Haaa....lupa pulak nak cerita kan. Benda ni dah jadi sejak 2-3 minggu lepas lagi dah. Rumah aku kan apartment 5 tingkat tu, aku tingkat 2. Buleh kata tiap tingkat tu ada jiran India, bising toksah kata la, tapi ok lagi la, tak la terganggu sangat lagi. Jiran depan rumah aku pun India, asal aku keluaq nak sidai baju kat depan rumah je kan, memang dengaq tv dengan volume yang kuat dan hanya channel bahasa dia je lah. Rumah dia open concept...maksud aku selalu biaq pintu rumah terbukak la, kalau dah camtu, aku memang akan sentiasa tutup pintu la pulak....bukan la sombong, tapi sapa tahan dengan bahasa yang sendiri tak paham dan volume yang tingkat 5 pun buleh dengaq kan. Bukan kata rumah dia ja yang open concept, semua rumah India setiap tingkat tu memang camtu. Okey la...tu suma tak dak hal lah....dah lali dah pun.
Yang aku nak cerita ni bukanlah nak kutuk pasal jiran, ngumpat pasal jiran. Dalam Islam pun disuruh berbaik-baik dengan jiran. Memang selama ni baik je dengan jiran walau tak serapat mana. Aku tak cari pasal dengan depa, dan depa pun tak cari pasal dengan aku. Tapi sejak jiran tingkat 3 pindah ke situ, India jugak, memang macam-macam jadi. Anak-anaknya lah yang masalah tu....mak pak aku rasa ok je. Anak-anak dia nakal sampai tahap mencuri dan mendatangkan kerosakan harta benda orang lain!! Yang ni yang buat aku baran ni....memula wak je baran, bila dah serius camni, aku pun kena baran jugak ni...heeiiii geramnyaaaa....
Hehehe....tak cerita2 lagi kan...mesti hangpa tensen kan, gimik je lebih. Ok camni...sejak depa tu pindah situ, hanger kat ampaian aku kat depan umah tu dah makin kurang. Tak kisah lg, lagipun tak nampak sapa yang buat kan. Tup2 wak ternampak hanger yang sama kat tingkap umah penghuni baru tkt. 3 tu....hanger besar dan jugak kecik yang untuk baju budak punya tu...kaler yang sama. Sedangkan umah depa tu tak dak budak kecik, anak2 dia rasanya dah darjah 4-5 camtulah. Takpa lagi, tak teguq apa pun lagi. Pagi semalam, time wak nak pi keja, terserempak dengan anak pompuan orang tu bawak baldi nak sidai baju kat bawah, dan dalam baldi tu ada hanger yang sama tulah. Wak pun panggil budak tu, tanya dia pasal hanger tu. Dia diam tapi pastu mengaku dia yang ambik kat ampaian aku tu. Ok lah, wak kata len kali kalau nak pinjam ka apa ka mintak la dulu, pastu letak la balik situ. Ok dah abih bab tu. Wak pun tak marah sangat pasal tu lagi, ingat dah teguq camtu kira settel lah dengan harapan pasni tak jadi lagi.
Petang aku balik keja, nak bukak pintu grill, teruih ternampak wayar astro yang sambung sampai ke piring astro tu kan kat tepi pintu putus. Bila belek, putusnya tu putus yang kena potong dengan benda tajam like pisau. Dua tempat putus tau....!! Time tu pulak untie India depan umah aku tu terus datang kat aku. Aku pun tanya la sama ada dia ada nampak ka apa yang berlaku sepanjang hari tu. Dia kata dia tak nampak sebab dia bukak pintu umah pun dah pukul 11 pagi, wayar tu memang dah terpotong dah. Hmmm....dalam hati aku terpikir, takkan budak2 tu berani buat benda2 camni kot. Takpa lah....aku pun masuk umah dok diam2, tak dapat la tengok astro, so Khairieena conquer tv dengan pasang segala mak nenek cd peberet dia. Layan je lah...
Lepas Maghrib, mak budak2 tu ketuk pintu umah aku. Teruih dia bukak cerita yang anak2 dia tak potong wayar astro aku tu. Aik...aku dengan herannya, cakap kat dia balik, 'eh...saya tak tuduh sapa2 pun yang buat benda ni, saya juz tanya untie ni je'. Time tu untie depan umah aku pun ada gak. Dia tetap jugak dok kata anak2 dia tak buat, dia kata abang tkt. 3, melayu, dan memang agak rapat dengan wak, dok tanya anak dia pasal tu, sebab ternampak anak dia bawak pisau turun bawah siang tu. Bila mak dia balik keja, teruih la dia cerita kat mak dia yang orang2 kat sini tuduh dia potong wayar astro umah aku tu. Tu sebab la mak dia teruih datang umah aku kononnya nak clearkan lagi la. Aku kata ok la kalau anak you tak buat, saya pun tak boleh tuduh sesapa, sebab saya tak nampak. Dalam kepala otak aku teringat jugak nak tanya pasal hanger tu, tapi tak terkeluaq la pulak.
Tak lama pastu wak balik, aku cerita la apa yang berlaku start aku sampai umah petang tu kan. Dan baru la wak bukak cerita pasai pagi tadi yang dia teguq pasal hanger tu. Oooo....logik jugaklah kalau budak2 tu nak buat camni, sebab wak dah teguq pasai hanger tu. Nak balas dendam la tu konon....amboi banyak samseng nampak!!! Tapi tak la kami teruih pi serang umah depa kan....nampak sangat la tak sopan dan tak mesra alam. Wak pun sambungkan balik wayar tu, dan dapat la layan astro semula....hehehehe
Pagi ni pulak, wak kata dia pi umah penghuni baru tkt. 3 tu, nak tanya betoi2....hehehe baguih jugak. Sekadar bertanya je lah, termasuk pasal hanger tu. Dan tadi wak cerita kat aku, mak budak2 tu memang tetap kata anak2 dia tak buat. Bila wak tanya budak2 tu depan mak dia, lama2 budak2 tu mengaku pulak...hehehe...pasal curi hanger, curi kasut, dan jugak potong wayar astro aku. Bab curi2 tu bukan takat umah aku je kena, buleh kata setiap tingkat umah kat blok tu kena, paling banyak curi kasut la. Mak budak2 tu terkedu la kejap....tapi pastu dia mintak maaf la. Tapi kan aku rasa dia memang tau perangai anak2 dia camtu, tapi dah susah nak control kot, ye lah dia keja, siang2 anak2 dia tak dak penjaga, macam2 boleh jadi. Cumanya mesti dia ingat orang takkan tau la, sebab dia kan penghuni baru kat blok tu. Pagi tadi aku turun nak start kereta, aku perasan depa dok jenguk kot tingkap tengok aku kat bawah. Hari2 lain tak dak pulak kat tingkap tu....hehehe...glemer kejap tadi.
Apa yang boleh aku simpulkan sini, apa2 pun anak kita buat, jangan terus bersangka baik terhadap anak kita tu, kita dah tentu tau perangai anak kita cemana kan, so kalau berlaku apa2 siasat la dulu. Tak semestinya anak kita selalu betoi, orang selalu salah. Macam tu gak sebaliknya. Memang budak2 tak pandai bohong, tapi itu budak yang blom sekolah boleh diterima la tak pandai bohong. Budak yang dah kenai dunia skit....pandai je cakap bohong, lebih dari tu pun depa pandai. Sapa tak nak anak yang baik, semua orang nak anak yang baik, yang dapat jaga nama baik keluarga.
Aku sendiri pun tak tau cemana untung nasib bila anak dah besar, siang malam berdoa bagi anak jadi soleh n solehah, jangan la jadi caca marba. Kadang2 Khairieena mengadu gak kat aku kata acik (pengasuh) pukul dia hari ni. Tapi aku tanya dia balik, acik pukul sebab apa, kakak nakal ke, kakak gaduh ke, kakak kaco baby ke? Dia pun jawab, kakak buat kuda atas alesya (baby)Haaa....memang patut pun kena pukul, dah buat salah mesti la kena marah, kena pukul, len kali nak buat lagi tak? Dia jawab tak nak. Tapi pastu aku tanya balik, sakit tak? Dia sengih jawab, tak sakit punnn.... pastu kakak main kaler pulak. Hmmmm...lega dengaq camtu. Tapi rasa bersalah la jugak sebab dia buat camtu kat baby....haru la anak dara aku ni. Aku pun tak penah tanya acik tu pasai apa nak pukul anak aku. Tapi kalau bab buat baby macam tu, aku pi mintak maaf la, tanya baby cemana pulak. Seriau aih..! Tapi acik tu memang aku dah suruh dia pukul kalau nakal terlebih, buat salah, macam makpak sendiri yang ajar la kan. Setakat ni memang tak dak masalah. Aku rasa aku pukul lagi teruk dari tu kot....sampai merajuk dok dalam bakul baju ....hahaha




