...malu laaa aiii. Pagi ni pun jumpak dia dlm 10 minit ja pun. Ishhh....kalu dia baca blog aku nih, harus aku sorok muka bawah bantal nih...kahkahkahkah... Aku kan brutal, tak main la jiwang2 karat nih...waaaa

11 March 2009

Happy Besday To Me!!

Happy Besday to me! Happy Besday to me!! Happy Besday to myself....Happy Besday to me!!!

Yeeaaaaa....dah masuk 30-an...huahuahua...
Alhamdulillah...syukur sampai ke saat ni aku masih berpeluang menarik nafas dengan penuh nikmat di bumi Allah SWT;

Alhamdulillah...syukur sampai ke saat ni aku masih berpeluang bersama-sama menikmati hidup dengan orang-orang yang kusayang;

Alhamdulillah...syukur sampai ke saat ni aku masih berpeluang untuk berbakti kepada kedua orang tua ku;

Alhamdulillah...syukur sampai ke saat ni aku dikurniakan dengan kesihatan yang baik untuk aku terus menaburkan bakti dan beribadah;

Alhamdulillah...syukur sampai ke saat ni aku masih dikurniakan dengan akal fikiran yang sihat dan waras dalam mengharungi dugaan hidup;

Alhamdulillah...aku sangat2 bersyukur dengan semua kurniaan Allah SWT dalam hidup aku yang serba sederhana dan aku bermohon agar aku sentiasa dibimbing mengikut jalan yang benar....amiiinnnnn

Kalau nak ikutkan byk lg aku nak luahkan, tp tak syiok la kalu semuanya diexposekan disini kan. Kena la simpan tuk diri sendiri sket kannnnn. Tahun ni tak dak celebrate apa benda pun, al maklum la, aku kan tengah diet, mana bleh makan kek2 tu semua. Kalu dah aku tak bleh makan, of course la wak n khairieena pun tak bleh la makan kannnn....kejam sket disitu...hua hua hua...(padahal aku dah terbayang Jco Donut dan Secret Recipe pada hari kejadian...huhuuuu) Cukup la aku dapat meluangkan masa dengan hubby dan anak aku, bergurau senda...guling-guling...gelak ketawa...jalan-jalan... Dalam pada camtu pun, sempat gak aku ngan wak bermasam muka tau....hehehehe...bila diingat2, kelakaq jugak. Nantilah aku cerita pasai tu.

Apapun, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada kengkawan yang tak lupa dgn besday aku ni, ada hantaq sms, ada yg call...aku sangat2 la menghargai ingatan hangpa tu. Dan mintak2 la jgn aku pulak yg lupa bila masa hangpa nanti ....(ceehh...sound siap2)...insyaAllah, aku akan ingat jugak, tetambah yg dah dekat ni...hehehehe

Eh...lupa plak ya nak war-warkan tarikh aku genap 30 tahun tu kan...hehehehe...8 Mac...dah lepas lama dah pun. Hari Wanita Sedunia lagi kan....sama ngan Datuk Seri Samy Vellu gak...ihiks
Sehari pastu Maulidur Rasul...so kat sini tak lewat sgt kot aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua umat Islam...

* haaa...amik..bukan senang aku nak bergambaq tau...!

03 March 2009

Retak Seribu

close up pusat retak


pandangan dari dlm keta, mmg tak nampak luaq


close up

dari jauh


pose belakang (huhuuu...skrg dah ilang no. bertuah tu..46)

Hmm...cerita ni dah basi pun, tp aku nak cerita gak, sbbnya cerita ni penting bagi aku. Ini pengalaman aku yg pertama dan mudah-mudahan yg terakhir...aminnn

Inilah rupa cermin belakang keta aku yg retak seribu pada petang 12/2/09 sewaktu aku balik dari keja. Kejadian ni berlaku kat tempat letak keta kat Pej. Daerah Petaling, Subang Jaya nih.

Ye la...tag parking yg dipinjamkan oleh bos dulu, kena la aku fwdkan pulak kat bos baru kan, lagipun dia datang keja drive keta, bos dulu jalan kaki ja. So, utk langkah penjimatan dengan ekonomi yg tak menentu skrg ni, aku pun decide utk park dekat Pej. Daerah ja, sbbnya free dan dekat dgn bangunan ofis aku. Kat situ mmg ada sticker utk staff dia, tp aku redah masuk ja memandangkan pak guard tu angkat tangan kat aku mcm kenai lama plak..siap senyum2 sengih2 lagik. hehehehe...aku pun buat confident ja lah, masuk parking situ. Tapi sebenaqnya tiap kali smp depan pintu pagar tu, mmg aku cuak abih tau dak...ya lah, mana tau kang dia tahan tak bagi masuk, naya aku...malu pun dapat!!

Ptg tu, aku balik cam besa ja, masuk keta, start enjin. Mmg tak tgk langsung la kt belah belakang keta kan...selalu pun aku tak tengok. Dah nak jalan, mesti la pandang cermin blkg tu kan, tp kabur, tak nampak apa satu pun. Aku terpikir la pulak...sapa la pulak yg curahkan ayaq sabun kt keta aku nih...haiyaaa...dlm hati aku lantaklah, mmgpun aku illegal ja parking sini. So, jalan jugak, dah masuk jalan raya, ayaq sabun tu tak bergerak2 pun, kot la kena angin, ayaq tu bergerak kasi clear cermin kan. Haiii...dalam hati dah berdebaq2 semacam ja...dag dig dug lg. Pastu bila diamat-amati rupa retak cermin tu cantik sgt, mcm bentuk diamond kecik2 tau...dgn sendirinya teruih aku buat kesimpulan yg cermin blkg tu retak menunggu berkecai ja. Alamak...apa dah jadi? Cemana bleh jadi ni? Mmg ada rasa panik sket time tu, ya lah, takut jugak kang berderai time tu jugak kan. Tapi aku gagahkan jugak drive smp umah, Khairieena tgk pun, pelik, dia asyik tanya ja. Sampaikan bila aku start enjin keta, dia bleh ckp dgn girangnya..." haaa....boleh jalan dah.." wakakaka..mesti dia ingat cermin pecah teruih keta pun tak bleh jalan dah...hehehehe. Cemana jadinya, bila masa jadinya, punca kejadian tu tidaklah aku ketahui. Mmg ralat sgt...dah la gaji lambat lg, mana aku nak korek nih. Mana nak tahan telinga nak kena berletiaq kat umah lg nanti. Selalunya aku yg berletiaq, kali ni aku kena terima kenyataan la, aku akan dileterkan. Tapi...bukan salah aku cermin tu retak...betoi dak? Aku tidak bersalahhhhh....

Time aku isi minyak, aku pun belek2 la cermin tu, mmg ada pusat di mana retak tu bermula, mcm ada benda yg jatuh tau. Bangla kt stesen minyak tu pun tanya aku cemana bleh pecah. Aku jawab tak tau ja lah. Otw balik umah, call wak....sib baik dia tak marah or berletiaq pun, maybe dia paham, bukannya salah aku pun kan. Pastu dia call member dia kat pusat servis Proton kat Glenmarie, tanya rega cermin tu...bleh tahan gak reganya, RM450. Takpa lah, terpaksa la ganti jugak, takkan aku nak drive keta hari-hari dgn cermin yg retak seribu tu, tup2 dia berderai tgh jalan kang, takpun kalu terkena batu kecik pun, hancus jugak tu. Mintak simpang la benda2 camtu. Pagi esoknya aku p ofis, mintak kluaq sat, nak pi hantaq keta kt pusat servis Proton tu lah. Pastu member wak tu hantaq aku balik ofis, petang nanti dah siap dia mai hantaq balik keta tu. Senang citer...asalkan ada fulus...betoi dak....

Dah siap pun time dah balik keja, so aku mintak tolong dgn kakak ofismet, hantaq aku kat pusat servis Proton tu, pastu aku bleh teruih balik ja. Tak yah member wak tu mai ofis aku lg dah. Tima kasih la byk2 kat dia sbb tolong settlekan benda nih...selalu servis pun kat dia gak...hehehehe. Tima kasih gak kat kakak ofismet aku tu, sanggup tolong hantaqkan aku. Bila tak dak keta ni rasa patah kaki, bukan nak berlagak, tp satu keperluan tau, tetambah aku mmg dah biasa kemana2 sendiri...bila tumpang2 org aku rasa tak sedap hati n tak selesa. Tu sbb la bila aku bawak atau tumpang keta kakak aku sendiri pun itu la yg aku rasa. Jangan la org lain kecik hati plak dgn statement aku ni, bukannya aku perlecehkan org tau...bukan niat aku tu, mmg aku lebih suka drive sendiri selagi termampu. Tapi bila sampai masa terdesak camni, nak buat cemana kan, aku tetap perlukan pertolongan org...dan alhamdulillah ramai yg memahami. Tengkiu2.

Oklah, berbalik kpd cerita aku tadi, dah settle la pasal cermin keta retak seribu...memula rasa cam serik gak nak parking kat pej. daerah tu, tp aku kuatkan semangat, sehingga hari ni, aku tetap parking kat situ....hahahahaha. Kejadian hari tu adalah nasib tak baik aku, nak buat cemana, semuanya dah ditentukan Allah SWT, kena terima la kan. Takkan nak salahkan tempat parking tu plak kan....cewahh...padahal aku nak jimat daaa..parking situ pree....kehkehkeh